Search This Blog

Showing posts with label NURUL AIN SYUHADA. Show all posts
Showing posts with label NURUL AIN SYUHADA. Show all posts

DIA TROUBLE MAKER - NURUL AIN SYUHADA


DIA TROUBLE MAKER - NURUL AIN SYUHADA

HARGA BUKU : RM 27.00 (SEM)

WHATSAPP : 0177342366

Selepas pemergian kedua orang abang kembarnya, Nur Aina yang lebih dikenali Nunu mula dipersiakan kedua orang tua apabila mereka lebih memilih kerja daripada dirinya sendiri untuk mengubat luka perit kehilangan anak kembar itu. Tertekan dengan perlakuan kedua orang tuanya, Nunu sentiasa membuat masalah di sekolah hanya untuk meraih perhatian dan sedikit masa dari orang tuanya.
“Bukan salah dia orang I’m spoiled! Ayah pernah cermin diri tak? Bilanya mama dengan ayah ada masa untuk adik? Ayah kasi adik duit for exchange of your time! Ayah sendiri suruh adik cari masa adik sendiri dengan orang lain. And when I did, ayah kata adik spoiled? You spoiled me! Bukan abang!” tengking Nunu.
Dua tahun dia dihantar ke Madrid untuk mendisiplinkan diri. Apabila dia pulang semula ke Malaysia untuk SPM, orang tuanya masih juga begitu. Dalam masa dia terpaksa menempuh hari-hari sedihnya, Allah menarik kedua orang tuanya sekaligus dek kerana skandal syarikat bapanya dan meninggalkan dia seorang diri. Walaupun hilang tempat bergantung, Nunu cuba kuat atas pesan arwah abang-abangnya. Dijaga oleh Uncle Adam dan Auntie Ma yakni kedua ibu bapa saudaranya tidak memberi alasan untuk dia lari dari kehidupan kelam. Makin teruk dibuatnya apabila dia terpaksa berhenti belajar dari universiti dan mula bekerja untuk menyara hidupnya sendiri. Lemah. Dia lemah. Lantas Nunu mengambil jalan pintas untuk bunuh diri!
Dari situ mulanya pertemuan dia dan Alan yang banyak mengubah hidupnya sendiri.
“Awak selongkar barang saya?!” – Nunu
“It’s the right thing to do lepas you pengsan. Takkan I nak goncang you sampai bangun just untuk tanya nama you?” pedas. – Alan
Selepas kejadian itu, Alan banyak membantunya hingga membuatkan hatinya mula terusik. Siap diberi kerja baru! Tetapi lokasi tempat kerja baru membuatkan Nunu tertanya-tanya. Siapa lelaki yang membantunya ini? Bagaimana dia boleh di tempatkan di syarikat arwah bapanya?
Dan apabila dia tahu pemilik syarikat baru yakni dulu adalah rakan kongsi arwah bapanya, dia jadi benci dan berdendam dengan orang tua itu. Itu tidak cukup apabila Alan pula merupakan anak kepada rakan kongsi itu. Berkecai hatinya hanya Allah yang tahu. Lantas dia keraskan hati. Kalau harta arwah bapanya tidak mampu dirampas kembali, dia janji akan membuat masalah kepada setiap pelosok syarikat itu hingga dia puas.
Benci-benci nak ke mana, dik? Alan terlalu baik melayannya. Patutkah kerana dendam tiga tahun lalu dia lempiaskan pada Alan sedangkan lelaki itu tiada salah apa pada dirinya? Bila hati keras mula melembut, semuanya jadi cair termasuk dendam.

Nunu belajar memaafi. Tapi kenapa bila dia belajar untuk memaafkan, semuanya tidak berjalan seperti yang dia harapkan? Kenapa semua ini jadi terbalik? Kenapa dendamnya itu perlu kembali? Dalam senyap Auntie Ma datang membuka rahsia. Rahsia apa yang buatkan Nunu lari dari kenduri kahwinnya sendiri?

DENDAM CINTA - NURUL AIN SYUHADA

Dendam Cinta - Nurul Ain Syuhada
Harga: RM30.00 (Semenanjung) / RM33.00 (Sabah & Sarawak)

Harga Jual: RM32.00 (Semenanjung) / RM35.00 (Sabah & Sarawak)
(Termasuk Pos)
Sinopsis:

“Alfan dengan Dyla dah habis. Maaflah. Dyla memang tak pernah suka kat Alfan pun sebelum ni. Maaf bagi harapan.”
“Dyla tahu Alfan tak pernah pandang perempuan lain selain Dyla, kan? You are my first love! Waktu Alfan nak SPM, kenapa baru sekarang bagi tahu?”

Semua orang ada kisah silam masing-masing. Cuma yang bezanya, kisah itu tamat begitu sahaja. Tapi tidak pada Nur Haidyla dan Alfan. Kisah silam membawa mereka kepada sebuah dendam dan penyesalan.

