Search This Blog

RAYYAN FANTASI - RAMLEE AWANG MURSHID


RAYYAN FANTASI - RAMLEE AWANG MURSHID
HARGA ASAL : RM19.90
BUKU : BARU


RAHSIA susur galur Aiddin sengaja dirahsiakan oleh ayahnya, Ibrahim. Justeru... dia memiliki sebuah keluarga yang bahagia. Bagaimanapun kehidupan manusianya yang gembira dan ceria, tercalar apabila disahkan menghidap barah otak tahap empat. Doktor meramalkan Aiddin hanya mampu hidup dalam tempoh yang sangat singkat. Jiwanya terganggu dan sejak itu, Aiddin suka bersendirian. Aiddin yang berduka cita ditenteramkan oleh tunangnya, Feena yang berjanji akan setia pada ikatan cinta mereka. Impian terakhir sebelum kematian meragut kehidupannya adalah untuk mendaki Gunung Kinabalu. Impian itu terlaksana, tetapi Aiddin hilang di kawasan hutan pergunungan. Selepas lima tahun berlalu, Aiddin muncul semula di kawasan tersebut. Sejak itu, beberapa siri pembunuhan ngeri berlaku. Manakala Aiddin sendiri sering mendengar bisikan suara perempuan. RAMLEE AWANG MURSHID berjaya mewujudkan sebuah rahsia dalam lingkaran saspens, seram dan misteri dalam novel ini. Faktor cinta pula adalah pengikat, tetapi tidak semestinya tersimpul mati. Rayyan Fantasi merupakan genre yang berbeza dalam karya Ramlee kali ini. Ketika membaca novel ini, pastikan di sekeliling anda adalah realiti kerana fantasi begitu bijak menipu fikiran.

BERTAKHTA DI HATI - MARWATI WAHAB

BERTAKHTA DI HATI
HARGA ASAL : RM19.90
BUKU : BARU

Najmi Syahadat... merenung wajah itu buat kali kedua, terasa seperti menoreh luka di hati sendiri. Bertahun-tahun masa berlalu, dia masih menanti penjelasan yang tak pernah kunjung tiba. Tapi lain yang diharap, lain pulak takdir yang datang. Lelaki itu hanya mampu mengungkapkan kata maaf untuk hidangan jiwanya yang parah.

Dan... dia sudah puas menangis suatu masa dahulu.. ditinggalkan orang tersayang rasanya sakit sekali. tapi ditinggalkan tanpa penjelasan, rasanya lebih sakit lagi. Pun, siapa dia mahu mempersoalkan semua itu? Sedangkan lelaki yg punya jawapan itu sudah membawa pergi senda tawa impian yang tidak sempat untuk ditunaikan.

“Merayulah, Najmi... menangislah selagi masih berupaya menangis. Hakikatnya hati sudah begitu jerih untuk mengembalikan janji itu. Aku tak akan pernah berpaling.”

Itu tekad Khairunasrya, tekad seorang yang pernah membilang tangga demi tangga walaupun ketika melangkah, hatinya sudah lama mati.

SEMAKIN RINDU SEMAKIN SAYANG - UMAIRA DZUL WIDAD

SEMAKIN RINDU SEMAKIN SAYANG - UMAIRA DZUL WIDAD
HARGA ASAL : RM22.90

BUKU : BARU


Puteri Elisya amat yakin bahawa cintanya terhadap Khyrul tidak pernah bermusim. Sayangnya setinggi puncak Himalaya. Walaupun telah terlalu banyak perkara melukakan perasaannya, cinta terhadap Khyrul melebihi segala. Dia rela buat-buat buta dan buat-buat lupa. Bagi Puteri Elisya, Khyrul satu-satunya lelaki yang berjaya menjuarai carta jiwanya. Namun, mengapa hati berbelah bahagi saat cinta itu bakal disatukan dengan sebuah ikatan perkahwinan? Sungguhkah rindunya sudah kehilangan bisa?

“Abang tak kisah kalau Elis dah ada kekasih. Walaupun abang sukakan Elis, in fact dah jatuh cinta pada Elis, tapi abang tak akan paksa Elis untuk cintakan abang.”

“Kalau boleh abang nak bawa Elis terbang di angkasa. Kita jelajah ke bintang, ke bulan. Waktu itu mungkin Elis akan sedar, bahawa perasaan abang kepada Elis tidak pernah terbatas. Seluas langit dunia, sesetia malam pada siang.”

Kalaulah dia belum ada Khyrul, mungkin sahaja dia membenarkan Syahmi menghuni hatinya. Bersama lelaki itu dia rasa bahagia. Sungguh dia rasakan Syahmi telah terlewat. Tetapi mengapa semakin dibiar, rindu itu terus bertindanan di jiwa, membenihkan sayang sehingga dia rasa sukmanya terseksa selepas pemergian Syahmi.

“Dia telefon, kamu tak layan, kamu telefon, dia tak jawab. Sampai bila nak selesai masalah kamu berdua ni? Kalau suka cakap ajelah suka. Tak payah nak main tarik tali.”

Benarkah perasaannya terhadap Syahmi telah mula bertukar makna? Sedangkan dia bimbang menjadi haloba sekiranya membiarkan cinta di hati beralih kepada Syahmi. Mampukah dia bertahan selepas ketiadaan lelaki itu?