Search This Blog

SEJUTA NAFAS CINTAMU - KAY DELAILA



SEJUTA NAFAS CINTAMU - KAY DELAILA
HARGA BUKU : RM26.00



DEMI ‘perjuangannya’, Puteri Manis tekad mendekati playbuaya tersohor, Luzman. Lelaki yang langsung tidak dikenali secara peribadi. Demi ego mahu menakluki si gadis sebutan ramai, Luzman tekad mahu menjadi yang pertama menakluki Puteri Manis. Pertemuan pertama di tempat songsang… Usai segalanya, tiada pertemuan kedua lagi! Itu tekad Puteri Manis.
Saban tahun Luzman mencari Puteri Manis yang berjaya ditaklukinya. Dia jatuh cinta. Malangnya, pertemuan pertama dahulunya, gadis itu menutup separuh wajahnya hingga sukar untuk dia jejaki. Lapan tahun berlalu, Luzman tidak pernah putus asa sehinggalah dia bertemu seorang gadis berhijab. Luzman yakin itu Puteri Manisnya...
“Ohh! Maaf. Nanti, katakan pada isteri awak yang awak telah menyelamatkan seorang perempuan dari tersungkur di lantai. Tak lebih dari itu,” kata Aufa. Luzman tertawa kecil. Lucu! Pandai Puteri Manis berlakon selamba seolah-olah tidak mengenalinya.
“Jangan risau. Saya bagi tahu umi saya, yang ini ciuman bakal menantunya. Betul, kan?” soal Luzman terus-terang. Dia tak mahu berkias. Dia tak mahu ambil masa berfikir. Inilah gadis yang ditunggu-tunggunya. Cukuplah dia kesal lapan tahun lalu. Kini tanggungjawab depan mata. Nikmat bersama Aufa bertahun dahulu buatkan dia tak mampu lupakan. 
“Tak baik menipu. Tak cium bau syurga,” ucap Aufa tanpa memandang Luzman yang mula mengiring badannya, memandang tepat ke arah Aufa.
“Saya cakap perkara yang benar... Dan bau syurga di depan mata saya inilah paling kuat buat saya nak cium untuk melepaskan rindu. Saya rindu awak, Puteri. Awak Puteri Manis saya, kan?” soal Luzman cukup manis. 
Aufa terus berpaling. Wajah Aufa berubah. Air liurnya terasa berpasir. Khilaf lama sememangnya merantai diri. Terus Aufa mahu berlalu pantas.

NUR AUFA ALIA panasaran... Lelaki silam mengejarnya sedangkan dia sudah bertaubat dan berjaya dengan kerjayanya sebagai pereka kasut dikenali. Dan, apakah sebenarnya berbaloi ‘perjuangan’ lapan tahun yang lalu oleh Aufa aka Puteri Manis ini?
“Kau tak akan terlepas Puteri. You will be mine soon,” – Luzman
“Calon suami Ufa, perlu khatam al-Quran depan nenek. Dia perlu mengimamkan solat wajib tuk selama 44 hari di sini. Dia mampu mengupas dan berdiskusi tentang adab dan tanggungjawab suami dan isteri dalam Islam dan akhir sekali dia perlu ikhlas menyayangi Ufa tanpa mengharapkan balasan.” - Aufa


LOVE LETTER - MINZHEE

LOVE LETTER - MINZHEE 
HARGA BUKU : RM25.00 / RMRM28.00
HARGA JUAL : RM27.00 / RM30.00
(HARGA TERMASUK KOS PENGHANTARAN)


“Saya tak layak nak kawan dengan awak ke?”
“No... Saya yang tak layak berkawan dengan awak!”
“But why?”

Tak ada siapa yang tahu kenapa Nelissa takut untuk menerima cinta. Semenjak surat cinta itu tidak dapat disampaikan kepada empunyanya disebabkan peristiwa hitam itu, Nelissa percaya yang lelaki semuanya sama saja. Lelaki takkan memandang dirinya kerana cinta, tapi sekadar ingin mempermain-mainkan perasaannya. Baginya, dia tidak layak untuk sesiapa.

Bertemu dengan Hadif, menambahkan luka yang pernah bersarang dalam hatinya. Namun tak dapat Nelissa nafikan, ada cinta buat si dia. Adakah Hadif sudah berpunya? Jika sudah berpunya, kenapa perlu hadir dalam hidupnya? Adakah takdir juga sedang mempermain-mainkan dirinya?


Sibuk ke? I miss y...

Dek SMS yang tak sengaja dihantar kepada Hadif, Nelissa malu sendiri. Pasti Hadif fikir dia juga sukakan lelaki itu, cuma sengaja jual mahal. Oh My God… Malunya!!!!!

