Search This Blog

Showing posts with label MISZTYRA. Show all posts
Showing posts with label MISZTYRA. Show all posts

PELINDUNG CINTA - MISZTYRA

PELINDUNG CINTA - MISZTYRA
HARGA :
Semenanjung : RM33
Sabah/Sarawak : RM36

PENGHANTARAN : PERCUMA
BUKU : BARU

Hanya kerana sebuah amanah, Radwa terpaksa menjadi seorang pelindung. Bukan pelindung kepada seorang jutawan atau kaum kerabat, tetapi hanya pelindung kepada abang kawan baiknya, Raed Daniyal.

Pertemuan pertama antara mereka mendebarkan Radwa, tapi tidak pada Raed. Dia benci! Benci dengan kehadiran gadis itu. Bukan benci kerana terasa diganggu tetapi benci kerana kehadiran gadis itu membuka kembali luka lama.

“Saya... Saya...”

“Saya apa?!”

“Saya suka awak, Raed. Sebab tu saya buat macam tu.”

“Oh, jadi nak tackle akulah ni?”

Kecewa dengan reaksi lelaki itu, Radwa mula menjalankan misi lain. Misi mengubati kembali luka Raed! Malangnya dari misi memujuk, terpaksa pula menjadi... Misi memikat Raed! Akhirnya... cinta sekali lagi terlafaz.

“Saya akan sentiasa jaga awak. Tak ada orang yang boleh sentuh sayang saya ni lagi. Saya janji!”

“Betul ni? Then, bila nak propose saya?”

“Hah, Serius?”

Bahagia yang baru berputik, gugur angkara fitnah. Daripada kekasih yang setia, berubah kembali menjadi seorang pendendam. Dan sebuah kepercayaan, karam di lautan bergelora. Dapatkan Radwa mempertahankan hubungan mereka dan sebuah amanah? Berjayakah mereka menjadi pelindung cinta antara mereka?