Search This Blog

Showing posts with label ALAF21. Show all posts
Showing posts with label ALAF21. Show all posts

JANJI YANG DINANTI - ALIA ALIZS


JANJI YANG DINANTI - ALIA ALIZS

HARGA BUKU : RM 28.00

WHATSAPP : 0177342366

Pertemuan singkat aku bersama Zahwan di bumi Borneo telah melahirkan rasa cinta tanpa pengetahuan Adil, abang kandungku. Zahwan telah berjanji akan setia kepadaku, tetapi akhirnya dia hilang tanpa berita. Kerana janji itu, aku setia menanti dan menutup pintu hati untuk lelaki yang ikhlas menghargai aku. Faliq... maafkan aku!
"Sanggup kau buat aku macam ni, Wan! Sanggup kau khianati persahabatan kita. Sampai hati kau nak rampas kebahagiaan aku."~Faliq.
"Aku tak rampas kebahagiaan kau, Liq. Aliaa bukan kekasih kau, bukan isteri kau. Selagi dia bukan milik orang lain, selagi tu aku ada peluang. Kali ini, aku takkan sia-siakan dia. Tu janji aku." - Zahwan.
Dalam masa yang sama, hubungan aku dan Faliq ditentang hebat oleh kakak Faliq, iaitu Asnida. Dendam Asnida kepada Adil menyebabkan kami menjadi mangsa keadaan. Kononnya, aku punca hubungan dia dengan abangku terputus di tengah jalan.
Berjayakah Asnida memisahkan aku dengan Faliq? Mampukah Faliq mempertahankan cintanya padaku? Apa pula tindakan Adil bila tahu aku menjadi rebutan antara Zahwan dan Faliq?
Oh, abang! Tolonglah... adikmu ini benar-benar tersepit. Antara abang, kawan dan kekasih.

BUKAN GADIS BIASA - LIZA NUR


BUKAN GADIS BIASA - LIZA NUR

HARGA BUKU : RM 24.00

WHATSAPP : 0177342366

Johana bukan gadis sembarangan. Rambutnya dicukur pendek. Kalau ada yang cuba mencari fasal, dia tidak teragak-agak melayangkan penumbuk. Jean dan kemeja menjadi teman akrabnya. Misinya hanya satu, memberi masa depan yang lebih baik untuk si kecil Aisya yang memanggilnya 'emak'.
"Jo cakap macam tu sebab Jo tomboi? Manusia boleh berubah, Jo. Saya boleh bimbing Jo kalau Jo mahu beri saya peluang. Saya boleh beri Jo masa depan yang lebih baik." ~ Amirul
Cinta adalah sesuatu yang asing baginya. Pertemuan semula Amirul dengan Johana membuatkan Amirul yakin tentang perasaannya. Hidup Johana sering kali bersimpang-siur dengan Rayyan, sepupu Amirul yang degil tetapi berprinsip.
"Kau boleh cakap kau bukan milik aku. Tapi, aku akan tetap beritahu satu dunia, aku milik kau." ~ Rayyan
Kemunculan adik Rayyan, Amer membuatkan Johana rasa terpukul. Si mata keranjang itu cuba mencari jalan fast track ke hatinya sedangkan Amirul yang terlebih dahulu ada masih setia menanti. Takdir memerangkap dirinya di antara hati tiga bersaudara. Mampukah dia terus menipu diri? Atau haruskah dia pulang kepada fitrah, memilih jalan bahagianya bertemankan sekeping hati yang lain?
"Apa? Kalau ada lelaki lain syok kat aku, kau nak buat apa? Nak bunuh semua orang yang cakap dia cintakan aku?" ~ Johana
"Tak. Aku akan cintakan kau lebih." ~ Rayyan

