Search This Blog

AMIR FARISH - NURAQILAH SYUHAIDA


AMIR FARISH - NURAQILAH SYUHAIDA
HARGA : RM26.00
BUKU : BARU

AMAR FARISH, anak angkat Dato’ Sharif dan Datin Aliah yang ditatang bagai minyak yang penuh. Rupa parasnya yang sempurna menjadikannya kegilaan para gadis. Dan dia bangga apabila semua gadis berada di bawah telunjuknya hinggalah dia bertemu dengan seorang gadis kampung bernama Zahra.
“Woi rumpai laut, apa pegang-pegang ni? Aku terajang kang!”
“Apa kau panggil aku tadi? Rumpai laut?”
“Memang itu gelaran yang paling tepat untuk kau. Mat salih celup tak sedar diri, bajet nak buat rambut mamat Korea. Macam rumpai laut je aku tengok!”
Kerana satu kesilapan, Farish dan Zahra telah disatukan. Pelbagai masalah menimpa apabila sepupunya, Eirfan Rudy turut memendam rasa terhadap Zahra. Farish yang masih mencari identiti sendiri, tidak dapat menerima kehadiran Tengku Kamal yang mengaku sebagai bapa kandungnya sekali gus mendedahkan rahsia hidupnya yang sebenar.
“Apa kaitannya dengan Ara? Kenapa abang macam nak hukum Ara dalam hal ni? Ara tak salah  apa-apa, bang…. Ara tak buat apa-apa pun.” - Zahratul Jannah
“Awak nak tahu kenapa saya nak tinggalkan awak? Sebab mama dan papalah saya terpaksa kahwin dengan awak!” - Amar Farish
Disebabkan latar belakang dan harapan Tengku Kamal, Farish terpaksa mengambil satu keputusan yang akan merubah keseluruhan hidupnya. Namun, bagaimanakah kisah rumah tangga Farish dan Zahra? Adakah Farish akan meninggalkan segala-galanya dan menjadi seseorang yang baru? Amar Farish akan merungkaikan kemelut persoalan ini...


BILA NAIK SAKSI - REHAN MAKHTAR


BILA NAIK SAKSI - REHAN MAKHTAR
HARGA : RM23.00
BUKU : BARU


YUSUFF, seorang lelaki yang tiba-tiba muncul dalam hidupnya sebaik saja abah dan mama memberikan kebebasan kepada dirinya.
Pertemuan pertama dan seterusnya itu sangat menyakitkan hati Jelita. Tanpa dia sedar, sebenarnya semua pertemuan itu sudah dirancang dengan rapi.
“Jatuh awak boleh diangkat.  Jatuh hati, siapa nak bertanggungjawab?” - Usop
 “Ikut hatilah nak jatuh kat mana pun, janji jangan jatuh dekat awak sudah!” - Jelita
 Tapi, kalau benci dan tak suka, kenapa mesti ada rasa yang tak mampu diungkapkannya? Adakah ini cinta? Jika cinta, apa tandanya? Sesungguhnya, Jelita memang tidak tahu apa-apa tentang makna cinta. Dia cuma tahu bahawa cinta dan rindu itu selalu menyakitkan pada insan yang mengalaminya.
“Sampai bila kita nak rahsiakan pernikahan kita daripada keluarga awak, Lit? Bila nak saksi awak nak menyerah?” –Yusuff
“Saya tak tahu pun yang saya dah kahwin.” – Jelita
 Kehadirannya dengan gelaran seorang suami menyebabkan Jelita sukar hendak menerima kehadiran lelaki yang sangat asing buat dirinya. Tapi kerana desakan semua, akhirnya dia terpaksa menyelidik sendiri. Bagaimana pernikahan ini boleh terjadi tanpa pengetahuannya? Siapa dalangnya? Abah, mama, Abang Jeff atau Kak Shima?
 Jika dia sah menjadi suaminya, maka dia nekad untuk melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri. Tapi dek fitnah dan rasa cemburu membuatkan Jelita selalu mencurigai kejujuran suaminya sendiri.
“Lit cinta abang… Lit sayang abang… Terima kasih sudi layan kerenah Lit selama ni.  Dari dulu sampai sekarang.” –Jelita
Adakah perkahwinan luar biasa di antara Jelita dan Yusuff akan menemui kebahagiaan seperti pasangan yang lain? Setelah segala diserahkan dengan sepenuh hati, mereka sangat berharap jodoh ini kekal menjadi milik mereka.

