Search This Blog

Showing posts with label FARISHA IMANI. Show all posts
Showing posts with label FARISHA IMANI. Show all posts

LELAKI BERDOSA - FARISHA IMANI


LELAKI BERDOSA - FARISHA IMANI

ZINE (CERITA PENDEK)

HARGA : RM10.00

*BELUM TERMASUK POS

SPECIAL EDITION. TIADA DIJUAL DI KEDAI BUKU

http://www.wasap.my/+60136342359

Besar dosanya pada Nabiha. Besar lagi rasa penyesalan yang berbalut di hatinya. Kini, Shawn menanggung derta menjadi lelaki berdosa setelah apa yang dia lakukan terhadap bekas isterinya itu.

Demi menghukum dirinya, selama lima tahun itu Shawn setia menjadi pemerhati sepi kepada Nabiha. Ke mana sahaja Nabiha pergi, dia akan berada berhampiran. Demi keselamatan Nabiha juga demi rasa kasihnya pada wanita itu.

Ya. Cinta dan kasih semakin membaja dalam hati Shawn untuk Nurul Nabiha.

Namun, layakkah dia untuk terus menyimpan rasa itu sedangkan hakikatnya dialah menjadi penyebab kepada segala penderitaan yang gadis buta itu hadapi?

"Saya macam pernah dengar suara awak. Tapi siapa ya." - NABIHA

"Saya... saya pemandu teksi hari tu. Yang tumpangkan awak dekat tanah perkuburan ti." - SHAWN



RELAKAH HATI TERUS MENCINTAI? - FARISHA IMANI


RELAKAH HATI TERUS MENCINTAI? - FARISHA IMANI

HARGA BUKU : RM 28.00

WHATSAPP : 0177342366

Demi bersatu dengan kekasih hatinya Sara Alya, Shawn merangka rancangan gila untuk memerangkap gadis itu. Tapi sayangnya… yang menjadi mangsa bukannya Sara Alya tetapi Nurul Nabiha. Tiada istilah tanggungjawab andai wanita itu adalah Nabiha!
.
“Yang pak cik nak berdrama sangat ni kenapa. Tak faham ke apa yang pegawai agama tadi tu cakap. Saya tak perlu kahwin pun dengan anak saudara pak cik tu.” – SHAWN .
Takdir yang mengikat mereka tidak ternoktah di situ. Pemergian Sara secara mengejut membuatkan Shawn menanam api dendam. Nabiha perlu membayar harga atas kehilangan Sara. Satu lamaran dihulur.
.
“Perkahwinan ini akan jadi perkahwinan terindah dalam hidup awak. Percayalah, Nabiha. Saya akan jaga awak dan mencintai awak seluruh hati saya.” – SHAWN .
Saat hatinya benar-benar menyerahkan cinta dan jiwa, watak manis Shawn berubah laku.
“Apa salah saya. Apa dosa saya pada awak. Kenapa awak benci sangat dengan saya.” – NABIHA

SUAMIKU TAK ROMANTIK TAPI AUTISTIK - FARISHA IMANI

SUAMIKU TAK ROMANTIK TAPI AUTISTIK - FARISHA IMANI
HARGA BUKU : RM30.00
BUKU : BARU
STOK : ORDER


NURA ALIA seorang gadis periang yang telah jatuh cinta dengan Syed Azmi, seorang anak Datuk yang kaya dan handsome! Walaupun dia tahu Syed Azmi seorang womaniser, Nura Alia yakin bahawa lelaki itu pasti akan meninggalkan gelaran itu demi cinta mereka bersama.
Akhirnya, dari cinta ia berubah benci! Syed Azmi juga hampir-hampir meragut kesucian Nura Alia. Nura Alia menyimpan dendam kesumat pada lelaki itu.

“Aku bencikan kau, Syed Azmi! Kau memang lelaki tak guna!” -NURA ALIA
Demi menjalankan rancangan membalas dendamnya, Nura Alia akhirnya nekad untuk menjadi babysitter kepada  abang Syed Azmi yang autistik, Syed Azwan a.k.a Boboy, budak tak cukup seringgit yang sengal! Dalam terpaksa dia rela melayan setiap kerenah Boboy.

“Boboy! Boboy memang suka menyusahkan akak, kan?! Eee… geramnya aku!” -NURA ALIA
Selama tujuh tahun, BOBOY hidup di dalam dunianya sendiri. Dunia kanak-kanak autistik yang sengaja diciptakannya demi menyembunyikan sejarah silam. Sejarah silam yang membuatkan dia menyimpan rasa bersalah sehingga ke hari ini.

Namun, semuanya itu berubah apabila Nura Alia hadir dalam dunianya. Hati Boboy berdegup lagi. Dalam diam, dia menyayangi si babysitternya itu.
 “Kita minta maaf sebab selalu menyusahkan kakak. Kita sayangkan kakak!” BOBOY

Tapi, tiada siapa yang dapat menghalang suratan takdir. Nura Alia dan Boboy akhirnya bersatu dalam sebuah ikatan. Pada saat cinta semakin bersemi, muncul pelbagai halangan yang menggugat rasa cinta yang baru hadir itu. Masing-masing masih menyimpan banyak rahsia. Rahsia yang mampu mengundang rasa kecewa dan duka dalam hati mereka berdua.

 Rahsia siapakah yang bakal terbongkar dahulu? Apakah nasib ‘cinta’ yang baru bersemi dalam hati mereka itu? Adakah dari cinta sekali lagi ia akan berubah menjadi benci?
 “Maafkan abang, sayang. Selama ni abang dah tipu Lia. Abang sebenarnya bukan Boboy yang autistik. Abang masih Syed Azwan yang normal. Abang…” -SYED AZWAN