Search This Blog

Showing posts with label KAY DELAILA. Show all posts
Showing posts with label KAY DELAILA. Show all posts

SEJUTA NAFAS CINTAMU - KAY DELAILA



SEJUTA NAFAS CINTAMU - KAY DELAILA
HARGA BUKU : RM26.00



DEMI ‘perjuangannya’, Puteri Manis tekad mendekati playbuaya tersohor, Luzman. Lelaki yang langsung tidak dikenali secara peribadi. Demi ego mahu menakluki si gadis sebutan ramai, Luzman tekad mahu menjadi yang pertama menakluki Puteri Manis. Pertemuan pertama di tempat songsang… Usai segalanya, tiada pertemuan kedua lagi! Itu tekad Puteri Manis.
Saban tahun Luzman mencari Puteri Manis yang berjaya ditaklukinya. Dia jatuh cinta. Malangnya, pertemuan pertama dahulunya, gadis itu menutup separuh wajahnya hingga sukar untuk dia jejaki. Lapan tahun berlalu, Luzman tidak pernah putus asa sehinggalah dia bertemu seorang gadis berhijab. Luzman yakin itu Puteri Manisnya...
“Ohh! Maaf. Nanti, katakan pada isteri awak yang awak telah menyelamatkan seorang perempuan dari tersungkur di lantai. Tak lebih dari itu,” kata Aufa. Luzman tertawa kecil. Lucu! Pandai Puteri Manis berlakon selamba seolah-olah tidak mengenalinya.
“Jangan risau. Saya bagi tahu umi saya, yang ini ciuman bakal menantunya. Betul, kan?” soal Luzman terus-terang. Dia tak mahu berkias. Dia tak mahu ambil masa berfikir. Inilah gadis yang ditunggu-tunggunya. Cukuplah dia kesal lapan tahun lalu. Kini tanggungjawab depan mata. Nikmat bersama Aufa bertahun dahulu buatkan dia tak mampu lupakan. 
“Tak baik menipu. Tak cium bau syurga,” ucap Aufa tanpa memandang Luzman yang mula mengiring badannya, memandang tepat ke arah Aufa.
“Saya cakap perkara yang benar... Dan bau syurga di depan mata saya inilah paling kuat buat saya nak cium untuk melepaskan rindu. Saya rindu awak, Puteri. Awak Puteri Manis saya, kan?” soal Luzman cukup manis. 
Aufa terus berpaling. Wajah Aufa berubah. Air liurnya terasa berpasir. Khilaf lama sememangnya merantai diri. Terus Aufa mahu berlalu pantas.

NUR AUFA ALIA panasaran... Lelaki silam mengejarnya sedangkan dia sudah bertaubat dan berjaya dengan kerjayanya sebagai pereka kasut dikenali. Dan, apakah sebenarnya berbaloi ‘perjuangan’ lapan tahun yang lalu oleh Aufa aka Puteri Manis ini?
“Kau tak akan terlepas Puteri. You will be mine soon,” – Luzman
“Calon suami Ufa, perlu khatam al-Quran depan nenek. Dia perlu mengimamkan solat wajib tuk selama 44 hari di sini. Dia mampu mengupas dan berdiskusi tentang adab dan tanggungjawab suami dan isteri dalam Islam dan akhir sekali dia perlu ikhlas menyayangi Ufa tanpa mengharapkan balasan.” - Aufa


BOS SENGET PA SENGAL - KAY DELAILA

Bos Senget PA Sengal
Harga: RM30
BUKU : BARU

Sinopsis:
FARAH ADEEBA, anak sulung berjiwa muda yang cepat melatah dan degil. Segala keputusan adalah mengikut kepala sengalnya. Meninggalkan bakal tunang dan menggondol kepala ikut suka hati. Namun gigih bekerja dan menyambung pelajaran sambil bekerja demi amanat arwah papanya.
Pertemuan dengan Taufiq Badlishah, sebagai bosnya buat hidup Adeeba haru-biru. Adeeba yang suka menjawab sengal buat Taufiq geram. Taufiq tekad menolak Adeeba walaupun disua oleh Dato’ Noraini sebagai PA nya.
NAMUN, strategi Taufiq berubah apabila mata Adeeba serupa dengan mata yang dicari…
“Deeba, daripada kau keluarkan dalam surat khabar, baik kau keluarkan memo letak kat noticeboard kita tu. Pasti kau akan terima berpuluh borang permohonan.” Gelak Hasnah lucu. Tak pernah terfikir langsung di fikirannya yang Taufiq akan mengambil tindakan seperti itu. Mana pergi ketegasan sikapnya?
“Saya tak beranilah, Has. Nak letak kat surat khabar pun tak berani. Nak letak kat notice board pun tak berani. Mahunya saya ditembak oleh Dato’ dengan Tan Sri nanti. Sesengal-sengal saya pun, saya masih waras dalam bab yang tak senonoh macam ni. Kau rasalah Has, kenapa tiba-tiba bos buat macam tu ya?” soal Adeeba mencari jawapan.
“Bagaimana bos beri arahan ni pada kau, Deeba?”
Adeeba membuka telefon pintarnya semula.
-Dinner with me tonight. Or else advertise my picture in newspaper. Lonely GM needs company-
“Gila sengal bos kau tu Deeba.” Gelak Hasnah terburai.
“Habis kau balas apa Deeba?” Adeeba tak menjawab, sebaliknya disentuh tetingkap mesej di telefon pintar lalu dihulurkan pada Mastura pula.
-Bos nak saiz A5 ke, A4 ke atau full pages? Nak berapa hari. Seminggu sekali atau setiap hari selama seminggu? Saya tunggu reply bos untuk dapatkan quotation yang terbaik-
SAMPAI bila mereka begini? Dan apa akan terjadi apabila Adeeba juga diintai lelaki lain dan diteropong juga oleh seseorang yang mahu musnahkan hidupnya…