SENAFAS RINDU - DAMYA HANNA


SENAFAS RINDU - DAMYA HANNA

HARGA BUKU : RM 30.00

WHATSAPP : 0177342366

TEGARKAH DIA BERDEPAN DENGAN KENYATAAN ANDAI DIRI MASIH DIHIMPIT KENANGAN LALU?KE MANA JUA LANGKAHNYA DIBAWAH,KISAH DUKA YANG PERNAH TERPALIT ITU AMAT SUKAR DILUPUTKAN DARIPADA INGATAN.TANPA KATA-KATA PERPISAHAN,SHAFIQAH KABUR DARIPADA PANDANGAN MATA.LANTARAN ITU,JIWA FARIZ TERUS LUMPUH TAK KERUAN.
BERTAHUN LAMANYA MEMENDAM RASA,KEMUNCULAN VIVIANA MENARIK PERHATIAN.PERTEMUAN PERTAMA YANG TERJADI BAGAIKAN DIRANCANG,NAMUNJ HAKIKATNYA ADA RAHSIA YANG TERSINGKAP.FARIZ TIDAK MAMPU MENGELAK ANDAI ITU SEJARAH YANG BAKAL TERUKIR DALAM EPISOD HIDUPNNYA.SHAFIQA ADALAH KENANGAN DAN KEHADIRAN VIVIANNA ADAKALA MENCUIT HATI LELAKINYA.APAKAN DAYA,PERBEZAAN ADAT DAN AGAMA MENYEKAT DIRI UNRUK BERANGAN-ANGAN TINGGI.
DI SAAT KEMELUT MELANDA DIRI DENGAN KEBETULAN YANG TERCIPTA,ADA SENAFAS RINDU YANG BERTAMU DENGAN KEHADIRAN SITI NUR AIN.FARIZ PASTI....SINAR BUATNYA AKAN TERSERLAH ANDAI MEREKA TABAH MENGHADAPI DUGAAN.
ANTARA SYAFIQAH,VIVIANA DAN SITI NUR AIN.....FARIZ HANYA MEMILIH SATU.NAMUN ,AKAN ADA HATI YANG PASTI TERLUKA DENGAN KEPUTUSANNYA.DIA SEKADAR BERSERAH.

FUIYOOO... SENANGNYA KIMIA! (TINGKATAN 4-5) EDISI 1- KIPAS HIKMAT

FUIYOOO... SENANGNYA KIMIA! (TINGKATAN 4-5) EDISI 1- KIPAS HIKMAT

HARGA BUKU : RM 25.00 (SM)

WHATSAPP : 0177342366

KEISTIMEWAAN 2 BUKU INI :

• Dibahagikan kepada 2 bahagian : Edisi 1 & 2. Setiap edisi mempunyai topik-topik yang berbeza.
• Informasi Kimia berkonsep komik santai.
• Tanpa ayat panjang meleret. Hanya fakta penting yang perlu diingati.
• Menggunakan pelbagai teknik seperti diagram, ilustrasi, jadual, yang berwarna-warni.
• Menyediakan contoh-contoh soalan berserta jawapan untuk rujukan dan kefahaman mudah.

FUIYOOO... SENANGNYA KIMIA! (TINGKATAN 4-5) EDISI 2- KIPAS HIKMAT

FUIYOOO... SENANGNYA KIMIA! (TINGKATAN 4-5) EDISI 2- KIPAS HIKMAT

HARGA BUKU : RM 25.00 (SM)

WHATSAPP : 0177342366

KEISTIMEWAAN 2 BUKU INI :

• Dibahagikan kepada 2 bahagian : Edisi 1 & 2. Setiap edisi mempunyai topik-topik yang berbeza.
• Informasi Kimia berkonsep komik santai.
• Tanpa ayat panjang meleret. Hanya fakta penting yang perlu diingati.
• Menggunakan pelbagai teknik seperti diagram, ilustrasi, jadual, yang berwarna-warni.
• Menyediakan contoh-contoh soalan berserta jawapan untuk rujukan dan kefahaman mudah.

GENIUS MATEMATIK! - KIPAS HIKMAT


GENIUS MATEMATIK! - KIPAS HIKMAT  

HARGA BUKU : RM 45.00 (SM)

WHATSAPP : 0177342366


Menggunakan konsep gabungan elemen kartun dengan formula-formula Matematik secara unik dan kreatif. Lakaran komik berwarna yang bersahaja menjadikan buku ini lebih berwarna-warni dan segar. Objektif utamanya adalah untuk menarik minat pelajar-pelajar yang merasakan subjek Matematik ini sukar dan menyusahkan. 

Setiap topik disertakan dengan beberapa contoh soalan dan teknik penyelesaian.

Pelbagai jenis contoh soalan Matematik termasuklah contoh soalan KBAT turut diketengahkan di dalam buku ini berserta cara penyelesaiannya. 

* Kandungan buku telah disemak oleh guru Matematik sekolah yang berpengalaman.

