BILA PAPA JATUH CINTA - CIK D


BILA PAPA JATUH CINTA - CIK D
HARGA BUKU : RM26 / RM29
BUKU : BARU

*************************


Sinopsis : BILA PAPA JATUH CINTA ๐Ÿ’–๐Ÿ’Ÿ๐Ÿ’

Lebih empat tahun dia mengelak, pertemuan tanpa sengaja itu buat hati Adinie Syifa kembali dilanda gelombang. Rupanya, dia tak pernah mampu lupakan lelaki itu.
Bagi duda kacak bernama Ahmad Dhani pula, ditemukan semula dengan Dinie buat hatinya kembali ‘hidup’. Memang cintanya pada anak bekas pekerjanya itu tak pernah pudar.
Tapi, misi untuk meraih cinta si gadis bukan mudah. Dia yang sentiasa tenang dalam bicara dan tingkah, harus berubah watak menjadi lelaki yang menjengkelkan.
"Macam mana encik tahu kereta Dinie pancit?" Pinggang Dinie cekak, di 
bawah sinaran mentari begini, tubuhnya cepat saja hangat nak bangkit marah.
"Lelaki sekacak saya sentiasa bersiap bersedia dengan sebarang keadaan." Dhani senyum. Ada sesuatu yang cuba diselindungkan.
Kalau hati dah kata mahu, apa cara sekali pun dia sanggup. Walau harga yang mahal harus dia bayar untuk mengangkat Dinie menjadi isterinya.
Pun begitu, kisah mereka tidak tamat setelah bergelar suami isteri. Rupanya, Dinie tak pernah belajar dari silapnya sendiri. Kerana satu perkataan curiga, semuanya berantakan.
“Sayang, salah ke kalau abang dan Juliana..."
"Tak salah?” Dinie memintas. 
“Tak salah abang kata?" Dinie ulang tanya. 
"Dinie rasa elok abang pergi sekarang. Tak perlu jelaskan apa-apa. Dinie dah tak nak dengar semua alasan abang!" Suaranya meninggi.
Dhani tergamam. Separuh jiwanya pergi bila dia diingatkan sekali lagi untuk pergi. Seperti biasa, dia mengalah. Kalah dengan air mata si isteri.
"Sayang..."
"Pergi! Dinie tak nak tengok muka abang lagi!"
Apa sebenarnya kisah antara Dhani dan bestfriend forevernya yang bernama Juliana itu yang buatkan hati Dinie membara? Dan apa akan jadi jika Dhani benar-benar pergi meninggalkan si isteri?



SERASI DI HATI - ROSE HARISSA


SERASI DI HATI - ROSE HARISSA
HARGA TAWARAN : RM33.00
BUKU : BARU
(BELUM TERMASUK KOS POS)

CETAKAN SEMULA NOVEL SERASI DI HATI DARI PENULIS BEST SELLER 'ROSE HARISSA

LIMITED EDITION
CETAKAN TERHAD
TIADA ULANG CETAK!
TIADA DI KEDAI BUKU!

*********************************************
HARGA TAWARAN TIDAK SAMA DGN HARGA BUKU, HARAP MAKLUM

*********************************************


Sinopsis  SERASI DI HATI ๐Ÿ’–๐Ÿ’๐Ÿ’›๐Ÿ’š๐Ÿ’™

Dia lelaki berdosa. Dalam usia muda, sudah menjadi ’anak ikan’ pada Zalina Asha, isteri seorang VVIP yang tak pernah puas dengan suami sendiri.
“Lately ni aku asyik kena berkepit dengan si tua tu. Bosan tau? Lembik! Dahlah bau cerut! Tak macam Zarul, rasa manis macam jagung.” – Zalina
Hidup dalam kemewahan tapi jiwanya kosong. Sehinggalah dia ditemukan dengan Intan Edrinaz di alam maya. Baru kenal, dia rasa rapat dengan wanita itu dan boleh bercerita apa saja termasuk kisahnya bersama Datin Zalina.
“Ala… kesiannya! Nampaknya you dah tak freelah lepas ni ye? Dah nak kena rantai balik!” Edrinaz gelak-gelak.
“Sakan gelak? Sampai hati you! I bosan tau! You tau tak, lepas ni I for sure kena ‘gulai’ cukup-cukup!” Zarul cuba menagih simpati. Tak timbul rasa malu bila berbicara begitu.
“Ala, okey apa? You pun dah lama ‘puasa’, kan?” Suka betul Edrinaz mengusik Zarul.
Bagi Edrinaz, Zarul memang kacak. Punya tarikan tersendiri. Tapi, setia dan kasihnya pada sang suami tak pernah tergugat. Walaupun dia rasa dia tidak dilayan selayaknya sebagai isteri.
“Abang! Sepanjang kita kahwin, abang langsung tak bagi Inn nafkah zahir. Okay, fine, Inn redha sebab Inn faham keadaan abang. Tapi sekarang ni, nafkah batin Inn pun abang abaikan!”- Edrinaz
Dan, bila dia tahu yang sebenarnya dia telah dicurangi sang suami, Zarul juga yang dia cari untuk mengadu.
Apa akan jadi bila Datin Zalina tahu tentang Edrinaz dan Zarul? Dan akan bertahankah rumahtangga Edrinaz bila segalanya bukan lagi menjadi rahsia?
Ini kisah hitam tentang kecurangan, bila manusia lupa makna kesetiaan....




HINGGA DIA - ORKID PUTIH

HINGGA DIA - ORKID PUTIH
HARGA BUKU : RM26.00
BUKU : BARU

sinopsis
Acapkali cinta yang bersemi sukar untuk dimengertikan. Cinta lahir tanpa sebab. Seringkali juga terjadi pasangan yang mempertahankan cinta walau plerasaan suci itu tidak dibalas. Tapi, sampai bilakah mampu bertahan..
Pintu hatinya sudah sering diketuk namun tidak pernah terbuka. Hingga Dia … sehingga lamaran Adam tiba barulah terbuka perasaan itu. Mungkin juga kerana ianya telah lama bersemi tanpa disedari.
Namun, berapa lama cinta mampu bertahan jika sering saja ditebak dugaan… Salahkah perkiraan Nia selama ini menyangka bahawa Adam adalah insan istimewa dan selayaknya diletakkan di takhta hati? 
Ketika hati dibalut duka, ada pula jiwa yang menjadi tempat mengubat kelukaan. Namun, cukup kuatkah pujuk rayu itu bagi membina cinta baru …


JANGAN BIAR CINTA BERLALU - MUNA MAHIRA

SEKUEL DARI NOVEL  JANGAN BILANG BENCI & AKU YANG KAU CINTA

PRE-ORDER
PENGHANTARAN DI JANGKA AKHIR JANUARI/AWAL FEBUARI

JANGAN BIAR CINTA BERLALU - MUNA MAHIRA
HARGA : RM37 (SEM) / RM41 (S/S)
HARGA BUKU TERMASUK PENGHANTARAN

LIMITED EDITION 
TIADA DI KEDAI BUKU !
TIADA ULANG CETAK !

STOK TERHAD !

