Showing posts with label HUD HUD MEDIA. Show all posts
Showing posts with label HUD HUD MEDIA. Show all posts

#Chenta - INCHE GABBANA

#Chenta
Koleksi Cerita Pendek Inche Gabbana
HARGA : RM30.00
BUKU : BARU


#Chenta adalah himpunan cerita-cerita pendek tulisan Inche gabbana yang menghimpunkan 21 cerpen lama yang boleh didapati di blognya, Angel Pakai Gucci dan 3 cerpen baharu. Cerpen yang dimuatkan di dalam #Chenta mengambil latar belakang yang beraneka macam dan watak-watak yang begitu berbeza di dalam setiap ceritanya.
Sesuai dengan tajuk buku ini, cerpen yang dimuatkan di dalam #Chenta menjadikan cinta sebagai temanya yang utama. Tidak kiralah cinta kepada Allah dan ar-Rasul, cinta sesama makhkluk cinta kepada dunia atau lain-lain jenis cinta, #Chenta cuba mengupas tema yang paling popular dalam sejarah ketamadunan manusia ini dengan sudut pandang yang sedikit berbeza. Pada masa yang sama, mesej-mesej tarbiah dan dakwah Islam tidak dilupakan untuk diselitkan sama.
Pelbagai sub-tema diketengahkan di dalam #Chenta; persahabatan, kekeluargaan, homoseksualiti, konflik identiti, perkahwinan, kerjaya dan bermacam-macam lagi. Sesiapa sahaja yang membaca #Chenta akan mendapati sekurang-kurangnya satu cerpen yang dekat dan kena dengan diri mereka.
Inche gabbana juga menggunakan pengalamannya belajar di luar negara untuk menjadikan jalan ceritanya lebih hidup dan menarik. Misalnya, Trem Merah Vienna mengambil latar belakang negara Austria dan Matryoshka pula menjadikan negara bekas Kesatuan Soviet, Russia, sebagai latar belakang utamanya.
Sekali pandang, buku ini mungkin menyasarkan para pembaca perempuan sebagai sasaran utama. Namun sehingga kini, maklum balas yang diterima daripada para pembaca lelaki amat positif dan menggalakkan.
#Chenta telah menjadikan lebih 2,000 orang jatuh cinta dan lebih ramai lagi yang bakal jatuh cinta dengannya.