Search This Blog

Showing posts with label SOPHILEA. Show all posts
Showing posts with label SOPHILEA. Show all posts

TUHAN BERIKAN AKU CINTA - SOPHILEA


TUHAN BERIKAN AKU CINTA - SOPHILEA

HARGA BUKU : RM 22.00

WHATSAPP : 0177342366

Cinta itu satu anugerah memiliki atau tidak itu adalah takdir. 
Pertemuan itu Cuma seketika di tengah bandar asing, hati ENGKU FADHLI jatuh cinta pada seraut wajah manis milik NADIA ARISYA. Betullah kata orang cinta itu tak perlu ada sebab untuk memiliki dan di miliki kerana cinta itu unik ia hadir tanpa pernah kita sedari. Tanpa perlu memandang siapa dia atau siapa aku. 
“Rom tak di bina dalam masa satu hari, Engku Fadhli.” Nadia mengerling. 
Salji memutih di tengah bandar England menjadi saksi pengakuan cinta dari Engku Fadhli Badlishah. 
“Ya begitu juga dengan cinta Nadia pada saya. Tak akan muncul dalam sesaatkan? Saya sanggup tunggu meski berapa lama pun.” 
“Kita tak sekufu.” 
“Darah saya juga merah bukan biru atau kuning. Pangkat dan darjat Cuma daki dunia yang tak akan kita bawa ke mati.” 
Keikhlasan Engku Fadhli buatkan Nadia menerima lelaki itu menjadi imamnya di tengah bandar England meski di tentang keluarga Engku Fadhli. Takdir juga menentukan  Nadia pulang ke tanahair bersama ENGKU FADHLINA benih cinta dari Engku Fadhli yang telah pergi buat selamanya. Bertahun-tahun Nadia menyelusuri hidup dalam kenangan yang tak pernah putus. , meski sekejap dia menjadi seorang makmum buat Engku Fadhli. 
Namun, saat ada satu pertemuan antara dia dan seorang lelaki, hatinya gusar jiwanya resah. Lelaki itu, ENGKU FARID bagaikan bayang-bayang Engku Fadhli 
“I tinggalkan hati I untuk you kaji Nadia dan I harap I dapat isi kekosongan yang di tinggalkan dalam jiwa you.” 
Bukan mudah dia menerima seorang lelaki lain namun kerana Fadhlina dia cuba buka hatinya buat lelaki itu. Saat hatinya mula menerima cinta dari seorang lelaki… 
“Aku nak datang nak ambil cucu aku. Ayah dia masih hidup ...sepertimana aku tak pernah izinkan Engku Fadhli dan kau bersatu dahulu jangan pernah kau mimpi untuk jadi sebahagian dari kami. Kau Cuma marhaen yang tak sedar diri.”  
Angkuhnya TENGKU KARTINI meminta Fadhlina dari Nadia.  
Nadia…jantungnya bagai jatuh ke bumi saat tahu lelaki yang dia sayangi lelaki yang dia cintai dan rindui selama ini masih hidup dan bersembunyi. 
“Fadhlina anak abang dan abang tak pernah tak menyintai Nadia.” 
“Tak perlu di ungkap kata cinta Engku Fadhli kalau maknanya pun Engku tak tahu.” 
Hatinya sakit setiap saat dia merindu setiap waktu dia bawa Fadhlina ke makam Engku Fadhli tapi semuanya dusta.
“Nadia izinkan saya balut kembali hati Nadia yang terluka. Izinkan saya untuk merawat parut yang kembali berdarah di jiwa Nadia. Percayalah Nadia, hidup dan takdir tak pernah silap. Kalau Fadhli tinggalkan lara dalam hidup Nadia biarkan saya bina bahagia semula.” 
Antara dua jiwa yang berdiri di hadapan lelaki yang pernah dia cintai dan lelaki yang menyintai perlukah dia tinggalkan kenangan semalam untuk dia cipta impian hari esok. Cinta itu bukan mudah tidak selalu indah sakit dan menyakitkan tapi cinta itu ada manis dan bahagia meski ada derita yang pernah menyinggah

KERANA AKU CINTA KAMU - SOPHILEA


KERANA AKU CINTA KAMU - SOPHILEA
HARGA TAWARAN: RM40.00(SEM) / RM47.00 (S/S)

HARGA TERMASUK PENGHANTARAN (POS)


  CETAKAN TERHAD !  

HARGA TAWARAN TAK SAMA DGN HARGA BUKU..HARAP MAKLUM

UNTUK ORDER : WHATSAPP 0177342366


***INFO DARI PENERBIT

**BUKAN Limited Edition, CETAKAN TERHAD mungkin...mungkin dalam 700 buah cetakan sahaja...sebab cetakan seterusnya bergantung kepada permintaan

BAGI PEMINAT SOPHILEA , KENA CEPAT YA KALAU NAK ORDER 

********************************************************************************************************
Sinopsis : 

Meski ujian yang datang seluas lautan tapi Rahmat Allah tetap sahaja setinggi langit. Cinta itu kalau bukan datang dengan ujian kita tak akan dapat manisnya rindu, indahnya sayang.
“Saya cintakan Raihan dan saya pilih Raihan.”

Demi Raihan, Nazrin sanggup berkorban. Demi Raihan, Nazrin rela lakukan apa sahaja.

‘Maafkan saya Nazrin kerana saya tak mampu untuk menjadi isteri awak sedangkan ikatan kita direstui Allah.’
‘Saya tak pernah lelah menanti, tak pernah penat menunggu Raihan untuk terus menjadi yang teristimewa di hati saya.’
Mampukah Raihan dan nazrin mengharungi ujian cinta kalau yang datang itu bukan ujian biasa.
"Saya macam tak percaya Raihan ada kat sini dengan saya. Saya macam tak percaya isteri saya ada dengan saya."
"Kenapa? Bukankah wajib seorang isteri mengikuti suaminya."
Raihan senyum. Dia mahu bahagia.
"Saya sayangkan Raihan. Walaupun dah berkali-kali saya cakap tapi saya masih tetap nak cakap. Bukan dari semalam tapi dari dulu lagi. Dari saat pertama kali kita kenal. Hati saya dah jatuh pada Raihan. Bila Raihan mahu menjadi isteri saya itulah saat paling bahagia dalam hidup saya. Mencintai, menyayangi dan memiliki Raihan."
Kerana aku cinta kamu..
Ini pengorbananku..
Kerana aku cinta kamu..
Ini janjiku...
Kerana aku cinta kamu
Ini jiwaku....
Kamu hanya kamu bukan dia
Mencintai kamu sepenuh jiwa
Menyayangi kamu sepenuh hati
Membuatkan jiwa ini menemui syurganya
Biar jalan ini berliku
Aku tetap lurus memegang tanganmu
Merindu kamu
Bisa sahaja aku mendaki gunung tinggi
Kerana aku cinta kamu

*****************************************************************************************
  TEASER   


Tangan Nazrin menggeletar sedikit. Dia tarik nafas, hembus. Tarik lagi hembus lagi. Akhirnya tombol pintu dipusing. Pintu terbuka. Dia nampak Raihan sedang termenung diatas katil. Perlahan-lahan dia menghampiri Raihan.
"Bila awak masuk? Syaa tak dengar." Raihan tersenyum pada Nazrin yang berkain pelikat dan t-shirt merah hati.
"Raihan termenung jauh. Itu yang tak dengar saya masuk." 
Nazrin duduk disebelah Raihan. Dia nak pegang tangan Raihan tapi malupun ada. Malu ya Nazrin? Dalam sms tak malupun.
"Raihan okey?" Soal Nazrin. Raihan angguk.
"Terima kasih untuk apa yang awak lakukan pada saya."
"Ehem.." Nazrin duduk rapat sikit. Sebelah tangannya diletakkan dibelakang Raihan.

