Search This Blog

Showing posts with label CIK TET. Show all posts
Showing posts with label CIK TET. Show all posts

IKHLAS CINTA ANGGUN - CIK TET


IKHLAS CINTA ANGGUN - CIK TET

HARGA BUKU : RM 30.00

WHATSAPP : 0177342366

Terjatuh hati dengan bos sendiri, itu yang sedang dialami oleh Anggun Cempaka. Bukan salah dia. Semua itu Encik Ikhlas punya pasal. Layanan dan bicara manis pemuda itu buat dirinya sentiasa di awangan.

“Kalau saya nak dessert, saya tak nak makan benda lain. Saya nak awak aje.” – Encik Ikhlas

“Jangan nak mengarutlah, encik. Pergilah sana.” - Anggun

Namun dia sedar dengan kedudukan diri sendiri. Lebih-lebih lagi bila ada bunga lain yang sudah lama menanti. Lelah dengan permainan perasaan, Anggun menjauhkan diri dari Encik Ikhlas. Ada misi dan amanah yang perlu dia selesaikan.

Demi menunaikan amanah arwah orang tuanya, terlalu mahal pula harga yang dia kena bayar untuk sebuah kemaafan. Ada pengorbanan yang perlu dia lakukan. Dan kemunculan Encik Ikhlas telah membuatkan misinya semakin sukar.

“Dekat sini aje awak bersembunyi daripada saya?” – Ikhlas

“Saya datang sini bersebab. Ada misi yang perlu saya selesaikan.” – Anggun

“Kenapa lari dari saya, Anggun?” - Ikhlas

“Saya minta maaf. Saya cuma tak nak halang bahagia encik.” – Anggun

Apakah misi Anggun berjaya? Bagaimanakah penerimaan Anggun setelah mengetahui siapa sebenarnya Encik Ikhlas dalam hidupnya? Jika benar itu cinta sejati, rasa berbaloi walau disakiti.


KOMBO KANDA DINDA - CIK TET



KOMBO KANDA DINDA - CIK TET


๐Ÿ”ธJUALAN ONLINE SAHAJA
๐Ÿ”ธREADY STOCK
๐Ÿ’ŽHARGA RM78 SM/RM82 SS (๐Ÿ‘‰2 BUAH BUKU) 
๐Ÿ’ŽHARGA RM43 SM/RM47 SS (๐Ÿ‘‰1 BUAH) 

