Search This Blog

DEAR DARLING - HANA (HE)


PRE-ORDER

DEAR DARLING - HANA (HE)

HARGA BUKU : RM 28.00

TARIKH TUTUP PRE-ORDER - 31 OGOS 2019

WHATSAPP : 0177342366

Hubungan mereka memang tak rapat sejak kecil lagi. Qeya saja yang tergedik-gedik nak bahasakan Hudzer dengan gelaran ‘darling’. Sikap beku Raz Hudzer sikit pun tak patahkan semangat Qeya Alanna untuk merebut hati lelaki itu. Qeya yang terlalu kuat bersosial, Hudzer pula lebih pasif perwatakannya. 

Sesekali nak menghadap perangai gedik Qeya, memang Hudzer tak ada masalah. Bila Uncle Smith dan Aunty Amena bawakan khabar yang Qeya akan menumpang tinggal di banglo keluarga Hudzer, Hudzer rasa dunianya seakan gelap untuk seketika. Paling niaya bila Uncle Smith minta Hudzer tempatkan Qeya bekerja sementara di syarikat milik lelaki itu yang baru saja beroperasi. Mahu atau tidak, Hudzer tak sampai hati nak menolak. Qeya secara rasminya menjadi salah seorang staff di RH Holdings. 

What kind of dress you’re wearing, Qeya? Terbelah sana, terbelah sini. Nak tunjuk dekat siapa? - Raz Hudzer 

Nak tunjuk dekat youlah, darling. Kenapa, you tak tergoda ke? - Qeya 

Alanna Terliuk-lentok batang tubuh ramping itu sambil memintal-mintal hujung rambut. Hudzer kecilkan bebola mata. Penyakit gatal-merenyam si Qeya ni dah mula dah. Tak serik-serik ke kena hambur dengan Hudzer sebelum ni? 

Syarikat I ada undang-undang. Kalau kata you nak berpakaian macam tu, lebih baik you minta kerja dekat kelab malam. Lagipun you rasa I terliur ke bila tengok you macam tu? You doesn’t suit my taste, Qeya. - Raz Hudzer 

Pedas bicara Hudzer, sedikit-sebanyak buat hati Qeya tersiat juga. Tak mahu cepat melatah, Qeya ukir senyum manis di bibir dan berlalu pergi. Nak tambat hati Hudzer punya pasal, Qeya akur. Hudzer tak suka dia pakai seksi-seksi macam tu, Qeya kenakan pula baju kurung pada tubuh sendiri. Malangnya, Hudzer sikit pun tak sudi nak pandang dia. Buat Qeya macam tak wujud sahaja di dalam RH Holdings. Sudahnya Qeya naik angin. Memberontak punya pasal Qeya rempuh masuk ke dalam bilik dan tolak Hudzer merapat ke dinding. 

What is wrong with you, Qeya Alanna?? - Raz Hudzer 

I want to make a deal with you. - Qeya Alanna 

Dan tak sempat Hudzer nak membalas, Qeya sudah terlebih laju bertindak. Direntap dua butang teratas kemeja Hudzer sampai tercabut, sejurus bibir dilekapkan pada bibir Hudzer tanpa segan-silu. Kurang dari tempoh sesaat.. klik! 

Butang kamera telefon miliknya ditekan pantas. Terakam adegan ‘penuh mesra’ itu di dada skrin. Hudzer berang. Terus ditolak tubuh Qeya terduduk jatuh ke atas lantai. 

Apa yang you buat ni, Qeya?? Give me your phone! - Hudzer 

Hudzer tadah tangan, tapi Qeya laju sungguh menggeleng. Telefon bimbit disorok ke belakang tubuh. 

I takkan padam gambar ni sampailah you setuju untuk kahwin dengan I. Kalau you tak setuju, I hantar gambar ni pada daddy dan mummy I. You can choose, darling. You nak ke nama baik you rosak nanti? - Qeya 

Ugutan Qeya tu sejak awal lagi Hudzer dah boleh baca. Cuma tak terlintas di benak dia yang Qeya akan terdesak sampai macam ni sekali. 

