Showing posts with label KASIH ARIES. Show all posts
Showing posts with label KASIH ARIES. Show all posts

DERHAKA CINTA JEBAT - CIK TET


DERHAKA CINTA JEBAT - CIK TET

HARGA BUKU : RM 30.00 (SEM)

WHATSAPP : 0177342366

Jebat Zulkarnain…
Dia seorang yang perengus. Egonya melebihi tahap tujuh petala langit. Setiap bait bicaranya hanya mengundang luka di hati insan yang terlalu sayangkannya.

Aisyah Humairah…
Bila hati dah terlanjur cinta… dia rela menadah hatinya untuk disakiti berkali-kali, walaupun jelas… sayang Jebat padanya hanya dusta semuanya. Cinta Jebat hanyalah helah untuk pemuda itu melunaskan dendamnya.

“Sebesar kuman pun tiada cinta dalam hati aku untuk perempuan curang macam kau ni.”

Bicara itu membunuh jiwanya. Sakit yang teramat.

“Kalau tiada sayang, kenapa awak biarkan saya terus merasa, sayalah wanita yang paling bahagia bila bergelar isteri pada suami yang paling saya cinta?”

“Sebab aku nak kau rasa balik setiap kesakitan dan derita yang kau hadiahkan untuk orang yang aku sayang. Aku akan pastikan, setiap nafas yang kau hela akan beralaskan duri yang amat tajam.”

Aisyah pasrah, Aisyah reda. Hukuman diterima dengan senang hati, tapi kenapa layanan Jebat padanya sering tak selari?

Kata benci, tapi kenapa Jebat yang terlebih cemas bila dirinya ditimpa sesuatu? Sikap caring Jebat melebihi ego dan panas baran yang sering ditonjolkan.


Pening Aisyah. Apa sebenarnya yang ada dalam hati Jebat? Kenapa Jebat begitu berdendam dengannya? Benarkah dirinya dah tak bertempat langsung dalam hati Jebat Zulkarnain?

DIA SEBENARNYA CINTA - WAN NUR NAJIHAH

Untitled.png

DIA SEBENARNYA CINTA - WAN NUR NAJIHAH

HARGA BUKU : RM 28.00 (SM)

WHATSAPP : 0177342366

Pertunangan harus membawa kepada perkahwinan! Tapi keadaan itu tidak memihak kepada Dina. Kerana reunion sekolah itu semua berubah.
“Kalau awak fikir Nazim baik, dia akan layan saya ke? Dia sedar dia dah bertunang, kenapa dia mesti layan saya kalau dia betul-betul sayangkan awak?” -Lisa
“Awak perempuan, sanggup awak lukakan hati kaum awak? Awak tak rasa bersalah ke? Kalau Nazim boleh sayangkan awak, masa bertunang dengan saya. Awak tak rasa ke dia akan sayang perempuan lain masa dengan awak?” –Dina
Hancur hati Dina, saat menyedari cintanya dibahagikan. Lelaki yang disangka bakal imamnya berubah gara-gara berjumpa cinta pertama. Saatdia menutup pintu hati, Afzan muncul mengubat kekecewaanya.
“Awak tak pernah sukakan saya?” -Afzan
Dina serik. Dia takut pisang berbuah dua kali. Adakah lelaki semua sama? Mereka akan pergi apabila jumpa yang lebih baik? Dan tegarkah diamembiarkan hatinya terluka lagi kalau itu kembali terjadi.
“Bagi saya peluang ke dua. Kalau awak terima saya, saya akan tinggalkandia.” -Nazim
Saat hatinya bersedia menerima cinta baru, Nazim kembali menyatakan rindu.
Mana satu yang harus dipilih. Nazim yang sudah menyesal atau Afzan yang ikhlas mahukannya?
“Saya akan sentiasa bersama awak.”

Janji salah seorang lelaki yang menjadi pilihan hati. Dan siapa sebenarnyacinta dia yang sesungguhnya?

AKU DI SINI - IEYA SYA

Untitled.png

AKU DI SINI - IEYA SYA

HARGA BUKU : RM 28.00 (SM)

WHATSAPP : 0177342366


RGH!!!” 

Kuat Iyan menjerit. Segala barang di hadapannya ditepis hingga jatuh berterabur. Mata bertemu pantulan wajahnya. Tanpa berfikir panjang, dia menumbuk cermin sekuat hati. Terhiris tangan, darah mencemari. 
Jiwa lelakinya bergelodak. 
Selepas semua itu, diam-diam dia menjejaki Ara dan emaknya. Betapa sayatnya hati melihat kehidupan dua beranak itu hilang tempat bergantung. Kemudian, dia tahu Ara yang merupakan pelajar cemerlang, gagal mendapat keputusan memberangsangkan. 
Iyan tahu, semuanya kerana kejadian itu. Ara terganggu. Ara tak berjaya dalam hidupnya kerana dia. Dia yang buat kehidupan gadis itu begitu.
Hilang lamunan tentang Ara, Iyan berdiri tegak. Nafas dihembus. Jiwanya rawan setiap kali mengenangkan hidup Ara.
Ara hilang ayah.
Ara dipermainkan sepupu sendiri, Razif. 
Ara dihina oleh mak saudara sendiri. 
Ara menangis sendirian di taman. 
Ara yang menyimpan kepahitan dalam jiwanya. 
Ara yang sekarang kehilangan emaknya juga. 
Ara hilang segala-galanya. Semua itu bermula kerana dirinya. 
“Kau tak boleh kembalikan apa-apa tapi kau boleh beri sesuatu.” 
Iyan raup wajah. 
“Keadilan.” 
Iyan berlalu meninggalkan cermin retak sendirian. Sama retak seperti hidupnya.