"Kenapa nak berteima kasih. Raihan isteri saya. Kewajipan saya untuk beri perlindungan pada Raihan. Lagipun lebih selamat Raihan duduk dengan sayakan dari duduk asrama. Sudahlah asrama lelaki dekat je. Tak senang duduk nanti syaa kat rumah ni."
Raihan ketawa. Episod duka semalam mahu ditinggalkan.
"Pastilah saya duduk dengan awak, Nazrin. Syurga sayakan di bawah telapak kaki awak. Kenapa saya harus memilih neraka sedangkan syurga saya ada disini."
'peluang!.' Nazrin terus letak tangan nya dibahu Raihan. Rapatkan sedikit tubuh Raihan ke tubuhnya.
"Kalau syurga Raihan di bawah tapak kaki saya, syurga saya pula pada hati Raihan."

'Em cikgu Ekonomi dah jadi cikgu sastera ya.'
"Sebulan saja lagi Raihan. Lepas tu Raihan dan saya akan bebas macam apsangan lain. Tak seronoklah saya rasa macam nak bagitahu kat sekolah saya suami Raihan. Tak tahan tengok Raihan bergurau dengan Fakhrul dan pandnagan tajam cikgu Azmir tu. Boleh buka langkah silat saya." dielus-elusnya rambut Raihan yang panjang separas bahu.
"Saya bergurau masih dalam batasan. Saya tahu saya isteri orang walaupun Fakhrul tak tahu." Raihan letakkan kepalanya di bahu Nazrin. Lagilah jantung Nazrin macam terjun ke dalam gaung.
'Sabar Nazrin..'
"Saya macam tak percaya Raihan ada kat sini dengan saya. Saya macam tak percaya isteri saya ada dengan saya."
"Kenapa? Bukankah wajib seorang isteri mengikuti suaminya."
Raihan senyum. Dia mahu bahagia.
"Saya sayangkan Raihan. Walaupun dah berkali-kali saya cakap tapi saya masih tetap nak cakap. Bukan dari semalam tapi dari dulu lagi. Dari saat pertama kali kita kenal. Hati saya dah jatuh pada Raihan. Bila Raihan mahu menjadi isteri saya itulah saat paling bahagia dalam hidup saya. Menyintai menyayangi dan memiliki Raihan." tubuh Raihan dipeluk erat.
"Macamana tu? Usia kita berbeza." jwab Raihan.
"Masa saya kenal Raihan, masa tu Raihan baru form 5. Saya pulak baru 23 tahun. Rasanya tak jarak sangat kut usia kita. Mungkin Raihan rasa macam tu sebab Raihan masih disekolah. Tapi percayalah Raihan lebih matang dari wanita-wanita yang saya pernah kenal diluar sana."
"Menyintai awak juga adalah anugerah terindah dalam hidup saya Nazrin. Saya cuma mahu awak menyayngi saya sepenuh hati awak."

********************************************************************************************************

HANYA UNTUK DIA...AIN NURAINA - SOPHILEA

HANYA UNTUK DIA...AIN NURAINA - SOPHILEA
HARGA : RM26 / RM29(S/S)
BUKU : BARU



IA kisah Zhafran Haikal, seorang pensyarah yang jatuh cinta dengan pelajarnya. Ia kisah Zhafran Haikal yang tak tahu nak memikat namun apabila cinta datang, perkara gila pun dia sanggup buat.

Mengekori Ain hingga sanggup menaiki bas dan memastikan dia duduk di sebelah Ain sepanjang perjalanan dari Penang ke Perak.

Melamar Ain setelah melekehkan gadis itu tidak pandai masak dan malas di hadapan pelajar-pelajar lain.
Mengherdik di dalam kelas, halau dari kelas, jirus air ke muka ketika Ain tertidur dalam kelas…

MELAMAR tanpa ada klu langsung untuk berkenalan!

