Search This Blog

Showing posts with label PENULISAN2U. Show all posts
Showing posts with label PENULISAN2U. Show all posts

THE REASON - REHAN MAKHTAR


THE REASON - REHAN MAKHTAR

HARGA BUKU : RM 25.00

http://www.wasap.my/+60136342359

Dia… Adalah wanita yang menyayangi diri sendiri biarpun satu dunia tak mahu menghargai. Namun, saat dia mula mencintai; Ammara robek hati sendiri dengan begitu kejam. Dia tertipu dengan cinta fananya. Air mata jatuh tak terseka tetapi lelaki itu pergi begitu saja tanpa menoleh buat kali kedua. Lelah dia mencari sebab tapi akhirnya, dia pujuk hati untuk terima.
“I tak paksa dan I takkan rosakkan masa depan you. But I need at least an answer. Boleh tak you bagi jawapan?” - Ammara
“No!” - Eqram
Sepatah jawapan Eqram telah membunuh jiwanya. Ammara tunduk menyesali salah sendiri. Kerana itu dia bangkit bila hadir seorang puteri bernama Nur Amaris menemani perjalanan begitu sukar bahana beban kesan dosa silam. Namun, setelah lima tahun... Pintu yang selama ini tertutup… Terkuak. Adakah ini juga sebahagian hukuman untuknya?
“Then, patut ke I remind you balik? Perlu ke I bagi tahu you parut pada tubuh you, yang you sendiri mungkin tak tahu…” - Eqram
“Berapa kali nak cakap, bukan saya. Dan tolong tutup mulut awak tu. Jangan cakap kotor dengan saya, Mohd Eqram!” - Ammara
Lelah dia berlari. Puas dia elak. Tapi, takdir terus menguji.
“Saya memang suka awak sejak pertama kali, Ara. Saya sudi jaga awak dan Amaris.” - Eqwan
“Saya tahu awak baik, Eqwan. Tapi, segalanya tak mudah untuk saya…” - Ammara.
Ammara akhirnya menerima pinangan Eqwan kerana dia yakin, dia juga berhak bahagia. Biarpun Ammara tahu, Eqram tidak mahu dia menjadi isteri kepada abang lelaki itu.
“You said no… To me. I betul-betul perlukan you dulu, Eqram. Setidak-tidaknya, you bagi satu sebab kenapa you buat I macam tu…” - Ammara
“I don’t have even a reason back then. I dah cakap dekat you yang I jahil. I yakin you pun sama dengan I. For me, you dig your own grave by choosing me. But now... I have that reason, Ammara. And the reason... Is you...” - Eqram
Pengakuan Eqram telah menghambat mimpi ngeri yang selama ini menghantui Ammara. Dia akan bahagia bersama Eqwan. Dia yakin. Seperti kata Afina… Bahagia itu akan datang tidak lambat dan tidak cepat, tapi pada masa yang tepat. Kerana dia pernah gagal merancang; kali ini, dia hanya serahkan segalanya pada Tuhan yang menentukan. Apa saja ketetapan, sepenuh hati dia akan terima. 

WANITA KHAS UNTUK QARIN - AIMY HANIYA


WANITA KHAS UNTUK QARIN - AIMY HANIYA

HARGA BUKU : RM 30.00

WHATSAPP : 0177342366

Awkward. Aku pun tak tahu kenapa aku rasa janggal sangat nak berdepan dengan Hanis. Sebab apa yang pernah berlaku antara aku dengan dia ke? Atau sebab dia pernah confess pada aku? Takkanlah. Kalau itu sebabnya, bukan sepatutnya Hanis yang berasa janggal? Kenapa aku tengok dia okey aje bergelak ketawa? Kenapa aku pula yang rasa serba tak kena ni?
Duda. Sebab tak terima lamaran Hanis dulu dan kahwin dengan orang lain, sekarang ni gelaran terhormat itu yang aku sandang selepas bercerai dengan Suraya. Malu juga aku tapi aku tak menyesal sebab aku dikurniakan Qaseh, puteri comel buah hatiku. Hidup aku sama seperti orang lain sehinggalah secara kebetulan aku bertemu dengan seorang polis ‘kerek’ sewaktu aku sedang mencari kawan lama aku.
“Radio kereta ni boleh guna tak?” -QARIN
“Nak buat apa guna radio?” -SOFEA
“Laaa... Bosan. Senyap sunyi. Tak tahulah kalau kau...” -QARIN
“It’s fine. Dah banyak saya jumpa orang yang kurang adab ni. Biasalah tu. Tak apa, teruskan.” -SOFEA
Dia selalu buat aku bengang dan kerana dia, tak pasal-pasal aku terlibat sama dalam menyelesaikan misi mencari mangsa lemas. Dan dalam tak sedar juga, lepas satu kes, satu kes lain pula aku terlibat. Semuanya dengan dia. Dan tak sangka, dia boleh hantar mesej begini kepada aku.
Kita dating tengah hari nanti.
Kalau dah macam tu, aku rasa perlu untuk aku jalankan misi mencari ‘Wanita Khas Untuk Qarin’ untuk kebaikan Qaseh, anak aku. Hehehe…

