Search This Blog

DENGARLAH JERITAN HATIKU - REHAN MAKHTAR

KARYA MENARIK TERBARU DARI PENULIS REHAN MAKHTAR

CETAKAN TERHAD

TIADA DI JUAL DI KEDAI BUKU 

DENGARLAH JERITAN HATIKU - REHAN MAKHTAR

CETAKAN TERHAD

TIADA DIJUAL DI KEDAI BUKU

HARGA TAWARAN TIDAK SAMA DGN HARGA BUKU .. HARAP MAKLUM

Sinopsis blurb :
YUGASRI kembali ke tanah air atas desakan Datuk Yohana setelah lapan belas tahun hidup sendiri di negara orang. Sukar, namun kerana percaya pada abangnya, Amri… dia gagahkan diri. Niatnya hanya satu - mahu menjadi yang adil. Tapi, niat itu terbelah dua bila bahunya melanggar seorang gadis.
Jatuh cinta pada Ashita, bukan kehendaknya kerana sedar, dia tiada apa. Tapi, mana mungkin dia nafi bila suara gadis itu tak ubah seperti muzik merdu dalam dunia dia yang terlalu sepi.
“Saya bawa bekal nasi goreng. Tapi, pagi tadi punyalah…” - Ashita
“Kalau awak layan saya macam ni, macam mana awak nak saya anggap awak sebagai kawan biasa aje, Ash?” - Yugasri
Hati Ashita mendengar jeritan hati Yugasri kerana dia tahu, lelaki itu juga mencintainya biarpun keputusannya telah buat Amri kecewa.
Ashita dan Yuga bercinta. Bahagia. Biarlah Yuga tiada apa dan serba kurang, dia tetap mahu bersama lelaki ini sampai syurga. Tapi, ujian memintas di depan mata. Tersenyum mesra.
“Ash, jangan buat saya macam ni…” - Yugasri
“Atau perlu saya buat tuan macam tuan buat dekat saya?” - Ashita
HATI Ash, hati yang pemurah. Di saat dia sudi memaafkan, sekali lagi mereka sama-sama tercampak dalam kesakitan bila dendam lama bangkit menuntut pembelaan.
“Kalau abang maafkan mereka berdua, Ash boleh terima abang?” – Amri
“Ash dah terima Abang Am…” - Ashita
Ujian telah meletakkan Ashita dan Yuga dalam keadaan yang perlu untuk mereka memilih antara sayang ibu dan abang serta cinta mereka. Dan, Yuga tekad memilih kasih ibu dan abang. Menolak cinta Ashita jauh.
“Kita ni memang dah berpisah, kan?” – Yugasri
“Dengan cara baik yang pastinya. Tiada dendam dan rasa tak puas hati.” - Ashita
Ini kisah cinta. Cinta anak pada ibunya. Cinta adik pada abang dan cinta kekasih pada kekasihnya. Cinta yang mengorek kembali memori lalu yang menyakitkan. Cinta pada sesama manusia yang tidak dikira lebih atau kurangnya dia.
Hati Yugasri menjerit kuat namun, mampukah jiwa Ashita mendengarnya?

BATRISYIA - MUNA MAHIRA

NOVEL SPECIAL EDITION YANG TERBARU DARI MUNA MAHIRA
NOVEL BEST & MENCAPAI JUALAN TINGGI !

CETAKAN TERHAD
DAPATKAN SEBELUM KEHABISAN!

BATRISYIA - MUNA MAHIRA
HARGA BUKU : RM30.00

HARGA TAWARAN : RM47.00

TERMASUK POS SEMENANJUNG M'SIA

CETAKAN TERHAD!!!

***BUKU NI STOK TINGGAL HUJUNG2 SAHAJA
LEPAS HABIS STOK , MEMANG SUSAH NAK DAPAT 

Batrisyia si Ice Queen bermata biru lebih senang hidup sendiri tanpa gangguan sesiapa. Hidupnya tiba2 terganggu oleh Ghazi Zayan yang hadir mengejar.

"I want you... and I will keep hunting you. Again... and again."
"You dah gila!"
"I mungkin gilakan you. Jaga-jaga. I mungkin buat you jatuh cinta."

Sejauh mana dia cuba mengelak, lelaki itu tetap mengejar. Selagi dia tidak jatuh ke dalam dakap Ghazi Zayan, dia pasti jadi buruan!

