Search This Blog

KERANA DIA LELAKI ITU - WAWA AKIL

TERBARU DARI PENULIS WAWA AKIL



KERANA DIA LELAKI ITU - WAWA AKIL
HARGA  : RM45(SEM) / RM50 (S/S)

HARGA TERMASUK POSTAGE

TIADA DIJUAL DI KEDAI BUKU

READY STOK !

blurb

Pada awalnya hubungan mereka tidak lebih daripada abang dan adik angkat. Mereka dibesarkan oleh ibu yang bersama. Sayang mereka sayang antara abang dan adik. Namun seiring peningkatan usia hati dan perasaan mereka turut berubah. Ada sayang antara mereka. 

Tetapi... 

Kata Gibran Addin, Sara Khadeeja adalah adiknya dan seorang adik tetap akan menjadi adik untuk selama lamanya. 

Kata Sara Khadeeja pula, Gibran Addin adalah abangnya dan seorang along tidak layak di angkat menjadi kekasih.

Namun kata adik mereka, Hayfa Humaira, abang dan kakaknya layak bersatu. Hanya mereka yang tidak menyedari. 

“Mengakulah long... kalau tak melepas. Tak salah along jatuh cinta pada kakak. Along bukan mahram kakak pun. Kakak halal untuk along nikahi,”- HAYFA HUMAIRA
Mereka berkongsi rasa yang sama. Peritnya hati menidakkan rasa itu. Hanya kerana status mereka memendam perasaan. Mana mungkin abang-adik boleh bersatu.

“Yang along nak marah-marah ni kenapa? Sara dah tak boleh berkawan ke sekarang? Along berkawan dengan Suriana, Sara tak kisah pun”- SARA KHADEEJA 

“Sara nak keluar dengan siapa along tak kisah tapi beritahu along dulu. Sekurang-kurangnya along tahu dengan siapa Sara berkawan,” - GIBRAN ADDIN

Dalam diam, Sara Khadeeja diintai jejaka kacak, Fadh Idhlan yang begitu berani meluahkan perasaannya. Gibran Addin menjerut perasaan. Tak kurang juga Sara Khadeeja yang menyampah melihat kehadiran Suriana disisi Gibran Addin. 

Bagaimana kesudahan cinta abang-adik. Mampukah hati mereka bersatu? Sanggupkah Gibran Addin melepaskan Sara Khadeeja dan sanggupkah Sara Khadeeja melepaskan abangnya kepada Suriana? Semuanya akan terjawab dalam kerana dia lelaki itu...



UJIAN UNTUK BAHAGIA - CIK TET


UJIAN UNTUK BAHAGIA - CIK TET
HARGA BUKU : RM28.00

ORDER - WHATSAPP : 0177342366


UJIAN UNTUK BAHAGIA 

Jiwa Haris mati. 
Hidup Indah musnah. 

Takdir Tuhan menemukan mereka. Jiwa yang mati, hidup yang disangka musnah... kembali bersinar. Harapan dan cinta mula membasahi hati, melakar warna-warna indah, mengetuk pintu hati yang selama ini ketandusan rasa. 

Jiwa Haris jadi tak menentu. 
Hati Indah jadi resah. 

Lantas janji diukir. Haris berjanji menerima segala kekurangan Indah tanpa syarat. Indah berjanji yang kesetiaannya hanya untuk Haris hingga ke akhir hayat. 

“Abang janji takkan tinggalkan Indah walau apa pun yang terjadi? Abang janji abang akan terima Indah walau siapa pun Indah?”~ Indah

“Setiap orang ada kisah lalu, Indah. Dan Indah janji akan setia dengan abang hingga maut memisahkan kita?”~Haris

Bersama janji, mereka mengharapkan sinar kebahagiaan. Cinta disemai, bahagia dibina. Namun dengki dan iri hati tetap mengekori mereka. Kepercayaan dan janji lebur dalam sekelip mata. Relai bersama fitnah yang dijaja.  

