Search This Blog

Showing posts with label E-MAN SUFI. Show all posts
Showing posts with label E-MAN SUFI. Show all posts

PABILA ROMEO VS JULIET


BUKU TERBARU DARI PENULIS
BUKAN AKU TAK CINTA - E-MAN SUFI


Tajuk: Pabila Romeo VS Juliet
Penulis: E-Man Sufi
Harga : RM21.00

Kita berdua jauh berbeza
Langit dan bumi tapi serasi
Kucintaimu kau cintaiku
Itu saja yang perlu kau dan ku tahu

Awatif, pengawas sekolah merangkap anak pengetua itu tidak pernah tahu bahawa seorang pelajar tingkatan enam yang sering datang lewat ke sekolah, pernah ditangkap merokok olehnya rupa-rupanya tunangannya sejak kecil.

Ayyad, si romeo yang sudah lama tahu akan hakikat itu pelik dengan Awatif yang tidak pernah tertarik dengan ketampanannya sebagaimana pelajar-pelajar perempuan lain.

“Awatif... Kau kalau syok kat aku cakap ajalah... Tak payah buat-buat cerita aku campak kucing pula... Cakap ajalah terus terang... Abang Ayyad... Sudikah jadi Romeo dalam hati saya… Please! Please! Hari-hari saya terkenangkan Abang Ayyad tau... Makan tak kenyang, mandi tak basah... Dah macam Juliet yang rindukan Romeonya, tolonglah bercinta dengan saya.”-Ayyad Zahari

“Lelaki perasan! Tak kuasa saya nak jadi Juliet awak!” –Awatif Sulaiman

Masa berlalu, mendewasakan kedua-duanya. Ayyad ke Australia, Awatif di Malaysia. Ayyad pulang ke Malaysia, Awatif pula terbang ke Jordan. Namun tidak pernah watak pembulinya itu dilupakan. Balik sahaja ke tanah air...

“Atif sebenarnya dah lama jadi tunang orang...” - Khadijah, umi Awatif.

“Errr… Atif kenal ke? Siapa tunang Atif tu?” – Awatif

“Abang Ayyad kaulah.” – Khadijah, umi Awatif.

“Oh My Allah! Dia ke tunang aku? Tidak!” -Awatif

Ayyad yang pancitkan tayar basikalnya... Ayyad yang pernah baling kucing kepadanya waktu keluar tandas... Ayyad yang letak gam dalam kasut sekolahnya... ialah tunangannya!

Macam mana mereka nak hidup bersama kalau seorang takut kucing, seorang suka kucing? Macam mana nak jadi Romeo dan Juliet kalau seorang pencinta mi kari dan seorang lagi benci mi kari?

Dapatkah serasi dipupuk pabila Romeo VS dengan Juliet?

BUKAN KERANA AKU TAK CINTA-EMAN SUFI



BUKAN KERANA AKU TAK CINTA-EMAN SUFI
HARGA BUKU : RM24 (SEMENANJUNG)
RM27.00 (SABAH/SERAWAK)
BUKU : BARU

JEBAT. Seorang lelaki yang katarsis, berdarah campuran Melayu dan Cina dari jalan hitam kehidupan kepada pencerahan. Tidak pernah terlintas dalam fikirannya untuk jatuh cinta kerana tujuan hijrahnya hanya untuk menuntut ilmu agama dan melupakan kisah silamnya.
Sifatnya yang tenang, rajin dan baik hati telah menarik perhatian Mastura, adik ipar kepada majikannya Uwais. Pelbagai cara digunakan oleh gadis itu untuk menarik perhatiannya hingga Jebat naik rimas dan lemas. Walau berkali-kali ditolak, Mastura tidak juga berputus asa. Dia tidak pernah menyangka gadis cantik,kaya dan bijak seperti Mastura terpaut hati kepadanya, seorang lelaki biasa yang tidak begitu tampan kerana mempunyai parut di bahagian matanya. Mereka umpama The Beauty and The Beast.
“Kau tak malu ke nak bersuamikan lelaki yang tak ada apa-apa?”
“Nak malu apa? Bagi Mas, abanglah yang paling handsome. Bagus juga parut tu… Tak adalah perempuan lain nak rebut abang daripada Mas, kan? Biar Mas sorang aja yang tahu menilai betapa kacaknya abang di pandangan Mas.”
Namun mampukah rumah tangga yang dibina bertahan?
Masih adakah cinta dan kesetiaan dalam hati Mastura apabila mengetahui rahsia sebenar yang Jebat ialah  bekas ketua kumpulan gengster!
Sementelah pula lelaki dengan sejarah hitam sebegitu bukanlah suami impiannya.

SUAMI YANG KUBENCI - E-MAN SUFI


SUAMI YANG KUBENCI - E-MAN SUFI
HARGA BUKU : RM20.00 

BUKU : BARU

"Seseorang itu dicintai bukan kerana kesempurnaannya tapi dia kelihatan sempurna kerana dia dicintai..."

Perkahwinan antara dia dan Uwais Ukasyah bagaikan duri yang mencucuk tangkai hatinya.Dia bencikan lelaki itu kerana baginya seorang penjual burger tidak layak untuk memilikinya sebagai seorang isteri. Kalaulah bekas tunangnya Tengku Muiz tidak menconteng arang pada maruah keluarganya. Pasti perkahwinan ini tidak akan terjadi. Ditelan juga rasa pahitnya pernikahan itu

Hannah Maryam, Nama secantik wajahnya. Namun sayangnya..cantik itu hanya pada wajah bukan pada hati!. Kebencian isterinya itu hanya disanggah dengan kesabaran. Dia sedar dia bukan putera raja mahupun jutawan ternama. Uwais Ukasyah berpegang pada kata hati..satu hari nanti dia akan pastikan dia bukan lagi suami yang dibenci. Penjual burger juga layak untuk dicintai!

Mampukah rumahtangga Hannah Maryam dan Uwais Ukasyah bertahan tanpa permulaan yang begitu indah? Kehadiran Fawaz pula menambahkan lagi kekeruhan rumahtangga yang berantakan.. lakonan demi lakonan dimainkan. Kemana hala tuju pernikahan mereka? atau mungkin perceraian jalan penyelesaian terbaik.


"Terima Uwais? Kau buat lawak ke apa ni? Malaslah aku nak cakap pasal dia…." Bila nama Uwais disebut, dia mula rasa kurang senang. Dia masih tidak boleh lupakan pergaduhan beberapa hari yang lalu. Pasal burger pun nak marah orang, macamlah sedap sangat burger dia tu....

"Lawak apa pulak, kan elok kalau kau mula berfikir pasal masa depan kau dengan dia? Korangkan dah jadi suami isteri...."

"Masa depan? Aku ada masa depan ke dengan lelaki macam tu? Kerja pun jual burger... masa depan apa yang dia boleh bagi kat aku, Maira?"

"Astaghfirullah.... Mengucap Hannah, tak baik kau cakap macam tu…!"

"Kau nak aku cakap macam mana lagi, Maira? Kau nak aku bersyukur dapat suami macam tu? Kau faham tak yang aku tak boleh terima cara hidup dia tu? Dia tu low class, kau tahu tak?