MIMPI KITA SAMA - WAWA AKIL

MIMPI KITA SAMA - WAWA AKIL
HARGA BUKU : RM33.00
BUKU : BARU

CETAKAN TERHAD
TIADA DI JUAL DI KEDAI BUKU

Selama 36 tahun hidup Airis Ilmani Datuk Hassani biasa-biasa saja. Tiada yang menarik dalam kehidupannya. Gelaran anak dara tua atau andartu juga tidak pernah menjadi kudis buatnya. Allah belum temukan jodohnya. Dia pegang kata-kata itu.  Namun takdir merubah segalanya. Dari hidup biasa-biasa menjadi luar biasa. Hidupnya kini bertukar huru-hara. Graf hidupnya berubah 100 peratus. Lintang-pukang dibuat dek lelaki bernama Khaled Zidan, CEO Kenchana Holdings. Perkenalan mereka bermula kerana tugas. Tetapi tugas juga yang menjerat Airis apabila lelaki yang muda enam tahun daripadanya itu menggunakan helah untuk menyaman syarikat akhbar tempatnya bekerja jika dia tidak memenuhi syarat yang diberikan.  Untuk mengelak di saman, Airis terpaksa akur. “Syarat I tiga bulan dari sekarang you adalah girlfriend I. I adalah boyfriend you. Apa-apa yang you nak lakukan kena minta keizinan I dulu. Tu syarat pertama, syarat kedua pula kena temankan I breakfast, lunch, dinner dan supper setiap hari. Tak boleh miss. Syarat lain akan I tetapkan kemudian,” – KHALED ZIDAN “I setuju. Tapi boleh tak kurangkan tempohnya. Tiga bulan lama sangat. Kalau sebulan macamana? I pun ada kehidupan I sendiri. Macam you juga. Kalau tiga bulan meranalah Cik Natasya you tu,” – AIRIS  Ada rasa mula menjentik hatinya namun dia perlu sedar diri. Lelaki itu sebaya adiknya dan seorang adik tidak boleh menjadi imannya. Jadi, dia letak sempadan agar rasa itu tidak bercambah. Penolakan Airis langsung tidak mematahkan semangat Khaled Zidan malah dia makin kerap menghantui hidup gadis itu. Namun, hubungan mereka ada halangan. Dua ibu sudah mengatur jodoh untuk anak-anak. “I tak kisah you nak cakap apa.. rancangan I takkan dibatal hanya kerana penolakan you. Lagi pun I tahu mak you beriya-iya mahu bermenantukan I. Jadi kita tunggu dan lihat perkembangannya nanti,” – DARIUS “Orang tak nak..orang tak boleh terima Dahlia tu. Dia dah macam adik orang. Sejak kecil orang kenal dia. Mana boleh dijadikan isteri,” – KHALED ZIDAN Bagaimana kesudaam kisah cinta Airis Ilmani dan Khaled Zidan. Bersatukah cinta mereka? Semuanya hanya akan terjawab dalam Mimpi Kita Sama

#SUAMIISTERI - KOMPILASI MINI NOVEL

#SUAMIISTERI - KOMPILASI MINI NOVEL
HARGA BUKU : RM21.00
BUKU : BARU

Isteri Sejuta Rasa - HAnny Esandra

“Sayang, abang nak dapatkan Fieya pun cukup susah dulu. Takkanlah abang senang-senang nak menduakan Fieya? Sia-sia ajelah usaha abang untuk ambik hati Fieya dulu. Sia-sia jugaklah abang tunggu Fieya untuk terima abang sebagai suami. Ini permata dan nyawa abang.” Safieya dan Riezman hanya memandang momen indah itu sambil masing-masing berbalas senyuman.

************

#ZarielLiana – Ana Sofiya
Diktator Itu Kamu


 “Siapa diktator?” “Diktator itu kamu!!”
“What? Liana?”
Oh Tuhan! Apa yang aku dah buat ni? Apa yang aku dah sebut? Sungguh, aku tak berani nak tengok muka Encik Zariel dah. Kecut!

************

#Za’baSeri – Bikash Nur Idris
Suami Selepas Deadline


“Youlah. Jadi suami I lepas I letak deadline. Kalau you tak balik dalam sekian masa, I takkan kahwin. Kalau tak sebab Opah Chik, mungkin taklah...”
“Oh! Bila deadline you tu?”
“Sehari sebelum I jumpa you balik lepas dekat 10 tahun. Bayangkan terkejutnya I masa tu.”
“Tu pasal sambut I dengan pensel tajam?”

*************

#KarlWafa – Shazie Kamaruzaman
Suami Terlebih Rela

“Sayang! How could you do that to me? Adeh, lemas abang!”
“Abang okey tak ni? Nak Wafa buat CPR tak?”
“Nak! Nak! Cepatlah bagi CPR. Abang tunggu ni.”
Wafa rasa nak cubit saja bibir Karl yang memuncung. Eee, bukan main lagi ya. Asal sebut CPR saja, suka bukan main!