I LOVE YOU, STUPID! - MELUR JELITA


I LOVE YOU, STUPID! - MELUR JELITA
HARGA : RM39.00
BUKU : BARU


KISAH KEMANUSIAAN YANG PENUH DENGAN KASIH SAYANG. Perjalanan hidup Iris mencari jawapan kepada rasa sepi dan tidak berpunya yang sering bertandang dalam hatinya.
Aku Iris the diva. Pembunuh senyap lelaki tanpa bayang! I’m bad and I’m dangerous!
Aidan? My main course yang sangat menyelerakan!
“Saya nak Inspektor Iris digari dan dihukum kerana telah mencuri hati saya. Saya dah X-ray tubuh Inspektor Iris, saya nampak hati saya berada dalam hati Inspektor Iris… – Aidan 
Abang pedas? Eye Mo aku!
“Apalah sangat dengan saman yang setakat 300 ringgit tu? Lebih dari tu I boleh bayar. Berbaloi dapat love letter dengan hot guy ni.Handsome dan pedasss!” - Iris
“Kesalahan keempat, cuba menggoda polis. Kesalahan kelima, menghina kerja polis, kesalahan keenam cuba menghalang polis dari menjalankan tugas...”  – Abang pedas
Inspektor Ebrahim? My parfait, perfect!
“Sir! How could you! Menggoda seorang gadis di bawah umur?” - Iris
“Bukan di bawah umur, gadis di bawah sedar, di bawah pengaruh kurang cerdik!” - Ebrahim
Firman? Yucks! Mulutnya, ya Rabbi! Lebih pedas dari segalanya!
“Untuk bodyguard saya… yang sangat macho, stylo… dan…”
“Dan apa?” - Firman
“Ermmm… satu hari nanti dan apa, akan terjawab. So biarkan saja tempat kosong itu.” - Iris
Lara, Farina dan Violet, my divas. We’re hot, sexy and naughty. Bukan sembarangan lelaki boleh mendampingi kami dan kami juga tidak mendampingi sembarangan lelaki.
Kegembiraan aku dan divas tidak berpanjangan apabila berlaku satu peristiwa yang tak dapat aku lupakan sampai bila-bila. Demi memenuhi hasrat terakhirnya, aku membawa misi yang besar dengan mengharung hidup di tempat asing yang sangat mencabar.
“Anakku, di mana anakku. Saya sanggup buat apa saja asalkan anak saya dikembalikan… Tolonglah, saya merayu.”
Semua yang berlaku mematangkan aku tentang kehidupan… tentang Islam, agamaku… tentang rasa cinta yang sebenar-benarnya cinta…
“Selama ini saya merasa sepi dan tidak berpunya. Tiba-tiba saja rasa itu menghilang bila saya mula beristighfar…”

KATA TAK SUKA - QASEH QAISARA

KATA TAK SUKA - QASEH QAISARA
HARGA : RM20.00
BUKU : BARU


Kononnya ala-ala paksa. Mak-mak yang kenenkan. Sudah berpakat masing-masing kata tak suka. Banyak buruk dan kurangnya pada pandangan mata, tapi tak sampai mana, tiba-tiba saja jatuh berkenan pula. 