Orang tua-tua cakap jangan bilang benci. Nanti jatuh hati. Itu yang terjadi pada Kimrie. Membenci Hafriz perampas jawatan CEO suatu ketika dulu. Itu jugalah penyebab cinta mereka terpatri.
“Kalau Kim tahu best peluk macam ni dulu... mesti Kim tolak jaket tu. Kim ambil tuan jaket aje. Dah cukup nak panaskan Kim.”
“Sekarang bukan main nakal. Dulu pantang abang dekat, terus dia cabut,” sindir Hafriz.
“Kim tak tahu abang penyayang macam ni. Abang asyik buli Kim aje masa tu. Mana Kim berani dekat.”
“Abang bukan buli tu. Abang caring cara abang. Waktu tu isteri abang ni sombong. Tak suka abang sebab rampas takhta yang dia nak. Tu aje caranya nak dekat dengan Kim.” Pipi Kimrie dielus lembut. Terasa sejuk kulit pipi isterinya itu.
Cinta itu terus berbunga. 4 tahun bersama, cinta tetap dibaja. Tapi rumah tangga mana yang tidak dibadai ombak? Yang hidup pasti diuji. Itu janjiNya. Pemergian Siti Khadijah menguji kekuatan cinta mereka. Sabar dan reda itu kunci rumah tangga bahagia. Hafriz teguh di sisi. Kimrie kuatkan hati.
Bardrizal yang manja, Hans yang gila kerja. Kombinasi yang susah untuk difahami. Pasangan merpati sejoli. Bardrizal playboy pencen mahukan Hans sentiasa di sisi. Hans pula sibuk mengejar impian membina empayar sendiri. Sesekali suami cuba memahami. Sesekali isteri lupa diri.
“Nissa...”
“Hurmmm...” Hans melangut sedikit. 
“Jangan pernah lupakan abang,” bisik Bardrizal lembut.
“Kalau Nissa lupa... abang ingatkan Nissa, please,” tutur Hans separuh merayu. Dia sedar dia bukan isteri sempurna. Tidak sebaik mana. Bukan hanya Bardrizal yang difikirkannya. Impian dan cita-cita tetap penting baginya. 
“That’s why I’m here. Abang tak nak Nissa lupakan abang. Abang takkan benarkan Nissa lupa siapa yang lebih penting. You’re mine.” Lembut nada Bardrizal, tegasnya tetap terasa.


PENCURI HATI VS PENEMBAK CINTA - AILAH DIELA

PENCURI HATI VS PENEMBAK CINTA - AILAH DIELA
HARGA BUKU : RM30.00
BUKU : BARU


I want a girl with a short skirt,
And long... long jacket...

Kenapa Gun kata lirik lagu ni memang kena dengan Maira? Ah… Bagi Maira, Gun ni hanya tahu menembak saja. Menembak dengan kata-kata yang menyakitkan, menembak dengan pandangan mata… dan mampu juga menembak hingga menusuk ke dalam hati Maira sehingga Maira dapat rasakan… sesuatu!

“Kau pernah pakai tudung tak? Umi cakap, rambut perempuan tu aurat. Kenapa kau tak pakai? You must look so beautiful when you wear the scarf. I can imagine that. Mesti kau nampak cute gila kan?”

Maira semakin gelisah apabila ada satu rasa yang dia sendiri tidak pasti apabila bersama dengan Gun, lelaki yang dulunya dia gelarkan sebagai mr. naughty. Tapi bagaimana dengan tunangnya, Fatah? Mr. handsome yang selama ini Maira rasakan paling handsome, paling romantik dan mempunyai senyuman yang paling menawan itu? Adakah Maira telah curang dengan tunangnya sendiri? Ohhh… macam tak sesuai aje! Baginya, Fatah tetap segala-galanya. Gun hanyalah sesuatu yang belum pasti.

Adakah Gun telah berjaya membuatkan hati Maira berubah arah? Adakah hati Gun juga berjaya ditawan oleh Maira, seorang gadis yang penuh persona dan sentiasa dapat memikat mana-mana lelaki yang memandangnya? Dan adakah Fatah akan menerima semua itu dengan hati yang terbuka tanpa mahu mempertahankan cintanya terhadap Maira?

“It's true, my lovely hubby. You are the most handsome guy that I have ever meet. Mata yang memukau pandangan. Hidung yang macho. Bibir yang tersangatlah seksi. Dan janggut kambing yang very interesting!”
 



ANUGERAH CINTA DARIPADA DIA - DHIYANA

KESINAMBUNGAN KISAH CINTA SI WEDDING PLANNER

ANUGERAH CINTA DARIPADA DIA - DHIYANA
HARGA BUKU : RM27.00
HARGA PROMOSI TERMASUK POS : RM29 (SEM)/ RM32 (S/S)
BUKU : BARU

Di antara anugerah yang terindah adalah cinta kita.

Lantaran cinta pertama tidak kesampaian bersama Zara, Bazli membawa diri ke Zurich dan bekerja di sana. Ketika di Zurich, Bazli bertemu dengan Dania yang merupakan seorang graduan
tahun akhir di University Of Zurich. Hari-hari dilalui oleh Bazli yang dulunya suram kini diceriakan oleh kehadiran Dania yang sememangnya seorang yang ceria dan ramah.

“Ikmal Bazli... I love you so much.” – DANIA.

Namun, hati Bazli masih belum terubat… Bazli yakin bahawa bukan Dania yang akan jadi cinta terakhirnya.

“Berikan I masa untuk semua ni. Cinta pertama I baru saja hancur, musnah!” – BAZLI.

Dalam menjalani hari-hari di Zurich, Malaysia tanah air tercinta tetap diingati. Laman Facebook jadi pengubat rindu dalam hati. Hanya kerana melihat komen di status akaun Facebook milik Zara, tiba-tiba membuatkan perasaan Bazli bagaikan dilanda ribut. Berkecamuk! Sebaris nama sudah mampu membuatkan Bazli terbawa-bawa ke dalam mimpi.

“Serius? Rindukan saya?” – BAZLI.
“Hah? Saya tak kata rindukan awak. Saya hanya kata rindu. Rindu kepada Si Chemong! Anak kucing gebu jiran sebelah rumah!” – SYAKIRIN.

Kerana kesilapan tanpa diduga, hubungan yang mula mekar tiba-tiba terpaksa melalui jalan yang penuh dengan cabaran dan juga dugaan. Syakirin akur! Bazli pasrah!

Pelbagai cabaran, dugaan dan juga ujian yang perlu dilalui oleh Bazli untuk memiliki Syakirin.

Kesilapan masa lampau dan juga masa kini tetap mengejarnya sehingga semakin menyukarkan keadaan untuk mereka berdua menemui jalan kebahagiaan. Setiakah Syakirin apabila mengetahui kisah lampau Bazli? Mampukah Bazli memiliki kebahagiaan yang selama ini diimpikannya? Mampukah Syakirin menerima bahawa cinta pertama Bazli ialah Zara yang merupakan kawan baik kepada Syakirin?