“Ini balasan Indah terhadap pengorbanan abang menerima Indah tanpa syarat? Abang tak sangka yang Indah juga sama macam Ati! Kotor!”~Haris

Sekali lagi maruah Indah menjadi taruhan. Diletakkan paling bawah,diinjak-injak tanpa simpati. Namun jauh disudut hati, dia masih berharap agar ada secebis simpati Haris untuk dirinya. Dia merayu. Dia merintih. Dia berjanji untuk kesekian kalinya.  

“Indah merayu dengan abang, tolong kesiankan Indah dan mak Indah untuk sekali ni saja. Tolonglah abang... Indah janji, Indah tak akan ganggu abang walau apa pun abang lakukan. Cuma dua minggu, abang... Cukup tempohnya nanti, Indah sendiri yang akan pergi dari hidup abang. Sejauh yang Indah mampu, supaya abang tak perlu lagi melihat perempuan kotor dan hina ini. Indah janji,abang...”~ Indah

Sanggupkah Haris membiarkan Indah merayu, merintih dan memohon ihsannya? Tegakah dia terus melihat air mata yang mengalir di pipi Indah? Sudah hilangkah semua rasa cinta dalam hatinya untuk Indah?

Mulut kata tidak,bibir lafaz benci,tapi kenapa di da lam sana dia rasa sakit? Cinta mereka diuji. Akankah ada bahagia untuk mereka nanti?

MANUSKRIP CINTA - SYAMNURIEZMIL


MANUSKRIP CINTA - SYAMNURIEZMIL
HARGA BUKU : RM26.00


Aku, Dian Aryani binti Aryan, berusia 30 tahun dan merupakan penulis sepenuh masa. Aku suka bereksperimen dengan manuskrip aku. Aku cuba untuk mencari kelainan dalam setiap manuskrip yang aku tulis.

Termasuklah manuskrip keempat ini. Tapi... Kak Adibah, editor aku tak suka pula. Dia kata, manuskrip aku yang terbaru tu rasa cinta antara watak protagonis tak sampai!

“Nak tulis, kena tulis betul-betul. Kalau rasa tak boleh tulis cerita macam ni, jangan pandai-pandai tulis. Kalau nak cabar diri kau untuk tulis cerita macam ni... Kau kena cabar diri kau untuk jatuh cinta.” – KAK ADIBAH

Gara-gara Kak Adibah suruh aku bercinta, aku terpaksa cari boyfriend tikus putih untuk aku eksperimenkan cinta dalam manuskrip aku. Terpaksalah aku suruh kawan baik aku, Gee carikan. Tak sangka, lelaki yang bermulut loji yang aku jumpa dulu, adalah kawan baik kekasih Gee, Effan yang merupakan tikus putih itu. Jodoh atau bodoh?

“What a small world... Minah badan pendek!” – DR. IZAK ASHAAL

Dia, Dr. Izak Ashaal bin Dato Dr. Izam, berusia 36 tahun dan merupakan doktor pakar tulang,orthopedist. Masalah mula timbul setelah aku dapat tahu yang Izak ada agendanya tersendiri dengan Effan dan dia bukan seperti yang aku sangkakan. Kesilapan dia, membuatkan aku berpaling kepada watak asal yang aku ambil sebagai watak utama dalam manuskrip aku. Dia, Dr. Rian Akasyah bin Tan Sri Dr. Rasyid, berusia 36 tahun dan merupakan doktor pakar jantung, cardiologist. Dia telah dikecewakan oleh tunangnya sendiri dan aku menolongnyamembersihkan namanya.Dia baik, dia sweet dan dia selalu ada bila aku memerlukan dia.

“It’s okay. You can always talk to me about whatever you want to. And you can do it as long as you like.” – DR. RIAN AKASYAH

Daripada tak ada calon, sekarang calon sudah jadi dua. Namun hati tidak pernah ada simpang. Hati aku sudah ada pilihan, tetapi masih degil untuk main permainan hati yang akhirnya menjerat hati aku sendiri. Betul lah kata ibu, hati dan perasaan tak boleh dibuat eksperimen!

Akhirnya... Manuskrip terjun gaung, hati jadi rentung!

