Search This Blog

Showing posts with label APRIL SNOW. Show all posts
Showing posts with label APRIL SNOW. Show all posts

TIKA ITU INAI MASIH MERAH - APRIL SNOW

TIKA ITU INAI MASIH MERAH - APRIL SNOW
HARGA : RM28.00
BUKU : BARU


Hannan Zahirah Lee Louver. Betapa besarnya cinta dia kepada Haniff Mirza sehingga dia sanggup berkorban segalanya. Tapi, cinta mereka menjadi racun dalam hati Tengku Kamalia, bonda Haniff. Rancangan diatur lalu tersingkirlah Hannan daripada ikatan perkahwinan dengan cara paling keji tika inai masih merah di jari.
Pertemuan semula Haniif dengan Hannan meyakinkan Haniff yang dia punyai peluang kedua untuk bersatu semula dengan Hannan. Namun kini, hidup Hannan sudah ada Izz Arman Khair. Cinta mereka makin menuju ke puncak bahagia. Mahligai perkahwinan makin nyata. Lelaki ini separuh daripada nyawanya. Tidak mungkin dia berpaling biar apa pun yang terjadi.
“Dendam itu hanya bara yang membakar dalam diam. Percayalah, Hannan. Jika you parah terluka... I sudah lama lumat dicencang rasa sakitnya. Kita sama-sama terseksa. Berilah diri kita peluang untuk sama-sama kembali membina bahagia yang suatu waktu dahulu milik kita. Milik you dan I.� - Haniff Mirza
Namun, Hannan tidak sesekali lupa apa yang pernah terjadi. Tidak sama sekali!
“Jangan mengharap titis hujan di gurun, Haniff. Jangan menunggu kerdip cahaya mentari di kala pekat malam. Hati yang mati takkan bangkit biar dipuja mentera terhebat. Jangan mengharap sesuatu yang takkan berlaku. Hati seorang Hannan Zahirah sudah lama mati buat you.� - Hannan Zahirah.
Tapi, tegakah Hannan memegang prinsip dalam hati apabila permata jiwanya mahukan dia kembali kepada Haniff? Bagaimana mungkin ditunaikan sedangkan hati, raga dan jiwanya kini milik Izz?
“Abid sayang mama dan papa. Abid nak mama dengan papa aje. Mama kahwin dengan papa. Abid nak mama buat macam tu.� - Abid Hylmi
Izz Arman Khair. Lelaki istimewa pemilik jiwa Hannan.  Pengubat lara dalam hati Hannan. Demi kasihnya yang tidak bertepi, dia rela melepaskan Hannan dan Abid demi sebuah bahagia. 
“Melepaskan you bukan pilihan dari hati I, Hannan. Demi Allah, percayalah. Membiarkan you menjadi milik yang lain adalah luka yang teramat sakit. Tak tertanggung. Setiap urat saraf bagaikan diracik halus. Memercik darah derita yang tak mampu dilafazkan oleh mana-mana aksara.�- Izz Arman Khair.
Ada ketikanya cinta harus dilepaskan kerana itu pilihan terbaik untuknya. Kadangkala cinta harus berkorban kerana cinta yang sejati selalu ingin membahagiakan orang yang dicintai. Cinta itu tak ternilai pada setiap yang bernafas. Milik siapakah akhirnya cinta seorang Hannan Zahirah? Dan adakah kali ini inai yang merah di jari Hannan menghadirkan bahagia buat kali kedua? Bahagia yang berkekalan.

DIA YANG TERPILIH - HANI FAZUHA


DIA YANG TERPILIH
KARYA 10 PENULIS HEBAT

STOK SANGAT-SANGAT TERHAD
SILA BUAT TEMPAHAN SEGERA
WHATSAPP : 0177342366

Penulis :
FARAH HUSAIN
HANI FAZUHA
APRIL SNOW
EZZA MAISARA
SYEENA HAMDAN
RIDHYA IMAN
PENA KAYU
WAWA TAUFIK
DAHLIA AMANDA
QJ


Note : Naskah ini hanya boleh didapati melalui online sahaja.