DIA HELENA ISABELLA - AZIMAH LILY


DIA HELENA ISABELLA - AZIMAH LILY

HARGA BUKU : RM 24.00

WHATSAPP : 0177342366

HELENA ISABELLA gadis kacukan Melayu Sepanyol yang membesar di luar negara. Selepas tamat pelajaran, Helena mengambil keputusan bekerja di Malaysia. Atas faktor kerja, Helena menyewa di rumah sewa Tok Wan Daud dan Mak Tok Aishah sehingga projek syarikatnya di utara semenanjung tamat. Mulanya Helena kekok tetapi Helena belajar sesuaikan diri dengan suasana kampung yang begitu asing baginya.
Kehadiran tetamu di rumah Tok Wan Daud dan Mak Tok Aishah tidak disenangi oleh Helena. Lebih-lebih lagi tetamu itu buatkan Helena mengimbau kembali peristiwa hitam 17 tahun yang lalu yang menimpa dirinya.
“You again! I remember you. Airport? KLIA Airport, remember?” – AHMAD FALIQ
“Salah orang kut.” – HELENA ISABELLA
Helena berpura-pura tak mengenali Faliq. Dalam diam, gelagat Faliq sepanjang tinggal di situ diperhatikan. Helena mula syak yang Faliq ada niat tak baik pada Tok Wan Daud dan Mak Tok Aishah malah Helena bimbang jika Tok Wan Daud dan Mak Tok Aishah menerima nasib yang sama seperti dirinya.
“Kau dengar sini baik-baik, aku akan sentiasa perhatikan kau.” – HELENA ISABELLA
“Kalau macam ni selalu, macam mana aku nak laksanakan plan aku?” – AHMAD FALIQ
Sikap dingin Helena terhadapnya menyebabkan Faliq sendiri tertanya-tanya. Hanya Helena seorang saja yang tidak mengalu-alukan kedatangannya. Di mata Helena, apa saja yang Faliq buat ada saja benda yang tak kena.
Apakah sebenarnya tujuan Faliq datang ke rumah Tok Wan Daud dan Mak Tok Aishah? Mampukah Helena bongkar rahsia Faliq? Dan apa sebenarnya terjadi antara Faliq dan Helena tujuh belas tahun yang lalu?

JANGAN BUNUH HATIKU - NURUL SHUADA


JANGAN BUNUH HATIKU - NURUL SHUADA

HARGA BUKU : RM 27.00

WHATSAPP : 0177342366

“Eh, perempuan ni muncul dari planet mana ya? Kawan kau ke, Sara? Kalau perempuan ni kawan kau, aku nasihatkan lain kali kau pilihlah kawan yang elok-elok. Cari yang waras sikit, ya?” – AKID ARYAN

“Awak tak puas hati dengan saya ke? Kalau tak puas hati, cakap! Sesedap rasa saja cakap saya ni gila, ya? I’ll sue you. Just wait and see.” -PUTERI IMANINA

Pertemuan pertama yang terus membengkakkan hati Puteri Imanina terhadap Akid Aryan. Sudahlah ditolong dari kecelakaan yang hampir meragut nyawanya, ucapan terima kasih pun entah ke mana tetapi begini balasan penghargaan yang dia dapat? Melampau. Okey, mulai hari ini Akid Aryan diisytihar sebagai musuh!
Sakit hati Imanina dengan peristiwa itu dan tanpa berfikir panjang, dia membulatkan kata dan hati bahawa dia tidak akan menjejakkan lagi kakinya ke kampung itu. Muktamad!
“Inilah kali pertama dan terakhir tapak kaki aku jejak kampung ni.” -PUTERI IMANINA
Namun, tiba-tiba tuntutan kerja menghantarnya kembali ke kampung Akid. Mahu tak mahu, Imanina terpaksa berhadapan dengan Akid lagi. Lelaki yang tidak tahu menghargai jasanya dan sombong.
Dalam kesibukan kerja di kampung itu, sekali lagi Imanina menjadi saksi rancangan jahat seseorang kepada Akid dan kerana hal itu, Imanina yang menjadi mangsa keadaan sehingga sesuatu yang tidak dijangka telah menimpanya. Dari situ, Akid mula bersimpati kepada Imanina dan terasa terhutang budi.

Kesal. Itu yang Akid rasa. Simpati. Perasaan itu untuk Imanina. Dan… Ada satu rasa lain dalam hati Akid untuk Imanina yang telah menyelamatkan nyawanya buat kali kedua.

Terungkapkah rasa hati Akid itu kepada Imanina andai rasa benci Imanina terhadap Akid melebihi segalanya?
“Aku akan cuba dapatkan balik perasaan Iman terhadap aku walau dengan apa cara sekalipun.” -AKID ARYAN

PSIKO - ROSA NUR


PSIKO - ROSA NUR

HARGA BUKU : RM 23.00

WHATSAPP : 0177342366

Diculik, dikurung dan diseksa oleh si bongkok kerana ingin melihat orang-orang seksaannya menderita seperti orang yang dicintainya sebelum ini. Antara yang menanggung akibat adalah RAYYAN FIRDAUS, HANNA HANANI dan beberapa orang lagi rakan mereka.
Dan ini pula antara kata-kata dendam orang yang dicintai si bongkok...
"Kau orang berdua nak tahu tak apa yang aku letak dalam keranda tu? Aku letak lipan. Aku letak kala jengking!"
"Ala, tak payahlah nak merayu-rayu. Hati aku ni takkan cair dengan rayuan kau. Kau dan seorang lagi betina kat atas tu akan mati sebelum matahari terbit. Ada faham?"
Berselindung di sebalik satu nama yang tidak diketahui identiti sebenarnya. Dan penculikan ini terus menimbulkan tanda tanya dalam minda setiap mangsa yang terlibat.
Sementara itu, kembali ke waktu 10 tahun yang lalu... Seorang gadis obesiti sering dijadikan bahan ketawa kerana tubuh badannya. Seterusnya, berlaku pula satu peristiwa  hitam di sebatang sungai telah merubah takdir hidup si gadis obesiti!
Lucu sangatkah bentuk fizikalnya sehingga teruk  si gadis obesiti dibuli? Dan siapakah gadis obesiti ini?
"Bulat macam belon tu kau kata comel? Kalau dia himpit, mahu penyek badan kau!"-RAZMAN
"Eh, tak payahlah. Nanti tak cukup pula bihun goreng itu. Kau kan kuat makan!"-BAIZURA
"Kenapa kau orang ni asyik nak membuli dia aje, hah?"-MAIZATUL AKMA
Menghina fizikal si gadis obesiti tanpa belas, padah menanti mereka! Satu demi satu menjadi mangsa. Diseksa dengan kejam oleh si pemberi hukuman bagai menjadi satu kewajipan. Si penghukum semakin rakus menjalankan tugasnya dengan profesional. 

