Search This Blog

Showing posts with label IMI HAFIMI. Show all posts
Showing posts with label IMI HAFIMI. Show all posts

KERANA MAHALNYA SYURGA



KERANA MAHALNYA SYURGA - IMI HAFIMI
HARGA BUKU : 
RM28 (SEMENANJUNG)
RM31 (SABAH/SERAWAK)

“Sebagaimana kau hasut abang aku untuk tukar agamanya, kau seksa mak aku sampai mak aku gila dan mati dalam keadaan yang paling mengerikan, dan sebagaimana kau menjadi punca ayah aku sakit tenat sampai ayah aku mati, kau kena ingat semua tu, Umi Zafwa! Kau kena sedar betapa dalamnya dendam aku kepada kau dan apa sahaja yang berkaitan dengan kau!”

Dendam itu. Kerana dendamnya kepada Umi Zafwa, dia merancang untuk membiarkan Umi Zafwa turut terluka. Umi Zafwa perlu disakiti dan caranya, Umi Zafwa perlu menjadi miliknya dahulu!

Umi Zafwa. Tiada seorang wanita pun yang menginginkan perkahwinan sepertinya. Perkahwinan yang hanya membuka kepada jalan penderitaan. Namun, racun yang diberi Alex, madu yang dibalasnya. Benci yang diberi, kasih yang dibalasnya.

Bukan Alex tidak pilu, bukan Alex tidak terjentik lewat pengorbanan Umi Zafwa, bahkan bergenang air matanya melihat ketenangan Umi Zafwa yang sentiasa tabah meski dilukai.

Lantas, semakin Alex terasa mula sayang, semakin keras dia menyakiti Umi Zafwa. Kemesraan di hadapan Katherina, kekasihnya sentiasa ditunjuk-tunjuk. Umi Zafwa hanya mampu memendam rasa.
 —