You ugut I? Well, I’m not a kid. You ingat bila you rakam gambar tak senonoh macam tu, you boleh paksa I terima you? Come, Qeya. Let me show you something. - Hudzer 

Senyum sinis Hudzer seraya menarik tangan Qeya bangun. Dibawa mendekat pada mejanya lalu rakaman CCTV ditayang di hadapan Qeya. Terus liur yang ditelan Qeya terasa kesat. 

Lain kali guna otak dulu sebelum nak buat perkara bodoh macam tu. Agak-agak bila Aunty Amena dan Uncle Smith tengok rakaman CCTV tu, nama baik siapa yang akan rosak kali ni? - Hudzer 

Gagal lagi usaha Qeya untuk dapatkan Hudzer. Penat hendak mengejar lelaki yang tak pernah memandang dirinya, Qeya dah hampir berputus asa. Namun takdir Allah S.W.T itu tersusun indah. Hudzer kata Hudzer bencikan Qeya, anehnya kenapa Hudzer sanggup hantarkan rombongan meminang untuk dia? Puas Qeya fikirkan asbab, akhirnya Qeya ketemukan juga jawapannya. 

Berapa banyak you hutang dengan daddy I? - Qeya 

RM500K. - Hudzer 

Jadi sekarang I tahulah you kahwin dengan I sebab duit. But, it’s okay. I tak ada masalah pun dengan semua tu asalkan you jadi hak I jugak, darling. - Qeya 

One thing you should know. I akan cari jalan untuk bayar hutang daddy you supaya lepas ni I tak perlu terikat dengan you lagi. - Hudzer 

Langsung tak ada malam pertama, Hudzer layan dia cukup dingin. 

Lepas ni kalau I panggil you, darling, you kenalah panggil I, dear. Boleh ke? - Qeya 

I cuma akan panggil you macam tu kalau you tu isteri pilihan I, Qeya. Jadi tolong, jangan nak buat permintaan pelik-pelik dengan I. Geli tahu tak? - Hudzer 

Sekuat mana pun Qeya cuba berlagak tenang, tetap juga jiwa dia rapuh bila si suami berterusan tidak mengendahkan dirinya. Sampai satu tahap, Qeya nekad sekali lagi. Qeya tuntut haknya sebagai seorang isteri dalam keadaan Hudzer separa sedar. Qeya tahu dia bakal berdepan dengan kemarahan Hudzer. Untuk itu, Qeya dah bersiap-sedia dari awal lagi. 

I tahu you mungkin akan bencikan I, Zer. Tapi kali ni I janji. Kalau dalam rahim ni ada anak you, I akan lepaskan you. Tak apalah kalau I tak berjaya buat you sukakan I, sekurang-kurangnya I ada ‘sesuatu’ untuk I kenang sepanjang I dengan you selama ni. - Qeya 

Wajah Qeya mendung. Tiada sudah gelaran ‘darling’ yang meniti pada bibir. Sebaik saja Qeya tuturkan ayat itu, tak semena amarah Hudzer bagaikan menghilang pergi. Hudzer mula terasa diri dia begitu teruk sebagai seorang suami. Tatkala hati sudah mula terbuka untuk Qeya, Qeya pula seolah-olah sudah tawar hati dengannya. Buktinya Qeya minta Hudzer lepaskan Qeya sebaik saja Qeya berjaya disahkan hamil. 

I’m pregnant. Seperti yang I janjikan, you boleh lepaskan I sebaik saja I lahirkan anak kita nanti. Cukup you serahkan anak ni pada I, I takkan tuntut apa-apa dari you lagi. - Qeya 

Memang betul perkahwinan mereka bukan berlandaskan rasa cinta, namun tegakah Hudzer mahu meruntuhkan sendiri masjid yang dibina dengan lafaz cerai yang bakal meluncur pada bibirnya kelak?