ANDAI ITU TAKDIRNYA 2 - SITI ROSMIZAH



ANDAI ITU TAKDIRNYA 2 - SITI ROSMIZAH
[sambungan Novel Andai Itu Takdirnya]

HARGA BUKU : RM36.00
TERMASUK POSTAGE : RM45.00(SEM) / RM52 (S/S)

***YANG BETUL2 BERMINAT NAK BELI SHJ***


Sinopsis: 

Syed Aizril dan Aleya melayari bahtera hidup yang bahagia bersama anak-anak. Lapan tahun hidup berumah tangga begitu indah dan manis rasanya.

“Abang akan berada di sisi Leya sampai ke akhir nafas abang, sayang. Abang tak akan tinggalkan Leya. Leya segala-galanya dalam hidup abang.”

Datin Sharifah Rosnah tidak dapat menerima takdir yang tersurat buat arwah anaknya. Hati itu masih hitam dengan dendam kesumatnya! Faizal pula, penjara masih tidak menginsafkannya. Kebencian pada Syed Aizril dan Aleya begitu mendalam sekali. Janjinya! Aleya dan Syed Aizril akan hidup merana!

Sharifah Azreen hadir dengan visi untuk memiliki cinta Syed Aizril. Dugaan yang melanda dalam hidupnya, mengoyahkan hati lelaki ini. Janji pada isterinya dilupakan begitu saja.

“Aku dah tak sayangkan kau! Kau gagal jadi seorang isteri! Di hati aku kau dah tak ada! Kosong Aleya! Kosong!” Berkecai hati Aleya mendengarnya! Aleya terseksa! Hidupnya menderita! Dia dipisahkan dari anak-anaknya!

“Kau tak malu ke dengan jiran nak bagi makan dekat depan ni? Kau nak jadi pengemis kau punya pasal! Jangan kau nak buat anak-anak aku jadi pengemis sama!”

Aleya nampak anak-anaknya melambai tangan padanya bersama air mata menitis-nitis di pipi mereka.

“Kesian anak-anak aku Umi. Aku tak sempat bagi anak-anak aku makan. Kenapa dia layan aku macam pengemis? Ya Allah! Tak tertahan sakitnya perbuatan dia! Kuatkan aku ya Allah! Kuatkan aku!” Aleya menangis semahu-mahunya sambil memeluk erat bekas makanannya.

Hati Syed Aizril sudah tepu dengan ego! Dan ego itu, akhirnya menghancurkan hidupnya. Saat ini, penyesalan dah tak berguna. Hati Aleya sudah mati buatnya!

“Leya masih isteri abang. Leya tanggungjawab abang.” Sebak suaranya.

“Isteri? Tanggungjawab? Layak ke saya jadi isteri pada orang yang terhormat macam awak Encik Aizril? Isteri yang dihalau macam anjing kurap! Isteri yang dicaci! Isteri yang dimaki! Dihina! Dicemuh! Masih layak ke perempuan macam saya jadi isteri awak Encik Aizril!” Jelas kelukaan pada setiap patah katanya.

“Abang akan terus berjuang sampai ke nafas abang yang terakhir! Apa jadi sekalipun Leya tetap akan jadi milik abang!” kata Syed Aizril bersama air mata basah di wajah.

“Saya akan pastikan hubungan saya dengan awak akan terlerai! Saya tak akan tunduk dengan awak lagi! Awak jangan harap saya akan masuk semula dalam sangkar hidup awak!”

Perlu ke Aleya berpaling lagi? Lelaki itu sudah menghancur lumatkan hatinya! Lelaki itu menyeksanya! Lelaki itu mengkhianati cintanya! Maafkan mama sayang, mama dah tak mampu menelan! Andai Itu Takdir-NYA, Aleya redha. 

23 comments:

  1. Belum baca lg...jiwa raga bergelora dalam kesedihan...huhuhu pasti tk kering air mata...

    ReplyDelete
  2. uhuhuhuh gelora jiwa ...rasa nak cekik syed aizril...haizzz...

    ReplyDelete
  3. Ada lg ke pre order novel ni

    ReplyDelete
  4. best lah .. mengayat hati

    ReplyDelete
  5. dah post kat kedai buku ka di MPH, popular apa suma tu? tak sabar lah nak beli novel ni? bila akan keluar?

    ReplyDelete
  6. Popular dah ade..untuk member ade rebate 25% jd rm27

    ReplyDelete
  7. Wahhh dh keluar ke. ....x sabar nk pergi beli...

    ReplyDelete
  8. Wahhh dh keluar ke. ....x sabar nk pergi beli...

    ReplyDelete
  9. dah beli..tpbtak baca kedua duanyapun...ntah..dah tak mau baca cerita sedih2..sbb dah lama sedih..hidupku taklah teruk sgt..cuma tak bahagia je...anyway..tahniah sbb berjaya hasilkn karya persis Salina..i guess...

    ReplyDelete
  10. Haihh sakitnya hati baca sonopsis. Snggup aizril

    ReplyDelete
  11. sayu nk baca yg ke2 ni...kesal dgn syed aizril,bnci sngt2..

    ReplyDelete
  12. Sy dh bce separuh.. geram bila syed aizril bt mcm tu kat aleya... bila xnk campak mcm tu.. bila nk macam2 rayu... itulah nasib perempuan miskin kalu khwin dgn org yg ego n panas baran...

    ReplyDelete
  13. Sedihnyaaaaaa baru baca sinopsis :'((( tak sabarnya nak baca

    ReplyDelete
  14. Aleya ni tak blajar dari pengalaman ker? Dah laaa....dulu pun layan teruk....patutnyer cerai jerr...tapi mesti tak syok cerita....sbb tak leh nak layan emosi.����

    ReplyDelete
  15. Aleya ni tak blajar dari pengalaman ker? Dah laaa....dulu pun layan teruk....patutnyer cerai jerr...tapi mesti tak syok cerita....sbb tak leh nak layan emosi.����

    ReplyDelete
  16. ya Allah gaisss. i baru baca sinopsis. dah sebak. 'andai itu takdirnya' pon i dah nangis2. apatah lg sambungannya ni kan.

    ReplyDelete
  17. tak kering airmata bila baca novel ni.. masih wujud ke org setabah Aleya ni? ego seorg lelaki mmg sedasyat Aizril ke? emosi tak menentu baca novel ni..

    ReplyDelete