KERANA CINTA ITU ADA SAKTINYA - APRIL SNOW



Kerana Cinta Itu Ada Saktinya
Harga: RM27(Semenanjung) / RM30(Sabah & Sarawak)

Harga Jual : RM29(Semenanjung) / RM32(Sabah & Sarawak)
(Termasuk Pos)
BUKU : BARU


Magis bernama CINTA menemukan mereka berdua. Ibarat ikan di laut, asam di darat, di dalam belanga takdir bertemu juga. 
Fazwan Anuar, Si CEO penuh karisma tidak pernah menduga diri bakal melakar riwayat cinta dalam perjalanan hidup Aida Awliya; guru di taska anak angkatnya, Dian Khalisya.
Fazwan Anuar, Sejarah cintanya kecundang awal. Tanpa balah. Penuh reda.
Aida Awliya, Kisah cintanya penuh warna indah dan melankolik. Tersungkur dek ketidakjujuran bekas kekasih. Aida dihumban ke gaung duka tatkala lelaki yang dicintai separuh nyawa memilih gadis lain sebagai suri. Aida sudah tidak percaya lagi pada cinta lelaki. Tidak lagi! Kehadiran Fazwan yang penuh pesona membuka lembaran baru dalam hidup Aida.
“Aida, saya sungguh-sungguh sukakan awak. Dan saya tahu detik dalam hati saya
takkan bohong.” – Fazwan Anuar
“Mungkin mainan perasaan awak sahaja, Fazwan. Lupakan. Saya bukan yang sesuai untuk awak.” – Aida Awliya
Demi mahu sentiasa di sisi Aida, Fazwan membawa Aida sepejabat dengannya. Kesungguhan Fazwan tanpa jemu lelah menanam benih cinta dalam jiwa mengembalikan percaya Aida pada magis cinta. Aida kembali merasai ajaibnya cinta seorang lelaki. Betapa indah dunia dengan cinta daripada seorang lelaki yang tulus mencintai.
“Saya mahu sentiasa jadi jaluran pelangi buat awan yang mulus seperti awak. Agar kita sentiasa boleh bertemu tak kira waktu. Sebab saya mahu jadi rembulan yang sentiasa memayungi kejora yang berkilauan seperti awak. Agar kita tetap bersama hingga fajar menyinsing keesokan harinya. Sebab saya mahu jadi laut yang sentiasa setia menemani duyung secantik awak. Agar kita boleh berenang merentas benua bersama tanpa lelah.” - Fazwan Anuar
Sulaman bahagia yang menanti saat dipateri rasmi tergugat dengan pertemuan kembali Aida dengan bekas kekasih yang juga rakan sepejabat Fazwan dan Aida. Cinta Aida mahu diraih kembali. Cinta Aida mahu dimiliki semula.
“Jangan mimpi kau akan dapat dia, Fazwan. Dia milik aku. Aida milik Razman Zikry!” – Razman Zikry
Onar keji yang dilakukan Razman meruntuhkan segala impian indah dalam jiwa Aida. Fazwan dijauhi. Fazwan dihindari. Hilang Aida buat Fazwan tekad menjejak belahan jiwa. Bisakah sakti cinta mengembalikan semula Aida kepada Fazwan? Mampukan sakti cinta Fazwan meyakinkan Aida bahawa gapura bahagia yang mereka bina tetap setia menanti kedatangannya? Bolehkah sakti cinta yang menemukan mereka dahulu menyatukan semula Fazwan dan Aida?

13 ROS MERAH - APRIL SNOW


13 ROS MERAH - APRIL SNOW
HARGA BUKU :  RM23.00
BUKU  : BARU

Dia… yang selamba,

Dia… yang gila-gila tak terkira,

Dia… yang ikut suka kepala dia,
Samseng pun dia juga!
Tapi…dia juga yang melekat di mata,
Dia…si pipi merah belahan jiwa

Mereka berdua dipertemukan dalam suasana yang tidak terduga.

“Err..cik, cik ok? Saya minta maaf. Saya tak sengaja. Sungguh tak sengaja. Saya betul tak nampak lubang berlopak tu tadi. Minta maaf, cik." – Iq a.k.a Iqram Faysal

“Bawak kereta tu tolong pasang mata sama laa. Jangan simpan bijik mata lu dalam poket. Gua tau la kereta lu kebaboom punyer gempak tapi agak-agaklah kalau nak tayang pun. Ingat gua ni pokok krismas warna coklat aper." – D a.k.a Damia Humaira.

Itu pertemuan pertama mereka. Tak romantik langsung. Manis? Jauh sekali. Tapi siapa sangka dari insiden di lopak tepi jalan, cik pipi merah yang garang giler dengan encik mata cokolat seksi yang cool jer bertemu lagi di bawah langit Setia Heights yang damai. Itulah takdir Allah namanya. Tentu ada sebabkan? Memangpun. Seorang Pengarah Urusan syarikat permotoran terkenal. Seorang lagi pengurus farmasi. Daripada kenalan naik setingkat jadi kawan biasa dan bertukar status kawan baik. Dari kawan peneman makan ke kawan curah perasaan. D tukang dengar yang setia, Iq tukang cerita yang tengah frust giler sebab kena tipu dengan makwe! Lama-lama dari kawan baik jadi mesra. Kamceng giler. Dalam hati Iqram dah bercambah rasa suka tapi tak berani nak kata. Macammana nak mula? Nak tackle si pipi merah ni macammana? Khidmat Firdaus, si rakan akrab dipinta. Misi mengurat si pipi merah harus segera dilaksana.