OH! MUDAHNYA JAHIT BAJU MELAYU + POLA - NORISS NUR

03.png
OH! MUDAHNYA JAHIT BAJU MELAYU + POLA - NORISS NUR

HARGA BUKU : RM 45.00 (SM)

WHATSAPP : 0177342366


Kenapa harus memiliki buku ini:
- Pola bercetak secara percuma
- Lengkap langkah demi langkah bergambar.
- Senang untuk difahami.
- Penulis yang berpengalaman dalam bidang jahitan.
- Kesemua langkah lengkap diajar bermula dari membuat pola, memotong kain dan sehingga menjahit kain.

DERITA CINTA - AISYA SOFEA

DERITA CINTA - AISYA SOFEA
HARGA BUKU : RM30.00
BUKU : BARU

UNTUK BELIAN : WHATSAPP 0177342366

Cinta, perasaan itu tidak pernah diundang dan tidak pernah dijemput. Jika ia memberi kebahagiaan, pasti segalanya indah. Namun apa yang akan berlaku jika derita yang ditinggalkan?
Begitulah hidup Nur Amili Sofiya. Cinta yang hadir tidak pernah membahagiakan dirinya. Namun kehadiran Iman dalam hidupnya adalah cinta paling ikhlas dan jujur yang pernah dirasainya. Kemudian muncul Ghazi, lelaki yang menagih cinta darinya. Kesungguhan, ketulusan dan sifat bertanggungjawab Ghazi membuatkan Sofi kalah. 
Namun kebahagiaan yang dikecapi tidak lama bila Amri, kekasih pertama Sofi hadir menagih kembali kasih lama mereka. Ghazi terkejut bila mengetahui rahsia yang disimpan Sofi selama ini tentang siapa Iman sebenarnya. Yang hairannya kenapa Sofi perlu berahsia. Rahsia yang dibawa Murni itu sekali gus menghancurkan impian Ghazi dan Sofi untuk hidup bersama.
“Cinta Sofi pada abang, cinta sampai mati. You are my other half.  Takkan mudah Sofi nak hidup tanpa abang.”- Nur Amili Sofiya
“Abang bukan sekadar cintakan Sofi, tapi Sofi udara untuk abang. Sofi bulan dan matahari untuk abang. Abang tak boleh hidup kalau Sofi tak ada.” - Ghazi Hashim


ASAM PEDAS UNTUK DIA - NUREEN MIRZA

ASAM PEDAS UNTUK DIA
(NOVEL DIADAPTASI KE DRAMA)

FEE POS!

ASAM PEDAS UNTUK DIA - NUREEN MIRZA
HARGA : RM21.00
PENGHANTARAN : PERCUMA UNTUK SEM MSIA


AKU AININ SOFIYA, hanya seorang pembantu rumah separuh masa. Tugasku bukan setakat mengemas rumah, malah urusan dapur diserahkan kepadaku. Buat pertama kalinya, asam pedasku mendapat pujian. Dalam diam, aku diintai oleh salah seorang anak majikanku, Ahmad Ziyad. Rupa-rupanya, asam pedasku menjadi kegemarannya. Namun tidak kusangka, dia ingin melamarku, hanya kerana ingin membantuku dari segi kewangan. Aku bukan mata duitan! Aku hanya bekerja di rumahnya dengan hasil usahaku sendiri.
Setelah berfikir panjang, aku menerima lamarannya, tetapi dia meletakkan syarat. Perkahwinan ini harus dirahsiakan daripada pengetahuan keluarga dan teman wanitanya. Aku juga tidak dibenarkan hamil. Malah, aku tidak dimaafkan jika perkara itu berlaku. Sampai bila aku harus berlakon dan menyorok statusku? Jiwaku terseksa menjadi isteri rahsianya walaupun halal di sisi agama. Ziyad seolah-olah tidak memahami perasaanku. Hidupku terseksa dengan permainannya sehingga takdir menentukan aku hamil anaknya!



BULAN MADU DI VENICE - NUREEN MIRZA

Bagi peminat Ainin dan Ziyad , Novel Asam Pedas Untuk Dia 2
telah berada di pasaran
Dapatkan sementara stok masih ada !

BULAN MADU DI VENICE - NUREEN MIRZA
(SAMBUNGAN NOVEL ASAM PEDAS UNTUK DIA)
HARGA BUKU : RM23.00
BUKU: BARU

AKU Ainin Sofiya. Aku bahagia meniti kehidupanku bersama suami tercinta, Ahmad Ziyad. Kehidupanku diserikan dengan kehadiran puteri dan putera yang amat aku sayangi. Kebahagiaan yang kukecapi ini tidak terungkap dengan kata-kata.