*************

#AbangLongDian – Rehal Nuharis
Isteri Untuk Abang Long


“Eh, tak apa. Dian boleh naik bas.”
“Berani kau lawan cakap ketua gengster ya?”
“Dian hanya takkan melawan cakap orang tua Dian dan suami Dian. Tu pun bila dah ada suami nantilah.”
“Kau tengah lamar aku ke apa sebenarnya ni?” sakat abang long.

LELAKI PILIHAN TERAKHIR - HANI FAZUHA

LELAKI PILIHAN TERAKHIR - HANI FAZUHA

LIMITED EDITION

TIADA ULANG CETAK

HARGA TAWARAN TIDAK SAMA DENGAN HARGA BUKU .. HARAP MAKLUM


SERIOUS BUYER WHATSAPP : 0177342366   


Limited Edition
Sinopsis :

Cinta buat Airis Safiya satu kepastian, bukan kepalsuan. Tapi, kenapa Aakif Hudzairi tak pernah mahu faham? Kenapa Adif Hakimi tak pernah mahu mengerti? Dan kenapa Farid Adam juga tidak mahu menerima kenyataan?
Bukankah jodoh itu rahsia DIA? Ada dalam setiap lipatan takdir manusia. Tapi kenapa mahu bersengketa sesama sendiri hanya kerana tiada jodoh yang tertulis antara mereka?
Hud yang beku. Adif yang gentlemant dan Farid yang suka bertindak di luar jangkaan. Ada ikatan persaudaraan sesama mereka dan kebetulannya, mereka suka wanita yang sama.
“She’s mine.”
“Aku peduli apa.”
Mata bertentang mata. Ada api yang marak membara.
“Touch her and I’ll kill you.” Nada biasa-biasa tapi ayat amaran yang diberikan lelaki itu cukup berbisa.
Kerana seorang Airis Safiya, semuanya berantakan. Pertalian darah bukan lagi satu keutamaan. Yang penting cinta di hati harus menang.
“Abah serahkan Airis pada kamu. Satu-satunya harta dunia yang abah ada. Selepas ini, tanggungjawab sudah tergalas di bahu kamu dan abah harap kamu ambil anak abah untuk letak di hati, bukan sebagai alas kaki.” Pesanan abah untuk sang suami buat air mataku tumpah lagi.
Kenapa aku rasakan abah bagai sedang menyampaikan sesuatu yang mungkin akan terjadi dalam hidupku?
Siapakah lelaki yang menjadi pilihan terakhir bagi menggalas tanggungjawab mengambil Airis untuk diletakkan dalam hati?

DIA SEMANIS HONEY - DYLA DINA


DIA SEMANIS HONEY - DYLA DINA

HARGA BUKU : RM26.00
BUKU : BARU


Bagi Hani, pertunangan ni tak sepatutnya berlaku. Bagi Ahnaf pula, pertunangan ini diterima hanya kerana taatnya seorang anak.
Perbalahan semi perbalahan akhirnya membibitkan cinta. Tetapi saat diri sudah bersedia untuk bergelar suami, muncul pula Ariana menghancurkan segala impiannya untuk hidup bersama Hani. Hani ditinggalkan....
Tiga tahun berlalu, Ahnaf kembali setelah sekian lama menyepi. Kembalinya lelaki itu saat Hani punya Adam di sisi, dan kehadiran Bella di sisi Ahnaf mengukuhkan lagi tembok pemisah antara mereka.
“Buat apa pulak I nak terhegeh-hegeh berbaik dengan you sedangkan you dah ada Bella, dan I dah ada
Adam!” ~ Hani.
“You tak perlu ingatkan I pasal Adam. Sebab I dah jelas dengan kedudukan kita sekarang!” ~Ahnaf.
“Baguslah kalau you dah tau. Lepas ni, tolong jangan tanya soalan yang berkaitan dengan ‘kita'. Sebab perkataan ‘kita' tu dah lama tak wujud antara you dengan I.” ~Hani.
Adakah perkataan ‘sahabat' itu hanya dibibir saja, sedangkan hati berbisik mengimpikan sesuatu yang lebih dari sekadar sahabat. Akan bersatu semula dua hati yang masih memendam cinta di hati masing-masing, atau pertemuan ini hanya akan berakhir dengan perpisahan sekali lagi?
Adakah pertemuan sekali lagi ini akan mencipta sekali lagi perpisahan? Atau... akan menjadi titik penyatuan dua hati untuk selama-lamanya?”
“Kita bertemu, kita berpisah dan kemudian bertemu semula....”