Siapakah individu sadis dan psiko yang memberi hukuman? Siapakah pula si bongkok? Bagaimanakah dengan nasib gadis obesiti? Siapa dalang sebenar yang terlalu psiko ini? Ada kaitankah peristiwa kejam lagi berdarah ini dengan ketiga-tiga mereka? Rasailah pergolakan perasaan yang sarat dendam, saspens dan pertelingkahan dalam Psiko tulisan Rosa Nur ini. 

SUAMIKU SI MATA BIRU - EVELYN ROSE


  HANYA TERDAPAT DI PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR  

JADILAH ORANG YANG PERTAMA MEMILIKI NYA !



SUAMIKU SI MATA BIRU - EVELYN ROSE

HARGA BUKU : RM23.00 (SM) / RM26.00 (SS)
WHATSAPP : 0177342366

Sampai bila perkahwinan ini perlu menjadi satu rahsia antara kita? “Kau tetapkanlah Ya Allah agar hati ini hanya akan mencintai seorang lelaki yang sudah Kau tetapkan untuk menjadi suamiku. Janganlah Kau biarkan aku jatuh cinta pada manusia yang salah. Amin, Ya Rabbalalamin... Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui, Ya Allah. Aku serahkan hidup dan matiku di tangan-Mu...” Lalu takdir pun terlukis indah… James Howards. Senyumannya manis, wajahnya kacak dengan anak mata biru muda. Ramah dan selalu tersenyum, bicaranya penuh ilmu.  Suziliana Irina – Gadis Melayu yang cantik dan pintar, sedang melanjutkan pelajaran di peringkat PhD di Newcastle. Orangnya tegas dan hatinya keras. Disangkakan dirinya sapiosexual tapi saat bertemu James Howards, dia jadi Zulaikha yang terkejarkan Yusuf.  I want this guy. Itu kata hati Suziliana Irina tatkala dia bertemu James Howards. Tapi mampukah mereka bersatu dengan seribu satu perbezaan di antara mereka ?  “Awak seperti salji yang putih bersih… Dan saya pula debu yang kotor kepada awak.” - James Howards “Ya Allah, aku lepaskan dia kerana-Mu…” - Irina Namun takdir pertemukan mereka lagi saat hatinya mula melupakan. Bukan sekali tetapi tiga kali. Adakah itu petanda daripada Tuhan ? Atau ujian daripada-Nya sekali lagi ?  “ Waktu awal perkenalan kita apa yang saya nampak pada awak hanyalah lelaki Inggeris, agnostik dan British, dan saya pula Asian, Melayu dan Muslim. Saya terlalu fokus pada perbezaan antara kita padahal kita punyai banyak sangat persamaan. Terlalu banyak keindahan yang kita kongsi bersama…” - Irina “Kita kahwin ? Kahwin rahsia. Ayah saya aje yang tahu nanti.” – Irina Dek mahu menjaga hati keluarga, mereka kahwin rahsia. Persoalannya, sampai bila perkahwinan itu perlu menjadi rahsia antara mereka ?


LELAKI KIRIMAN TUHAN - UMIE NADZIMAH



LELAKI KIRIMAN TUHAN - UMIE NADZIMAH

HARGA BUKU : RM22.00 (SM)
WHATSAPP : 0177342366

DUA jam berlalu. Naira relaks-relaks sahaja. Dia mula menumpukan perhatian pada rutin tugas hariannya. Memastikan perkhidmatan dan layanan pekerja-pekerja di Resort Abah ini berjalan dengan baik. Dia membuat pemerhatian di segenap sudut resort. Ini sahajalah harta peninggalan abahnya yang mendatangkan hasil. Dia harus pastikan resort ini terus maju. “Cik Naira! Cik Naira!” Naira dalam perjalanan menuju ke Kafe Nyaman pabila terdengar namanya dipanggil. Dia berhenti dan menoleh ke belakang. “Ada apa Sarah?” Tanyanya pada pekerja yang bertugas di bahagian receptionist pagi ini. Sarah kelihatan tercungap-cungap berlari mengejar Naira. “Guest bilik 308 tu…” Ujar Sarah. Allah… nombor bilik orang serabut tu. Matilanak aku. Gumam Naira dalam hati. “Kenapa dengan guest tu?” Wajah Naira penuh tanda tanya. “Dia mengamuk sakan!” “Apa yang dia nak?” Soal Naira , tegas . Saspen sangat dah . “Nak Cik Naira. Dengan kita orang semua dia tak nak deal. Dia jerit-jerit nak dengan Cik Naira juga.” Jawab Sarah teragak-agak. Sikit takut. Pertama dia memang takut tetamu bilik 308 tu. Bahasanya tajam bebenar. Kedua, sebab Cik Naira ni boleh tahan garangnya. Tak kena gaya dan mood Cik Naira… boleh terpelanting dia nanti kena jerit. Naira tak kata apa-apa dah pada pekerjanya. Langkah diatur laju ke kaunter resepsi. Telefon di atas meja terus dicapai dan dia tekan nombor bilik lelaki tersebut. Cepat sahaja panggilannya disambut. Tak sampai beberapa saat. Bermakna lelaki itu memang sedang menunggu.  Apa lagi hal nya ni? Barang sudah dipulangkan dengan jujurnya. Satu sen pun tak luak. Apa lagi yang dia tak puas hati? Atau dia nak buat helah , mana tahu boleh dapat lagi seribu dua ribu. Kalau dasar penyangak dan jahat tu, memang akan terus jahat, hatinya akan terus jadi hitam! “Helo… encik perlukan bantuan apa-apa ?” Sapa Naira serius , dalam satu nafas. Tak buang masa dah. Straight to the point. “Saya dah kata , tak nak cakap dengan siapa-siapa melainkan dengan perempuan yang bernama Naira tu.”  Tegas , serius dan satu nafas juga Naira dengar jawapan dari manusia semak di sebelah sana. Kemain ya berlagak. “Naira speaking!” “Hah ada pun… berjam-jam saya tunggu. Ingatkan dah nak lesap!” Tempelak Iqbal Raid sinis. “ Maksud encik? Saya tak faham!” Naira dah mula panas hati. “Awak curi barang saya!” “Jangan tuduh sebarangan tanpa bukti encik!” Naira menafikan. Seharusnya la kan.Dia memang tak buat, memang tak ambil apa-apa pun. “Siapa kata saya tak ada bukti. Ingat saya ni buta ke? Mengaku sajalah yang awak dah ambil barang saya!” “Encik jangan nak tipu saya! Kalau saya tak buat kenapa saya mesti mengaku? Saya ni bukan heroin sadis dalam drama melayu yang nak menanggung kesalahan hero yang saya tak buat!” Nada suara Naira semain meninggi. Selari dengan tahap kemarahannya yang semakin meningkat. Jeda seketika. Reaksi Naira tidak disambut pantas oleh Si Semak di atas sana. Agaknya dia tengah menghadam kata-kata yang dilontar Naira. Habis heroin drama melayu diheret masuk sekali dalam pertengkaran ini. “Hurm … heroin drama melayu memang klise…. tambah-tambah yang waktu maghrib tu...saya pun fed up . Tapi awak lain, selamba ambil barang orang yang tak kenal...” “Heh…saya tak ambil lah . Tak hingin saya ambil duit tak halal!” Tengking Naira kuat. Pucat muka Sarah dan seorang lagi rakannya yang berada di hadapan bos mereka. Kecut beb…  Naira lupa sudah polisi hotel yang selalu dia tekankan pada pekerjanya. Pelanggan hotel tu raja, jadi kena layan dengan baik, lemah lembut dan sopan-santun. Kali ini kesabaran Naira benar-benar tercabar, hingga dia sendiri break the rules. Pantang sungguh bila orang menuduh dia menjadi pencuri. Walaupun pada asalnya dia ada niat juga.  Lihatlah… kalau kita ada niat jahat, walaupun sekadar niat yang tak jadi buat, tetap dikurniakan pengajarannya. Maka inilah pengajaran untuk dia kali ini. Lain kali jangan cuba-cuba untuk berniat serong atau jahat. “Awak ambil barang saya!” “Saya tak ambil!” “Awak ambil!” “Heh… pergi meninggal lah kalau tak percaya!” Pap!  Naira hempas gagang telefon ke tempatnya. “Tak faham bahasa punya manusia, sesuka hati nak menuduh orang macam-macam…” Rungut Naira sendirian. Dia menghayun langkah pergi dari situ. Sarah dan rakan sekerjanya, Tina saling berpandangan dan masing-masing mengangkat bahu. “Baru kena buku dengan ruas…”Bisik Sarah. “Tulaah… cengei sangat dengan kita. Sekali Tuhan balas la dekat dia.” Bisik Tina balik. “Kannn …” Kedua-duanya gelak-gelak . Hilang sudah kecut perut sebab bos dah pergi dari situ. Malangnya , sekejap cuma kegembiraan mereka, sebab selepas itu berdering-dering telefon dari lelaki yang sama. Dia nak juga bercakap dengan Cik Naira . Tidak ada toleransi dah. “Awak pergi cari bos awak sekarang sekarang! Saya tak nak cakap dengan awak, suara tak sedap! Kejap lagi saya call balik! Jika tak ada dia saya turun mengamuk di bawah . Awak nak ke?”  Ugut lelaki itu pada Sarah. Gagang telefon diletak sebelum Sarah beri alasan apa-apa. Cemberut muka Sarah. Hilang sudah gelak ketawanya sebentar tadi. “Wei… dia nak cakap dengan Cik Nam tu jugak-jugak… macam mana ni Tina?” “Hang pergilah cari bos lagi!” Suruh Tina. “Apa pula aku… kaulah pulak. Tadi aku dah pi panggil bos dah!” “Aku?” Mata Tina sudah terbelalak. “Aku tak berapa berani sangat. Hang lagi lama kerja sini… aku baru lagi…Ketaq aku!”  Telefon berbunyi lagi. Sarah angkat. “Ada? Saya bagi beberapa minit lagi….jika tak ada ada jugak bos awak, saya turun pakai spender menari tiger kat depan kaunter . Saya tak malu… tapi saya tau awaklah yang akan malu!” Pap! Gagang diletak.  Sarah garu-garu kepalanya. “Gila la orang ni... Ada ke dia nak turun sini pakai spender aje… takut aku weh!” “Isk… jom la kita cari bos! Tak lalu aku tengok orang jantan pakai seluar seluaq kecik berlegar kat sini. Tersemboi semacam had depan tu. Kalau Mat Saleh …orang putih takpa la, putih… ni had yang macam belakang kuali nak tayang! Geli aku! ” Tina buat badan gaya geli geleman. “Tulah… aku pun tak lalu nak tengok wayang macam tu . Tapi nak cari mampus pergi berdua? Kaunter ni mana boleh tinggal! Bukan tak tau Cik Nam yang cengei tu, kalau dia nampak sini tak berorang , mengamuk sakan la dia… ” Balas Sarah. “Hmm….” Dua-dua gadis menoleh. Ck Naira sudah tercegat di hadapan mereka. “Riuh mensyuarat? Dah tak ada kerja nak buat?” Tegur Naira ,masam. “Ad…ada Cik Naira. Guest tu asyik ugut kami kalau Cik Naira tak call dia balik, dia nak buat tiger show depan ni. Bogel… eh bukan , pakai tutup kain macam tarzan tu ajer … !” Adu Sarah takut-takut, tapi boleh lagi nokok nambah cerita.  Naira merengus dengar. Geram. Gagang telefon lalu dicapai semula. “Helo… awak nak apa sebenarnya?” Tanya dia lantang setelah gagang sebelah sana diangkat. “Boleh awak naik bilik saya sekarang? Kita bincang!” “Awak jamin tak apa-apakan saya?” Tanya Naira tegas. “ Kalau awak tak datang… saya akan apa-apakan awak. Kalau datang… awak akan selamat!” Lelaki tu kasi kata dua. “Huh… saya naik! ” Naira membuat keputusan. “Good. Saya tunggu!” “Cepatlah awak meninggal… Menyusahkan sungguh!” “Tak boleh meninggal selagi tak jumpa awak, settlekan hutang. Lepas tu boleh la saya pejamkan mata dengan aman!” “Huh!” Naira merengus. “Now! Naik sekarang! Kalau tak saya tiger show di bawah, dengan spender merah ang ang.” “Like I care?” “You have to …. Sebab pasangan dance saya tentunya awak!” “Awak jangan macam-macam! Saya buat police report !” “Saya tak kesah masuk lokap… yang penting saya dah tiger dance dengan awak…. Now!” “Gila!” “Now!” Lelaki semak memutuskan talian terlebih dahulu. Naira mengeluh. Dia pandang pada Sarah yang pemerhati sejak tadi. “Kasi saya gunting dalam laci tu Sarah.” Sarah akur. “Err… Cik Naira nak naik ke?” Teragak-agak Sarah tanya. “Iyalah. Selagi saya tak selesaikan dengan dia… selagi itulah dia melarat-larat merapu.” Balas Naira sambil masukkan gunting sederhana besar ke dalam kocek jaket luarnya. “Cik Naira tak takut ke? Saya temankan?” “Tak apalah Sarah. Biar saya selesaikan sendiri. Awak buatlah kerja awak di bawah ni. Lagipun saya tak nak libatkan awak dengan orang yang merbahaya. Kasihan emak bapak awak kalau jadi apa-apa.” “Tapi Cik Naira yang dalam bahaya, takkan saya nak biarkan…” “Tak apa Sarah…saya dah biasa jumpa orang macam ni…” Sebaik saja berhenti cakap ,Naira terus hentak-hentak kakinya menuju tangga. Terkebil-kebil Sarah dan Tina . “Beraninya Cik Naira tu ya…” Komen Tina.  Sarah sekadar mengangguk perlahan. Bimbang juga dia. Segarang-garang Cik Naira, dalam hatinya penuh kasih sayang pada setiap kaki tangannya. Secara zahirnya ,ramai pekerja suka mengumpat Cik Naira, namun Sarah tahu hampir kesemuanya mengharap rezeki hidup di resort Cik Naira. Dan tanpa Cik Naira yang tegas dan garang itu…tak mungkin tempat ini akan maju. Garang Cik Naira , bukan sebarang garang, garang bersebab!



