Showing posts with label WANNIE NORDIN. Show all posts
Showing posts with label WANNIE NORDIN. Show all posts

BUKAN CINTA MARVELICIOUS - WANNIE NORDIN

 EDISI PBKL
KELUARAN MEI

JADILAH YANG TERAWAL MENDAPATKANNYA!

BUKAN CINTA MARVELICIOUS - WANNIE NORDIN
HARGA : RM25.00
BUKU : BARU

Zafri Hadif - Dia bukan lelaki yang mudah untuk mencintai seseorang. Tetapi kenapa bila dengan perempuan yang satu ini, tiba-tiba terasa seperti jatuh cinta pula? Pertemuan yang tak sampai 10 minit, perbualan yang tak sampai satu muka surat dan perkenalan yang langsung tak terjadi dalam suasana yang romantik. Tetapi, hanya berbekalkan satu senyuman, hati lelakinya sudah terusik? Dengan hanya bermodalkan lesung pipit di pipi, sudah membuatkan dia menjadi angau dan hanya kerana tak sempat nak berterima kasih dia sudah menjadi lelaki yang jiwang karat? Oh my!
Chempaka Arisha - Dia bukan seperti perempuan lain yang ditakdirkan bertuah dalam soal cinta. Bukanlah sengaja dia hendak menjual mahal dan menolak begitu sahaja cinta Zafri, tetapi dia sudah tidak mampu untuk berada di alam percintaan lagi. Dunia cinta sudah berakhir untuknya. Tetapi kenapa bila berdepan dengan Zafri, perasaan jatuh cinta itu seakan-akan timbul pula? Oh please! Cinta Zafri dan Arisha hanya akan jadi sebuah cerita duka dan sengsara. Dan dia tidak sanggup menjadi punca lelaki itu menderita dan merana!
“Saya suka perempuan yang jual mahal, yang buat-buat lupa bila dah susah payah tolong pimpin saya waktu kemalangan. Dan, paling saya suka perempuan yang tak cam muka handsome macam saya ni walaupun baru sebulan lebih tolong bawa pergi hospital. I like that kind of girl...” - Zafri Hadif
Kisah cinta Zafri Hadif dan Chempaka Arisha bukanlah seindah dan semanis coklat yang terasa lazat dan mengasyikkan. Ada gembira, ada sengsara, namun pasti ada bahagianya. Mereka dua insan yang pernah jatuh cinta, bercinta, putus cinta dan sekarang... mereka akan pastikan bahawa kisah cinta yang penuh berliku dan duka lara yang ditempuhi selama ini akan bertukar menjadi cinta yang lebih marvelicious!

MY FLYING KISS GIRL - WANNIE NORDIN


MY FLYING KISS GIRL - WANNIE NORDIN
BUKU : BARU
HARGA : RM31.00

Mungkinkah ciuman terbang itu dilayangkan bersama dengan mantera atau jampi cinta, Rayyan sendiri tidak tahu. Apa yang dia tahu adalah ciuman terbang itulah yang telah merubah hidupnya serta-merta. Berubah daripada seorang yang tidak tahu menghargai perempuan, menjadi lelaki yang penuh dengan rasa cinta. Berubah daripada seorang yang tidak pernah merindui dan menyayangi seorang wanita, menjadi perindu bulan siang dan malam. 

Tetapi, adakah untuk memiliki gadis flying kiss semudah yang disangka?

Demi untuk mendapatkan gadis idaman hati, pelbagai cara dilakukan oleh Rayyan Hafizi. Dirayu, dipujuk, digoda, dipaksa dan pelbagai lagi cara lagi demi untuk memastikan empunya badan dapat dimiliki sepenuhnya. If you’re not willing to sound stupid, you do not deserve to be in love. Memang, demi cinta Rayyan sanggup melakukan apa saja demi membuktikan keikhlasan! Dan Aireen, mampukah dia bertahan untuk tidak mengalah pada rasa cinta, lebih-lebih lagi apabila sudah tinggal sebumbung dengan Romeo Malaya itu?

Ya, suka ataupun tidak, mahu ataupun tak, rela atau dipaksa, Aireen perlu menerima hakikat bahawa dia disatukan dengan Rayyan Hafizi dan kini bukan sahaja berkongsi bumbung yang sama, tetapi juga berkongsi bilik yang sama, katil, tilam dan bantal yang sama! Namun, Rayyan takkan mampu menakluki sepenuhnya kepercayaan dan kasih Aireen selagi dalam hati Aireen terselit nama Amir dan terngiang-ngiang nama Rafeeq!

Antara mereka, siapa yang tidak akan mampu melupakan sejarah silam? Kewujudan Rafeeq, kehadiran Hannah, membuatkan cinta dan kasih sayang Rayyan dan Aireen teruji untuk ke sekian kali.

My flying kiss girl, kisah cinta ini takkan terjadi tanpa hadiah ciuman terbang daripadamu! 