“Kalau kak salah pilih pun, ada tiga pilihan yang akan muncul dalam hidup kak. Sama ada pilihan itu akan menilai, merosak ataupun menguatkan kak. Satu pesanan ayah kat kak, kalau muncul tiga pilihan ni, pilihlah yang menguatkan kak. Orang yang kuat, tak mudah mengalah dan putus asa. Itu baru anak ayah!” – AYAH

Hmmm... Apakah pilihan yang menguatkan aku? Tulang atau jantung? Tulislah macam mana bagus pun fiksyen tu, tulisan Allah S.W.T adalah tulisan yang paling baik!

TIADA ARAH JODOH KITA - EZZA MYSARA

TIADA ARAH JODOH KITA - EZZA MYSARA
HARGA BUKU : RM27.00

Bila ‘orang tersayang’ belajar overseas lepas tu curang. Itu klise sangat. Tapi bila ‘orang tersayang’ balik dari overseas lepas tu tiba-tiba pinangkan kita untuk orang lain, itu kategori apa ya?
“Pia... Kalau betul kau sayangkan aku dan percayakan aku, tolong terima untuk jadi isteri Wakeel. I’m begging you.” Fayyad Syakir.
“Lulz… Kau ingat hati ni macam duit dalam bank boleh buat transaksi ikut suka hati kau?” Afia Awliya
“Dia sakit. Hidup dia tak lama...” Fayyad Syakir
“Kenapa? Bila lelaki tu kahwin dengan aku, dia akan hidup selamanya ke?” Afia Awliya
Namun bila mengenali Wakeel sendiri, prinsip Afia berubah. Marahnya lentur. Entah apa yang membuatkan dia bersetuju dengan perkahwinan ini. Tapi kena berhadapan pula dengan abang Wakeel yang dingin, beku, laser lagi menyakitkan hati.
“Awak tahu dia sakit? Awak tetap nak kahwin dengan dia? Ke awak rancang nak bolot semua harta dia selepas awak bergelar ‘janda’ nanti?” Megat Aathif.
“Hah, baguslah kalau awak dah tahu. So, jagalah harta tu elok-elok sebab nanti kurang pula duit nak beli tiket ke syurga, kan?” Afia Awliya
Mengahwini Wakeel tak termasuk dalam list acuan hidupnya. Tapi jodoh, maut, ketentuan sungguh di tangan Tuhan. Selama bergelar isteri Wakeel, tak pernah sehari pun dia tak dihujani bahagia.
Tapi takdir yang menyatukan mereka dan takdir jugalah yang memisahkan mereka.
“Janji dengan saya, Liya. Walau apa pun yang jadi, jangan pernah berhenti cari bahagia awak. Jangan.Berhenti.” Megat Wakeel
Tatkala jiwa itu sarat dibanjiri rindu pada yang telah pergi, dia dihujani dengan dua lamaran. Fayyad kembali menagih janji lama. Aathif pula... Kenapa tiba-tiba dia boleh ada dalam kisah hidup Afia?
“I’m back! Saya akan gantikan bahagia awak yang hilang, Pia.” Fayyad Syakir.
“Saya akui saya tak pandai jaga hati orang. Tapi... saya nak jaga hati awak!” Megat Aathif.
Masih adakah bahagia setelah bahagia yang dahulu telah berlalu pergi? Mampukah Afia untuk memilih jika hatinya telah kosong?


SI BAJU KURUNG KASUT KANVAS - UMIE NADZIMAH

SI BAJU KURUNG KASUT KANVAS - UMIE NADZIMAH
HARGA BUKU : RM23.00


Kata emaknya, Cik Pah, Suria Rihana tak pandai melawa, sebab itu tak ada lelaki mahu mendekat. Dia cuma tahu pakai baju kurung, baju kurung dan baju kurung. Mahu runtuh langit kalau dapat tengok dia pakai skirt labuh macam anak-anak dara zaman sekarang. Lagi satu,dia tak reti pakai kasut gegirl, yang dia tahu hanyalah kasut kanvas tapak rata tu. Pergilah mana pun, fesyen dia itu, itulah juga. Buruk sangatkah berpenampilan begitu? Emak dia dan sepupunya, merangkap anak saudara kesayangan Cik Pah a.k.a musuh ketatnya selalu menghina pemakaiannya. Emak mentua dan bakal suami tak jadinya pun sama. Malah calon-calon menantu pilihan emaknya juga memandang dia sebelah mata. Sebab itulah emak dia sering menyalahkan Suria. Emak susah dapat menantu sebab Suria tak pandai bergaya. Tiada lelaki yang berkenan! Pada suatu petang yang sedih, dia telah ditakdirkan berjumpa dengan seorang pak cik sado yang tinggi kualitinya. Zaman sekarang susah nak jumpa mamat-mamat yang boleh bergantung harap. Yang dia jumpa sebelum ini semuanya hampas-hampas belaka. Persoalannya, nak ke pak cik berkualiti tu pada dia?Ada ke lelaki yang tidak pandang rupa paras si bakal isteri? Dia tidak cantik, pakai pun sempoi giler...

