Search This Blog

Showing posts with label ANASTASIA QIRANA. Show all posts
Showing posts with label ANASTASIA QIRANA. Show all posts

MR. AWESOME GUY - ANASTASIA QIRANA


MR. AWESOME GUY - ANASTASIA QIRANA
HARGA : RM21.00
BUKU : BARU

“Kalau saya, saya akan pilih tapak sulaiman.”

Sepotong ayat yang menggamit hati seorang Chyrill untuk mengenali seorang Fitrah. Si gadis didekati bukan dengan niat untuk menggatal atau memikat, tetapi kerana dia seronok mendengar patah kata gadis tersebut yang selalu tak terjangka oleh pemikiran lelakinya. Tanpa sedar, Chyrill menjadi tamak. Egonya berbisik yang petah bicara dan tawa Fitrah tidak boleh dilihat lelaki lain dan untuk itu, dia mahukan hak ke atas si gadis. Lalu dengan yakin, dia menyuarakan keinginan hati.

“Cintai pemilik hati saya terlebih dahulu, dan saya akan pertimbangkan lamaran Mr. Chyrill tu.”

Syarat yang menyebabkan Chyrill terkedu untuk seketika dan Fitrah bergidik gembira. Tetapi, Fitrah lupa, lelaki yang bernama Chyrill Benjamin ini tidak pernah pandai untuk mengalah selagi kemahuannya tidak tercapai. Jika itu yang diingini, itulah yang akan diusaha sehingga jadi. Akhirnya, Fitrah menjadi milik Chyrill, sebagaimana Chyrill ingini.

“Saya dah jumpa pemilik hati Fitrah. Dan saya datang tuntut janji kerana cinta saya pada pemilik hati gadis yang bernama Fitrah.”

Ternyata jodoh mereka kuat hingga termeterainya ikatan halal lagi suci. Tetapi hati galau seorang suami meladeni sikap si isteri yang suka menguji, hanya Chyrill yang merasai. Fitrah yang sebelum berkahwin dengan Fitrah yang bergelar isterinya, seperti dua orang yang berbeza. Yang sama, hanyalah sikap suka menguji sehingga kadangkala sukar untuk dia menelah isi hati orang yang dicintai.

“Jangan pernah panggil saya Fitrah, Mr. Chyrill. Saya bukan dia. Saya bukan Fitrah. Saya Nurani.”

Pening Chyrill dengan permintaan tak masuk akal tersebut. Dia mengaku, jika tak menguji, bukanlah Fitrah namanya. Namun dia optimis. Si isteri akan dipastikan menerima kenyataan dan hakikat yang terbentang di depan mata. Jika isterinya ingin bermain api, dia lebih ingin untuk menyemarakkannya, biar mereka sama-sama terbakar dalam satu ikatan yang suci.