LILLYANN - JAJA AHMAD

LILLYANN - JAJA AHMAD

HARGA BUKU : RM 25.00

WHATSAPP : 0177342366

"Yen selalu balik sini sebab Ann. Yen suka Ann." - Khazrin
Selama 3 tahun dia hanya memandang dari kejauhan dan mencintai dalam diam. Sekali dia luahkan, terduduk emaknya dan tidak terkata ayahnya.
"Selain daripada sebab suka dan cinta, ada sebab lain kenapa saya nak kahwin dengan awak." - Khazrin 
"Sebab apa?" - Ann
"Sebab pak ngah dah dinodai oleh mata awak bila awak tengok pak ngah tanpa baju hari tu." - Khazrin
Berkahwin dengan jiran sendiri langsung tiada dalam kamus hidup Ann. Sementelah dengan jiran yang nampak sombong tetapi 'playful' seperti Khazrin. Tetapi yang tidak pernah terfikirkan itulah yang menjadi kenyataan. Seperti aturan takdir kehidupan yang harus dia hadamkan...
"Semua borang dah lengkap tapi ada satu borang yang masih belum terisi." - Ann
Pahit dan pedih untuk diterima. Yang nyata, Ann terluka. Namun saat dia kembali bangkit dengan rasa bahagia, kedukaan kembali menjengah buat kali kedua.
"Kenapa tolak abang? Kenapa tak nak tengok muka abang? Hurm, baby?" - Khazrin
Takdir apakah yang telah membuatkan Ann terluka?
Dan apa lagi yang harus dia hadapi untuk mengecapi rasa bahagia?
It hurts to know the truth but it hurts more if you keep living in denial.

2 comments: