Search This Blog

SERIBU RINDU - HANI FAZUHA

ADAPTASI DARI DRAMA TV3 LAKONAN AZIRA SHAFINAZ & ZUL ARIFIN 





SERIBU RINDU - HANI FAZUHA
HARGA BUKU : RM28.00

HARGA PROMOSI TERMASUK POS 
RM20(SM)/ RM26.00(SS)

***HARGA PROMOSI SELAGI STOK MASIH ADA 

ADAPTASI DRAMA KE NOVEL

UNTUK PEMBELIAN WHATSAPP 0136342359

Bagi Maisarah, cinta pertamanya adalah Airel dan kawan sehidup sematinya adalah Irfan. Dia tak boleh buang Irfan hanya kerana Airel tak suka. Tapi apabila kisah keluarganya memaksa dia dan Airel berpisah, Irfan datang bersama lamaran. Tak disangka rupanya selama ini Irfan mencintainya.

“Kau pergilah masuk bilik dulu, aku nak siapkan kemas kat dapur ni.” Tangannya yang digenggam Irfan ditarik. Mata Maisarah mengecil memandang si suami. 
“Eh! mana tahu bilik yang mana satu.” Irfan simpan senyum. Sengaja buat muka serius.
“Kau jangan nak mengada-ngada eh! Tadi kau salin baju kat mana?” Maisarah bercekak pinggang. Bibir diketap geram.

Menerima Irfan kerana mahu lari dari Airel dan mahu menukar kebiasaan menjadi sebaliknya memang agak sukar. Tapi sesungguhnya cinta itu tak bersyarat. Kesempurnaan seorang Irfan buatkan Maisarah jatuh cinta kali kedua dan dia tutup kisahnya bersama Airel.

Namun, mahligai mereka diuji hebat. Saat Irfan hampir putus asa, Airel muncul sebagai doktor yang berjanji untuk menyembuhkan. Tapi di sebalik janji tersebut, ada cagarannya.

“Cinta saya pada awak tak pernah kurang, Sarah.” - Airel
“Kalau awak rasa sudah penat hidup dengan abang, awak boleh minta untuk dilepaskan, Sarah. Awak layak untuk dapat yang lebih baik.” – Irfan.

Maisarah jadi keliru, sama ada dia masih kekal bersama Irfan hanya kerana kasih atau kerana kasihan.

Rupanya, menjadi kuat itu sangat memenatkan. Adakah Maisarah akan mengalah dan meminta untuk dilepaskan?


BUAH HATI AHMAD RIZZA - ALYA BAHARI


BUAH HATI AHMAD RIZZA - ALYA BAHARI

HARGA BUKU : RM 23.00

WHATSAPP : 0177342366

“Aku ni tak pandai nak romantik-romantik. Senang cakap, aku macam ni ajelah, Nel. Aku tak super duper hot, aku tak yummylicious. Aku pun tak melting-melting tu.”
Dia memang mengaku dia tak punya aura pemanis bicara. Dia tak punya cara seorang gentleman. Dia hanya ada sesuatu yang biasa ada pada lelaki biasa.  

Ahmad Rizza Ahmad Shah. Pemilik nama ini sudah jatuh cinta pada Nelinda Tan Sri Ismail. Bukan sekali, malah berkali-kali. Bukannya Nelinda tak tahu perasaan Riz pada dia. Dan bukannya Nelinda tak suka dia, Cuma kata Nelinda… belum datang seru!

Jadi buat apa susah payah untuk memaksa gadis itu mencintai dia, sedangkan dia tahu suatu hari akan terbuka hati Nelinda untuk menerima dia seadanya. Yang perlu dia lakukan adalah terus-terusan tawan hati Nelinda.
“Betul you nak kahwin dengan I, ni?”- Nelinda
Kalau dah diri dilamar oleh si pujaan hati, apa lagi jawapan yang dia nak beri. Dia memang suka. Sangat-sangat! Namun, ada perkara yang perlu dia tahu. Benarkah hati Nelinda tertulis namanya?
Tanya sama hati, apa rasa sayang…
Namun, bukan senang memperisterikan bos sendiri. Adakalanya dia lupa siapa Nelinda ketika di pejabat. Dia bukan yang pandai susun ayat bila bercakap, apatah lagi bila hal melibatkan kerja. Tak kira siapa pun yang dia berdepan, dia tetap Ahmad Rizza yang sama.
Bagi Nelinda, Riz satu dalam sejuta. Riz lah yang paling handsome untuknya. Riz jugalah yang paling manis. Tak perlu jadi orang lain jika hati dia dah suka. Dia akan cuba jadi buat hati Ahmad Rizza dengan cara dia sendiri.
“Every love story is beautiful, but ours is my favourite…”-Ahmad Rizza Ahmad Shah
Tekanlah berapa banyak kalkulator pun, dia takkan dapat cari jumlah cinta dia pada Nelinda. Kalaulah ada lagi nilai yang lebih infiniti… itulah jawapannya!

LOVE IS BLIND - NURHARYATI ISHAK

LOVE IS BLIND - NURHARYATI ISHAK

HARGA BUKU : RM 28.00

WHATSAPP : 0177342366

Zachary: Dari benci cinta itu datang. Kerana cinta, aku tidak boleh melepaskan kau pergi. Kecelakaan yang berlaku kepada aku bukan asbab untuk aku menjerat kasihmu. Biar aku dianggap memenjarakanmu di dalam sangkar emas. Demi memandangmu, mendengar suaramu saban waktu, aku terpaksa melupakan sifat belasku.
Damia: Zachary, kau perdayakanku tanpa aku ketahui apa maksud sebenarmu. Memenjaraku di istanamu bagaikan patung cendana. Kalau cinta, di mana sentuhan kasihmu? Aku diberi kasih namun, tidak dibaja. Layakkah aku menjadi suri di hatimu? Tingkahmu adakalanya membuatkan sanubariku penuh curiga. Tiga tahun pernikahan kita. Jijiknya aku rasa diri ini apabila kau sendiri tidak sudi menyentuhku selayaknya sebagai seorang isteri yang sah.
Kerana cinta mereka berpisah. Apa yang terjadi kerana tidak sengaja. Hati Damia sangat terluka membuatkan dia sudah tawar hati. Keadaan itu membuatkan Zachary hampir-hampir hilang nyawa. Namun… demi cinta yang masih ada, mereka bersatu kembali. Namun, sikap Zachary masih tidak berubah. Sampai bila Damia harus menunggu dirinya disentuh oleh lelaki itu? Perlukah dia menagih nafkah yang tidak pernah terzahir itu?

Pabila dugaan mendatang, hati cepat benar berprasangka. Damia kalah dengan cemburunya. Tindakan Zachary tanpa belas telah meruntuhkan tembok kepercayaan Damia terhadap lelaki itu. Kebencian tertanam di lubuk sanubarinya sehingga dia memadamkan terus nama Zachary dalam kamus hidupnya.

POLARIS - MIZ AMARYLLIS

zzz1.png
POLARIS - MIZ AMARYLLIS

HARGA BUKU : RM 26.00

WHATSAPP : 0177342366

Semua orang mampu melakar masa depan yang sempurna. Tapi mampukah kita menduga apa yang bakal menimpa?
Lili Eldyra gadis yang sangat nakal, polos dan ceria hanya inginkan sebuah kehidupan yang biasa, dikelilingi oleh insan yang menyayanginya. Namun, pabila terbongkarnya rahsia tentang kematian kedua bapanya, segalanya berubah buat gadis itu.
"Arwah mama dan papa Dyra dibunuh dan sekarang Dyra sedang diburu."- Eidlan
Dia rasa tertipu.
“Kalau you rasa melindungi you adalah satu kesalahan besar, you buat kami kecewa.”- Rei
Dia ‘hilang’ bersama emosi yang tak mampu dikawal.
“Susah sangat ke kau nak terima hakikat yang kau sedang diuji? Just face the facts and fight for your future. Itu pun susah ke?!”- Noah

Nekad untuk membongkar motif kematian mama dan papanya, Lili Eldyra menerima semua syarat daddy dan ojiisan walaupun dia terpaksa mempertaruhkan masa depannya.

Bumi Malaysia dijejaki. Si pembunuh mula dicari namun ianya tak semudah memetik jari. Malah, semakin jauh dia pergi, semakin ramai yang disyaki. Dia diburu tak kira masa. Kematian berlaku di depan mata. Buat hidup Lili Dyra huru-hara.
Sejauh manakah dia mampu ‘menggali’ kebenaran yang dah terkubur lama? Mengapa musuh terusan memburunya? Siapa pula menjadi pelindungnya dari semua ini? Dan akhirnya, dapatkah si bintang Polaris ini kembali bercahaya?

YANG KE 7 - ISMI FA ISMAIL


YANG KE 7 - ISMI FA ISMAIL

HARGA BUKU : RM 29.90

WHATSAPP : 0177342366

kita sudah sampai ke penghujungnya
masa utk menentukan segala
di dalam kegelapan

hanya ada syurga dan neraka

CAGARAN CINTA - SITI KHADIJAH


CAGARAN CINTA - SITI KHADIJAH
HARGA BUKU : RM 28.00

WHATSAPP : 0177342366

“Aku tak peduli siapa pun dia. Aku nak berkenalan sangat dengan perempuan yang berjaya buat Am lupa pada Tuhan dia sendiri.” - HAIL HAIYAN.
Kesengsaraan yang dialami oleh adiknya memaksa Hail Haiyan menjadi seorang pendendam. Melihat adik kesayangan terseksa bukan impiannya. Jadi, dia harus melakukan sesuatu. Sesuatu yang dapat membela nasib adiknya.
Lantas, gadis bernama SUFI AWLIYA diheret untuk bertemu dengannya. Gadis yang dipercayai menjadi penyebab adiknya merana kini berada di hadapan mata. Namun, gadis itu keras menafikan.
“Mungkin saya punca semua ini berlaku, tapi bukan saya yang menyebabkan Am merana sampai begini sekali. Tuan pekakkan telinga untuk mendengar penjelasan saya dan tuan butakan mata hati tuan untuk kenal siapa saya yang sebenarnya. Tuan memang zalim!” - SUFI AWLIYA.
Demi keselamatan keluarga, rasa tanggungjawab terhadap sahabatnya dan yang paling utama demi sebuah kebenaran, Sufi Awliya sanggup menjadi tawanan Hail Haiyan! Namun, Hail Haiyan tiba-tiba nanar. Dendam yang menggunung, ranap dalam sekelip mata apabila kebenaran tersingkap. Dia terperangkap dalam jerat yang diciptanya sendiri. Dia jatuh cinta tanpa menyedari bila rasa itu hadir!
“Kalau pun antara kita tiada yang mengikat, saya akan cari cara untuk terus ikat awak dalam hidup saya. Saya takkan mengalah. Awak dah masuk dalam kehidupan saya dan saya akan pastikan awak akan terus terperangkap di sini.” - HAIL HAIYAN.
“Apa yang awak rasakan itu bukan cinta tapi perasaan bersalah. Rasa bersalah yang buat awak percaya itu cinta!” - SUFI AWLIYA.
Hail terus mengejar sedangkan Sufi cuba menghindar. Wujudkah cinta buat lelaki itu saat dirinya dijadikan cagaran untuk sebuah dendam? Adakah cinta berkuasa melenyapkan segala rasa dendam atau cinta hanya dijadikan cagaran untuk terus berdendam?

“Cinta memberi kekuatan bukan melemahkan. Cinta yang melebihi segalanya, itu bukan cinta. Itu kegilaan!” – SUFI AWLIYA.

JANGAN BUNUH HATIKU - NURUL SHUADA


JANGAN BUNUH HATIKU - NURUL SHUADA

HARGA BUKU : RM 27.00

WHATSAPP : 0177342366

“Eh, perempuan ni muncul dari planet mana ya? Kawan kau ke, Sara? Kalau perempuan ni kawan kau, aku nasihatkan lain kali kau pilihlah kawan yang elok-elok. Cari yang waras sikit, ya?” – AKID ARYAN

“Awak tak puas hati dengan saya ke? Kalau tak puas hati, cakap! Sesedap rasa saja cakap saya ni gila, ya? I’ll sue you. Just wait and see.” -PUTERI IMANINA

Pertemuan pertama yang terus membengkakkan hati Puteri Imanina terhadap Akid Aryan. Sudahlah ditolong dari kecelakaan yang hampir meragut nyawanya, ucapan terima kasih pun entah ke mana tetapi begini balasan penghargaan yang dia dapat? Melampau. Okey, mulai hari ini Akid Aryan diisytihar sebagai musuh!
Sakit hati Imanina dengan peristiwa itu dan tanpa berfikir panjang, dia membulatkan kata dan hati bahawa dia tidak akan menjejakkan lagi kakinya ke kampung itu. Muktamad!
“Inilah kali pertama dan terakhir tapak kaki aku jejak kampung ni.” -PUTERI IMANINA
Namun, tiba-tiba tuntutan kerja menghantarnya kembali ke kampung Akid. Mahu tak mahu, Imanina terpaksa berhadapan dengan Akid lagi. Lelaki yang tidak tahu menghargai jasanya dan sombong.
Dalam kesibukan kerja di kampung itu, sekali lagi Imanina menjadi saksi rancangan jahat seseorang kepada Akid dan kerana hal itu, Imanina yang menjadi mangsa keadaan sehingga sesuatu yang tidak dijangka telah menimpanya. Dari situ, Akid mula bersimpati kepada Imanina dan terasa terhutang budi.

Kesal. Itu yang Akid rasa. Simpati. Perasaan itu untuk Imanina. Dan… Ada satu rasa lain dalam hati Akid untuk Imanina yang telah menyelamatkan nyawanya buat kali kedua.

Terungkapkah rasa hati Akid itu kepada Imanina andai rasa benci Imanina terhadap Akid melebihi segalanya?
“Aku akan cuba dapatkan balik perasaan Iman terhadap aku walau dengan apa cara sekalipun.” -AKID ARYAN

JUJUR SEBUAH JANJI - XUE YAYU


JUJUR SEBUAH JANJI - XUE YAYU

HARGA BUKU : RM 24.00

WHATSAPP : 0177342366

Percutian Fateh di vila sahabat baik ayahnya membawa kepada pertemuannya dengan Lufya, seorang gadis yang seperti murai tercabut ekor. Suka membuatkan darah Fateh mencanak naik.
"You sengaja provoke I suruh pukul you ke apa ni?"-FATEH
"Marilah kita bertomoi. Tengok siapa yang menang?"-LUFYA
Lufya, dialah angin yang memarakkan api jiwa seorang Fateh. Dan dia jugalah air yang menenangkan panas baran lelaki itu. Dalam kenakalan, terselit secebis peringatan dan nasihat buat Fateh.
"Kalau I dapat naikkan nama syarikat I hingga jadi tiga yang terbaik dalam Malaysia, you wajib kerja dengan I. Janji dengan I, Luffy?"-FATEH
"Okey. Saya janji."-LUFYA
"Bila tiba waktu itu dan both of us still single, I'll purpose you to be my wife."-FATEH
Tujuh tahun menunggu. Akhirnya mereka bertemu kembali. Tapi ada satu kebenaran yang harus ditelan. Fateh hampir hilang pedoman. Malangnya, kebencian bukan penyelesaian tika hati berlagu cinta. Apa yang perlu dia lakukan?
"Kalau lelaki itu seseksi awak sekalipun, saya takkkan terima pinangan dia."-LUFYA
"Kenapa pula?"-FATEH
"Saya tak nak bercinta dan saya tak nak berkahwin."-LUFYA
Keputusan tegas Lufya meranapkan angan-angan Fateh. Sikap misteri gadis bermulut murai itu membenihkan curiga. Muncul pula dua orang jejaka yang berkongsi kisah silam dengan Lufya. Menjadikan Fateh semakin tidak keruan.
"Malam dan siang jangan fikirkan perkara lain kecuali terus membenci I. You'll have no room for other man to think of but me."-AARON
"Aku cuma pastikan yang dia tak jatuh cinta dengan kau."-DEAN
Fateh enggan berputus asa. Setiap janji yang diucap, bakal dikota. Meskipun terpaksa melenyapkan egonya, dia tetap mahukan Lufya.
"I'll make you fall in love and I'm gonna make you can't live without it."-FATEH

Lufya terbelit dalam belenggu memori lampau. Adakah benar Fateh layak memiliki sekeping hatinya? Atau lelaki itu hadir sebagai tompok hitam yang bakal meranapkan kewarasan akal? Tegarkah  Lufya memungkiri semua janji yang termeterai antara mereka?

PSIKO - ROSA NUR


PSIKO - ROSA NUR

HARGA BUKU : RM 23.00

WHATSAPP : 0177342366

Diculik, dikurung dan diseksa oleh si bongkok kerana ingin melihat orang-orang seksaannya menderita seperti orang yang dicintainya sebelum ini. Antara yang menanggung akibat adalah RAYYAN FIRDAUS, HANNA HANANI dan beberapa orang lagi rakan mereka.
Dan ini pula antara kata-kata dendam orang yang dicintai si bongkok...
"Kau orang berdua nak tahu tak apa yang aku letak dalam keranda tu? Aku letak lipan. Aku letak kala jengking!"
"Ala, tak payahlah nak merayu-rayu. Hati aku ni takkan cair dengan rayuan kau. Kau dan seorang lagi betina kat atas tu akan mati sebelum matahari terbit. Ada faham?"
Berselindung di sebalik satu nama yang tidak diketahui identiti sebenarnya. Dan penculikan ini terus menimbulkan tanda tanya dalam minda setiap mangsa yang terlibat.
Sementara itu, kembali ke waktu 10 tahun yang lalu... Seorang gadis obesiti sering dijadikan bahan ketawa kerana tubuh badannya. Seterusnya, berlaku pula satu peristiwa  hitam di sebatang sungai telah merubah takdir hidup si gadis obesiti!
Lucu sangatkah bentuk fizikalnya sehingga teruk  si gadis obesiti dibuli? Dan siapakah gadis obesiti ini?
"Bulat macam belon tu kau kata comel? Kalau dia himpit, mahu penyek badan kau!"-RAZMAN
"Eh, tak payahlah. Nanti tak cukup pula bihun goreng itu. Kau kan kuat makan!"-BAIZURA
"Kenapa kau orang ni asyik nak membuli dia aje, hah?"-MAIZATUL AKMA
Menghina fizikal si gadis obesiti tanpa belas, padah menanti mereka! Satu demi satu menjadi mangsa. Diseksa dengan kejam oleh si pemberi hukuman bagai menjadi satu kewajipan. Si penghukum semakin rakus menjalankan tugasnya dengan profesional. 

Siapakah individu sadis dan psiko yang memberi hukuman? Siapakah pula si bongkok? Bagaimanakah dengan nasib gadis obesiti? Siapa dalang sebenar yang terlalu psiko ini? Ada kaitankah peristiwa kejam lagi berdarah ini dengan ketiga-tiga mereka? Rasailah pergolakan perasaan yang sarat dendam, saspens dan pertelingkahan dalam Psiko tulisan Rosa Nur ini. 

Miss Adventures of Cik Reen & En Ngok Ngek

READY STOK! 

CEPAT SEBELUM HABIS! 




Miss Adventures of  Cik Reen & En Ngok Ngek
Harga buku : RM29
Postage Semenanjung m'sia : RM7

Utk Order Whatsapp 0177342366

* Drama Romantik Komedi yang sedang ditayangkan di Astro adaptasi dari Novel Cik Reen & En.  Ngok Ngek

* Lakonan hero & heroin - Fikry Ibrahim & Farah Nabilah

Beberapa hari sebelum majlis pernikahan, Izyan dan Iqram menghilang. Semutar dua keluarga mencari, namun dua sejoli itu bagai hilang ditelan kabus. Che Embun sudah hilang daya, mahu terguling. Hajah Jawaher pula terduduk, pening kepala. Kata Haji Manaf dan
Che Azhan, gantikan saja dengan pasangan lain. Nak buat macam mana, kad jemputan sudah diedar.
What?
Kahwin??

Dengan abang si Iqram, bakal adik ipar yang tiba-tiba halimunan. Dengan Harris, si ngok ngek perasan muka macam hensem sangat. (Memang dia hensem, tapi mulut macam longkang! Berlagak! Ptuiii!!!)

What the hell?
Dengan Azreen, cikgu tadika tu? Please… Abah ni nak bunuh aku ke? Mana aku nak letak muka? Tak ada class langsung. Aku nak kawin dengan Zaza tapi mereka yang kasi (sebenarnya Zaza yang tak mau lagi. Adehhh). Hoooohhhh, takkkan. Tak mungkin terjadi!

Kalau dah berkat doa orang tua, masin mulut katakan. Jadi tetap jadi. Sudahnya Harris yang bersalam dengan tok kadi, Azreen yang jadi isterinya. Selamat dah kenduri tu.
Zaza?
Bagai mahu gila, namun kerana tugasan di luar negara, tak mampu nak menghalang. Tunggulah dia pulang ke Malaysia nanti, dia akan ajar Azreen cukup-cukup. Berani dia rampas Harris!

Pengembaraan mereka mencari Izyan dan Iqram bersama rupa-rupanya mengikat emosi. Azreen mula jatuh hati. Walaupun mulut kata benci, dia tidak mampu menolak. Hatinya melekap pada Harris bak magnet. Dia tahu, dia perasan Si Rain, Rain Go Away mula berubah. Dia cuba tolak, halau jauh-jauh.

Zaza, kekasih hatinya, dia hanya cintakan Zaza, mahukan Zaza. Buat apa terus bersama dengan cikgu tadika yang serba kolot. Jumpa saja malaun berdua tu nanti, dia akan lepaskan Azreen. Abah dan ummi nak marah? Marahlah, dia terima.

“Dah ada masjid yang serba sempurna, kenapa mahu runtuhkan?”

Kereta rosak. Jumpa hantu (kot). Jumpa Inspektor Hasani dan Inspektor Khairul… Ehhh? Ni cerita Polis Evo tu ke? Bermalam di tepi jalan. Disamun mat rempit. Sesat dalam hutan, jumpa nenek kebayan. Betul ke semua ni? Harris bingung, kenapa bila di hujung perjalanan, dia tidak mampu memilih tangan mana yang mahu terus dipegang




TODAY I MARRY MY BEST FRIEND - SYAMNURIEZMIL

TODAY I MARRY MY BEST FRIEND - SYAMNURIEZMIL

HARGA BUKU : RM 20.00

WHATSAPP : 0177342366

REPRINT DENGAN COVER BARU


“Berdua dengan aku lebih baik kan?”

“Tapi ada syaitan kalau berdua.”

“Tu sebab aku nak ajak kau kahwin cepat-cepat. Boleh ke?”

Menganga mulut aku bila my best friend ajak aku kahwin. Yang aku risaukan… aku akan kehilangan kawan baik aku! Bayangkan, lelaki yang selama ini biasa aku melepak sama, merepek sama-sama, tiba-tiba… nak jadi kekasih aku? Uuuu… Tak ke janggal?

Lagi haru aku nak menolak, bila mak kata, dari dulu lagi dia dah dapat agak jodoh aku akan dengan Usyair tu. Nak mengadu kat Umairah pun tak ada guna sebab dia lagi buat aku terfikir yang abang dia tu memang ditakdirkan berjodoh dengan aku. Argh! Tak ada ke siapa-siapa boleh cakap yang aku dengan Usyair tu takkan boleh jadi kekasih, apatah lagi suami isteri?

Kenapa perjanjian kami dulu yang berjanji nak kawan sampai mati tapi tak boleh sampai kahwin tu terbubar pula? Dan dengan senang-senangnya Usyair buat perjanjian baru dan batalkan perjanjian lama, iaitu;

“Kita kawan sampai mati, tapi tak boleh sampai kahwin kecuali...”

“Kecuali apa?”

“Pada penghujung umur kita 27 tahun, kita tak ada sesiapa, yang ada hanya kau dan aku saja dalam hubungan kita ni, kita boleh kahwin sesama kita.”

“Errr…”

Aduhai... Perlu ke aku bersetuju? Lamaran Usyair itu tak salah sebab aku memang tak ada sebab untuk tolak dia. Tapi… sanggup ke aku kehilangan kawan baik aku sendiri? Nampaknya aku harus bertindak untuk membuktikan pada diri aku sendiri sama ada aku harus menerima Usyair ataupun menolaknya bulat-bulat.


“Aku ajak kau kahwin... sebab aku cintakan kau. Kalau kau cintakan aku, kau accept my proposal. Simple, Qis. Esok hari... tak ada siapa yang tahu. Hanya Tuhan yang tahu. So, kalau kau tanya, boleh ke tak boleh ke... aku tak ada jawapan untuk itu sebab itu Tuhan punya kerja. But I have faith on us. I trust us. Do you?”


CINTA SI MAMAT SENYUM SENGET - SYAMNURIEZMIL

CINTA SI MAMAT SENYUM SENGET - SYAMNURIEZMIL

HARGA BUKU : RM 20.00 (SEM)

WHATSAPP : 0177342366

REPRINT DENGAN COVER BARU

Rahiil Adzra mempunyai 10 kriteria pemilihan jodoh. Bagi Rahiil, senyuman senget merupakan kriteria utama. Tak kisahlah kalau tidak penuhi 9 kriteria yang lain. Asalkan senyum senget!

Oleh sebab itu, Rahiil Adzra memilih tajuk, CINTA MAMAT SENYUM SENGET sebagai tajuk artikel untuk majalah Kosmo terbitan hujang bulan tersebut. Rahiil ingat, mahu menjadikan Anuar Zain sebagai subjek untuk bahan artikelnya. Tetapi, ketuanya, Fuaz Harraz, memilih Fuad Hawwaz, abangnya sendiri sebagai subjek untuk cerita Rahiil Adzra.

Malangnya, CINTA ialah perkataan yang menyakitkan bagi Fuad Hawwaz. Dia tidak mahu ditemu bual. Akibatnya, Rahiil Adzra diugut untuk dipindahkan ke jabatan iklan yang tidak disukainya.

“Maafkan saya Cik Rahiil, saya tak berminat untuk dijadikan subjek dalam majalah ini. Apa lagi, topiknya tak bersesuaian dengan saya. Cinta? Saya tak ada masa untuk itu. Terima kasih.”- Fuad Hawwaz

Nasib seperti menyebelahinya, Izzat Faris yang diperkenalkan oleh mumnya, merupakan kawan baik kepada Fuad Hawwaz. Namun, ada bayaran yang terpaksa Rahiil Adzra korbankan. Kalau tidak, Izzat Faris tidak mahu membantu.

“Kenapa tak kunci pintu? Kalau orang culik cinta hati Abang Izzat macam mana?”- Izzat Faris

Bayarannya ialah menjadi cinta hati palsu Izzat Faris. Bukan saja palsu di mata mum Rahiil dan Datin Farah, tetapi di depan semua orang. Apakah maksud Izzat Faris? Adakah dia benar-benar jatuh cinta pada Rahiil?
Gara-gara amaran dan ugutan Fuaz Hawwaz, Rahiil Adzra mula jatuh cinta. Tetapi, benarkah Rahiil Adzra jatuh cinta kerana senyuman senget itu atau kerana takutkan ugutan Fuaz Harraz?

“Kalau untuk mendapatkan berita, memaksa awak untuk bercinta dengan dia, buatlah dia sampai jatuh cinta dengan awak. Kalau tidak, awak jatuh ke advertising.”- Fuaz Harraz

Kerana The Devil, Rahiil berdepan dengan dua pilihan. Antara The Dashing dan The Devoted. Siapalah agaknya yang layak memiliki sijil hati The Diva dan memenuhi kriterianya? Hakikatnya, Tuhan hanya memberikan apa yang kita perlu, bukan apa yang kita mahu. Tuhan Yang Maha Adil.

TQ KAPTEN! - QASH IRDINA

TQ KAPTEN! - QASH IRDINA

HARGA BUKU : RM 24.00 (SEM)

WHATSAPP : 0177342366

Mikayla Mirza atau Double M, si cantik jelita yang workaholic, aktif dan terkenal kerana kelincahan dan kepetahannya di hadapan kamera. Misinya menjadi kaya dan terkenal seperti Oprah Winfrey. Namun, realiti itu tidak seindah Instagram. Kerjanya bertimbun-timbun sehinggakan ibunya sering memetir di hujung talian memintanya agar selalu pulang ke kampung halamannya di Cameron Highlands.
Insiden pertama dan memalukan menemukan dia dengan Kapten Dihya’, mat perang kacak bergaya di RnR. Tidak cukup dengan insiden itu, mat perang itu juga menjadi hero menyelamatkannya. Cerita masam manis Mikayla dan Kapten Dihya’ berlarutan hingga ke Sungai Palas, Cameron Highlands. Semanis-manis aiskrim strawberi, manis lagi memori sewaktu mereka berdua sepanjang di kampung halaman Mikayla.
“Kerja nombor satu. Awak nombor dua.”- Kapten Dihya’
Amboi, padu betul ayat dia!
“Lupakan saja. Selagi kerja awak nombor satu.”- Mikayla
Ayat orang tak nak kalah.
Mikayla menjunjung ego. Kapten Dihya’ angkat kaki. Masa itu, baru kenal erti rindu. Oleh kerana bumi ini bentuknya sfera, mereka asyik sahaja bertemu. Bercakar belum lagi, cuma bertikam lidah. Sekejap sayang, esok membenci. Tapi bila rindu, seorang asyik tengok WhatsApp sambil menangis tak berlagu, seorang lagi tiup seruling lagu Kamelia. Masuk angin keluar asap!
“Don’t you dare challenge me, Dihya’. Just because that I confessed my own feelings towards you lately, you buat I rasa macam perempuan murah. Go to hell with your pride and concern.” – Mikayla
“Pasal Mikayla, aku memang sayang kat dia. Cuma perasaan sayang ni aku serahkan kepada Allah. Apa yang kita sayang, biar Allah yang jaga.”- Kapten Dihya’

Ada rahsia yang perlu dibongkar. Kerana selagi itu, cinta antara Mikayla dan Kapten Dihya’ tidak akan bersatu sampai bila-bila. Tapi, siapakah yang akan membongkarkan rahsia itu? Bersatukah dua jiwa itu akhirnya?

MENCARI JALAN PULANG - FARAH ADIBAH

MENCARI JALAN PULANG - FARAH ADIBAH

HARGA BUKU : RM 25.00 (SEM)

WHATSAPP : 0177342366

Hana Suziela… Dia dibesarkan dengan kemewahan, namun serba-serbi kekurangan; kurang sifat kasih sayang dan asas hubungan sesama insan. Arah tujunya penuh dosa dan noda, paksinya dibelenggu dengan hawa nafsu. Kebahagiaan yang dicari tidak pernah abadi, lantas dirinya mula mempersoalkan kewujudannya di atas muka bumi. Namun dia tetap beruntung kerana dihadirkan orang-orang yang baik di sekelilingnya.
“Zie… kau selalu cakap dengan aku, untuk apa kita hidup atas dunia ni kalau tak ada tujuan… Kau ikutlah aku, Zie…” – Mia.
Takdir juga telah mempertemukan dia dengan Uzai tatkala dia sedang lemas dalam putus asa dan kekecewaan. Kemunculan lelaki itu telah memberikan seribu satu perubahan dalam dirinya, mengajarnya hakikat hidup yang sebenar.
“Kenapa dalam dunia ni ada kesusahan? Kalau Tuhan sayangkan manusia, Dia takkan biarkan kita ditimpa musibah, kan?” – Suzie
“Allah turunkan musibah tu sebagai satu bentuk ujian, untuk test siapa antara kita ni yang paling setia bergantung kepada Dia apabila ditimpa kesusahan.” – Uzai
“Awak tak rasa kejam ke Tuhan buat macam tu? Dia buat kita rasa susah semata-mata untuk uji kesetiaan kita.” – Suzie
Akhirnya, kebahagiaan yang hakiki telah pun dijumpai, dan dia bertekad tidak mahu berpaling lagi. Namun begitu, pelangi yang disangka dapat bertahan lama, habis lenyap pergi. Saat bahagia yang dinanti, dia diberi ujian sehinggakan kepercayaan yang dipegang tergugat dek kecewa hati.
“Kau tahu sebab apa aku jadi macam ni? Tahu sebab apa??? Sebab Tuhan tu tak pernah adil!!! Dia tak pernah adil!!! Dia kejam! Kejammmm!!!” – Suzie

Kisah ini bukan sekadar kisah tentang pertemuan antara dua jiwa, malah yang utama kisah ini tentang pertemuan seorang hamba dengan Tuhannya, kisah tentang manusia yang lemas dalam tipu daya dunia, dan kisah tentang hati yang ingin pulang kepada Penciptanya.

HALF GIRLFRIEND - ZURA RAHMAN


HALF GIRLFRIEND - ZURA RAHMAN

HARGA BUKU : RM 32.00 (SEM)

WHATSAPP : 0177342366

Kahwin? Agenda kahwin itu tidak pernah termaktub dalam perancangan hidup CK. Tidak pernah terlintas dalam hatinya. Apatah lagi apabila berkahwin dengan KASEH HADANA, kawan baiknya sendiri. Bekas tunang kawan baiknya, NAUFAL.
Mana tidaknya, CK ibarat dari planet Marikh dan Hadana pula ibarat dari planet Zuhrah. Apabila bertemu di planet bumi, peperangan demi peperanganlah yang berlaku! Malah, mereka berkahwin pun disebabkan satu peristiwa hitam yang terjadi kepada Hadana. 
"Kau memang! Tak sofistikated langsung." ~ KASEH HADANA
"Only those who are complicated will have such sophistication." ~ CK
"Mengaku ajelah kau tak sophisticated!" ~ KASEH HADANA
"Aku? Tak sophisticated? Try me." ~ CK
CK, seorang jurutera yang bekerja di offshore ini terkenal dengan tingkah laku selamba badak dan, imej cool. Dia juga punya segala-galanya yang diimpikan oleh wanita di luar sana. Si jejaka kacukan mat salih ini juga selalu berfikir yang dia tidak perlukan perempuan untuk hidup bahagia. 
Namun, kehadiran Kaseh Hadana dalam hidup CK umpama gempa bumi yang menyergap tanpa amaran. Wanita itu bagai puting beliung, menodai ketenteraman fikiran CK. Yang buat hidupnya kacau bilau, diserang dilema. Semua yang dirancang sempurna, telah tergendala apabila status half girlfriend sudah bertukar menjadi isteri.

Apakah akan terjadi seterusnya? Akankah, CK, KASEH HADANA dan NAUFAL berjaya menamatkan konflik, persahabatan mereka yang sebelum ini rapat kini telah renggang? Apa yang perlu mereka bertiga lakukan? Rasai sendiri perjalanan cerita dan emosi tiga sahabat ini dalam Half Girlfriend...

SHAMIKAEL - ROSE ALEYNA


SHAMIKAEL - ROSE ALEYNA

HARGA BUKU : RM 31.00 (SEM)

WHATSAPP : 0177342366

Tragedi buruk yang pernah berlaku di alam persekolahan telah meninggalkan kesan buruk dan trauma dalam hati tiga sahabat iaitu Hasha, Arshad dan juga Ekin. Mereka terpisah jauh, membiarkan waktu menghapuskan segala kenangan duka.
Hasha Ezzrina...
Dalam setiap nafasnya ada nama Arshad walaupun ada kebencian yang wujud di tengah-tengahnya. Cinta dalam hatinya tidak pernah berakhir walaupun jarak dan masa telah memisahkan mereka. Kemaafan yang tertangguh menjadi pertaruhan.

Arshad Mikael...
Dia menjadi pendendam kerana pengalaman ngeri yang berlaku sepuluh tahun lepas. Dia menyaksikan sendiri penderitaan seorang wanita yang bergelar isteri sampai ke akhir hayatnya. Tiada istilah kemaafan di dalam kamus hidupnya.

"Aku tak akan lupa setiap apa yang pernah dia buat pada arwah kak long. Biarpun dia adalah isteri kau, aku tetap akan meneruskan misi membalas dendam." ~ Maya
"Aku akan lakukannya, Maya. Dan kau tak perlu teruskan semua ini seorang diri sebab aku dah berjanji." ~ Mikael
Kerana janjinya kepada Maya, Mikael meneruskan misi membalas dendam.
"Apa lagi yang kau tak puas hati? Kau dah seksa hidup aku sampai macam ni sekali. Mula-mula kau rampas maruah aku. Tak cukup dengan itu, kau tinggalkan nyawa di dalam rahim aku. Lepas tu, kau biarkan aku terseksa dengan caci maki orang. Kau dah buat aku jauh dengan umi dan abah. Kau buat aku malu nak jumpa keluarga aku sendiri." ~ Sha
"Aku tak akan pernah berpuas hati selagi tak dapat tengok kau merana seumur hidup di hadapan mata aku sendiri." ~ Mikael

Kerana dendam Mikael, Sha terpaksa melalui liku-liku hidup yang penuh dengan kebencian. Tidak cukup dengan itu, Sha juga dibenci oleh umi dan abahnya. Cinta, denda, dan kebencian, mungkinkah akan berakhir dalam hati mereka? Ataupun kebencian dan dendam berterusan menjadi bara yang membakar diri hingga ke akhirnya?