“... Kau dah langgar kereta aku, lepas tu nak lari macam tu aje? No way.” - ALFAN

“... Saya akan bayar duit awak tu. Awak jangan risau. Saya akan bayar sampai ke syiling yang terakhir. Takkan tertinggal sesen pun!” – DYLA

Pelbagai cara Alfan cuba melampiaskan dendamnya. Dari muncul mengejut di hadapan Dyla bila-bila masa, Alfan juga sanggup mengganggunya sampai ke camping, mengaku tunang Dyla dan… melamarnya di hadapan orang ramai!

“Jadi isteri saya? Saya takkan bangun selagi awak tak beri jawapan yang saya nak.”

“Kita bincang lagi sekali, okey?”

“Awak putuskan pertunangan kita untuk lelaki lain. Ni tak adil!”

Demi menjaga air muka, Dyla terpaksa akur pada pembohongan Alfan lalu menyebut ‘okey...’ Dia tak faham kenapa Si Alfan Egoistik asyik mengejarnya. Punah impiannya untuk luahkan cinta kepada Shah, jejaka yang telah lama dinantikannya. Tapi lamaran berupa ugutan Alfan itu dia terpaksa terima demi menyelamatkan seseorang! Kecewa hatinya bukan sedikit.

ALFAN. Dalam diam dia membawa misi untuk membiarkan Dyla menderita seperti yang pernah dirasainya dulu.

“Aku nak makan apa, nak minum apa, that’s not your concern. We might be husband and wife, tapi life dalam rumah ni, asing-asing.”

Namun, benci itu perlahan-lahan dihurung satu rasa yang tak pernah hilang dari hati Alfan. Kerana dalam falsafah cinta, paradoksnya, dendam itu cinta dan benci itu sayang.

“Tak banyak bintanglah malam ni.”

“Awak nak bintang ke? Meh nak ketuk kepala awak dengan kasut. Kejap lagi ada bintang pusing-pusing kat kepala awak.”

“Awww! So sweet of you.”

Dan setelah hubungan dijalin kukuh dengan Alfan, barulah Dyla mengetahui bahawa jejaka yang dicintainya itu juga ada hati padanya.

“Awak kahwin dengan Alfan tu kenapa?”

“Cinta...”

“Kalau sebab cinta, berbeza tau muka orang yang bercinta dengan orang yang terpaksa.”

Apakah akhirnya jalan yang Dyla pilih? Meninggalkan si suami yang sering menyakiti lalu bersama Shah yang mencintai atau terus hidup dalam sebuah perkahwinan yang ditunjangi dendam cinta?

CINTA KONTRAK - NURUL AIN SYUHADA


CINTA KONTRAK - NURUL AIN SYUHADA
HARGA ASAL : RM20.00
BUKU : BARU

"Oi cicak kobeng! Ayat aku tu! Yang kau sibuk-sibuk ciplak buat harta sendiri pulak apahal? Ayat aku tu milik aku secara rasmi tau tak!" Aku semburkan ayat-ayatku dihadapan wajahnya.

Nur Alia Airysha, seorang gadis yang datang dari kampung ke Kuala Lumpur dengan niat untuk mengumpul duit demi keluarga dan membiayai kos pembelajarannya. Dengan bantuan sahabat Alongnya, Kak Yati, Airysha bekerja di sebuah butik terkemuka yang dimiliki oleh Datin Aleeya.

Muhammad Danial Franz, seorang pemuda kacukan Perancis yang berkelulusan dari luar negara kembali ke Malaysia dan bekerja di bawah daddynya, Dato' Eddy disebuah syarikat besar.

Takdir menemukan Airysha yang brutal dengan Danial yang ego di butik mommy Danial, Datin Aleeya! Danial cuba mendapatkan Airysha tanpa merendahkan egonya. Danial membawa Airysha untuk bertemu orang tuanya untuk dikahwinkan. Tetapi perkahwinan ini bersyarat! Kontrak yang direka Danial dipandang remeh oleh Airysha.

Disaat akad nikah hampir tiba, Airysha menyusun strategi untuk lari!, Airysha mengambil keputusan untuk membatalkan kontrak tersebut. Lantas sekeping kertas yang tertera kontraknya, dibuang. Apa yang bakal terjadi seterusnya? Adakah perkahwinan masih diteruskan? Bagaimana kehidupan Airysha selepas ini? Adakah masih terkurung disangkar yang disaluti emas? Bahagiakah dia? Bagaimana pula penerimaan Danial terhadap perangai brutal Airysha? Bila senduk bertemu kuali, bila api bertemu sumbu bom, apa yang akan terjadi?

"Kontrak! Kontrak! Kontrak! Tu je yang kau tau nak sebut? Yela! Yela! Aku yang buang. Aku tak puas hati dengan syarat-syarat dia. Ada ke aku sebagai seorang perempuan, kena tido atas sofa? Kau ni manusia takde hati, takde perut!" selorohku. Dalam masa yang sama, aku cuba melepaskan diri daripada rangkulannya. Danial mendengus
perlahan.