LELAKI LINGKUNGAN CINTA - LILY HASLINA NASIR




LELAKI LINGKUNGAN CINTA - LILY HASLINA NASIR

HARGA BUKU : RM26.00 (SM)

WHATSAPP : 0177342366

Antara redup wajah itu, aku menumpang cinta. Antara kekar tangan ini, engkau aku pimpin. Nakal. Itu perkataan yang paling sinonim dengan Adib. Semenjak di kolej sehingga ke universiti, Adib sangat terkenal. Bukan terkenal kerana kecemerlangannya tapi terkenal kerana kenakalannya. Semua pernah Adib lakukan termasuklah membuat ‘dajal’ kepada Esya. Bagi Esya, Adib adalah musuh nombor satunya. Kerana Adib dia didenda. Kerana Adib habis pakaiannya rosak. Kerana Adib dia terkenal di kolej.  Saya mungkin tak romantik, saya mungkin tak kacak, tak kaya... Tapi percayalah, hati saya melimpah kasih untuk Esya. - Adib Mahligai cinta terbina ketika masing-masing masih bergelar pelajar. Esya pada awalnya tidak begitu yakin dengan Adib yang sangat nakal itu. Sikap Adib yang berlainan ketika bersama dia akhirnya menambat hati Esya. Bahagia yang dibina menerbitkan hasad dalam diri Zamri. Zamri berusaha memisahkan pasangan muda itu. Alasannya? Hanya dia yang tahu. Adib! Kau jangan jadi bodoh sangatlah. Si Esya tu memang terhegeh-hegeh ikut aku. – Zamri “Orang tak datang beli kalau Esya tak menjual! Memang dasar keturunan menjalang memang macam ni agaknya!” – Adib “Sampai hati Adib tuduh Esya macam tu. Esya benci Adib!” – Esya. Retak menanti belah. Rumah tangga Esya dan Adib bergolak kerana mulut Zamri sehingga Adib mengungkit tentang asal usul isterinya. Itu yang Zamri mahukan! Galau hati Esya. Dia nekad dengan keputusan untuk menjauhi Adib. Kerana pulut santan binasa, kerana mulut santan binasa. Adib nanar sendirian tanpa Esya di sisi. Ujian datang bertimpa-timpa. Esya tetap dengan rajuknya. Akan tersingkapkah kebenaran yang mampu menyatukan mereka kembali? Atau hubungan Adib dan Esya berakhir hanya kerana status hidup seorang Esya?