Ain Nuraina membencinya. Ain Nuraina anggap dia pensyarah sewel, tak ada sivik, psiko, gila! Ain jadi lemas, dingin bagai bongkah ais kerana Zhafran lelaki yang dianggap kejam dan ambil kesempatan mengguna kuasa lantaran dia tidak melayan.

RIMAS! Zhafran sentiasa mengejarnya. Ayat-ayat manis diluah saat berdua-duaan…

“Yang sakit bukannya tangan saya. Setakat nak suap nasi masuk mulut tak ada masalah pun.” – Ain Nuraina
“Saya tahu tangan Ain tak sakit. Tapi kalau Ain nak tangan saya yang suapkan, insya-Allah jari saya kuat untuk angkat sudu tu.” – Zhafran Haikal

DINGINNYA Ain Nuraina buat Zhafran sanggup lakukan lebih lagi…

“Saya mengharapkan orang lain untuk jadi suami saya. Saya mengharapkan lelaki lain untuk menjadi imam saya. Sampai bila-bila saya tak suka doktor.” Suara Ain tidak setinggi tadi. Bertoleransi barangkali.
“Ain, kita tidak tentukan apa yang akan terjadi esok lusa dan hari-hari yang seterusnya. Allah yang tentukan.”
Ain pandang Zhafran.
“Apa salah saya pada doktor sampai doktor buat saya macam ni? Apa khilaf saya pada doktor?” Suara Ain separuh sebak.
“Silap Ain cuma satu...khilaf Ain kerana...kerana saya jatuh cinta pada Ain.”

BAHAGIAKAH pasangan ini apabila ego Ain melangit hingga dia tidak nampak sekelumit pun kejujuran dalam diri Zhafran terutama saat muncul Dr. Dania dan Irma yang jatuh hati terhadap Zhafran Haikal.

NOTA BUAT CEMPAKA - SOPHILEA

NOTA BUAT CEMPAKA - SOPHILEA
HARGA : RM26 

Sinopsis
“MANA mungkin Doktor Luqman Harith jatuh cinta pada Staff Nurse Cempaka Elina?”
NAMUN mereka bertunang juga. Berbulan bertunang, Luqman senyap. Tiba-tiba sahaja, mereka satu hospital, satu wad. Cempaka kalut. Tunang dinginnya yang kayu ini dekat sangat dengan dirinya. Hati masih libang-libung, tapi keluarga Luqman ajukan mereka dinikahkan cepat. Nikah gantunglah mereka, bak kata orang-orang tua.
“Saya tak nak jadi perampas. Lebih baik doktor bagitahu family doktor yang kita batalkan majlis kita. Kita berpisah.” Cempaka berterus terang.
“Perampas? Rampas dari siapa? Atau sebab Mathew?”
Cempaka menjeling. “Mathew tak ada kena mengena dengan hal saya dan doktor.”
“Bila dia ada kaitan dengan Cempaka sudah tentu dia ada kena mengena dengan saya. Cempaka isteri saya, tak ingat? Memanglah tak ingat sebab gelang nikah pun tak pernah pakai. Cincin tunang pun kejap pakai kejap tak. Takut sangat agaknya saham jatuh.”
“Di hospital, memanglah tak boleh pakai.” Cempaka menjawab.
“Luar hospital, pernah pakai?”
Cempaka gigit bibir.
“Kenapa gigit bibir? Nak saya gigitkan?”
Merah menyala wajah Cempaka apabila Luqman cakap macam itu. Ya Allah rasa nak menyorok dah ini. Luqman pula tayang muka selamba. Tersenyum gatal pula dia. Eiii… Teruknya dia.
SAAT Cempaka mengulit bahagia dengan cara tersendiri versi Doktor Luqman… Dia dikejutkan dengan bicara suaminya di malam majlis persandingan mereka…
“Kenapa? Kenapa mesti ada ikatan antara saya dan awak andai hati awak untuk yang lain, Luqman? Kenapa perlu dirantai saya kalau saya bukan sesiapa, Luqman?” - Cempaka
APABILA sudah serumah, sebilik, sekatil…
“Cempaka Elina... Tiada istilah kesilapan bila abang terima Cempaka sebagai tunang, sebagai isteri abang yang sah. Tiada ungkapan silap atau salah bila kita dijab kabulkan. Semua ini ketentuan dari Allah, Cempaka.– Luqman Harith
MENYEDARI dirinya pilihan kedua Luqman, calon kehendak keluarga… Ke mana harus dia pergi namun jiwa Cempaka terubat dengan nota-nota misteri yang sentiasa mendatanginya… Dan, siapa pula Fikri, Dyja dan Mathew yang mencelah dalam hubungan mereka?