๐Ÿ’Ÿ SIGNATURE KASIH IALAH 6 BUAH CERPEN DI DALAM SETIAP NOVEL

WHATSAPP : 0177342366

TAJUK CERPEN SIGNATURE KASIH 1

1. MAWAR DI HATI RYAN

2. CINTA SI PAPA DAMIA

3. ANDAI BAHAGIA ITU BUKAN MILIKKU

4. JAMPI CINTA BUAT DATO' F

5. PEMILIK HATI ABANG BURGER

6. SI PENCULIK HATI

๐Ÿ’•๐Ÿ’•๐Ÿ’•

TAJUK CERPEN SIGNATURE KASIH II

1. ANNUR BUAT FIRDAUS 

2. MAAFKAN AKU CINTA

3. RAHSIA HATI SI DUDA SOMBONG

4. SURI DI HATI PIAN

5. CINTA YANG KAU TAKLUKI

6. EGO CINTA

๐Ÿ’•๐Ÿ’•๐Ÿ’•

๐Ÿ’Ÿ PESANAN ISTIMEWA DARI CIK TET

๐Ÿ’Žkombo kanda dinda ni kompilasi cerpen sahaja ya. Semuanya cerpen cik tet.
๐Ÿ’ŽIstimewa untuk mereka yg berminat dgn cerpen sahaja
๐Ÿ’Žkompilasi ni gabungan cerpen lama yg pernah cik tet up dkt group dan cerpen2 baru
๐Ÿ’Žada 6 cite dlm satu buku
๐Ÿ’Žpanjang satu2 cite lebih kurang 100 ms dan ke atas
๐Ÿ’Žtebal buku 700++ ms setiap satu
๐Ÿ’Žcerpen lama cik tet tacap2 sikit bg lagi menarik. Yg mana pendek, cik tet tambah banyak sikit..tapi yg mana dah sedia panjang tu, cik tet cuma tambah2 sikit tang dialog je tau, sb cite memang dah panjang. Bukannya cik tet tambah keseluruhan ye. Dr awal buka order cik tet dh ckp benda ni. Risau betul takut ada yg salah faham nanti๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚
๐Ÿ’ŽCerpen2 yg baru...insyaAllah menghiburkan. Masih dengan gaya penulisan yg sama. Harap tak jemu ya๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜
๐Ÿ’Žyang berminat masih boleh order lagi dgn cik tet atau mana2 seller yg ambik order kombo kanda dinda cik tet ni๐Ÿ˜˜
Terima kasih ya atas sokongan๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜˜

- Cik Tet

KOMBO 2 BUAH BUKU


KOMBO 2 BUAH BUKU

HARGA : RM 45.00 (SM)
TERMASUK POSTAGE

WHATSAPP : 0177342366

DERHAKA CINTA JEBAT - CIK TET


DERHAKA CINTA JEBAT - CIK TET

HARGA BUKU : RM 30.00 (SEM)

WHATSAPP : 0177342366

Jebat Zulkarnain…
Dia seorang yang perengus. Egonya melebihi tahap tujuh petala langit. Setiap bait bicaranya hanya mengundang luka di hati insan yang terlalu sayangkannya.

Aisyah Humairah…
Bila hati dah terlanjur cinta… dia rela menadah hatinya untuk disakiti berkali-kali, walaupun jelas… sayang Jebat padanya hanya dusta semuanya. Cinta Jebat hanyalah helah untuk pemuda itu melunaskan dendamnya.

“Sebesar kuman pun tiada cinta dalam hati aku untuk perempuan curang macam kau ni.”

Bicara itu membunuh jiwanya. Sakit yang teramat.

“Kalau tiada sayang, kenapa awak biarkan saya terus merasa, sayalah wanita yang paling bahagia bila bergelar isteri pada suami yang paling saya cinta?”

“Sebab aku nak kau rasa balik setiap kesakitan dan derita yang kau hadiahkan untuk orang yang aku sayang. Aku akan pastikan, setiap nafas yang kau hela akan beralaskan duri yang amat tajam.”

Aisyah pasrah, Aisyah reda. Hukuman diterima dengan senang hati, tapi kenapa layanan Jebat padanya sering tak selari?

Kata benci, tapi kenapa Jebat yang terlebih cemas bila dirinya ditimpa sesuatu? Sikap caring Jebat melebihi ego dan panas baran yang sering ditonjolkan.


Pening Aisyah. Apa sebenarnya yang ada dalam hati Jebat? Kenapa Jebat begitu berdendam dengannya? Benarkah dirinya dah tak bertempat langsung dalam hati Jebat Zulkarnain?

MENANTU KOMANDO PENCEN - CIK TET

KARYA MENARIK DARI PENULIS BARU #CIK TET

DAPATKAN SEGERA SEBELUM KEHABISAN STOK!

   WHATSAPP : 0177342366   


MENANTU KOMANDO PENCEN - CIK TET
HARGA : RM37 (SEM) / RM43 (S/S)
(TERMASUK POSTAGE )
BUKU : BARU


SINOPSIS



“Maafkan saya Rania, saya tak boleh nak teruskan pernikahan ini. Saya tak nak kita menyesal di kemudian hari.”
Kejamnya Ikhwan! Mudahnya dia mengakhiri satu hubungan yang telah hampir dua tahun terjalin. Apatah lagi di saat tarikh pernikahan mereka hanya tinggal empat belas hari sahaja lagi.

Rania nanar, kecewa dan sedih. Teganya Ikhwan memalukan dia dan keluarganya. Bagaimana dia harus berdepan dengan Komando Pencen Misai Melentik dekat kampung sana?

