Search This Blog

Showing posts with label ANITA ARUSZI. Show all posts
Showing posts with label ANITA ARUSZI. Show all posts

TIADA SEPERTIMU - ANITA ARUSZI

TIADA SEPERTIMU - ANITA ARUSZI
HARGA TAWARAN : RM50.00 (SEM) / RM55(S/S)
HARGA TERMASUK  POS

BUKU: RARE' OUT OF PRINT

Keifli Benjamin dan Zara Melissa… kedua-duanya punya agenda tersendiri ketika diijabkabulkan. Keifli ingin melarikan diri dari kehidupan lampaunya yang ‘kotor’ manakala Zara pula ingin menyelamatkan mamanya. Akhirnya mereka hidup sebagai teman serumah, yang tidak berhutang apa-apa di antara satu sama lain.
Hidup bersama Zara tidak pernah mudah buat Keifli. Ada sahaja yang tak kena di mata Zara. Jenuh Keifli menjaga hati isterinya yang tidak boleh disentuh itu.
Kalau dah hidup sebumbung, mustahil perasaan masing-masing tidak tercuit. Namun keegoan yang menggunung tinggi mengekang masing-masing meluahkan perasaan yang terbuku.
Keifli yang hampir dapat melupakan Intan, kekasih lamanya tergugat dengan kemunculan semula gadis itu. Begitu juga dengan kemunculan semula Rania, rahsia hitamnya yang sering menghantui emosinya. Zara yang tidak berdosa telah menjadi sasaran utama Rania.
Keifli penasaran. Sempatkah dia meluahkan perasaannya pada Zara? Sempatkah dia menyelamatkan Zara daripada jatuh ke dalam perangkap Rania? Bolehkan Zara menerima kehidupan lampaunya yang ‘kotor’ itu?



HUJAN RINDU - ANITA ARUSZI

HUJAN RINDU-ANITA ARUSZI
HARGA ASAL : RM25.90
BUKU : BARU

Kerana kasih dan sayang seorang anak kepada ibunya, Anum Dahlia yang dilahirkan dan dibesarkan di luar negara sanggup menjejaki keluarga ibunya di Malaysia sehingga dia sanggup mengenepikan kepentingannya sendiri. Sanggup meredah beribu-ribu kilometer untuk menunaikan harapan dan impian ibunya yang sedang terlantar koma.

Anum Dahlia, seorang cucu yang mendambakan kasih sayang daripada datuk dan neneknya yang selama ini tidak pernah ditemuinya. Sebuah kisah tentang cinta yang hilang di bumi kelahiran, tapi ditemui pula cinta seorang lelaki milik Yuzer Taufik, di sebuah negara asing.

Tegas dalam keputusan dan berani menjejak kisah silam ibunya di sebuah negara yang tak pernah dijejakinya selama ini, Anum Dahlia menyamar sebagai seorang pelajar yang mahu membuat kajian tentang seni silat Melayu, membuatkan dia bertemu Tok Anjang, datuknya.

MUNGKIN NANTI - ANITA ARUSZI


MUNGKIN NANTI - ANITA ARUSZI

HARGA ASAL : RM22.90
BUKU : BARU


Aqila Murni membesar tanpa seorang ayah. Juga terpaksa menjaga seorang ibu yang menghidap penyakit berbahaya. Lebih malang lagi, dia dilahirkan dengan kecacatan penglihatan akibat kesilapan si ibu. Dunia yang sepatutnya indah dan berwarna-warni, menjadi kelam dan sunya di matanya. Namun dia memilih untuk membahagiakn orang lain kerana katanya, memaafkan itu lebih mudah daripada membenci!

Nadzihar Hakim, anak muda berperwatakan serius. Membenci wanita lantaran masa silam yang menyakitkan. Meskipun nampak dingin di luar, namun hatinya tetap rapuh di dalam. Lalu Zahar memilih untuk membenci kerana katanya, membenci itu lebih baik daripada jiwa terseksa!

Lalu di bawah langit biru mereka bertemu.

Aqi melihat Zahar sebagai objek indah yang cukup berbeza dan dikagumi. Namun Zahar memandang Aqi dengan rasa benci yang tidak bersebab. Lantas apakah ada peluang untuk mereka menyemai benih rasa yang memungkinkan sayang? Di mana permulaan dan pengakhiran kisah mereka andai kedua-duanya mempunyai dua persepsi berbeza tentang cinta dan kasih sayang?

Atau mungkin nanti.. Hati yang sunyi akan dicuri dan jiwa yang rapuh takkan membenci lagi. Mungkinkah?