MY HUBBY MY LECTURER - NADIRA ZULKIFLI

MY HUBBY MY LECTURER - NADIRA ZULKIFLI
HARGA TAWARAN : RM42.00 
*BELUM TERMASUK POS
(HARGA TAWARAN TAK SAMA DGN HARGA BUKU * HARAP MAKLUM)

LIMITED EDITION 
TIADA DI KEDAI BUKU
TIADA ULANG CETAK

Natasha al-Jannah seorang gadis biasa yang gilakan belajar tanpa ada rasa untuk bercinta. Baginya sewaktu belajar bukanlah masa untuk bercinta. Tapi bila ibu bapanya bercadang untuk menjodohkan dia dengan seseorang dia terpaksa akur. Niatnya cuma satu biarlah dia menjadi anak yang solehah dan taat kepada ibu bapanya. Kejutan yang menantinya ialah dia dijodohkan dengan pensyarahnya sendiri. Iskandar al-Amin. Iskandar al-Amin juga terpaksa mengikut cadangan ibu bapanya dengan alasan yang sama. Biarlah dia menjadi anak yang soleh. “Sir… Sir buat apa kat sini? Macam mana sir tahu rumah saya?”-Natasha al-Jannah. “Salah ke saya nak datang rumah bakal isteri saya?”Iskandar Al-Amin. Perkahwinan yang dirancang berlangsung juga walau hati masing-masing saling tak suka. Seorang ke laut seorang ke langit. Masing-masing tak sehaluan. Pelbagai syarat dan perjanjian dikemukakan masing-masing. ‘KITA AKAN BERPISAH SECARA RASMI SELEPAS ENAM BULAN PERKAHWINAN.’ Iskandar al-Amin terus kaku dengan kisah cinta silamnya dengan Intan yang sudah lama tiada membuatkan dia mengelakkan diri daripada terjatuh cinta dengan Natasha al-Jannah. Strateginya cuma satu buat tak endah. Namun, kewujudan Haikal pencinta terang-terangan Natasha al-Jannah menggugat pendirian Iskandar al-Amin. Pelbagai cara dicubanya untuk menyakitkan hati Natasha al-Jannah supaya Natasha al-Jannah sentiasa sedarkan kehadirannya. Dalam pada mereka saling bergolak, bertekak, berperang satu tragedi yang meragut nyawa kedua ibu bapa Natasha al-Jannah. Tragedi tersebut membuatkan Iskandar al-Amin menjadi tempat bergantung sepenuhnya bagi Natasha al-Jannah. Hari yang berlalu meluputkan pergaduhan mereka dan menjadi pasangan paling romantik sepanjang abad. Satu kejadian terjadi menimbulkan kembali dendam lama Iskandar al-Amin. Intan nama yang hilang timbul semula. Natasha al-Jannah dipulaukan. Rasa cinta ditepikan. Membuatkan Natasha al-Jannah mengundurkan diri. "Saya nak tanya.. saya harap awak jawab dengan jujur.. pernah tak sekali je walaupun sesaat dalam hidup awak.. awak cintakan saya?" -Natasha al-Jannah. “Tak pernah.”Iskandar al-Amin. "Berbenang cinta saya, bersulam benci awak.. Berpahat cinta saya, berukir benci awak.. Tak mampu saya perjuangkan kalau awak masih membenci.. kalau ini takdir dia biar saya hilang biar semua selesai..” -Natasha al-Jannah Natasha al-Jannah menghilang Iskandar tak mencari. Saat berlalu Iskandar al-Amin jadi nanar. Dapatkah mereka bersama sehingga ke akhirnya. Akankah bahagia menjadi milik mereka semua? “Sekali namamu terpahat, Selamanya ia akan kekal.” Iskandar al-Amin.


TUHAN LEBIH TAHU - NORA ISMAIL

TUHAN LEBIH TAHU - NORA ISMAIL

BUKU : RARE' OUT OF PRINT

HARGA TERMASUK POS : RM50(SEM)/RM56(S/S)

STOK TINGGAL 3 SAHAJA

SERIOUS BERMINAT : WHATSAPP 0177342366



SAKITNYA RINDU INI - SIRI YOYO LIANAN AFIERA MALIK

SAKITNYA RINDU INI - SIRI YOYO LIANAN AFIERA MALIK

BUKU : RARE' OUT OF PRINT

SERIOUS BERMINAT WHATSAPP : 0177342366


KAU YANG BERNAMA SERI - BIKASH NUR IDRIS

KAU YANG BERNAMA SERI - BIKASH NUR IDRIS

BUKU : RARE' OUT OF PRINT


DONIA - LAMIA AIMAL

DONIA - LAMIA AIMAL

BUKU : RARE' OUT OF PRINT

HARGA BUKAN HARGA KASIH SAYANG

SERIOUS BERMINAT : WHATSAPP 0177342366


TIADA SEPERTIMU - ANITA ARUSZI

TIADA SEPERTIMU - ANITA ARUSZI
HARGA TAWARAN : RM50.00 (SEM) / RM55(S/S)
HARGA TERMASUK  POS

BUKU: RARE' OUT OF PRINT

Keifli Benjamin dan Zara Melissa… kedua-duanya punya agenda tersendiri ketika diijabkabulkan. Keifli ingin melarikan diri dari kehidupan lampaunya yang ‘kotor’ manakala Zara pula ingin menyelamatkan mamanya. Akhirnya mereka hidup sebagai teman serumah, yang tidak berhutang apa-apa di antara satu sama lain.
Hidup bersama Zara tidak pernah mudah buat Keifli. Ada sahaja yang tak kena di mata Zara. Jenuh Keifli menjaga hati isterinya yang tidak boleh disentuh itu.
Kalau dah hidup sebumbung, mustahil perasaan masing-masing tidak tercuit. Namun keegoan yang menggunung tinggi mengekang masing-masing meluahkan perasaan yang terbuku.
Keifli yang hampir dapat melupakan Intan, kekasih lamanya tergugat dengan kemunculan semula gadis itu. Begitu juga dengan kemunculan semula Rania, rahsia hitamnya yang sering menghantui emosinya. Zara yang tidak berdosa telah menjadi sasaran utama Rania.
Keifli penasaran. Sempatkah dia meluahkan perasaannya pada Zara? Sempatkah dia menyelamatkan Zara daripada jatuh ke dalam perangkap Rania? Bolehkan Zara menerima kehidupan lampaunya yang ‘kotor’ itu?



CINTA MEKAR DI HATI - ROSE HARISSA

CINTA MEKAR DI HATI - ROSE HARISSA

BUKU : RARE' OUT OF PRINT

BERMINAT WHATSAPP : 0177342366

OBSESI - ABDUL RAHIM AWANG



OBSESI - ABDUL RAHIM AWANG

BUKU : RARE' OUT OF PRINT

HARGA TAWARAN BUKAN HARGA KASIH SAYANG

YG BERMINAT WHATSAPP - 0177342366

HADIRMU TAKDIRKU - ALINA HAIZAR

HADIRMU TAKDIRKU - ALINA HAIZAR

BUKU : RARE OUT OF PRINT

MISTERI DANIA - HAIZA NAJWA


MISTERI DANIA - HAIZA NAJWA
HARGA TAWARAN : RM30 (SEM) / RM35 (S/S)
TERMASUK POS
BUKU : RARE OUT OF PRINT

MESSAGE CINTA TERAKHIR: I LOVE YOU - HANNAH EZATY

MESSAGE CINTA TERAKHIR: I LOVE YOU - HANNAH EZATY
HARGA : RM26.00
BUKU : BARU


Farhah elok saja melepak di hadapan televisyen ketika telefon bimbitnya berbunyi.Ada satu pesanan baru masuk ke peti inboxnya.Dengan perasaan yang malas,dia buka dan baca pesanan tersebut.
 
 ‘Awak tak balik ke malam ni?’ Mesej daripada Muhsin membuatkan Farhah mencebik.
 
 “Huh,apsal pula sibuk tanya aku balik rumah ke tidak?Dah rindu kat aku sangat-sangat ke apa?” Telefon dipandang sebelum skrin ditekan-tekan.Farhah meleretkan satu senyuman sinis lantas mencampakkan saja telefon ke sofa di sebelahnya.Puas hati dapat membalas mesej Muhsin. 
 
Tit! Satu pesanan masuk lagi.Farhah tahu itu pasti daripada suaminya lagi. 
 
‘Jangan nak perasan sangat.Saya cuma nak tahu sebab awak tu masih di bawah tanggungjawab saya.Tak mahu nanti kena cop suami dayus pula!’ 
 
Mesej daripada Muhsin kali ini benar-benar membuatkan Farhah panas hati.Tadi,sebelum dia menerima SMS Muhsin,sedap saja dia bantai suaminya itu.Sekarang,kena balik ke batang hidung sendiri.Bibir diketap rapat.Hati tengah panas meluap-luap.Satu mesej dihantar lagi kepada Muhsin.
 
 ‘Dahlah,tak payah nak mesej saya.Esok petang saya balik rumah.’ Farhah mula membebel-bebel geram.Tak puas hati lagi dengan Muhsin walaupun kata putus sudah diambil.Dia pasti akan pulang juga ke rumah mereka esok petang.
 
 ‘Nak saya ambil awak atau macam mana?’ Mesej dari Muhsin masuk lagi.Farhah mengeluh deras sebelum tengkuk digaru-garu dengan perasaan sebal. 
 
“Apsal dia ni sibuk sangat duk main hantar mesej?”dengan rasa tak puas hati,Farhah tekan saja nombor Muhsin dan menunggu masa nak sembur lelaki itu.
 
 “Encik Muhsin,awak tak payah susah-susah nak datang ambil saya kat rumah mak saya.Saya boleh balik sendiri.Bukannya saya tak ada kudrat nak bergerak sendiri.Dan awak jangan sibuk-sibuk nak hantar mesej lagi pada saya nak bertanya macam-macam.Tak payah nak ambil hati saya sangat!”laju saja perkataan keluar dari mulut Farhah tanpa sempat pun Muhsin berkata apa-apa. 
 
“Eh,hello cik adik!Awak ni dah kenapa?Saya cuma bertanya aje tapi yang awak nak emo tak pasal-pasal ni kenapa?Datang period?” 
 
“Suka hati sayalah nak emo atau apa.Peduli pula awak,kan?Ni...sekali lagi saya nak pesan,tak payah nak tunjuk prihatin sangat.Saya tahu status saya,jadi awak jangan nak pandai-pandai fikir yang bukan-bukan.Kalau saya nak ke mana-mana nanti,saya mintalah izin daripada awak.Senang,kan?”
 
 “Okay,fine!Suka hati awaklah.” Talian telefon terus mati meninggalkan Farhah keseorangan melayan perasaan bukan-bukan.Telefon sekali lagi dicampak ke atas sofa. “Eee...serabutlah dia ni.Buat spoil mood aku ajelah!” Farhah menggosok-gosok kepala,sekadar cuba mencari perasaan sendiri. 
 
Petang-petang begini,bergaduh mulut dengan Muhsin melalui telefon buat dia rasa tak senang duduk.Mood melayang-layang entah ke mana.Nak melayan rancangan di televisyen pun dah tak berperasaan. Jam dinding dikerling laju.Dah dekat pukul 3 petang.Apa yang boleh dia buat seorang diri di rumah emaknya ini?Puan Mumtaz dah keluar sejak tengah hari tadi.Encik Farouk pula dua hari tak ada di rumah,ada urusan di luar daerah.Itu yang buat Farhah rasa macam orang bodoh saja balik ke rumah ibu bapanya ni. Telefon bimbitnya ditarik semula dan menekan-nekan skrin mencari nombor telefon seseorang.Seketika,telefon itu melekap cermat di telinganya. 
 
“Hello,beb.Kau free?Jom lepak!”
 
 *** 
 
“ So…apa cerita kau dengan Muhsin?Dah ada penyelesaian?”tiba-tiba Elia bertanya soalan sebegitu kepada Farhah ketika mereka keluar dari sebuah butik dalam mall dan menuju ke medan selera.Pertanyaan terus terang dari mulut Elia benar-benar membuatkan Farhah sesak dada sehingga dia rasa mood nya hilang begitu sahaja.Wajahnya berubah kelat.Langsung tidak ada secalit senyuman mahupun tawa serta keseronokan seperti tadi.Dia toleh pandang Elia lalu menjongketkan sedikit keningnya.Kemudian dia mencebik. 
 
“Penyelesaian?” Elia angguk lagi. 
 
“Cerailah jawabnya."
 
 Elia mendengus kecil.Agak kecewa dengan keputusan Farhah.Sebenarnya dia tidak sangka akan begini jadinya hubungan Farhah dan Muhsin
 
.Dulu,mereka cukup dikenali sebagai pasangan secocok dan serasi.Ramai teman-teman mereka menggelarkan Farhah dan Muhsin sebagai Loving Couple.Bertahun-tahun mereka menyulam kasih ketika masih menuntut di universiti,bercinta bagai nak rak dan buat majlis perkahwinan pun gilang gemilang bagaikan selebriti popular tapi sudahnya,ini yang terjadi.Perceraian! Elia tak menyangka yang Farhah dan Muhsin akan mengambil keputusan yang bodoh begini.Baginya,mereka masih boleh berbincang dan selesaikan apa-apa juga masalah mereka berdua elok-elok.Bukannya mengambil keputusan untuk berpisah.Sayang sungguh dengan hubungan yang dah lama terjalin ini.
 
Di mata Elia,Farhah dan Muhsin adalah pasangan yang sangat romantis dan bahagia.Entah apa yang tidak kenanya,Farhah tiba-tiba beritahunya yang dia dan Muhsin akan bercerai. 
 
“Cik kak oi,bercerai tu bukan satu penyelesaian tau.”Elia berjeda sambil tenung wajah Farhah yang kadang-kadang serupa orang tak ada perasaan.Beku macam ketul ais.Kalau letak sebelah unggun api pun belum tentu boleh mencair. “Kau yakin ke dengan keputusan kau ni?” 
 
“Yakin.”Farhah angguk-angguk sambil melilaukan matanya memerhati ke sekeliling medan selera yang agak ramai manusia itu. 
 
“Kau dah fikir habis-habis?Takkan tak ada jalan lagi untuk pulihkan hubungan kau dengan Muhsin?”
 
 “Aku dah fikir habis-habis dan bercerai adalah jalan penyelesaian yang terbaik untuk pulihkan hubungan yang dah tak ada apa-apa makna ni.”balas Farhah selamba. 
 
Elia terjungkit kening.Agak terkejut dengan kenyataan yang baru keluar daripada mulut Farhah.Eee...ikut hati nak saja dia luku kuat-kuat kepala Farhah ni.Tak pedulilah kalau Farhah itu teman baiknya atau bukan.Kalau dah itu saja yang boleh dia buat untuk sedarkan wanita ini,dia akan buat. 
 
“Tak ada makna kau kata?Habis,selama ni apa maknanya hubungan kau orang?Dekat sepuluh tahun kau bercinta dengan dia,dah faham hati budi masing-masing,lepas tu kahwin pula dah nak masuk dua tahun...takkan tak ada makna?Banyak masa kau habiskan dengan dia,masih tak ada makna?”Elia sudah mula nak membentak. 
 
“Itu dululah,Elia.Kisah dah lepas.Tak ada apa lagi nak dikenang.Sekarang hati aku ni dah tawar.Tak ada rasa lagi untuk teruskan hubungan kami.Aku sedar yang aku dengan dia memang dah tak boleh hidup bersama lagi.Kami dah tak boleh sebumbung.Lebih baik aje kami berpisah dan bawa haluan masing-masing.Mungkin dengan cara tu kami akan temui kebahagiaan.” Elia hampir saja semput mendengar omelan Farhah yang baginya bila bercakap langsung tak pakai akal fikiran.Farhah hanya tahu menggunakan emosi dan perasaannya saja.Inilah yang jadinya bila dalam keadaan marah.Habis semua kenangan manis dan indah mahu dibuang begitu saja hanya kerana sebab yang Elia sendiri pun tak tahu.Sayang rasanya bila Farhah dan Muhsin membuat keputusan untuk bercerai sedangkan mereka masih boleh berusaha cuba menyelamatkannya lagi. 
 