HANYA ITU PINTAKU - FARISYA NATASHA




HANYA ITU PINTAKU - FARISYA NATASHA

HARGA BUKU : RM21.00 (SM) 

WHATSAPP : 0177342366

Novel terbaru dari penulis Shhh i love you, novel yang diadaptasi ke drama yang sedang disiarkan di TV3. BLURB Pandanglah aku walau hanya sesaat. Tiga tahun dia menunggu. Tiga tahun dia merindu. Saat melihat lelaki itu bersama perempuan lain, rupa-rupanya ini yang dia terima setelah kesetiaannya dipertaruhkan selama ini. Dia terlalu percaya. Dia yang terlalu setia, namun semuanya musnah dalam sekelip mata. “Dia tak ingat apa-apa yang melibatkan kau. Dia dah lupa janji-janji yang dia dah berikan pada kau dulu.” - Benjamin “Apa, kepala dia dah terhantuk ke sampai dia lupa apa yang dia dah janjikan dulu?” - Aulia “Exactly! He lost his memory for an entire ten years before the accident. Sebelum dia jatuh dari Lion Rock. Unfortunately, that includes you. There’s no you in his memory. You do not exist anymore.” - Benjamin Aulia pasrah. Bukan dia tidak berusaha untuk memulihkan ingatan Eiman kembali, tetapi Eiman yang menolak. Aulia harus akur bahawa jodohnya tidak bersama dengan Eiman tetapi sebaliknya dengan abang kepada Eiman, iaitu Benjamin.  “Kau dah bersedia nak lupakan Eiman?” - Benjamin “Saya dah tak ada dalam hidup dia, jadi dah tiba masanya untuk saya lupakan dia.” - Aulia “Aku takkan paksa kau untuk cintakan aku sebagaimana aku cintakan kau... Tapi kalau hati kau masih nakkan Eiman, let me know. Jangan bagi aku harapan palsu.” - Benjamin Meskipun perhubungan Aulia dengan Benjamin agak singkat, cinta yang disulam bersama Benjamin akhirnya terpatri dengan ikatan pertunangan. Sungguh, Aulia tersangat bahagia apabila bersama Benjamin. Namun, segalanya tidak mudah yang disangka apabila Eiman kembali menagih cinta daripada Aulia dan telah mula mengingati siapa Aulia dalam hidupnya dulu.  “Lia... I dah mula ingat sikit-sikit kenangan kita berdua, Lia. Bila I ingat kenangan kita, tiba-tiba perasaan tu ada untuk you. I akan tunaikan janji I pada you dulu, Lia. I promise you.” - Eiman Bagi Benjamin, walaupun hanya Aulia cinta hatinya, namun dia harus mengundurkan dari untuk memberi peluang kepada adiknya, Eiman. Kisah cinta mereka terlalu konflik. Siapakah yang akan menjadi pilihan Aulia? Benjamin, tunangannya atau Eiman, cinta hatinya empat tahun dulu?

BAHAGIA YANG TERTANGGUH - RISSA AHDIYA


BAHAGIA YANG TERTANGGUH - RISSA AHDIYA

HARGA BUKU : RM24.00


WHATSAPP : 0177342366


🎉🎉NOVEL KELUARAN BULAN JUNE.

Sempena PBAKL tahun ini, secara Eksklusif  kami bawakan karya terbaru daripada novelis Best Seller, Dia Pilih Aku iaitu Rissa Ahdiya. Jangan lupa untuk menjadi antara pemilik terawal yang memiliki karya terbaru beliau yang bertajuk BAHAGIA YANG TERTANGGUH !🎉🎉

*******************************************

Ramai wanita yang selagi boleh, akan mengelak untuk bercinta atau terikat dengan lelaki yang tergolong dalam kategori ‘anak emak’. Tetapi kalau kategori ‘adik kakak’ bagaimana pula?
Selama lapan tahun, NURIN HANA menjeruk rasa. Begitu teruk dia dibuli ipar-duai malah tidak pernah sekali pun dia diberi peluang beraya di kampung sendiri.

“Kakak mesti tak percaya kan kalau saya beritahu yang Zakwan pernah minta saya bayar sewa rumah ni pada dia? Saya pun tak tahulah fahaman apa yang keluarga akak pegang.”

Semua itu tidak mematahkan cintanya terhadap si suami hinggalah pada suatu hari, nama Kak Tipah Kerani muncul pada skrin telefon bimbit suaminya. Terhiris hati Hana apabila mengetahui kebenarannya. Kak Tipah Kerani itu sebenarnya seorang janda jelita bernama Azrin Sofea!

“Curang tu hak saya. Awak tak berhak nak bertanya atau bersuara apa-apa. Dah kira beruntung saya tak tinggalkan awak ni tau. Bersyukurlah.”

“Kalau orang dah tak nak tu, ada eloknya kalau you faham-faham sendiri ya. Jangan memalukan diri you.” – Azrin Sofea

Talak akhirnya menjadi ‘hadiah’ bagi segala ketaatan dan kesetiaan Hana. Pengkhianatan Zakwan bagai vonis kematian buatnya. Seluruh hati bagai dicarik dan dicencang lumat, terlalu parah dilukai Zakwan. Lalu, Hana bangkit. Cuba dijahitnya kelukaan itu dengan reda yang ikhlas. Hanya permata hati menjadi kekuatannya.

ZAKWAN. Tanpa Hana, terasa lompong dan serba tidak kena hidupnya. Senyuman manja Azrin serasa tidak membawa erti. Hati diserbu penyesalan yang tidak kunjung padam. Betapa Hana selama ini banyak berkorban.

“Kita masih ada peluang untuk memperbaikinya. Kita kahwin semula ya. Kalau pun Hana tak fikirkan tentang abang, kita fikirkan demi kebaikan Raiqal. Kasihan dia jadi mangsa akibat perceraian kita.” - Zakwan

MUA MOST WANTED - AIFA BATRISYA




MUA MOST WANTED - AIFA BATRISYA

HARGA BUKU : RM23.00

WHATSAPP : 0177342366

Mencari Novel TErkini ?