“Saya yakin ada jodoh lain yang sedang menanti awak. Hanya orang yang betul-betul bertuah yang akan dapat memiliki awak.”
Di saat dia sedang bersedih tahap nak gelek diri dengan tayar kapal terbang, kata-kata itu muncul meniup semangat dalam dirinya yang hampir hilang.
Kalif Adrian, pertemuan pertama mereka berlaku ketika Rania kehilangan. Namun, pemuda itu seakan begitu dekat di hatinya. Layanan dan tingkah pemuda itu meninggalkan satu debaran yang dia kurang mengerti.
“Itulah, derhaka sangat. Tuhan ni Dia bayar tunai je tau...”
“Awak merepek apa ni? Saya nak derhaka pada siapa? Awak tu bos bukannya suami saya.”
“Jangan berkasar dengan saya Nia, tak cium bau syurga nanti..”
Ahh! Pening Rania dengan peel si Kalif yang entah apa-apa tu. Dia tahu, boss is always right. Tapi, takkanlah melawan cakap bos pun boleh dikira derhaka dan tak cium bau syurga?

Siapa sebenarnya Kalif Adrian dalam hidup Seri Rania? Nak kata bos, macam kekasih. Nak mengaku kekasih, Rania sedar diri. Dia hanyalah gadis biasa.

Buntu! Pening!


***********************

#TEASER MENANTU KOMANDO PENCEN

Hampir rebah aku dibuatnya sebaik saja Kalif membuka pintu rumahnya. Di hadapan muka pintu bukan Kira dan mak ayah Kalif tapi berdiri empat orang lelaki yang berkopiah putih dan bersongkok hitam. 
Aku sudah mula membayangkan yang aku akan direbus hidup-hidup oleh komando pencen sana tu nanti. Aku pegang kemas penghadang tangga bagi menahan diriku dari terjatuh. Apa yang aku risaukan dulu akhirnya berlaku juga. Walaupun kami tak buat apa-apa tapi sudah pastinya kami akan dicurigai kerana berduaan di dalam sebuah rumah tanpa orang lain. Sementelah lagi tanpa ikatan apa-apa. “Assalamualaikum..”salah seorang dari mereka memberi salam. “Waalaikumssalam..”Kalif menjawab selamba tanpa ada langsung riak risau di wajahnya.
“Kami minta maaf. Kami dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan..”Lelaki tadi menunjukkan kad kuasanya pada Kalif. “Kami ada terima aduan yang dalam rumah ini ada pasangan yang bukan mahram tinggal berduaan. Sila beri kerjasama dan boleh kami tahu ada sesiapa lagi dalam rumah ini kecuali encik dan pasangan encik?”Lelaki itu mengerling ke arah aku. Kalif turut menjeling sekilas ke arah aku yang sudah mahu tumbang bila-bila masa je dari sekarang. Aku memandang Kalif dengan pandangan yang berbalam.
“Boleh saya tahu apa hubungan encik dengan gadis itu?”Salah seorang yang lain bertanya seraya melemparkan pandang pada aku. Jelas riak curiga di wajah mereka.
Ya allah! Dugaan apakah ini? Kalif tidak menjawab sebaliknya dia menyuruh pihak JAWI itu tunggu seketika sementara dia naik ke atas. Sampai di tepi aku,Kalif berhenti dan merenung aku dengan sayu. “Jangan risau sayang..abang takkan sesekali menjatuhkan maruah sayang di hadapan mereka..”seusai ayat itu,Kalif terus berlari naik ke atas.
Aku hanya memandang langkah Kalif dengan pandangan yang sudah mula berkaca. Entah apa yang ingin dilakukan oleh Kalif bagi menyelamatkan maruah aku pada malam ini. Aku sudah tak nampak jalannya untuk kami lepas. Takkan Kalif nak bagi rasuah pula kut? 