“Kau ni kan Far...kalau bercakap,langsung tak nak fikir masak-masak.Ikut hati kau aje.Kau sedar tak dengan tindakan yang kau bakal buat ni?” 
 
“Apa maksud kau?”berkerut-kerut kening Farhah ketika dia baru saja nak duduk di sebuah kerusi berhadapan dengan meja yang baru mereka pilih.Agak terasing dari orang ramai. 
 
“Kau dah fikir habis-habis apa kesannya bila kau bercerai nanti?Status kau akan berubah tau.Kau akan jadi janda!”Elia berteriak tapi Farhah sempat menampar tangan Elia yang duduk di hadapannya sambil buat isyarat agar tidak bercakap kuat-kuat. “Apsal?Dah takut dengan gelaran tu ke?”sinis Elia menyindir.
 
 “Aku tak takut.Janda ke,anak dara ke...sama saja.Apa,kau ingat saham aku akan jatuh ke bila aku dah jadi janda nanti?Hei,ini Farhahlah.”Farhah tepuk-tepuk dadanya,sekadar mempertahankan pendiriannya yang cuba digugat dek Elia.Elia mencebik sambil menjeling tajam. 
 
“Huh,ego nak mampus!Sekarang ni bolehlah kau cakap macam tu...lepas dah bercerai nanti,bila kau terpaksa tanggung risikonya dan perlu berhadapan dengan dunia,baru kau tahu langit tu tinggi atau rendah.”
 
 “Kau nak kata yang janda ni low class lah?Gitu?” “Aku tak cakap macam tu tapi kau tahulah apa persepsi masyarakat kita pada seorang perempuan yang bergelar janda.Mentaliti masyarakat kita masih tak berubah.Kau sanggup hadapinya?”
 
 “Tak kisahlah apa pun risikonya tapi yang aku tahu aku nak bercerai.Full stop!”Farhah sudah mula panas hati.Ini yang malas ni bila berbual dengan Elia tentang topik yang agak sensitif begini.Dia keluar dengan Elia pun sebab nak hilangkan bosan dan kembalikan moodnya yang hilang tapi Elia pula nak bagi ceramah macam pakar motivasi hal ehwal rumahtangga sedangkan Elia sendiri pun masih membujang sampai sekarang. 
 
“Kau dah pergi kaunseling kat pejabat agama?”tiba-tiba Elia menyoal setelah masing-masing menyepikan diri. Farhah menggeleng. 
 
“Tak ada sebab aku nak ke sana,Elia.Kan aku cakap pada kau yang hubungan aku dengan Muhsin dah tak ada apa-apa makna jadi tak guna aku ke pejabat agama dan dapatkan khidmat nasihat dan bantuan.” Elia mencerunkan mata memandang wajah Farhah yang masih beriak selamba. 
 
“Kau ni,degil tak sudah-sudah.Aku bukan apa,Far.Aku sayang kau tahu?Aku dah kenal kau dari sekolah lagi.Kita dah berkawan berbelas-belas tahun pun.Apa-apa yang terjadi pada kau,aku turut sama rasanya.Aku agak terkilan dengan apa yang terjadi antara kau dan Muhsin.Aku tahu yang aku ni tak layak bercakap soal hubungan suami isteri pada kau sebab aku sendiri pun masih single sampai sekarang tapi sebagai kawan baik kau,aku cuma nak lihat kau bahagia.Itu saja.Dan aku rasa keputusan kau untuk bercerai ni adalah keputusan yang paling bodoh pernah kau buat dalam hidup kau.Kau tak pernah fikir apa perasaan orang tua kau?Apa pandangan saudara mara kau bila kau dengan Muhsin berpisah nanti?Sedih Far...sedih sangat.”bening mata Elia hampir basah.Menggigil tangannya bila bercakap hal ini dengan Farhah sedangkan Farhah masih tayang wajah selamba bagaikan tak terkesan sedikit pun dengan apa yang dituturkan Elia. 
 
“Tak payahlah nak sedih sangat.Yang nak bercerai tu aku,bukannya kau.Tapi kau punya reaksi tu,dramatik sangat okey!Dah macam pemenang kategori pelakon wanita terbaik dalam Anugerah Skrin.”Farhah tayang senyuman sebelum tergelak kecil.Separuh menyindir.  
 
“Mestilah aku sedih sebab aku ada perasaan.Bukannya macam kau!” 
 
“Heh,dahlah.Aku nak pergi order makan.Kau nak makan apa?Aku tolong belikan.”Farhah bangkit mendadak dari kerusinya sambil tenung muka Elia yang dah suram.Kalau bercakap dengan Elia dan melayannya,silap-silap dia sendiri yang akan rasa sakit hati nanti.Bimbang perkataan Elia akan terbenam dalam hatinya dan membuatkan dia berubah hati nanti.Dia tak mahu.Keputusannya untuk berpisah adalah muktamad.Dia tak mahu kata-kata Elia akan membuatkan dia berfikir banyak kali sehingga boleh menjejaskan hati sendiri. 
 
“Macam biasa.”Elia jawab mendatar dan membiarkan Farhah bergerak ke bahagian menjual makanan. Meja di depan dihentak lembut sambil mengetap bibir.
 
 “Kau ni memang degil sangat-sangat,Farhah!Ego!Jangan satu hari nanti kau menyesal dengan keputusan yang kau buat sudah!”gumam Elia melepas rasa sambil menghantar kelibat Farhah melalui ekor matanya.
 
 ***
 
 Seperti yang dicanangkan semalam kepada Muhsin,petang ini juga dia sampai ke rumah mereka.Kalau ikutkan hati,memang tak ingin dia balik ke sini dan menghadap muka suaminya itu tapi apa boleh buat.Esok dia kerja.Tak mungkinlah nak bermastautin di rumah emaknya untuk berulang alik ke pejabat.Tak mahu nanti dikatakan yang dia dan Muhsin sengaja nak timbulkan masalah.Selagi Muhsin belum lafaz kata cerai,dia masih isteri lelaki itu.Dan dia tidak akan keluar dari rumah ini selagi tidak disuruh. 
 
Pintu rumah ditolak.Dia tahu yang Muhsin tak ada di rumah.Keretanya tak ada di halaman.Lega sikit rasa hatinya.Kalau suaminya itu ada,pasti mereka akan bertengkar lagi.Buat sakit hati,sakit jiwa.Bilik tidur dituju.Lega sangat bila dia dapat menguasai keseluruhan ruang bilik tidur yang besar ini seorang diri.Tak ada orang yang akan bising padanya.Dalam hati dia berdoa semoga Muhsin pulang lewat.Boleh dia melepak dan layan perasaan sendiri di sini. Tilam bersaiz king didekati dan dihumban saja tubuhnya ke situ melepas rasa. 
 
“Ya Allah,nikmatnya!”pekik Farhah lalu menggolek-golekkan tubuhnya ke kiri kanan.Elok menggolekkan diri di situ dengan rasa bahagia,almari baju yang terletak di hujung bilik dipandang. Farhah bingkas bangkit dan mendekati almari.Pintu dibuka dan menelek pakaian yang tergantung di dalamnya.Dagu diketuk dua tiga kali sebelum bercekak pinggang.Otak ligat memikirkan sesuatu.Kemudian,pakaian-pakaian yang bergantungan di dalam almari diselak satu demi satu. 
 