Di sini kami belanja cover dan blurb untuk novel Terkini keluaran Mei. 
Untuk anda yang mengikuti karya-karya hebat daripada penulis Aifa Batrisya, 
jangan lupa untuk menjadi antara pemilik terawal yang memiliki MUA Most Wanted 💄 💅

*********************************************************

Pernah tak anda mengalami situasi begini?

1) Sudah makan di kedai tapi bila nak bayar baru sedar yang dompet tertinggal?
2) Cuba call rakan serumah untuk minta pertolongan tapi kredit telefon dah tamat tempoh?
3) Rakan serumah kebetulannya call tapi belum sempat minta tolong, bateri telefon habis?
4) Ada orang tolong bayarkan tapi bagi resit untuk diclaim semula?

Perkenalan Lara Amani dengan Faheem, seorang MUA (Make-up artist) yang berkira dari segi wang ringgit dan masa, dimulai dengan sekeping resit bayaran serta tandatangan kecil Lara pada buku planner milik Faheem sebagai tanda yang dia berhutang.

Tidak habis di situ, biarpun Lara ‘cuba-cuba’ lari dari membayar hutangnya, mereka seakan sentiasa berjodoh bilamana hal kerja seringkali menyatukan mereka dan tanpa disangka, Faheem adalah MUA yang diupah khas untuk majlis pertunangan Lara.

“Faheem, saya rasa saya suka awak.” - LARA
Faheem komited pada kerja demi ibu dan adik-beradiknya. Customer is always customer dan jatuh hati pada customer sendiri adalah perkara paling dilarang dalam konsep kerjanya. Tapi kehendak seorang Lara Amani yang kuat kemahuan dan cekal hati tak dapat digoyahkan dengan tolakan demi tolakan yang Faheem cuba lakukan.

“Maaf. Saya masih berpegang pada kontrak saya. Saya cuma MUA yang akan mengandam awak pada hari nikah awak nanti. Saya bukan pengantinnya.” - FAHEEM
Yang Lara kejar, tak pernah sudi menerimanya. Tunang dan adik kepada tunangnya pula melayan Lara bagaikan sebiji bola, ‘ditendang’ sesuka hati mereka.

“Sejujurnya, saya tak berminat nak kahwin dengan awak. Please do something so that this plan will be cancel or else, you’ll suffer. Saya akan kahwin dengan awak dan dalam masa yang sama akan madukan awak, sebab saya dah ada pilihan sendiri.” - RAID

“Saya sukakan awak, Lara. Saya akan layan awak dan jaga awak sebaiknya. Saya bukan macam Raid dan awak tak perlu risau. Ummi pun restu hubungan kita.” - FAIQ

Raid dengan Faiq buat Lara pening namun demi kejayaan papanya, Lara turutkan segalanya dalam terpaksa. Tambah bengang bila Faheem yang turut ada hati padanya hanya berdiam diri atas alasan komitmen kerja dan dasar kepercayaan persahabatannya dengan Faiq.

Berjayakah akhirnya Lara Amani menangkap hati Si MUA pujaan hati yang rahsia hatinya sukar untuk diteka? Antara niat untuk kekal dengan perniagaan demi keluarganya dan kepercayaan seorang sahabat, sanggupkah Faheem beralah dengan mengorbankan kehendak hati sendiri? 💄 💅




AKU SHARK - MYRA AMEER



AKU SHARK - MYRA AMEER @ AMEERA AMEER)

HARGA BUKU : RM28.00


WHATSAPP : 0177342366


Anda peminat penulis Ameera Ameer ?

Disini kami belanja cover dan blurb untuk novel keluaran Mei. 
Untuk anda yang mengikuti karya-karya hebat daripada penulis Myra Ameer ( Ameera Ameer ), jangan lupa untuk menjadi antara pemilik terawal yang memiliki Aku Shark...Dan Akulah Lelaki Itu di PBAKL nanti!! 📷📷
.
**************
Dia bukan anak raja, bukan juga CEO syarikat ternama atau pelajar lulusan dari luar negara, tetapi dia hanyalah insan biasa yang punya kisah hidup yang penuh duka dan tidak sempurna.

Dialah Shark... Lelaki yang punya pesona dan digilai ramai gadis popular dan ternama. Biar dipikat dan digoda tetapi hatinya tetap dijaga hanya untuk dimiliki oleh seorang gadis bernama Jeslina yang digelarnya bunga.

Bagi Jeslina, nama Shark atau digelar si pembuli itu memang sedari awal lagi sudah dipangkah-pangkah dari senarai calon teman lelaki pilihan. Dibuli tanpa henti ketika di sekolah menengah dahulu membuat dia sangat membenci biar lelaki itu gigih mengambil hati. Lebih-lebih lagi ketika itu dirinya bakal dimiliki oleh sahabat baik lelaki itu sendiri.

“Dengar sini Shark, antara kita tak mungkin akan ada apa-apa ikatan sebab aku akan berkahwin dengan Redza. Faham? - Jeslina

“Kuasa Tuhan tak siapa yang tahu, Jes. Orang yang dah berkahwin pun boleh bercerai, inikan pula baru bertunang. Eh! Pembetulan…Belum bertunang pun lagi.” – Shark

Terjalinnya ikatan pertunangan antara Redza dan Jeslina membuatkan Shark panasaran. Tetapi, jika sudah namanya Shark, biar hak orang akan tetap diredah juga selagi belum disahkan dengan akad dan perkahwinan.Walaupun dimarahi, juga dinasihati, dia tetap tidak peduli lebih-lebih lagi bila hati sudah terlalu mencintai.

“Astaghfirullahalazimmm... Kamu ni dah kenapa? Lupa Jes tu tunang kawan baik kamu?” – Mak Ngah Iman

“Untuk memiliki perempuan yang kita suka bukan senang mak ngah, jadi kalau ada peluang, kawan pun boleh jadi lawan.” – Shark

Sayangnya ketika ikatan dengan Jeslina hampir dimeterai, kebenaran terbongkar. Kerana seorang gadis bernama Nadrah, kisah silam yang hitam menjadi pertaruhan disebabkan dendam. Ugutan demi ugutan yang diterima daripada Redza membuatkan hatinya goyah dan mula hilang keyakinan.