KAU ANTARA BINTANG - WANNIE NORDIN


KAU ANTARA BINTANG - WANNIE NORDIN
HARGA BUKU : RM21.00
BUKU : BARU

 Iskandar, macam nama yang dah biasa dengar. Tak ada apa-apa yang istimewa pun. Nothing special! Apa yang spesialnya, nama Iskandar itu maksudnya nama seorang raja kalau merujuk dalam Islam. Dan Iskandar muncul dalam hidup Anum Danisha sebagai raja di hati Anum Danisha. Tak perlu Iskandar susah-susah pasang umpan, mudah saja Anum Danisha terpikat.

Tapi masalahnya sekarang, Iskandar yang Anum Danisha gila-gilakan ini suka main nyorok-nyorok. Sekejap ada, sekejap hilang. Sekejap muncul, sekejap ghaib. Misteri sangat orangnya. Bila dicari, langsung tak jumpa. Bila tak dipanggil, tahu-tahu dah ada depan mata. Iskandar ni manusia ke hantu? Orang ke bunian? Human or vampire?

“Kalau tadi ada bintang nama Aquarius, Gemini, tapi bintang yang awak tengah tengok tu namanya Anum Danisha.”

Iskandar yang pelik. Bintang pun dia sanggup namakan dengan nama Anum Danisha. Tapi, itulah kenyataannya.

Persoalannya sekarang, apa yang berlaku antara Iskandar dan Anum Danisha, realiti atau fantasi? Siapakah sebenarnya Iskandar di mata Anum Danisha? Wujudkah Iskandar yang dimaksudkan? Bersambutkah cinta yang dirasai oleh Anum Danisha? Akan adakah bintang yang bakal menyinar antara mereka?

HINGGA KE DISEMBER - WANNIE NORDIN

HINGGA KE DISEMBER
HARGA ASAL : RM24.90
BUKU : BARU

Cinta yang biasa… Hanya itu yang menjadi impian Amilia. Bertemu, bercinta dan berkahwin. Simple! Tetapi mengapa impian yang sebegitu mudah terasa begitu sukar untuk dikecapi. Mengapa satu demi satu dugaan yang perlu dilalui semata-mata untuk mendapatkan sebuah kehidupan biasa seperti orang lain?

Dia tidak meminta Engku Fareez pergi, tetapi takdir yang telah membawa lelaki itu pergi jauh daripadanya. Dia juga tidak mendesak agar Haikal mencintainya. Lelaki itu sendiri yang datang menyerahkan sepenuh jiwa dan raga. Dan sesungguhnya, dia tidak mahu bermusuhan dengan sesiapa, tetapi mengapa tidak putus-putus Engku Hazana membencinya?

Amilia ~ K. A. H. W. I. N. Perkataan yang paling tidak sedap untuk didengari pada masa, waktu dan ketika ini. Tambah-tambah lagi bila ada orang yang cuba bergurau tentang dia yang akan berkahwin tidak lama lagi. Geramnya!

Haikal ~ I tak mintak you lupakan Fareez. He's someone we will never forget for our entire life. Cuma yang I perlukan ialah sedikit ruang dan peluang dalam hati you. Berikan ruang untuk I buktikan cinta I pada you dan peluang untuk kita sama-sama bahagia. Kalau I dapat secebis daripada hati dan tempat dalam hati you tu pun I dah puas hati...

Adakah Disember ini akan membawa kebahagiaan untuk Amilia? Atau, adakah sekali lagi kekecewaan akan datang menjelma?

DISEMBER CINTA KITA - WANNIE NORDIN

DISEMBER CINTA KITA - WANNIE NORDIN
HARGA ASAL : RM27.90 
BUKU : BARU



Amilia dan Engku Fareez Danial. Dua insan yang berbeza watak namun berkongsi rasa cinta yang sama. Namun, bagaikan ada sesuatu yang tidak kena pada Engku Fareez Danial yang sering kali menimbulkan tanda tanya di dalam diri Amilia. Sehinggalah suatu hari satu jawapan mengungkap segala rahsia. Rahsia yang memerlukan Amilia menjadi lebih tabah dan bersedia untuk menerima segala kemungkinan.

Namun, baru saja Amilia ingin memulakan tekad dan membulatkan hati, muncul pula Haikal yang sering kali mengganggu, menghulurkan cinta. Tegakah Amilia memepertahankan cintanya terhadap Engku Fareez Danial walaupun dia tahu bahawa cintanya itu tidak akan mampu mengubah apa yang akan terjadi nanti? Dan, benarkah hatinya benar-benar tidak mencintai Haiakal walaupun lelaki itu tidak ptuus-putus ingin membuktikan kesungguhannya dalam menunggu Amilia walau selama mana masa yang diperlukan?

Saya Wan Amilia Binti Wan Abdullah berjanji takkan biarkan awak hidup keseorangan walaupun seminit. Forever and ever!