“I need to do something!”bisik Farhah sambil menekur pakaian milik Muhsin yang bersatu dengan baju-bajunya di dalam almari. 
 
Tak sampai seminit,Farhah terus capai kesemua baju-baju Muhsin yang tergantung di situ dan mengeluarkannya sebelum mencampakkannya ke atas katil buat sementara.Almari itu akhirnya dibersihkan dan hanya membiarkan pakaiannya yang berada di sana.Pakaian milik Muhsin diambil dan dibawa menuju ke bilik tetamu yang terletak bertentangan dengan bilik peraduannya.Tak mahu lagi berkongsi almari dengan lelaki itu.Dia tak mahu bau-bauan Muhsin melekat dan bersatu dengan baju-bajunya.Bilik tidurnya dijejaki semula dan mengeluarkan semua barang-barang peribadi Muhsin dan memindahkannya ke bilik tetamu.Hampir sejam juga dia buat acara pembersihan sehingga dia benar-benar puas hati. 
 
“Hmm...baru rasa dunia ni indah!”Farhah bersorak sambil memerhati ke sekeliling bilik.Namun otak jahatnya bertindak agresif sehingga mencipta idea-idea lain. 



BAHAGIA MENGETUK HATI - AMANDA ZEE

BAHAGIA MENGETUK HATI - AMANDA ZEE
HARGA : RM24.00
BUKU : BARU


TELINGAKU diganggu bunyi yang membingitkan. Kalut aku mencari puncanya. Tanganku menggagau di bawah bantal. Tersentuh benda keras, jari kutekan. Bunyi itu hilang. Lega. Baru hendak menutup semula mata yang terpisat-pisat, pendengaranku diganggu lagi. Ketukan bertalu-talu di pintu bilik pula.
"Siapa pula ni? Sekejap!" Kacau daun betul namun aku gagahkan juga bangkit dari katil. Sempat aku kerling jam di dinding. 5.45 pagi.
"Hmmm..." tanya aku malas tanpa memandang orang di depan sebaik pintu aku kuak dari dalam. Sebaliknya aku ralit menenyeh mata yang masih sukar untuk dibuka. Berat betul kelopak mataku pagi ini. Entah berapa ratus ekor syaitan agaknya yang bergayut.
“Apa nak jadi dengan kamu ni?”
“Papa…” Meleret suaraku bernada malas. Tak sangka papa sanggup mencemar duli datang ke tingkat atas semata-mata mahu mengejut aku.
"Masuk pejabat hari ni." Satu arahan muntah dari mulut papa.
"Huh?" Terlopong mulutku. Dan dan mataku terbeliak. Terkedip-kedip menatap wajah papa. Patutlah papa rela hati mengejutkan aku. Itu sebenarnya tujuan papa ke sini.
"Jangan nak buat muka terkejut. Selepas solat, turun sarapan. Kita pergi pejabat sama-sama," arah papa lagi.
"Kalau tak pergi?" Aku cuba tawar menawar. Bukan tak biasa berurusniaga dengan papa. Sudah selalu dan selalunya papa menerima tawaran aku.
"Semua kemudahan papa tarik balik. Perintah berkurung akan berkuatkuasa." ugut papa.
"Benci." Terus kututup pintu tanpa pedulikan papa yang masih berdiri di situ. Kaki aku hentak-hentak tika berjalan ke katil. Tanda memprotes atas arahan papa tadi.
Entah apa angin papa agaknya hari ini. Memaksa aku menurut perintahnya. Mungkinkah sebab semalam? Takkan lah. Aku tahu papa tahu aku selalu keluar rumah setiap malam. Tak mungkin papa tahu apa yang berlaku melainkan Hazim bercerita. Ya, melainkan Hazim bercerita.
"Jangan lambat." Papa beri amaran bersama satu ketukan kuat pada pintu bilikku.
"Arghhh!" Aku menjerit sekuat hati. Ingatkan papa sudah tiada. Rupa-rupanya setia berdiri di depan pintu bilikku. Lagi satu papa ni macam tahu-tahu aje aku nak beradu semula. Pasal kerja tu bukan ke papa tahu aku belum bersedia hendak bekerja. Belum puasenjoy.
 
 
 
