Showing posts with label SYAFIQ AIZAT. Show all posts
Showing posts with label SYAFIQ AIZAT. Show all posts

AWAN - SYAFIQ AIZAT

AWAN - SYAFIQ AIZAT
HARGA : RM21.90
BUKU : BARU

Sambungan novel bestseller AJAIB.
Budak ajaib — aku suka panggil Izaq begitu sebab dia ada deria keenam. Dia pernah cakap yang dia bagaikan bintang, aku pula bagaikan awan, Kami bersahabat baik, kawan rapat, BFF - labelkan apa saja tentang bersahabatan kami (asalkan bukan gay couple).
Namun siapa yang sangka, bintang akan berhenti dari bersinar, sedangkan awan terpaksa berarak lalu membelah waktu?
Disebabkan deria specialnya itu, dia terpaksa mengharungi perjalanan hidup yang matang pada usia yang masih muda. Dia perlu kuat untuk melawan segala yang mengganggunya, lebih-lebih lagi apabila entiti itu kerap hadir mengingatkannya supaya 'jangan percaya'.
Tapi... jangan percaya kepada siapa?

AJAIB - SYAFIQ AIZAT

AJAIB - SYAFIQ AIZAT
HARGA : RM18.90
BUKU : BARU

“Cikgu, masalah saya, saya boleh nampak hantu. Cikgu yakin cikgu boleh tolong saya?”
Hidup ni gelap – Walaupun aku dapat melihat lebih daripada manusia lain.
Tapi tanpa kegelapan tu, aku tak mungkin nampak bintang yang bercahaya...
Selain kita ada ‘mereka’ – yang kebanyakan kita tak nampak.
Dalam kita ada ‘itu’ – yang kita simpan sendiri.
Nama aku Izaq. Dan ini kisah kami, budak-budak berumur 12 tahun yang terperangkap dalam masalah orang dewasa: ‘mereka’, ‘itu’, dan sedikit yang AJAIB.