Search This Blog

Showing posts with label SERA ELYA. Show all posts
Showing posts with label SERA ELYA. Show all posts

SWEET VENDETTA - SERA ELYA

 SWEET VENDETTA - SERA ELYA
HARGA : RM26.00
BUKU : BARU

Sebuah persahabatan....

"Hi...Abby Qistina." Gadis bertocang dua macam Usagi Sailormoon tu hulur tangan kat pelajar yang  nampak macam Ichigo Kurosaki.

"Qisya Qistina." Muka Qisya nampak terkejut sambil sambut tangan Abby. Bun head? What the heck!

Satu dendam....

“Kahwin tu macam seronok. I nak cuba...best  ke tak. Kalau tak best, kita cerai, okey?” ~ Raess Haider

“You ni gila, tau tak? Harap muka aje hensem. Tapi psiko.” ~ Qisya Qistina

Takdir mereka....

 “Abang jangan buat lawak la...Arranged marriage won’t happen to me!” ~ Lorna Humayra

“Awak kata awak ni thrill seeker. Abang rasa tak ada yang lebih thrill  lagi melainkan kahwin tanpa cinta atau tanpa kenal bakal orang  yang dikahwini. Pasti thrill.” ~ Redza Adzhar Azlan

Cinta yang saling bertautan....

 “We can fix each other...Rumah tangga ni macam dacing. Kena seimbang. I salah, you tegur. You salah, I tegur. Kita tak sempurna, Redz. Kita  saling melengkapi!” ~ Qisya Qistina

“I sendiri tak betul, Ina. Bagaimana I nak betulkan you...betulkan Humayra?”  ~ Redza Adzhar Azlan
“I dah tak nak test lagi, Qish. I nak buat betul-betul. This time around I am serious. I want to marry you...”  ~ Raess Haider

Sebuah VENDETTA menemukan takdir mereka, membuatkan hati mereka JUMP dan akhirnya bersimpul dalam satu ULTIMATUM.

NOVEL KOMPILASI HIKAYAT CINTA - SERA ELYA

KOMPILASI HIKAYAT CINTA - SERA ELYA
HARGA : RM28.00
BUKU : BARU

***NOVEL TERHAD YANG HAMPIR TIADA DI KEDAI BUKU

Dangerous Mine Kata Lanz...kita ibarat duduk dalam kotak kaca. Saling dapat melihat, tapi tak dapat menyentuh. Kalau sentuh pun, sentuh kaca tu aje. Tapi bila kaca tu pecah, kita dah terpisah. Kata Feyya...cinta dia pada Lanz hanya platonik. Dia anggap Lanz sebagai seorang kawan yang memahami. Tapi bila Lanz nak ubah platonik kepada cinta sejati, dia jadi takut dan lari. Kata Kirana, Lanz dan Feyya tak boleh bersama sebab hubungan mereka terlarang. Tapi lagi dia larang, lagi galak Feyya dan Lanz bermain bahaya.

Best Friend Ke? Ilara memuja Zuddin sebagaimana gilanya Iddin kepada Halina. Tapi bila Zuddin dan Halina disatukan, Ilara dan Iddin menyimpul hasrat memisahkan mereka. Ilara yang licik, Iddin yang berani seringkali menganiaya Zuddin dan Halina. Halina si patung Barbie bersaiz manusia akhirnya melawan balas. DNA nakal dalam dirinya digerak mengatasi Ilara. Ilara dan Iddin terperangkap. Mampukah dua sahabat baik dijinakkan oleh cinta?

Suamiku Orang Muda “Age is just a number,” kata Rashdan. “Awak tu sebaya dengan adik saya!” balas Erza. Rasa rendah diri Erza membuatkan hatinya dingin dan keras untuk menerima lamaran Rashdan. Pertama kali gagal merebut cinta, tak menjadi halangan pada Rashdan memburu cinta seorang Erza. Mampukah Erza melawan pendirian menerima seorang gengster kampung menjadi raja di hati?


NOVEL ASSISTANT TUAN MENTERI - SARA ELYA

ASSISTANT TUAN MENTERI - SARA ELYA
HARGA : RM26.00
BUKU : BARU

***BUKU TERHAD YANG HAMPIR TIADA DIKEDAI BUKU


“Saya sedang fikirkan jalan nak damaikan abang-abang kita.”~Mr. Panda
“Apa dia?”~Fina
“Kita kahwin!”~ Mr. Panda
“Awak...kita ni bercinta pun tak pernah...tiba-tiba nak kahwin? Hilang akal ke apa?”~ Fina

Fina dan Mr. Panda ‘kahwin lari’ di Surrey dengan harapan tindakan mereka akan dapat damaikan Adnan dan Rashdan yang berseteru. Bila Mr. Panda ‘kaki sejuk’ tak mampu berterus-terang, Fina merajuk bawa diri. Di Putrajaya mereka bertemu kembali apabila masing-masing jadi Assistant Tuan Menteri. Tika itu, Mr. Panda dikejar Leha. Fina pula diintai Encik Ashraf.

Kerana cemburu dan cinta, Fina dengan Mr. Panda mula main tarik tali. Bila rahsia perkahwinan mereka terbongkar, Leha naik minyak dan berusaha hancurkan rumah tangga Fina dan Mr. Panda.

Encik Ashraf pula tak bermaksud nak menangguk di air keruh, dia ikhlas mahu selamatkan Fina.
“...saya memang nak suruh awak bercerai dengan Izz. Dia bukan lelaki yang sesuai jadi suami awak. Sayalah lelaki yang paling sesuai sebagai suami awak!” ~ Encik Ashraf.

Dan Leha berjanji tak akan lepaskan Mr. Panda hingga ke hujung nyawa.
“Izz...kalau you tak datang...esok you akan jumpa mayat I...I akan tikam diri I sampai terburai isi perut!” ~ Leha.

Rashdan pula tak pernah rela keturunan Adnan jadi adik iparnya.
“Adik...ingat lagi tak pesanan abang...don’t you ever...ever...ever...fall for him!” ~ Rashdan

Berjayakah rancangan Leha mahu memisahkan Fina dan Mr. Panda? Berjayakah Encik Ashraf
selamatkan Fina? Adakah Rashdan akan terima Mr. Panda sebagai adik iparnya? Fina dan Mr. Panda pula kuatkah cinta mereka nak hadapi semua orang?