ANUGERAH TERINDAH - SOPHILEA


ANUGERAH TERINDAH
BAKAL DISIARKAN DI TV3

DAPATKAN SEMENTARA ADA STOK !




ANUGERAH TERINDAH
HARGA : RM25.00 (SEM) / RM28.00 (SS)
BUKU : BARU

UNTUK BELIAN : WHATSAPP 0177342366


Kapten Ustaz Mukhriz dan Doktor Ariana – Seorang ustaz dan seorang doktor. Seorang tak ingin bercinta dan belum bersedia untuk berkahwin kerana berasakan belum bersedia memikul tanggungjawab seorang suami manakala seorang pula jatuh cinta tahap meroyan. Seorang malu-malu kucing, seorang main redah asal tercapai hajat di hati. Seorang menjaga title ‘ustaz’ dan seorang langsung tidak peduli title ‘doktor’. Sudahnya beginilah… SMS sahaja dan cari peluang bertemu, konon tidak disengajakan…

-Tak elok lelaki dan wanita yang bukan mahram keluar bersama.- Mukhriz

-Bukan keluar berdua. Saya, ustaz, Kak Marlia, along, Kreisya, lepas tu ustaz nak ajak kawan satu bilik pun tak apa.- Ariana

PELBAGAI perkara Ariana lakukan demi cintanya terhadap Mukhriz. Sudahnya dia utus surat ala-ala budak sekolah rendah dan kasi bunga hingga kecoh satu kem.

…. Saya dah jatuh hati dengan ustaz. Dah jatuh cinta dengan ustaz. Saya tak nak jawapan sekarang, ustaz fikir-fikirkanlah ya. Moga-moga cara memikat style lama ini buatkan hati ustaz terbuka untuk saya.

Sekian.

I have a pen. My pen is blue. I have a boyfriend. My boyfriend is you.

MUKHRIZ pening kepala. Ariana lagilah pening kepala.

“Saya nak ustaz jawab soalan sms terakhir saya dulu, baru ustaz boleh balik.”

Jemari Mukhriz sudah di dahi. Apa yang dia nak jawab? Ariana… Ariana.

“Kalau nak kahwin dengan saya, bukan macam ni caranya. Datang jumpa keluarga saya ya.” Hanya itu sahaja jawapan kepada soalan Ariana lewat smsnya. Spontan sebenarnya dia jawab tanpa berfikir apa-apa.

“Ya Allah, ya ke ustaz? Hujung minggu ni juga saya hantar rombongan meminang.” Ariana rasa macam nak terjun sahaja ke tasik buatan tu sekarang ini. Sangat-sangat teruja dan gembira.

DOKTOR Ariana mahu meminang Ustaz Mukhriz? Semua pening kepala! Tewaskah Mukhriz dengan keselambaan Ariana? Apa akan jadi seterusnya apabila Mukhriz ini rupanya ramai peminat… Kapten Aliza, Siti Awina dan dalam diam Mukhriz bertemu semula dengan gadis idamannya, Rabiatul Adawiyah… Mengalahkah Doktor Ariana atau terus memikat dan berusaha memenangi hati Kapten Ustaz Mukhriz…