"13 red roses?! Daily? Kidding haa, man? Ni kerja gila, Fir. Tau tak gila?"

Misi 13 Ros Merah nama diberi. Misi secret admirer. Hari-hari kena bagi. Memang perrgh tapi gila tak terperi. Tapi tuan pengarah urusan seronok jadi pemerhati setia lihat cik pipi merah marah diganggu 13 ros merah saban masa dan ketika. Tapi sampai bila nak jadi stalker dengan 13 Ros merah jer. Bila nak mengaku dah suka giler. Angkat tangan, surrender jer kat dia. Mengaku jer la. Senang cerita.

"Aw..awak IFF? Awak IFF?!!!"

"Yes, D. Saya lah IFF. Saya la orangnya yang hantar 13 ros merah pada awak selama ni."

Kalau sungguh cinta, mesti sanggup tempoh apa sahaja. 10 syarat yang diberi sebagai pelengkap ujian menjadi imam seorang D. 5 syarat dunia 5 syarat akhirat. Iq nak kata apa. Demi cik pipi merah sanggupkan sahaja la. 10 syarat bukan senang. Giler susah tapi nak seribu daya tak nak seribu payah. Ujian getir menanti buat Iq kerana cintanya pada cik pipi merah pujaan jiwa bukan murah maharnya. Dugaan dan cabaran bertali arus. Ustaz Harraz yang muncul bersama pakej lengkap imam yang dicari Damia bisakah menggugat keyakinan Iqram? Onar ciptaan Aisyah yang mencalar maruah seorang Iqram mampukah buat cinta Damia lebur sekelip mata? Tersimpulkah kasih dua insan yang saling ikhlas kasih dan cinta keranaNya. Jodoh itu rahsia. JanjiNya adalah pelengkap cerita. Ternoktah di tiang lohmahfuz. Dua nama bercantum. Menjadi satu.

KERANA AYA SOFYA - APRIL SNOW



KERANA AYA SOFYA - APRIL SNOW
HARGA : RM26.00
DISKAUN : RM2.00
STOK : 1

Sinopsis:-

Kerana Aya Sofya, Laila dan Wazif dipertemukan lebih lima tahun dahulu. Kerana Aya Sofya mereka berdua menjadi seteru. Namun kerana Aya Sofya juga, tanpa diduga Laila dan Wazif terikat rasa… tersimpul jiwa.

Aya Sofya, insan comel yang menjadi rebutan dua pihak. Laila tetap teguh mempertahankan haknya atas Aya Sofya yang jadi miliknya usai dilahirkan. Si kecil tu nyawanya selama ini. Takkan mungkin diserahkan sewenangnya!

Bagi Wazif si peguam syarie yang ampuh menjunjung prinsip undang-undang yang tertulis, hak tetap hak. Bagi Wazif, sahabatnya Fakhrul dan isterinya Aliyana pemilik sebenar si comel Aya Sofya. Bukan Laila!

Bagi Laila, Wazif penyebab dia kehilangan Aya Sofya buat selama-lamanya. Muncul lelaki itu dalam hidupnya merengut bahagia dia bersama Aya Sofya. Selama-lamanya!

Laila bencikan Wazif. Benci yang sesungguhnya! Namun bagi Wazif, mengenali Laila dalam erti kata yang sebenar telah membuka pintu hatinya untuk melihattulus jiwa seorang gadis yang berkorban apa sahaja demi seorang Aya Sofya yang nyata bukan darah dagingnya sendiri.
Laila buat Wazif rasa teramat berdosa. Berjumpa Laila kembali setelah lebih lima tahun mencari, gadis itu tak mungkin dilepaskan. Wazif nekad. Dia hanya mahukan Laila. Hanya nama Fahratu Laila yang tertulis di hatinya!
Akan bertautkah dua hati yang punya rasa yang berbeza? Akan terciptakah bahagia antara mereka jika rentak di jiwa tidak seirama nadanya? Dan kala cinta baru mula berputik bunganya berupayakah mereka berdepan dengan kemunculan cinta lama yang datang mengusik kenangan di jiwa... mahu merebut kembali hati yang parah tercarik luka.
“Semua insan inginkan bahagia... macam pelangi, indah dan mendamaikan mata. Tapi... tidak mungkin pelangi akan muncul tanpa ada titis-titis hujan. Begitu jugalah hidup ini. Bahagia itu ada harga yang harus dibayar.”