“Mak! Ayah! Cepatlah! Dina dah dapat tangkap penceroboh ni. Cepat ayah,nanti terlepas!”Aku melaung kuat. Sekuat cengkaman tangan aku pada tangan sasa itu.
“Sakitlah!”suara garau itu berbunyi. Macam kenal tapi aku dah tak ada masa untuk jejak milik siapa suara garau itu. Yang penting sekarang ini,penceroboh ini tak boleh dibiarkan terlepas. Paling tidakpun mesti kena sula sebab berani dia tidur dengan anak dara orang.
“Nak lagi sakit ke? Nah..ambik ni..”Aku hentakkan tubuh aku ke atas tubuhnya beberapa kali. Biar sampai terkeluar semua isi dalam perut dia dekat sini.
“Sakitlah Dina!”
“Oo..tahu nama aku rupanya. Maknanya kau kenal akulah kan? Ini mesti dah selalu sangat duk skodeng aku kan? Kau ni siapa hah? Meh sini,aku nak tengok muka sikit..”Aku panjangkan sebelah tangan untuk memetik lampu tidur di sebelah kepala katil. Puas aku gagau,tapi tak jumpa. Tak payah nak perasalah Dina oii.. Sejak bila pulak bilik kau kat kampung ni ada lampu tidur atas meja kecil sebelah kepala katil? Kau ingat ini bilik hotel ke? Ha’ahlah..lupa.. Hishh…Ketika itu juga aku dengar ketukan yang bertalu di pintu bilik.
“Kenapa ni Dina? Apa yang duk menjerit tengah-tengah malam buta macam ni? Malulah orang dengar..”Suara Abang Syah dari luar bilik.
“Ada penceroboh ni Uda. Dina dah dapat tangkap ni. Cepatlah masuk. Dina dah tak larat nak pegang tangan besar dia ni.”Aku masih menjerit. Yang aku peliknya,kenapa penceroboh ni baik hati sangat tak melawan ya? Diam je. Dia tak takut kena tangkap ke? Ke berat sangat tubuh aku ni sampai dia dah tak mampu untuk bergerak?
“Penceroboh apa pulak Dina oiii. Jangan nak buat kecoh tengah-tengah malam buta macam ni boleh tak? Laki sendiri pun dah tak kenal ke?”
Hahh?? Laki sendiri? Aku dah ada laki ke? Bila masa pula aku kahwin? O..M..G…tangan yang tadi kuat mencengkam tangan sasa itu kini terlepas dan naik menutup mulut sendiri. Sepantas kilat juga,aku turun dari atas belakang tubuhnya. Melompat turun dari katil dengan tergesa-gesa.
Bukk! Alahaiii... Silap langkahlah pulak. Aduh,sakitnya punggung aku. Aku gosok sekejap tempat yang sakit. Tak sempat nak bangun berdiri,aku terus merangkak menuju ke dinding tempat letaknya suis lampu. Nak cepat punya pasal,memang tak sempat nak senonoh dah. Nasib baik gelap,kalau cerah tak tahulah macam mana rupa aku sekarang ni.
Ktik. Serta-merta bilik aku menjadi cerah. Bila aku menoleh ke katil,aku lihat Arjuna sudah duduk berlunjur sambil membetulkan tangannya. Mata tak payah cakaplah. Lebih bulat dari mata ikan Ujie Rasyid sekarang ni. Tajam merenung aku.
“Macam mana awak boleh ada dekat situ? Bukan ke semalam saya suruh awak jadi Pak Guard dekat tepi pintu ni?” Aku bersuara dalam gugup. Tangan membetulkan kedudukan baju tidur dan rambut aku. Sah mengerbang macam mak nenek langsuir sekarang ni.
“Tubuh kecik macam batang aiskrim,tapi berat macam kayu balak. Berat sangat dengan dosa agaknya..”
“Awak cakap apa?”
“Tak sampai dua puluh empat jam awak bergelar isteri,dah berapa banyak dosa awak dengan suami?”
“Dosa apa pulak?.”
“Ada ke isteri yang suruh suami jadi Pak Guard dalam bilik sendiri?"
Ada. Akulah tu. "Habis,takkan saya nak suruh bodyguard awak tu yang jadi Pak Guard dalam bilik saya ni.."Laju je aku menjawab. Arjuna celik matanya luas.
"Awak berkasar dengan suami,awak pukul suami awak dan awak tuduh suami awak ni penceroboh. Apa tu?”
"Sape suruh awak pandai-pandai naik tidur atas katil saya. Siap peluk pinggang saya lagi. Mestilah saya terkejut.."
"Melawan. Mulut tu memang tak sah kalau tak menjawab kan? Awak sedar tak dengan siapa awak tengah bercakap sekarang ni?"
"Penceroboh.."
"Apa??" Alahaiii.....Mulut!