Megat Zafril biasa-biasa saja buat Nea Alisha. Tidaklah kacak sangat, tapi kenapa sangat menyenangkan? Rasa sangat selamat ketika berada di sampingnya. Bagi Megat Zafril pula Nea Alisha sangat pandai mengambil hati dan langsung tidak angkuh walau gadis secantik Nea berhak memiliki perangai begitu. Ah! Kenapa awal-awal lagi mulut ni gatal benar kata tak suka? Kan padan muka masing-masing. 

Namun kaum emak tidaklah berputus asa. Pelbagai rancangan diaturkan sehinggalah Megat Zafril dan Nea Alisha kononnya setujukan saja, sedang dalam hati, Tuhan saja yang tahu. 

Kita dah tak boleh lari. Aci lawan apa pun, mereka memang akan kenenkan kita.” Megat Zafril mula rasa gementar. Inikah masanya? 

Abang rasa macam mana?” 

Kita ikutkan ajelah cakap mereka. Abang dah bosan nak mengelak. Makin abang elak, makin benda ni menjadi-jadi. Pening kepala abang.” Megat Zafril mula buka jalan. Mana tahu laluan kali ini mudah. 

Nea fikir pun macam tu. Nea pun dah tak larat nak layan kerenah mereka ni.” 

Dengan alasan itulah sebuah mahligai terbina. Namun ketika bahagia berbunnga-bunga, datang pula si Luqman, bekas buah hati Nea. Mahu menagih semula kasih lama. Akan tergugatkah kasih Nea dengan kehadiran Luqman? Mahligai yang mereka bina bakal hancurkah gara-gara orang ketiga? 

KUDAKAP ERAT CINTAMU - HIDAYAH OTHMAN

KUDAKAP ERAT CINTAMU - HIDAYAH OTHMAN
HARGA : RM20.00
BUKU : BARU


Natasha Camelia seorang gadis yang ceria dan hidupnya penuh dengan kasih sayang keluarga. Hari pertama di kolej dia bertembung dengan dua lelaki yang membuatkan dirinya berada dalam dilema. Fariss Haikal membuatkan dirinya bagaikan di awangan, seperti jatuh cinta pandang pertama. Manakala Adam Haziq membuatkan hidupnya haru-biru dan selalu saja bertikam lidah apabila bertembung.

Awak ni boleh duduk diam-diam tak? Dahlah berat macam gajah.”

Hei, aku tak suruh kau angkat aku pun! Dah tahu aku ni berat, janganlah gatal sangat tangan tu nak angkat aku!” “Saya nak tolong dia. Biar saya tolong angkat pula.”

Natasha Camelia memilih Fariss Haikal berbanding Adam Haziq. Adam bertindak menjauhkan diri setelah tahu Natasha Camelia dan Fariss Haikal bercinta. Namun, saat Natasha Camelia berada dalam kesedihan, kesakitan atau kesusahan, Adam Haziq akan menjadi orang pertama yang akan muncul menyelamatkan keadaan.

Langit tak selalunya cerah. Perhubungan Natasha Camelia dan Fariss Haikal dilanda badai. Saat hati Natasha Camelia dilanda rawan, timbul pula isu anak angkat dan dirinya dihalau keluar dari rumah. Di sini, Adam Haziq bertindak sebagai pelindung.

Saat hati Natasha Camelia terpaut dengan kebaikan yang ditunjukkan Adam Haziq, saat hati sudah mula rasa sayang, saat cinta antara mereka sudah mula bertaut, muncul kekasih lama Adam Haziq menagih kasih. Fariss Haikal juga muncul kembali, menagih kasih yang terputus di tengah jalan.

Apakah cinta yang baru wujud dalam diri Natasha Camelia dan Adam Haziq akan terpaut? Atau Natasha Camelia akan mengalah dan kembali membiarkan cinta Fariss Haikal kembali kepadanya? Atau akan ada permata lain yang akan menyinari hidupnya? Mampukah Natasha Camelia mendakap cinta yang sempurna untuknya?