"Well... The best man win. Sayangnya kau dah kecundang!” – Redza

“Kau ingat aku akan rahsiakan perkara ini dari Jes? Aku bukan lelaki macam kau. Berani buat tapi tak berani bertanggungjawab.” – Shark

“Dan kau ingat dengan berterus terang akan memulihkan keadaan? Tak, Shark… Kau hanya akan buat mereka benci dan jijik dengan kau.” – Redza

Mampukah Shark bertahan atau melepaskan demi melindungi insan tersayang? Dan bisakah kisah silam yang selama ini menghantui hidupnya berakhir dengan bahagia atau akan membuat jiwanya lebih merana? Dan siapa pula Nadrah yang tiba-tiba muncul membawa bencana?


MISI MEMIKAT CIK HITLER - NOJIE


MISI MEMIKAT CIK HITLER - NOJIE
HARGA BUKU : RM29.00
BUKU : BARU

UNTUK ORDER : WHATSAPP 0177342366


“Sudi tak kahwin dengan saya?” - Naurah

Naurah buat kerja gila dengan melamar lelaki tidak dikenalinya hanya kerana mahu membalas balik permainan Umar terhadapnya. Cinta disangkakan ikhlas, rupanya hanyalah pertaruhan Umar dan rakan-rakannya. Sudahnya, diheret pula lelaki yang langsung tiada kaitan dalam hidupnya. Lelaki yang langsung tidak diketahui asal usulnya. Dan paling penting, lelaki tidak diketahui namanya.

“Nama bakal suami pun awak tak tahu, kan? Kalau awak tak ambil dadah, tak mabuk ketum, macam mana awak boleh buat kerja gila macam semalam?!” - Zhariff

Zhariff betul-betul marah dengan kerja gila dibuat oleh Naurah a.k.a Cik Hitler. Dia ingat kahwin ni senang? Boleh petik orang macam tu saja? Ingat lepas kahwin tu habis kat situ saja ke? Dan ia tak habis selepas ijab dan kabul tapi ia baru bermula!

Kata orang, bercinta bertahun pun belum tentu kenal hati budi pasangan, kan? Ini kan pula pasangan yang berkahwin tanpa sempat mengenali hati budi masing-masing. Huru-hara jadinya.

“Saya tak pernah lupa siapa saya pada awak. Saya suami awak. Dan awak isteri saya.” - Zhariff

“Tapi awak lupa, kita berkahwin sebab kepentingan sendiri.” - Naurah

Pada Zhariff, bila ijab dan kabul dilafazkan, Naurah sudah menjadi isterinya. Jadi, suka atau tidak Naurah itu sudah jadi tanggungjawabnya. Dia nekad, hati keras Naurah harus dilembutkan. Maka, bermulalah misi memikat Cik Hitler.

“Boleh tak awak cakap kat guard bawah tu.” - Zhariff

“Cakap apa?” - Naurah

“Cakap saya ni suami awak. Susah tau nak masuk sini. Sebab guard tu tak izinkan saya masuk.” - Zhariff

“Memanglah. Dah dia tak kenal awak.” - Naurah

“Jadi, awak cakaplah kat dia saya ni suami awak.” - Zhariff

“Nak buat apa?” - Naurah

“Senang nak lepaskan rindu pada awak.” - Zhariff

Bermacam cara sudah Zhariff lakukan untuk memikat hati si isteri a.k.a Cik Hitler termasuklah menghantar makanan untuk makan malam ke rumah isterinya, namun Cik Hitler tetap berhati batu. Mampukah Zhariff meneruskan misinya untuk memikat hati Cik Hitler sedangkan pada Naurah semua lelaki sama saja?
 



CIK SEDERHANA DAN ENCIK SEGAK - AIRISZ


CIK SEDERHANA DAN ENCIK SEGAK - AIRISZ
HARGA BUKU : RM21.00
BUKU : BARU

UNTUK ORDER : WHATSAPP 0177342366


AKU? Anak yatim piatu. Kerja biasa saja pun. Kadang-kadang aku jadi tukang kebun, kadang-kadang aku kerja kemas bilik di homestay, kadang-kadang aku kerja hantar bunga. Suka hati akulah nak kerja apa. Janji, aku gembira.

Aku jumpa seorang jejaka ni. Bajet kacaklah. Mula-mula jumpa, dia serupa terkejut tengok aku. Macam tak pernah tengok perempuan. Tak tahulah muka aku macam Angelina Jolie atau muka isteri Shrek. Tapi aku target macam isteri Shrek.

Lepas tu mulalah dia cari pasal. Paling teruk, dia tuduh aku curi kemeja dia yang taraf buat kain buruk. Siap nak saman aku sehinggakan aku buat-buat balik negeri, Sierra Leone.

Rupa-rupanya, dia nak berkenalan dengan aku saja. Hampeh betul!

“Saya tanya, siapa nama awak?”

“Rissa…”

“Nama penuhlah!”

Eh, tak puas hati pula dia.

“Saadiah Za'azie Rissa.”

“Siapa?”

Aku dah agak. Siapa pun yang tanya nama aku, mesti tanya balik semula walau aku jawab dengan jelas.

“Saadiah Za'azie Rissa.”

“Apa pasal panjang sangat nama awak? Ayah awak memang nak dera bakal menantu dia ke?”

Saat dia bawa aku bertemu keluarganya, aku dah mula risau. Boleh ke keluarga dia terima aku? Kami bukankah dari darjat yang berbeza?

Dan inilah kisah kami berdua. Aku, cik yang serba serbi sederhana dan dia, encik segak yang sentiasa kelihatan sempurna.