“Ermmm... Saya nak hantar dekat Hariz tapi tersalah send dekat Hadif pula....”
“Lis... It’s not funny at all, seriously I don’t like it!
“Fine! Mesej tu saya memang nak hantar dekat awak sebenarnya! Saya nak padam tapi tertekan Send. Puas hati?”
“Haha... I knew it! Lain kali kalau mengaku aje terus, kan senang...”

Dengar saja jawapan naif daripada Nelissa, Hadif kini sudah pasti. Sebenarnya, ada rasa yang sama dalam diri Nelissa. Tapi kenapa gadis itu enggan berterus terang malah mengelak daripadanya meskipun sedaya upaya dia cuba mendekati?

Hari ni, saya beranikan juga diri saya untuk bagi surat ini untuk awak. Saya tak nak jadi hipokrit, saya suka awak. Itu hakikat.


FAJAR DI BUKHARA - MARINI MAT ZAIN

SAKSIKAN DRAMA ADAPTASI FAJAR DI BUKHARA 
JAM 7.00 MALAM DI TV1

FAJAR DI BUKHARA - MARINI MAT ZAIN
HARGA : RM30.00 / RM33.00
HARGA JUAL : RM32.00 / RM35.00
(HARGA TERMASUK KOS PENGHANTARAN)

“Humairah, saya tak nak awak salah sangka. Maaf cakap, awak tak sepatutnya percaya kemesraan kita petanda saya sukakan awak. Awak pun tak patut sukakan saya. Saya mintak tolong jangan jatuh hati dengan saya.”

Malu. Humairah rasa malu bila tak semena-mena Fahim meminta dia sebegitu. Humairah sedar siapa dirinya, meskipun kaya dan berharta, dia tidak layak berdampingan dengan lelaki muda seperti Fahim. Seharusnya Humairah sedar akan hal itu sebelum memulakan perkenalan. Kalau tak disebabkan Husna dan Jasmine yang mendedahkan rahsia hatinya itu, pasti Fahim takkan menghina sekaligus pergi daripada hidupnya. Mungkin ini takdir Humairah buat selama-lamanya, iaitu hidup sendirian tanpa kasih sayang daripada lelaki bernama suami.

“Saya tak akan berganjak. Saya akan sentiasa berada di sini dan menghantui hidup awak.”
“Saya tidak mampu merampas hak orang.”

Fahim sedar yang dia tak boleh hidup tanpa wanita itu. Meskipun dia memilih untuk menetapi syarat yang ditetapkan oleh emaknya, namun hatinya masih berada di sana. Masih ada sesuatu yang tertinggal di Bukhara. Mengingatkan dia, bak mengingatkan detik-detik bersama ketika melihat fajar menyingsing, memetik gitar sambil menyanyi dan kafe kegemaran yang menjadi saksi pertemuan. Masih ada peluangkah untuk Fahim kembali ke sana, menyedari tentang perasaan sebenarnya?

“Citra sedih. Citra tunggu sangat saat abang cakap abang cintakan Citra. Tapi Citra tak dapat cinta abang. Padahal Citra dah lama sayangkan abang... cintakan abang.”
“Abang minta maaf dengan Citra. Kalaulah abang boleh cakap benda yang sama. Tapi abang tak mampu.”

Akhirnya Citra tahu kebenaran yang selama ini sangat takut untuk diketahuinya. Mampukah Citra melepaskan suami yang dicintainya setelah mengetahui hakikat itu? Walaupun Citra yakin ada insan lain yang bertakhta dalam hati lelaki itu, namun Citra nekad untuk mempertahankan cintanya. Biarlah apa pun keputusan lelaki itu, Citra yakin suatu hari nanti pasti hati akan terbuka setelah melihat keikhlasannya. Namun… mampukah Citra meredakan permintaan suaminya yang satu itu?

“Impian saya hanya satu aje. Saya ingin menjadi isteri dan ibu. Sabda Rasulullah, isteri mana saja yang meninggal dalam keadaan suaminya reda kepadanya nescaya dia akan masuk syurga. Bantulah saya. Lengkapi hidup saya sebagai wanita. Saya impikan menjadi ibu dan mentaati awak sebagai suami.”


AWAK, JOM CINTA SAMPAI SYURGA! - ASHANY

AWAK, JOM CINTA SAMPAI SYURGA! - ASHANY
HARGA : RM26.00 / RM29.00
HARGA JUAL : RM28.00 / RM31.00
(HARGA TERMASUK KOS PENGHANTARAN)

Rain, benarkah kita akan belajar lebih menghargai bila kita kehilangan sesuatu yang kita sayangi? Selama sebulan ini saya menangisi kehilangan dia, cinta pertama saya untuk selama-lamanya. Tolong saya... Tell me how am I supposed to live my life?

