Search This Blog

Showing posts with label RINSYA CHASIANI. Show all posts
Showing posts with label RINSYA CHASIANI. Show all posts

LELAKI DINGIN - RINSYA CHASIANI

n1.png
LELAKI DINGIN - RINSYA CHASIANI

HARGA BUKU : RM 25.00 (SEM)

WHATSAPP : 0177342366

Aku Riah, editor di syarikat penerbitan kecil. Pernah putus tunang sebab orang tu ada perempuan lain. Mulalah aku berangan nak kahwin dengan lelaki dingin sedingin salji Kutub Utara. Tak romantik pun tak apa, janji dia pandang aku seorang aje!

Ainal lelaki kacak. Kacak yang luar biasa! Jika ada orang mengatakan Ainal itu pelakon drama, aku amat percaya. Namun lelaki kacak tak semestinya bersifat sempurna.

“Hidup dia macam katak di bawah tempurung, sesuai sangat dengan kau!” – Kak Mia

Tapi...

“Nal, awak nak hantaran apa dari saya?” - Aku
“Saya nak jam tangan, baju Melayu, dan Al-Quran.” – Ainal
“Habis, awak tak tanya saya nak apa ke?” – Aku
“Famili dah uruskan.” -Ainal

Ainal la mamat paling blur dalam dunia ni, paling susah nak buat benda romantik, paling tak berperasaan, dan paling malas nak ambil tahu soal hati perempuan. Betul ke aku dah jatuh hati dengan mamat beku bernama Ainal?

"Nal, orang sayangkan awak." - Aku


Dia setakat angguk kepala. Mampu ke aku hidup dengan lelaki sepasif Ainal? Aku ni, perempuan juga. Kalau cinta katakan cinta, tidaklah aku frust menggila!

KOMBO RESAH - MUNA MAHIRA , RINSYA CHASIANI

KOMBO RESAH



BUKU DIJANGKA SIAP PERTENGAHAN BULAN MEI

PREORDER] YANG RESAH ITU JIWA. YANG MANIS ITU CINTA.
.
Dapatkan sekarang!!! KOMBO RESAH. Yang pasti meresahkan jiwa uols. Rasakan debarannya! Ahaks. PREORDER TILL 12 APRIL!!
BELIAN ON9 SAHAJA 
.
.
#LELAH MENCINTAIMU - MUNA MAHIRA 

"Lepaskan I atau I takkan teragak-agak jerit," ugutku lagi.

"Careful, darling. Bibir you cukup menggoda untuk I diamkan. You can try to scream. But don't blame me if I..."

"Damn you! I dengan you dah lama tak ada apa-apa. You tak boleh buat I macam dulu. We're not related anymore!"

Antara Ray & Reeq ada kisah yang belum tamat. Kisah yg buat Ray masih terkenang2. Dan tiba2 Reeq muncul semula mengganggu Ray. Pelik kan? Apa yang jadi sebenarnya kat dorg 2 nih? Apa sebenarnya hubungan 2 orang ni? Yang pasti debaran itu nyata. Cinta itu melata.

PRICE RM38SM / RM42SS TERMASUK POS
.
***
.
#DEGUPAN RINDU - RINSYA CHASIANI

"Apa salah I you hukum begini? You yang tinggalkan I tapi sekarang you berlagak seolah-olah I yang bersalah.”

"Macam yang I cakap, kita hidup berpijak di dunia yang nyata. You ada masa depan dan you tak sepatutnya menoleh ke belakang. You dah ada keluarga, untuk apa you pegang perasaan dan hati you untuk I? I tak terharu pun, Nadzhim. I geli. You faham tak?!"

"You dah jauh dari I rupanya, I fikir hati kita masih sama..."

11 tahun berpisah. Bukan sekejap tau. Tapi rindu itu masih berdegup hebat tanpa henti. Walau ada rasa benci yang hadir, Naasha & Nadzhim tetap ditakdirkan bersama. Bahagia tu masih ada ke untuk mereka? Atau 11 tahun tu cukup lama untuk memudarkan segalanya?

PRICE RM38SM / RM42SS TERMASUK POS


DI HATIKU ADA KAMU - RINSYA CHASIANI



DI HATIKU ADA KAMU - RINSYA CHASIANI

RM25.00

Sinopsis :

RIAN AULIA – Terlanjur cinta pada yang salah mampukah untuk kita tekan ‘padam’ rasa itu dari hati? Pertemuan Adif dan Rian bertitik-tolak temu janji buta yang diatur oleh keluarga. Anehnya pada Rian, lelaki itu sangat misteri dan mempunyai auranya tersendiri. Tanpa desakan mana-mana pihak, lamaran Adif diterima dengan hati yang terbuka oleh Rian sementelah Adif tampak seperti lelaki yang budiman. Namun tidak terduga sebuah kebenaran tersingkap, hampir menjadikan Rian seorang yang kecundang…

AHMAD ADIF RAYQAL – Antara rasa cinta kepada Rian Aulia, kasihnya kepada Adelia, sayangnya kepada arwah kedua ibu bapanya, komitmennya terhadap Idris Holding dan sikap sopannya kepada ibu bapa Rian Aulia menjadikan dia seorang yang perahsia dan sangat misteri kerana di hatinya ada sesuatu yang terpendam…

RIAN yang sengsara…

“Rian tak sanggup, pulangkan semula masa Rian, Rian tak akan kahwin dengan dia. Rian tak sanggup macam ni.” Aku teresak kuat. Nafas terasa tersekat-sekat di dada. “…Rian tak nak mengandungkan anak dia!”

Benciku kepada Adif kian bercambah di sudut hati. Sukar untuk aku menerima hakikat bahawa aku mengandungkan anak lelaki yang terang-terangan merancang untuk memusnahkan hidupku.