AKU bersandar lemah. Kenapalah aku tiada adik-beradik? Kalau ada bolehlah aku mengelat. Tidaklah aku ada di dalam kereta dengan papa sekarang ini. Aku menggeleng. Banyakkan beristighfar, Ernie. Percaya kepada qadak dan qadar Allah.
"Nak tunggu sampai bila?" Papa pandang muka aku.
Masa ini aku rasa macam nak cekik-cekik Pak Samad. Kenapalah dia pandu kereta ni perlahan sangat. Skema betul. Kalau bawa dengan kelajuan ala-ala budak baru lepas dapat lessen, pukul berapanya nak sampai ke pejabat. Selalunya tidak sampai setengah jam sudah sampai. Itu pada firasat akulah sebab papa selalu akan hantar laporan pada mama. Ini mesti papa berpakat dengan Pak Samad, dugaku.
"Kalaulah papa ada anak lelaki..." Papa merenung ke luar tingkap.
"Pa..." Tangan papa aku raih. Malas mahu mendengar melankolik papa di pagi hari. Suka sangat menduga hati aku dengan kata-kata syahdu.
Papa menoleh. Tersenyum memandangku. Tanganku ditepuk lembut.
Itu kelemahan aku. Tidak sampai hati melukakan hati papa. Sementelah dia yang menjaga aku selama ini selain mama.
"Ernie akan seronok, sayang. Trust me." Papa gosok kepalaku. Tona suara papa juga lembut. Mendalam hingga mampu menusuk ke dalam hatiku yang tebal ini.
Aku renung wajah papa. Cuba kuikhlaskan riak di wajah. Tidak mahu papa terasa hati dengan sikapku tadi. Akhirnya aku menadah telinga bersama senyuman di bibir sambil mendengar cerita papa.
"We're are here. Come." Papa menggamit. Sabar menunggu aku di luar kereta.
Aku terpinga-pinga. Sudah sampai rupa-rupanya. Khusyuk mendengar cerita papa hingga tidak sedar kami sudah tiba. Badan aku tegakkan. Ada debaran di dada. Seolah-olah ada sesuatu yang menanti aku di dalam sana.
"Selamat pagi, dato'." Itu sahajalah ayat yang aku tangkap sepanjang berjalan menuju ke bilik kerja papa.
Bosan. Tak pasal-pasal aku juga terpalit sama. Terpaksa lemparkan senyuman plastik. Itu pun selepas mendengar leteran papa. Papa kata kita kena kenal dan mesra dengan semua staff. Tanpa mereka kita tak akan jadi seperti apa yang kita ada hari ini.
"Pa, toilet?" Aku berpura-pura tidak senang berdiri apabila sampai di depan pintu bilik papa.
"Nervous?" Papa menyoalku.
Aku mengangguk kemudian menggeleng.
Papa ketawa tapi diberitahu juga arah ke tandas.
Kelam-kabut aku berjalan. Betul kata papa. Mungkin aku gementar. Jam 9.00 nanti papa akan memperkenalkan aku kepada semua staff. Aku akan diletakkan di bahagian kewangan untuk permulaan. Papa mahu aku tahu kedudukan kewangan syarikat. Papa kata akauntan syarikat ini adalah yang terbaik setakat ini. Bila masa aku dapat info semua ni? Dalam kereta tadilah.
"Opsss... maaf." Satu suara garau menerjah gegendang telingaku.
Serentak itu tanganku menekan dinding mengelak diriku dari tersembam ke lantai. Mana tidaknya. Badanku dilanggar kasar hingga hampir terjatuh. Nasib tangan aku cekap. Kalau tidak memang aku buat wayang percuma dekat sini. Orang yang melanggar aku ini pun matanya letak dekat manalah. Agaknya balasan Tuhan kerana aku tidak ikhlas menerima arahan papa.
Aku mendengus. Kepala aku dongakkan.
"Kau?" Terkejut aku melihat pemilik suara garau yang meminta maaf.
Penampilan dia berbeza dari semalam. Kalau semalam dia nampak segak dengan hanya berbaju t, denim biru dan sneakers. Hari ini dia bertambah segak dengan kemeja lengan panjang biru gelap, bertali leher biru lembut dan berseluar panjang hitam serta berkasut hitam berkilat.
"Memang betullah aku hensem." Hazim ketawa.
"Perasan." Aku berpaling. Cuba menyorokkan wajah.
Oh, Ernie! Kenapa kau suka tunjukkan kebodohan depan dia? Aku tak bersalah. Siapa suruh dia menjadi makhluk Allah yang paling indah untuk dilihat? Kalau perempuan lain yang memandang pasti akan bereaksi sama seperti aku.
Kepala aku dah ting tong agaknya. Sibuk bercakaran pasal mamat bajet bagus ini dalam otak. Wait, apa dia buat dekat sini?
"Akhirnya." Hazim bersuara. Bersandar santai di dinding dengan sebelah tangan di dalam kocek seluar.
Aku memandangnya semula. Dahi aku kerutkan. Tidak faham.
Hazim tersenyum nakal. Mata dikenyitkan sebelum dengan selamba dia berlalu dari situ.
Haish...mmamat bajet bagus ini, memang menduga iman aku betul. Suka sangat meninggalkan aku dengan teka-teki. Ingat aku ni mahir sangat meneka dalam kesamaran.
"Ernie!"
Laungan kuat suara papa mematikan lamunanku. Nampaknya aku tidak dapat melepaskan 'hajat'. Semuanya gara-gara mamat bajet bagus tadi.
"Sudah?" Papa tersenyum. Bertanya sebaik aku berdiri di hadapan dia.
Aku hanya mampu mengangguk. Malu dengan soalan papa. Boleh pula bertanya soalan serupa itu di depan orang.
Pembantu peribadi papa yang bersama-sama menunggu aku turut tersenyum memandang aku. Dia menghulurkan sebuah daily planner dan sebatang pen kepada aku.
"Semua dah masuk, Yana?" Papa menoleh kepada pembantu peribadinya.
"Sudah, dato'. Tunggu dato' dan Cik Ernie saja," jawab Yana yakin.
Berdebar-debar dada aku bila mendengar jawapan Yana. Mesti semua staf hadir. Mampukah aku berdepan dengan mereka semua? Come on, Ernie. You can do it, girl.
"Kalau macam tu, kita pergi sekarang. Saya pun ada hal lain selepas ni." Papa sudah melangkah terlebih dahulu.
Yana menurut.
Aku? Sengaja melengah-lengahkan langkahku. Macamlah aku tak perlu masuk ke dalam bilik mesyuarat itu kan.
"Assalamualaikum." Papa memberi salam sebaik pintu bilik mesyuarat dibukanya.
Salam papa dijawab serentak oleh semua yang ada di dalam.
Aku kaku. Mata meliar memerhati sekeliling. Pandangan aku terhenti pada satu susuk tubuh yang sedang leka berbual di sudut bilik.
Dia? Dia pun ada di sini? Bermakna aku akan berjumpa dengan dia setiap hari. Tuhan, rencanaMu sangat hebat tetapi mampukah aku?
"Ernie!"
Saat nama aku dipanggil, mata berlaga dengan pandangan Hazim. Aku termalu sendiri. Perasan ada senyuman sinis di bibirnya. Untuk kesekian kali, aku tertangkap ketika ralit memandang dia.

HANYA KAMU JOHANNA - DILLA AHMAD

HANYA KAMU JOHANNA - DILLA AHMAD
HARGA : RM24.00
BUKU : BARU


 J ohanna terus ketawa geli hati apabila melihat wajah Mak Mah yang nampak sungguh terkejut itu. Terus dipeluk bahu Mak Mah. Kesian, Mak Mah. Pucat sungguh muka orang tua itu! 
 
“Saya bergurau ajelah, Mak Mah,” katanya sambil tergelak kecil. 
 
Mak Mah terus memukul lengan Johanna kemudian dia berlalu ke dapur. Kepala digeleng perlahan. Betullah si Johanna ni. Buat dia terkejut saja. Seram juga Mak Mah tengok muka Tuan Syed Harraz merenung Johanna. Johanna... Johanna… 
 
“Very funny…” Suara Syed Harraz yang garau dan dalam itu membuatkan Johanna berhenti ketawa. Dia berdehem perlahan lalu memandang wajah mamat jambang itu semula. “Awak buat masalah ke kat rumah akhlak tu?” tanya Syed Harraz. Johanna pula hanya diam sahaja. 
 
“Kenapa tak jawab? Saya tanya ni.” Mata Syed Harraz bulat memandang Johanna. 
 
“Gua bergaduh… Pukul orang. Lepas tu umi hantar wa ke sini suruh tolong Mak Mah selama satu bulan atau lebih sebulan. Terletak kat tangan lu…” terang Johanna bersahaja. 
 
“Gua?” Kening Syed Harraz sudah terjongket sebelah. Tak sangka budak Gothic itu boleh berbahasa begitu dengannya. 
 
“Saya memang minta Umi Zakiah carikan seseorang yang boleh membantu Mak Mah sebab dia dah tua nak buat kerja berat. Tak sangka umi hantar budak Gothic.” Syed Harraz tersenyum sinis memandang Johanna. 
 
“Gua bukan budak Gothic. Gua rock!” Mendatar saja Johanna menjawab. Gothic dengan rock pun tak tahu nak bezakan. Huh! 
 
“Saya nak awak tolong Mak Mah buat kerja di tingkat atas,” arah Syed Harraz tanpa mempedulikan apa bezanya antara Gothic dan rock. Baginya tetap sama saja. “Bilik saya tu perlu dikemaskan setiap hari. Alas tilam tu kena tukar seminggu dua kali. Bilik air cuci setiap hari. Bersih atau tidak, kena cuci juga. Lepas tu, tolong sapu daun-daun kering dekat luar. Pagi dengan petang. Tugas awak bermula dari pukul lapan pagi sampai lima petang. Kalau saya tak balik lagi, tunggu saya. Tak kira saya balik lewat atau tidak. Saya nak tengok kerja awak,” terang Syed Harraz. 
 
Johanna hanya mengangguk mendengar arahan Syed Harraz. 
 
“Mak Mah!” panggil Syed Harraz agak kuat.
 
 “Ya, Tuan Harraz?”
 
 “Nanti Mak Mah suruh dia buat kerja dekat tingkat atas. Mak Mah tak payah nak naik turun lagi dah. Budak ni dah ada. Kalau dia tak buat kerja, beritahu saya.” Mata Syed Harraz merenung Johanna.
 
