Search This Blog

Showing posts with label MUSTREAD. Show all posts
Showing posts with label MUSTREAD. Show all posts

PATRICIANS VS AURORA - HALIBAN

PATRICIANS VS AURORA - HALIBAN
TERBITAN : MUST READ
HARGA BUKU : RM16.90

 
AURORA

Gelak ketawa empat orang gadis memenuhi ruang kafe Kolej Inspirasi. Semua pelajar lama sudah lali dengan kelakuan empat gadis itu. Empat sekawan tersebut tidak pernah menghiraukan orang yang memandang dan memerhati mereka. Mereka tidak menghiraukan komen dan cakap-cakap para pelajar tentang apa yang mereka lakukan kerana mereka tahu mereka tidak membuat salah.

PATRICIANS

Di satu sudut bertentangan di dalam kafe itu pula terdapat empat orang pemuda. Mereka tidak kurang sama dengan keempat-empat orang gadis tadi. Mereka tidak mempedulikan orang sekeliling setiap kali membuat sesuatu, selagi mereka tidak menyusahkan orang lain. Namun segala pergerakan gadis berempat itu sentiasa diperhatikan supaya mereka mendapat peluang untuk mengenakan mereka.

Apabila Patricians bertemu Aurora;
“Kau memang patogen, Syafiq! This means war!” -Aurora
“Kami tunggu, alergen!” – Patricians Kesimpulannya
“Revenge is sweet. Do you guys know that?”

DAYANA DEBAB - SHAH BAKRI

DAYANA DEBAB - SHAH BAKRI
TERBITAN : MUST READ
HARGA BUKU : RM16.90

  
“Dayana Debab! Dayana Debab! Dayana Debab!” seperti anak itik mengekori langkah ibunya, seperti itulah sekumpulan lelaki menurut langkah Dayana dari belakang sambil mengejeknya yang baru sahaja berjalan keluar dari kelas.

“Awak ni, saya risaukan awak. Sudahlah tangki perut awak itu banyak ruang, boleh muat banyak coklat. Awak tidak risaukan badan awak yang asyik naik saja saya tengok. Ish, gerunlah saya! Saya takut, satu hari nanti badan awak tidak muat nak masuk kedai ini, tahu. Nanti tersekat di pintu,” dalam usikan Syafika, masih ada nilai keprihatinan sebagai seorang sahabat.

“Alah, saya makan coklat. Berkhasiat. Lagipun, saya juga jaga kesihatan. Saya minum air masak sahaja dan tidak minum air bergas. Saya juga makan makanan berkhasiat yang ada nutrisi. Cuma coklat ini saja sebagai…” Dayana meneruskan kunyahannya. Habis comot sekeliling bibir dengan cairan coklat.

“Saya tahulah. Itu pun sebab emak awak yang bertegas, bukan? Saya tahu perangai mak awak itu bagaimana. Mak awak itu bertanggungjawab, tegas dan berdisiplin. Kalau mak awak kongkong sedikit cara pemakanan awak, awak cakap dia buat macam di penjara pula. Keras betul hati awak. Padahal awak tidak tahu, apa yang mak awak buat itu ada banyak kebaikan, dia nak awak jaga badan sebab awak sendiri sudah tidak reti jaga badan awak,” panjang lebar Syafika berceramah dengan wajah seriusnya.