Apabila Ziyad menyatakan hasrat mahu membawaku berbulan madu, hatiku berbelah bahagi. Berat hatiku ingin meninggalkan putera dan puteriku untuk jangka masa yang lama. 

“Sayang, abang memang dah berniat nak bawa sayang pergi honeymoon. Lepas kita kahwin, kita hanya sempat pergi Sabah aje. Tu pun sekejap dan secara sembunyi-sembunyi. Abang rasa bersalah pada sayang kerana tak mampu gembirakan hati sayang.” 

Akhirnya, aku akur dengan kehendak Ziyad. Kami memilih Itali sebagai tempat berbulan madu kami. Bahagianya kami menyulam kasih, tetapi kebahagiaan bulan maduku tidak kekal lama. Pertemuan Ziyad dengan Lydia, kekasih lamanya di Venice menjadi punca segalanya. Aku menderita kesedihan bila Ziyad sentiasa melebihkan Lydia daripadaku. 

Aku merana dengan sikap Ziyad terhadapku. Aku benci Venice! Aku benci Lydia! Aku benci segalanya tentang percutian bulan maduku! TUHAN, bantulah aku untuk mencari kekuatan yang sudah dirampas pergi ini!




CINTA MEKAR DI HATI - ROSE HARISSA

CINTA MEKAR DI HATI - ROSE HARISSA

BUKU : RARE' OUT OF PRINT

BERMINAT WHATSAPP : 0177342366

DIALAH CINTA HATIKU - AISYA SOFEA

DISKAUN 15%

DIALAH CINTA HATIKU - AISYA SOFEA
HARGA BUKU : RM27.00
DISKAUN : 15%
BUKU : BARU


Sinopsis
Bagi Julianna Isabelle, cinta hanya sekali. Sudah enam tahun dia bersama Rizan. Namun apa yang dirasa; Rizan bukan lelaki yang mengganggu mimpinya. Rizan juga bukan lelaki yang dia rindui. Nanar gelisahnya juga bukan kerana lelaki itu. Tapi siapa? Ada satu nama yang terukir di sudut hatinya. Megat Iskandar Zulkarnain! Akhirnya lelaki itu pulang membuka hijab cinta Julianna. Lebih tulus, lebih suci dan sangat bermakna buat mereka. Sayangnya, Megat adalah abang Rizan dan Julianna pula bakal ditunangkan dengan Rizan. Mana mungkin seorang abang sanggup merampas bakal adik iparnya sendiri? Megat nekad. Enam tahun yang dipersiakan harus ditebus semula. Julianna juga tekad. Dia redha menerima lafaz ijab kabul Megat biarpun ada hati yang terluka. Namun, perkahwinan yang baru berusia seminggu dihempas badai. Megat ada perempuan lain! Hanya air mata yang menceritakan seksa dan derita yang memamah sekujur tubuhnya.

JANGAN GANGGU LENAKU - HAIZA NAJWA


JANGAN GANGGU LENAKU - HAIZA NAJWA
Harga BUKU : RM 22.00
BUKU : BARU


Sinopsis
JEMU dan sepi menguasai diri Atira saban hari. Dia sering ditinggalkan seorang diri di rumah besar yang kosong. Tiada jiran, tiada rakan, tiada keluarga. Entah mengapa, suaminya, Asfahul pula seakan cuba menjauhkan diri. Baru berkahwin, tetapi langsung tidak ada bibit-bibit kemesraan.

Dia rindukan belaian suaminya. Dia sering berkhayal hidupnya bahagia sehingga termimpi-mimpi di dalam tidur. Dalam mimpinya, Asfahul sangat penyayang dan bertanggungjawab. Ucapan sayang lelaki itu tidak putusputus dibisikkan di telinganya. Setiap kali terjaga, dia diulit rindu. Bukan merindui suaminya tetapi dia merindui Asfahul di alam mimpinya. Mampukah dia lari daripada kekosongan yang merantai hidupnya di Teratak Asfalin itu? Apakah dia sedar jiwanya menjadi rebutan? Tetapi, oleh siapa?

INGIN BERKASIH LAGI - DAMYA HANNA


INGIN BERKASIH LAGI - DAMYA HANNA
HARGA BUKU : RM 25.00
BUKU : BARU

Sinopsis
Tidak mahu jatuh cinta! Itu prinsip Isyatul kerana bukan mudah untuk dia menyerahkan hatinya kepada mana-mana lelaki, lebih-lebih lagi kepada Amrin yang sentiasa mengejarnya tanpa jemu. Entah kenapa prinsip itu terbang dibawa angin lalu apabila hatinya dapat menerima lelaki itu ke dalam hidupnya.

