Search This Blog

Showing posts with label EVELYN ROSE. Show all posts
Showing posts with label EVELYN ROSE. Show all posts

UNTUKMU CINTA - DR EVELYN ROSE




UNTUKMU CINTA - DR EVELYN ROSE
HARGA RM32

POSTAGE RM8 (SM)/ RM14(SS)

http://www.wasap.my/+60136342359

Sinopsis:

Cinta.

Pada Orkid, cinta itu perasaan yang suci.Menginginkan yang terbaik pada si dia yang dicintai walaupun hatinya sendiri terluka. Dalam diam dia menyukai sahabatnya Adam yang jelas menyukai sahabat mereka, Dr Eve. Kata Orkid, biarlah kalau satu masa apabila Adam dan Eve bersatu hatinya akan terluka, dia rela dan dia masih mahu berharap. Menumpang kasih seorang Adam selagi Adam tak dimiliki walaupun dia sedar, dia seperti pipit yang menginginkan enggang.

' Kalaupun hati ini akan terluka, aku rela. ' - Orkid

Dalam segitiga cinta antara Orkid, Adam dan Eve, Orkid bertemu Datuk Ir Arman dalam demonstrasi yang dikendalikannya untuk menentang empangan hidro yang bakal dibina oleh syarikat milik Arman. Pertemuan pertama membuatkan Arman tertanya, adakah Orkid bunian di tengah taman. Berbual dengan pokok dan bermain dengan rama – rama ? Pertemuan kali kedua, buatkan hatinya berdegup kencang tatkala anak mata mereka bertaut lama dan pertemuan kali ke tiga terus membawa dia bertemu ahli keluarga Orkid. Namun Arman menyimpan kisah lampau yang ingin dia lupakan. Yang buatkan dia menjauh dari wanita dan pesimis dengan cinta.

Saat itu juga Ramadhan muncul. Teman lama dan jejaka yang ingin dijodohkan dengan Orkid oleh keluarganya di kampung. Pada Ramadhan Orkid adalah wanita pilihan ibunya. Dalam hati, dia simpan satu rahsia yang keluarganya sendiri pun tidak pernah tahu. Tawanya hanya topeng untuk menyimpan gundah di hati. Semuanya untuk seorang ibu yang cukup dia hormati.

Saat hati Orkid benar - benar terluka, mampukah dia mempertahankan cintanya? Dan saat bahagia menjelma, kebahagiaannya diuji lagi.

‘Beritahu Orkid siapa abang sebenarnya?’

Saat hati terluka

Saat jiwa diuji

Siapakah yang kekal menyintai ?




SUAMIKU SI MATA BIRU - EVELYN ROSE


  HANYA TERDAPAT DI PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR  

JADILAH ORANG YANG PERTAMA MEMILIKI NYA !



SUAMIKU SI MATA BIRU - EVELYN ROSE

HARGA BUKU : RM23.00 (SM) / RM26.00 (SS)
WHATSAPP : 0177342366

Sampai bila perkahwinan ini perlu menjadi satu rahsia antara kita? “Kau tetapkanlah Ya Allah agar hati ini hanya akan mencintai seorang lelaki yang sudah Kau tetapkan untuk menjadi suamiku. Janganlah Kau biarkan aku jatuh cinta pada manusia yang salah. Amin, Ya Rabbalalamin... Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui, Ya Allah. Aku serahkan hidup dan matiku di tangan-Mu...” Lalu takdir pun terlukis indah… James Howards. Senyumannya manis, wajahnya kacak dengan anak mata biru muda. Ramah dan selalu tersenyum, bicaranya penuh ilmu.  Suziliana Irina – Gadis Melayu yang cantik dan pintar, sedang melanjutkan pelajaran di peringkat PhD di Newcastle. Orangnya tegas dan hatinya keras. Disangkakan dirinya sapiosexual tapi saat bertemu James Howards, dia jadi Zulaikha yang terkejarkan Yusuf.  I want this guy. Itu kata hati Suziliana Irina tatkala dia bertemu James Howards. Tapi mampukah mereka bersatu dengan seribu satu perbezaan di antara mereka ?  “Awak seperti salji yang putih bersih… Dan saya pula debu yang kotor kepada awak.” - James Howards “Ya Allah, aku lepaskan dia kerana-Mu…” - Irina Namun takdir pertemukan mereka lagi saat hatinya mula melupakan. Bukan sekali tetapi tiga kali. Adakah itu petanda daripada Tuhan ? Atau ujian daripada-Nya sekali lagi ?  “ Waktu awal perkenalan kita apa yang saya nampak pada awak hanyalah lelaki Inggeris, agnostik dan British, dan saya pula Asian, Melayu dan Muslim. Saya terlalu fokus pada perbezaan antara kita padahal kita punyai banyak sangat persamaan. Terlalu banyak keindahan yang kita kongsi bersama…” - Irina “Kita kahwin ? Kahwin rahsia. Ayah saya aje yang tahu nanti.” – Irina Dek mahu menjaga hati keluarga, mereka kahwin rahsia. Persoalannya, sampai bila perkahwinan itu perlu menjadi rahsia antara mereka ?