“Rian Aulia, awak benci atau tak itu dah jatuh kepada perkara ketiga. Sekarang ni yang lebih penting, Farhan, yang kedua, I will never divorce you.”- Adif

“You threatened my family, you threatened us! Tak puas-puas lagi mengugut kami? Dasar jahanam!” – Rian

RIAN pergi jauh dan PERTEMUAN semula menjadikan Adif sebagai pengejar cinta setia. Dia mahu mengutip semula cinta yang Rian campak merata-rata. Mampukah Adif mendapatkan semula hati Rian yang keras seperti batu? Atau… mungkinkah menggunakan kelicikannya seperti sebelum ini…

“Gila! Lepaslah,” ucapku spontan. 10 minit macam ni masaklah aku. Farhan yang sedang terpinga-pinga berdiri meminggir di tepi kereta tu aku nak buat macam mana?

Aku menolak lagi tubuhnya tetapi masih tak berjaya. Cepat-cepat aku mengangkat kaki dan memijak kaki Adif kuat tetapi tetap juga lelaki itu buat bodoh saja. Tak sakit ke apa dia ni… Hesy! Apasal aku pakai kasut yang tak bertumit ni… Kalau tumit tinggi dua inci atau tiga inci, mesti dia rasa sakit.

“Jangan tendang-tendang abang, tak berkesan punya,” ucapnya apabila dia rasa aku mungkin akan menendang kakinya. Eleh penipu, mukapun dah berkerut macam tu berlagak tak sakit konon. Aku mengetap bibir geram.

“Saya tak terfikir tentang tu tapi terima kasih kerana bagi idea.”

Tapi belum sempat aku mengangkat kaki, tak semena-mena tubuhku tidak menjejak bumi lagi. Aku terjerit kecil apabila Adif mengangkat tubuhku tanpa mempedulikan Farhan yang masih tercegat melihat kami dalam keadaan sebegitu.

“Lepaslah!” Aku memukul bahunya kerana malu sangat. Adif bukan setakat mendukung aku dan berdiri saja tapi dia siap berlari anak mengelilingi kereta. Serius malu sampai aku rasa kalau ada bola sepak kat sini memang aku dah sepak ke muka dia dah.

BERJAYAKAH Adif memikat Rian semula? Terpedayakah Rian akan kelicikan Adif yang masih misteri baik dahulu mahupun sekarang…

DIA YANG KU JADIKAN SUAMI - RINSYA CHASIANI



'DIA YANG KU JADIKAN SUAMI' – Rinsya Chasiani

Halaman : 752 ms
Harga :RM28.00 

SINOPSIS – DIA YANG KU JADIKAN SUAMI

NAAZNEEN – Gadis berdikari yang punya kisah silam pahit menjadikannya punya dua personaliti berbeza. Manis, cantik, seksi, anggun dan kejam! Bertemu Naim Khair, buat dirinya berubah… Berubah baik, walaupun sesekali rasa dengki dan sikap kejinya datang mengusik. Sekejap rindu, sekejap mahu lari… Akhirnya dia tekad menjadikan Naim Khair sebagai suaminya…

“Kau ni lupa ke buat-buat tak ingat? Siapa yang duduk kat hotel tu berbogel dengan aku, hah?”
“Habis you nak buat apa, bukannya jadi apa-apa pun.”
“Sekarang baru you nak cakap tak ada apa-apa yang berlaku, kenapa tak dari dulu aje?”
“Dahlah Naim, you tak perlulah nak over reacting. Benda dah jadi. Biar ajelah. You nak kahwin dengan I ni, you ada fikir tak masa depan kita nanti? Dahlah, you pun tak cintakan I, I pun tak cintakan you.”
“Kalau you cakap benda yang betul tempoh hari, pertunangan I dengan Hidayah takkan jadi macam ni, tahu tak? I nak kahwin dalam masa beberapa hari aje lagi tapi semuanya dah musnah macam ni baru you nak blah dari rumah ni pulak!” Naim merenung wajah wanita itu dengan perasaan yang membuak-buak.
“Fine! You nak I buat apa pula untuk tebus kesalahan bodoh I tu?” jerkah Naaz kuat.
“You sedar tak, you yang mulakan masalah sampai kita memang wajib kahwin.”

NAAZNEEN yang insaf… Dia terpaksa dan dipaksa pergi setelah segala rahsia jahat terhadap suaminya terbongkar satu per satu... Hilang rasa bahagia di hati, kabur saat-saat romantis bersama suaminya dan sunyi daripada suara serta bisikan mesra Naim Khair kepadanya lagi lalu bingkisan sayu dititipkan…

Maafkan I.
I tak tahu dari mana untuk memulakan bicara ini tetapi demi segunung harapan yang pernah ada di hati, I minta ampun andainya I membuat you rasa menyesal punyai isteri seperti Naazneen Fatah.
You tahu kisah hidup I tak indah. I pun tidak pernah indah, kalaulah you tahu betapa manisnya saat you memberi peluang untuk I merasa ‘hidup’...
Naim, cinta yang I tanam buat you bukanlah satu pembohongan. I ikhlas walau pada mulanya langkah I sumbang. Tapi sesungguhnya, Naim, I selalu tercari-cari arah untuk terus berdiri di sisi you.
You tahu tak, setiap kali I dengar ‘pergi aje, I tak nak tengok muka you lagi’ dari bibir you, setiap kali itulah I tidur bertemankan mimpi buruk, Naim. Setiap kali you lemparkan pandangan penuh kebencian, setiap kali itulah hati I meraung kuat. You dah bawa impak yang cukup besar buat diri I, Naim. Kalau you nak ajar I apa itu erti derita, I telah merasakannya. I sayang you seadanya tapi I tahu you benci dengan apa yang I rasa.