Amrin membawa rombongan merisik. Isyatul dilamar sebagai bukti tahap keseriusan lelaki itu mencintainya. Namun, rombongan merisik pulang dalam kehampaan. Isyatul kecewa. Ada sesuatu rahsia yang cuba disembunyikan oleh ayahnya. Amrin pula merana sehingga membawa diri bertahun-tahun lamanya.

Keliru dengan percintaannya, Isyatul diduga dengan kehadiran Najwan. Sikap dan tutur bicara lelaki itu mencuit jiwanya. Dia ingin bercinta lagi. Namun, sejarah cinta lalu menyekatnya daripada menerima hati lelaki itu. Takut pisang berbuah dua kali. Apatah lagi, rahsia yang disembunyikan oleh ayahnya masih belum terungkai.

TERUS CINTAI AKU - ALEYA ANEESA


TERUS CINTAI AKU - ALEYA ANEESA
HARGA BUKU : RM23.00
BUKU : BARU


Kalau tahu sakitnya jatuh cinta, dia lebih rela memilih jatuh lubang. Kalau tahu deritanya merindu, baiklah dia pilih membenci. Hati tak parah, jiwa pun tak merana. Dia hanya Nurzalis Najwa! Kuasa sakti dia tak punya, panah arjuna pun dia tak ada. Yang dia miliki hanyalah sebuah janji.

Sayangnya saat Khilfie muncul, hatinya terbelah dua. Hendak salahkan siapa jika cinta dipegang sebelum waktunya? Setia pula tak kena pada tempat. Lantas, lupa kalau kata tak semestinya dikota. Hati orang pun bukan boleh diikat ikut suka.

Kecewa kerana cintanya tak berbalas, Zalis menjauh. Apa guna jadi permata kalau Khilfie tak mahu menjadi cincin? Hati yang luka biar dicari penawar sendiri. Namun, Khilfie bukan buta. Makin jauh Zalis lari, makin laju dia mengejar. Dia bukan bayang-bayang Zalis, kembar siam pun tidak. Tapi, dia persis gula-gula getah dalam hidup Zalis. Saat sedar matanya memandang Jaznita, hatinya hilang dicuri Zalis. Tak mungkin manusia boleh hidup tanpa hati, kan? Dan cinta... memang pelik, ditolak jauh pun tetap juga mahu mendekat.

UNTUK SEKALI LAGI - AZILAH WAHAB


UNTUK SEKALI LAGI - AZILAH WAHAB
Harga Buku : RM 21.00
Buku : BARU

Rashidah – Sekalipun dia datang dan pergi sesuka hatinya, namun aku pasrah. Walaupun aku cuba membina tembok kebencian padanya, namun kebencian itu bagai tiada di dalam diri ini. Sejauh mana dia pergi, aku masih tetap mahunya kembali. Aku ingin membina semula mahligai bahagia kami yang sudah goyah walaupun diri ini sakit akibat kekejaman yang dilakukannya. Dan lebih parah lagi… aku difitnah!

Kamal – Kemewahan dan pangkat itulah yang menjadi tunjang untuk aku mencapai matlamat dan cita-cita. Kini, aku berjaya memperolehnya. Perlukah aku kembali ke rumah itu setelah melihat apa yang telah dilakukan olehnya? Adakah aku suami yang kejam? Tidak! Biarkan dia rasa. Sayang aku padanya sudah pudar!

Syuhadah – Aku cinta padanya walaupun aku dituduh perampas! Tiada niat di hati ini untuk merenggut kebahagiaan orang lain. Aku hanya mahukan lelaki itu bersikap adil. Namun, aku tidak boleh terima dia menyakiti perasaan wanita itu kerana aku juga murah dengan air mata. Rashidah dan Syuhadah menjadi taruhan kasih sayang Kamal. Kedua-duanya saling memerlukan, namun ada sesuatu yang mengejar bayang-bayangnya. Dia tersungkur mencari kebahagiaan yang hilang!

ADUHAI SUAMI - MUHAMAD MAT YAKIM


Aduhai Suami (Edisi Baharu)
Muhamad Mat YakimHarga: RM 22.00
BUKU : BARU

Kalau ditanya orang bagaimana rupanya cinta, jawablah ia serupa hantu. Tidak dapat dipandang, tidak dapat dipegang, tetapi kehadirannya dapat dirasa. Ada kalanya meremang bulu roma. 