 Johanna ingatkan mamat jambang itu sudah selesai memberi segala arahan. Jadi dia nak berlalu dari situ. Malas nak tengok muka Tuan Harraz yang kerek dan poyo itu. Macam bagus aje! 
 
“Eh, nak ke mana pula tu? Saya belum habis lagi!” tempik Syed Harraz. Johanna berhenti melangkah kemudian memandang Syed Harraz semula. 
 
“Ada lagi ke? Gua ingat lu dah habis cakap, bro!” jawab Johanna selamba. 
 
“Bro? Awak tahu tak awak tengah bercakap dengan siapa?” tanya Syed Harraz. “Saya ni majikan awak. Tolong hormat sikit. Panggil saya tuan, faham? Tuan Harraz!” sambungnya lagi. 
 
“Hek eleh, sekarang ni bukan zaman jajahan, bro. Nak panggil tuan bagai. Kita kan dah merdeka. Lu dengan gua sama aje. Cuma, gua ni tak kaya. Lu pula orang kaya kerek!” balas Johanna berani. 
 
Syed Harraz seolah-olah terkaku di tempatnya. Dia tak sangka budak Gothic itu begitu berani bercakap. Kemudian dia tersenyum sinis. “Lu-gua... Tu bukan bahasa kita, sis. Gaya kau ni pun bukan gaya kita. Tak payahlah kau nak ajar aku pasal bab sejarah ni. Jajah atau tak, kau kena panggil aku ni Tuan Harraz sebab aku bos kau mulai saat ni,” balas Syed Harraz pula tak nak mengalah.
 
 “Apa-apa ajelah, bro,” balas Johanna. Malas dia nak bertekak dengan mamat bajet bagus ni. “Ada apa-apa lagi yang lu nak sambung, Tuan Harraz?” tanya Johanna, sinis. Syed Harraz sudah menjeling tajam. 
 
“Ada. Come, follow me.” Syed Harraz terus berdiri kemudian menggamit Johanna supaya mengikutnya. Tanpa berfikir panjang Johanna terus mengekori Syed Harraz. Mereka keluar dan berdiri di ruang depan. Syed Harraz sudah menunjukkan garaj keretanya. “Kau nampak kereta-kereta kat bawah tu?” Dia menoleh kepada Johanna yang sudah berdiri di sebelahnya. Gadis itu mengangguk. “Aku nak kau cuci ketiga-tiga kereta aku. Tapi, kereta yang warna perak tu tak payah cuci sebab aku nak guna. Kau cuci yang BMW dengan Audi tu dulu,” arah Syed Harraz lagi. 
 
“Weh, lu biar betul? Gua datang sini sebab nak tolong Mak Mah buat kerja rumah, faham? Bukan nak cuci kereta lu!” Johanna sudah bercekak pinggang sambil mendongak memandang Syed Harraz.
 
 “Itu juga termasuk dalam skop kerja kau sekarang. Faham tu, Cik Johanna?” tanya Syed Harraz dengan kening terangkat. 
 
“Fahamlah!” jawab Johanna keras. Hati sudah berdongkol geram. Mamat jambang ni memang dah lebih. Aku calar-calarkan juga kereta dia tu, baru tahu! omel Johanna dalam hati. 
 
“Jangan nak mengutuk aku dalam hati kau tu. Dan jangan terfikir pun nak calarkan kereta aku. Kalau aku nampak, jaga kau!” balas Syed Harraz.
 
 “Okey, bro!” Johanna terus angkat kaki kemudian masuk ke dalam semula. Dia meninggalkan Syed Harraz yang sudah tercengang. 
 
Budak ni memang langsung tak takut dengan dia. Kalau kat SAS Holdings, semua pekerja gerun dan hormatkan Tuan Syed Harraz. Tapi yang seorang ni… 
 
“I’m not your bro!” ucap Syed Harraz. Johanna sudah mengangkat tangan dan berlalu begitu saja tanpa meminta izin. Merengus keras Syed Harraz melihat kelakuan budak perempuan Gothic itu. Kemudian Syed Harraz masuk ke dalam semula. Dia melihat Mak Mah mula hendak mengemas meja makan. “Mak Mah, saya pergi dulu. Suruh aje dia buat kerja. Budak ni dari rumah akhlak. Jadi kita kena bentuk akhlak dia ni jadi elok sikit. Beritahu dia bilik kerja saya jangan berani-berani nak masuk. Saya tak akan ulang lagi apa yang saya cakap ni,” kata Syed Harraz sambil mencapai beg dan baju kotnya. Muka pula masam semacam. Hai, nampaknya di dalam rumah ni sudah tambah seorang lagi kepala batu. Bukan kepala batu. Tapi kepala biul! Rasa macam semakin meriah saja rumah besar ini nanti. 
 
Mak Mah sudah tersenyum. Johanna mula melakukan tugasnya pada hari pertama. Pagipagi lagi dia sudah buat senaman tak standard ni. Menyapu! Halaman rumah Tuan Syed Harraz ini memang luas macam padang bola. Tapi yang ada hanya gelanggang bola keranjang. Agaknya mamat jambang itu suka main bola keranjang. Ni, petang-petang boleh main basketball memang best, bisik Johanna ketika berdiri memandang jaring yang tergantung. Okey, besok aku bawa bola. Takkan mamat jambang tu nak marah dia main bola keranjang kalau dah habis buat kerja, kan? Hampir tengah hari barulah Johanna masuk ke dalam rumah. Halaman sudah siap dia kerjakan. Kali ini dia bahu bersihkan bahagian atas pula. 
 
“Jo, makan dulu. Lepas tu baru sambung buat kerja,” ucap Mak Mah. Johanna tersenyum. Memang dia rasa lapar sejak tadi. Tapi sebab nak kena menghadap ‘anak raja Arab’ itu, niat lapar ditelan saja. Johanna terus mengambil pinggan dan menyenduk mihun goreng. Punggung dilabuhkan ke atas kerusi lalu dia mula menyuap makanan. Sedap sungguh masakan Mak Mah ni. Macam masakan arwah nenek dia. Mak Mah menuangkan secawan kopi untuk Johanna. 
 
“Terima kasih, Mak Mah,” ucapnya dengan mulut yang penuh. Selesai saja makan, dia mula nak menyambung kerja semula. “Mak Mah, bilik bos kat sebelah mana?” tanya Johanna sebelum keluar dari dapur. 
 
“Belah kanan, nombor dua. Kat tengah-tengah tingkat atas tu. Master bedroom,” beritahu Mak Mah. Johanna mengangguk. Dia melangkah mendaki tangga untuk ke tingkat atas. Rumah ini memang besar. Tapi yang tinggal hanya Tuan Syed Harraz dan Mak Mah sahaja. Kepala meneliti setiap ruang tingkat atas itu. Ada ruang tamu kedua yang agak kecil sedikit daripada ruang tamu tingkat bawah. Ruang santai menonton TV juga nampak  simple. Johanna melangkah ke sebuah bilik yang Mak Mah katakan. Pintu bilik dibuka dan mata Johanna terus terbuka luas. Pergh! Ini bilik mamat jambang tu? Besar gila. Kaki dibawa masuk ke bilik yang luas dan besar itu. Siap ada lampu candelier lagi. Sebuah katil saiz king terletak di tengah-tengah bilik itu. Ada night stand di kiri dan kanan katil itu. Ada almari pakaian yang besar dan berwarna putih. Ruang untuk menonton televisyen juga ada di situ. Kagum Johanna melihatnya. Dia ni hartawan atau jutawan? Sure bini ramai keliling pinggang ni. Bukan isteri… Ooopsss..