Yasmeen Hayfa, kadangkala bila kita terlalu menangisi sebuah kehilangan, hingga kita terlupa, kita masih dan sentiasa ada Dia di sisi kita. Benarkah hidup kita ini hanya ada derita bila kehilangan cinta? Benarkah kehilangan dia buat kita hilang segala-galanya? Fikir, Hayfa.

Lelaki itu cinta pertama yang sukar untuk aku lupakan. Aku hampir sahaja putus asa saat dia pergi sekali lagi. Kalau kau berada di tempat aku, apakah yang kau akan buat? Bingung bukan? Boleh sakit jiwa!

Mujurlah ada Rain, sahabat e-mel, menjadi tempat mengadu dan bercerita tentang perasaan aku kala ini. Meskipun ada Luq yang cuba memujuk dengan penuh sabar, sekaligus ingin menawan hati aku yang sedang bersedih, namun hanya Rain pendengar terbaik yang aku ada setakat ini. Siapakah kau, Rain, lelaki di sebalik skrin komputer riba?

“My proposal, particularly about our relationship. Let’s make a deal, Hayfa. Kalau dalam tempoh setahun ini kita masih bujang dan hubungan kita masih seperti ini, we meet up and try our luck on our third anniversary. Deal?”

“Deal!”

Bukan Luq tak sempurna. Dia punya kerjaya, pandai mengambil hati keluargaku dan bermulut manis. Bukan aku tak pernah mencintainya, tapi, seperti ada tembok yang menyekat mulutku untuk mengiakannya.

“Dah berapa hari menangis tu?”
“Kenapa nak tahu?”
“Nak prepare tempayan.”
“Nak buat apa?”
“Nak tadah air mata anak dara untuk pinang Puteri Gunung Ledang.”

Luq memang pandai memujuk dan membuat aku senyum tersenyum sama seperti cinta pertamaku itu. Namun persamaan itu yang membuatkan aku lebih kerap menafikan rasa hati dan menolak segala yang dilakukan oleh Luq untuk aku. Tapi, benar kata Rain, aku harus meneruskan hidup!

Akhirnya di kota suci Mekah, ketika aku menjalankan ibadah umrah, aku menemukan sesuatu yang tak pernah aku sangka. Aku bertemu dengan lelaki itu. Lelaki yang berada dekat dengan aku, tetapi tak pernah aku menyedari kewujudannya. Dan atas nasihat Luq dan Rain, akhirnya aku membuat keputusan untuk kembali mencari bahagia. Kalau lamaran itu masih terbuka untuk aku, bolehkah aku mengajaknya untuk bercinta sampai syurga?

KERANA LAMARAN ITU - XUANZA

KERANA LAMARAN ITU - XUANZA
HARGA : RM30.00 / RM33.00
HARGA JUAL : RM32.00 / RM35.00
(HARGA TERMASUK KOS PENGHANTARAN)

“Nur Amal Humaira, in front of this beautiful mosque as a witness, will you be honored to become my wife?”
“I... I don’t think I can give you the answer now. I’m sorry.”
Aku dah pilih dia. Lelaki yang berterus terang untuk menikahi aku dan meminta aku menerima apa saja kekurangannya. Dan kami nekad untuk teruskan hidup bersama malah mengharungi apa saja dugaan yang tak pernah kami duga dalam hidup berumahtangga. Tapi, mengapa setelah aku memilih dia sebagai suami, banyak perkara yang dia sorokkan daripada pengetahuan aku, si isteri?
Aku berkahwin dengan dia untuk berkongsi suka dan duka bersama. Jika masa lalunya membuatkan dia ‘sakit’ begitu, kenapa tak diluahkan saja kepada aku agar aku faham kedudukan sebenarnya? Aku boleh tunggu… kerana aku masih ingat janji kami. Iaitu aku takkan tinggalkan dia, malah takkan memilih yang lain. Kerana atas nama isteri kepadanya.
Dan tak pernah aku duga, akan bertemu semula dengan kekasih hati yang selama ini aku fikirkan takkan kembali. Argh! Kenapa dia kena muncul waktu aku sudah bergelar isteri dan mempunyai suami, padahal selama ini dah banyak yang aku korbankan untuk menunggu dia. Adakah dia muncul atas tujuan tertentu? Adakah ada nama lain dalam hatinya sehingga dia berubah menjadi seorang lelaki yang berbeza? Sungguh aku cemburu!
“My beautiful angel has come to rescue me.”
“Wow... unbelievable! I teringin nak tahu siapa perempuan yang bertuah tu.”
“She’s somewhere here...”
“What?! Where?”
“In my heart.”
Dan ketika aku bingung untuk memilih sama ada untuk terus setia kepada suamiku ataupun memilih untuk menyambung cinta yang dulu bersama lelaki itu, tiba-tiba aku terdengar sesuatu yang selama ini aku tak tahu. Siapa Kyra?
“I want you to back off. I love him. We love each other. You are just the other woman, Amal. You’ve ruined our relationship.”
Oh! Masalah menimpa-nimpa aku sebaik saja aku menerima lamaran itu!