Cinta juga begitu. Nikmatnya cinta hanya kita yang rasa. Indahnya cinta hanya kita yang tahu...

Aduhai Suami bukanlah buku cerita hantu walaupun ada kisah suami jadi ‘hantu’. Ini koleksi artikel pilihan mengenai rencah kehidupan seharian kaum Adam. Pelbagai telatah dan ragam suami dirungkai dengan kisah-kisah yang mencuit hati. Ada ketikanya gelagat mereka sukar diduga dan dijangka.

Aduhai suami... sukarkah memahami mereka?

Semoga kisah yang dipaparkan dapat memberi ilham baru untuk lebih mengenali sifat semula jadi lelaki dan seterusnya memahami mereka.

Raikan cinta anda agar rumah tangga lebih bahagia!

BICARA HATI 2 - DAMYA HANNA


BICARA HATI 2 - DAMYA HANNA
HARGA : RM26.00
BUKU : BARU

Sinopsis
“SETIA ke akhir hayat!”
Itulah ikrar Zahlia dan Tengku Syahran sejak mereka jatuh cinta selepas nikah. Setiap saat, mereka berdoa agar kasih sayang itu terus mekar.

Namun, setelah hampir lima tahun menyulam bahagia, rumah tangga Tengku Syahran dan Zahlia diuji lagi. Badai yang melanda melukakan dua hati. Zahlia menderita. Tengku Syahran pula merana. Biarpun pahit untuk ditelan, mereka pasrah menerima segala yang telah tersurat. 

Bagi Zahlia, sungguhpun mengaku reda, hatinya tak pernah ikhlas. Dia sering menyalahkan diri sendiri. Lantaran itu, rumah tangganya mulai goyah. Warna-warna ceria yang selama ini menghiasi hidupnya, sekelip mata menjadi suram.

Tengku Syahran memendam rasa. Gelisah di jiwanya tiada siapa yang mengerti. Sebagai suami, salahkah jika dia mahu meminta hak dan perhatian daripada seorang isteri?

RINDU AWAK 200% - LIYANA ZAHIM




RINDU AWAK 200% - LIYANA ZAHIM
HARGA : RM23.00
BUKU : BARU

Zill Faezrul Iqbal - Jiwa Armel Aisya jadi nanar apabila teringat nama ini. Bersifat tenang tapi bermulut celopar sungguh menjengkelkan hati Armel Aisya. Tapi, dia tak boleh banyak bunyi. Dia sendiri yang memilih lelaki itu untuk menjadi suaminya. 

Ibarat minyak dengan air, mereka tak boleh bersatu. Akibatnya rumah tangga mereka tidak pernah aman! Penyudahnya Armel ke utara, Faezrul ke selatan. Namun, semakin Faezrul tidak peduli, semakin sakit hati Armel. 

Misteri Faezrul yang kejap hilang kejap ada di rumah, menimbulkan tanda tanya di kepala Armel. Mustahil seorang lelaki kampung yang bekerja sebagai juruteknik mampu memiliki kereta Range Rover Evoque!

Siapa lelaki ini? Mungkinkah dia suku sakat Jula Juli Bintang Tujuh?



SEHANGAT ASMARA - AISYA SOFEA


SEHANGAT ASMARA - AISYA SOFEA
HARGA : RM19.90
BUKU : BARU
STOK : 1
Sinopsis
Kamilia Najwa & Zainal Arief. Pandang pertama mereka memutikkan cinta dan berakhir dengan perkahwinan di London tanpa restu keluarga. Namun, badai asmara mereka sentiasa membakar di sebuah bilik kecil di Oxford dengan janji sehidup semati.

Kebahagiaan mereka tiba-tiba terhenti! Zainal terpaksa pulang ke tanah air dengan janji akan kembali lagi. Sejak itu hingga menginjak sembilan tahun lamanya, Zainal tidak pernah pulang sedangkan Kamilia terus menanti dengan air mata dan sengsara.

Tanpa diduga, Zainal muncul kembali. Datangnya untuk menuntut Misya, anak comel yang selama ini ‘disembunyikan’ oleh Kamilia. Dendam kesumat Kamilia terhadap Zainal tidak pernah padam. Anehnya, ‘dendam rindunya’ terhadap lelaki itu lebih kuat dan mengusik perasaannya. 

Benarkah dia membenci lelaki itu? Dan hipokritkah Zainal bila menyatakan hanya Kamilia seorang di hatinya....