13 JAM A380 - EVELYN ROSE

BUKU TERBARU DARI PENULIS THE WEDDING BREAKER! (ARIANA ROSE)


13 JAM A380 - EVELYN ROSE
HARGA : RM28.00 (SEM M'SIA)
RM32.00 (SABAH / SERAWAK)

13 jam di dalam penerbangan ke London menaiki MAS A380, takdir menemukan Hana Sofea dan Syed Haydar, jejaka idamannya. Mencipta kenangan terindah di langit biru.

Mereka bergelar kekasih kayangan untuk empat jam, menari tango bersama, menjelajah seluruh pesawat bersama, merasai enaknya Caramel Latte bersama… Tapi tatkala MAS A380 mencecah lantai bumi, segalanya pergi bagai wap di udara.

“Hana, thank you for last night… But I can’t have cocaine all the time.”

– syed haydar.

Melihatkan sendiri kemesraan Syed Haydar dan kekasih realitinya, si model jelita membangkitkan Hana Sofea daripada mimpi indah.

Di kota London, A380 juga akhirnya menerbangkan Hana Sofea kepada Fawwaz Hussaini, jutawan kacukan Melayu-Inggeris-Arab. Tanpa sebarang sebab, Emmel, anak angkat Fawwaz menyangkakan Hana Sofea ialah ibunya.

“My daughter likes you. If you’re willing to let her call you mommy… I will pay you fifty buck per hour...” - Fawwaz Hussaini

“Dapat hadiah tak?” – Hana Sofea

“A pink Audi TT, is that okay?” - Fawwaz Hussaini

“Saya nak Audi TT yang latest version aje. Yang lain saya tak nak.” - Hana Sofea



Hadirnya Hana Sofea menghiasi kehidupan mereka sekeluarga bagaikan indahnya bunga popi mekar, munculnya sang jutawan bermata ambar yang kuat pegangan agamanya itu dalam hidup Hana Sofea pula bagai menyedarkan Hana Sofea tentang kasih sayang Tuhan. Dan saat semuanya bagaikan baru bermula, Syed Haydar datang menuntut sebuah cinta...

“Saya rindu awak, Hana… Jangan cakap awak dah kahwin dan budak ni anak tiri awak, Hana.” – Syed Haydar

Adakah mimpi akan kekal sebagai mimpi setelah waktu berlalu dan hari berganti?

Info Pendek

13 jam di dalam penerbangan ke London menaiki MAS A380, takdir menemukan Hana Sofea dan Syed Haydar, jejaka idamannya. Mencipta kenangan terindah di langit biru.

Mereka bergelar kekasih kayangan untuk empat jam, menari tango bersama, menjelajah seluruh pesawat bersama, merasai enaknya Caramel Latte bersama… Tapi tatkala MAS A380 mencecah lantai bumi, segalanya pergi bagai wap di udara.

“Hana, thank you for last night… But I can’t have cocaine all the time.”

– syed haydar.

Melihatkan sendiri kemesraan Syed Haydar dan kekasih realitinya, si model jelita membangkitkan Hana Sofea daripada mimpi indah.

Di kota London, A380 juga akhirnya menerbangkan Hana Sofea kepada Fawwaz Hussaini, jutawan kacukan Melayu-Inggeris-Arab. Tanpa sebarang sebab, Emmel, anak angkat Fawwaz menyangkakan Hana Sofea ialah ibunya. Adakah mimpi akan kekal sebagai mimpi setelah waktu berlalu dan hari berganti?


THE WEDDING BREAKER - EVELYN ROSE


THE WEDDING BREAKER - EVELYN ROSE
HARGA : RM25.00
BUKU : BARU

Saya memohon maaf kerana mengganggu majlis kalian. Tetapi sebelum Tengku Juwita bernikah dengan Tengku Adam, dia wajar mengetahui siapa bakal suaminya yang sebenar...” - Ariana Rose
Ariana Rose. Kehadirannya menyebabkan majlis pernikahan itu terbatal. Disebabkan gadis itu jugalah, reputasi dan status diri bekas pengantin lelaki itu menjunam jatuh di mata masyarakat. Siapa sebenarnya dia? Apa tujuannya dan siapa yang menghantarnya untuk merosakkan majlis pernikahan itu? Tak kira, dia akan menyiasatnya juga!
Akhirnya Ariana Rose terpaksa akur dengan balasan yang perlu diterimanya akibat perbuatannya itu. Semenjak bertemu dengan lelaki itu, banyak peristiwa yang tak terjangka berlaku dalam hidupnya.

“What’s so funny?”
“Talking to me?”
“Nah… just talking to the lizard. See… there… we were talking just now. I know you won’t be able to understand the lizard’s language.”
Tapi kenapa setelah berlari sejauh ini, lelaki itu masih ditemuinya? Setelah dia berusaha melupakan semua kenangan itu, kenapa lelaki itu kembali meruntuhkan azam dan semangatnya? Kenapa mesti ada nama itu dalam kamus hidupnya?!
“I’m gonna miss you… I’d rather stay by your side. Always.”
“Sayang kat abang rupa-rupanya ya?”
“Mestilah, you are my bubbly boo and a naughty one too.”
Selama ini sudah banyak perempuan yang lebih cantik daripada dia hadir dalam hidup Tengku Adam Kamil. Tapi kenapa gadis itu juga yang melekat dalam hati dan ingatannya? Adakah itu petanda yang dia memang ditakdirkan untuk dirinya?
“Satu aje kesalahan awak, Ariana... Awak dah curi hati saya.” – Tengku Adam Kamil