“Nak buat apa lawa?” - Gary Rahman

Suria membulatkan mata. Lelaki ini lagi mau tanya nak buat apa lawa? Bukankah dia sendiri pun nak cari isteri yang cantik, bergaya, vouge?

“Kalau awak nak tahu kebanyakan isteri yang diceraikan suami-suami kat Malaysia ni lawa-lawa tau! Jadi, apa jaminannya lawa tu boleh buat orang bahagia?” - Gary Rahman

Suria mencebir. Banyaklah cakap! Sendiri pun hampir mereput tak kahwin-kahwin sebab nak pilih perempuan lawa-lawa. Kata tak perlu cantik, lawa, seksi bagai. Tapi yang hadiahkan orang kasut tinggi melangit dan gincu bibir warna merah jambu tu apa kes? Apa tujuannya?

Bagaimanakah pengakhiran kisah cinta dan konflik kekeluargaan si gadis sempoi berbaju kurung berkasut kanvas yang berjiwa cekal ini? Bacalah naskhah ini dari muka surat pertama sehingga perkataan tamat untuk cari jawapannya...

LELAKI KHAS UNTUK HANIS - AIMY HANIYA


LELAKI KHAS UNTUK HANIS - AIMY HANIYA
HARGA BUKU : RM30


Bagi Hanis Aaliyah, kerja sebagai jurugambar untuk surat khabar yang tidak sepopular mana bukan satu masalah. Dia gemarkan cabaran. Tak gentar langsung sekiranya kerja miliknya itu terpaksa berdepan dengan kemalangan ngeri atau kena tengok darah sebaldi. Nak hairan apa? Itulah pekerjaan yang Hanis pilih… Mohd Qarin, seorang lelaki yang aneh dan misteri. Matanya, unik! Boleh nampak apa yang orang lain tak nampak. Roh dan sesuatu… Namun, kerana kelebihan yang ada pada Qarin, hidupnya semakin tidak tenang apabila Hanis mula menjadi rakannya. Setiap kali Hanis menjalankan tugas, setiap kali itu akan ada roh yang mengekorinya. Tiba pada satu kes… Kematian beberapa orang gadis yang mati dibunuh, mula membuatkan hidup Hanis dan Qarin kucar-kacir. Dan dalam diam, kerana keakraban mereka, Hanis merasakan yang dia sudah jatuh cinta. Tetapi, Qarin tidak mahu memilih Hanis. Cinta Hanis ditolak.

“Aku suka dekat kau.” - Hanis Aaliyah

“Aku tak suka dekat kau.” - Mohd Qarin

“Itu pun aku tahu. Jangan risau, aku tak paksa kau. Perkara macam ni memang ambil masa.” - Hanis Aaliyah

Kerana penolakan Qarin, Hanis kecewa. Tiba-tiba muncul seorang lelaki misteri yang sebenarnya telah lama menyimpan perasaan terhadap Hanis. Lelaki yang mampu membuatkan hidup Hanis berubah.

“I want to cherish every moment with you. Remember?”

“Let’s make a bigger memory.”

Hanis keliru. Mampukah dia membuat keputusan yang bakal merubah hidupnya? Atau Hanis perlu menunggu dengan harapan? Mengharapkan hati Qarin tersentuh sepanjang dia membantu lelaki itu merungkai misteri atau menerima lelaki misteri yang tiba-tiba muncul itu? Siapakah lelaki khas untuk Hanis?