101 DOA JAMPI MUJARAB ULAMA PONDOK: PENYEMBUH DAN PERISAI

101 DOA JAMPI MUJARAB ULAMA PONDOK:
PENYEMBUH DAN PERISAI
HARGA : RM32.00
BUKU : BARU

Buku 101 Doa Jampi Mujarab Ulama Pondok: Penyembuh & Perisai mengajak pembaca untuk membaca amalan dan khasiat daripada ayat-ayat tertentu dalam al-Quran yang telah teruji keberkesanannya oleh orang soleh pada zaman dahulu dan sangat bermanfaat untuk Mukmin pada masa sekarang.

Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck - Hamka

Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck - Hamka
HARGA : RM24 (BARU)
TERMASUK POS : RM30(SEM)/RM34(S/S)
BUKU : BARU


Cerita ini berkisar tentang semangat juang Zainuddin, bagaimana merana dan melaratnya hidup Zainuddin setelah cintanya ditolak oleh keluarga Hayati. Kemudian beliau bangun semula dari segala kedukaan, membuka lembaran baru dalam hidupnya menjadi seorang penulis yang ternama dan berjaya. Ia menceritakan tentang kesetiaan, cinta dan kasihnya Zainuddin terhadap Hayati. Meski Hayati sudah berkahwin tetapi sebaik mendapat tahu tentang kesusahan yang dihadapi Hayati, lantaran suaminya yang suka berpoya-poya serta tidak bertanggung-jawab, Zainuddin terus membantu tanpa ada dendam dan benci. Sesungguhnya cinta yang suci itu akan terus mekar di dalam hati hingga ke hujung nyawa begitulah jua cinta antara Zainuddin dan Hayati.
Sumber: Laman web KKUM

DIA YANG TERPILIH - HANI FAZUHA


DIA YANG TERPILIH
KARYA 10 PENULIS HEBAT

STOK SANGAT-SANGAT TERHAD
SILA BUAT TEMPAHAN SEGERA
WHATSAPP : 0177342366

Penulis :
FARAH HUSAIN
HANI FAZUHA
APRIL SNOW
EZZA MAISARA
SYEENA HAMDAN
RIDHYA IMAN
PENA KAYU
WAWA TAUFIK
DAHLIA AMANDA
QJ


Note : Naskah ini hanya boleh didapati melalui online sahaja.

SELIMUT MALAM - HANI FAZUHA

SELIMUT MALAM - HANI FAZUHA

LIMITED EDITION
TIADA CETAKAN SEMULA

YANG BETUL2 SERIOUS NAK BELI
WHATSAPP : 0177342366

SINOPSIS 

Kerana suka, Dania buat kerja gila. Kerana suka dia terima lamaran Haidar. Walhal dia tahu, lamaran itu hanya untuk menghalalkn yg haram, bukan untuk sebuah kasih sayang. Tapi, ada yg Haidar tidak tahu kenapa dia snaggup lakukan begitu. 'Semua orang tak boleh tahu apa yg berlaku. Anggap saja antara kita tak pernah jadi apa-apa.' Dania tunduk, sembunyikan wajah. Mahu berkata-kata tapi tiada suara. 'I tahu you tak pernah sayang I. Tapi..' likurnya terasa sangkut di kerongkong sendiri. 'Cara you 'buang' I ni, buat I rasa terhina'. 'I tahu you kuat.' 'Suara Haidar bagai memujuk. Tangan naik menyentuh pipi isteri. Dania senyum dalam tangis. Kalau apa yang dia beri selama ini belum cukup untuk mengikat hati Haidar, dia akur. Siapalah dia untuk berdiri di sebelah Haidar yg hebat. Haidar yg punya segalnya kecuali cinta dan kasih sayang. 'Maksudnya, you dah puas dengan I?'. Suara Dania hamir tidak terkeluar. haidar berpaling. Sebut tentang puas. Jika bersama Dania dia tak pernah tahu erti puas. Tapi, ada sesuatu yg mengharuskan dia 'melepaskan' Dania dari genggaman. Akan wujudkah sebuah rasa yg bernama cinta di antara hati mereka? Jika tidak, mungkinkah akan ada org ketiga?



TIGA WAJAH - LAMIA AIMAL

TIGA WAJAH - LAMIA AIMAL
HARGA JUAL : RM30.00
(TERMASUK POS SEMENANJUNG)

AIRANI - ABD TALIB HASSAN

AIRANI - ABD TALIB HASSAN
HARGA JUAL : RM30.00 
(TERMASUK POS SEMENANJUNG)

***BUKU LAMA - 'RARE'