Search This Blog

Showing posts with label DYADILA. Show all posts
Showing posts with label DYADILA. Show all posts

KERANA KAU - DYADILA


KERANA KAU - Dyadila
HARGA: RM22.00 (Sem). / RM 25(SS)
HARGA JUAL: RM23.00/ RM 26(SS)
(TERMASUK POS)
KELUARAN : BULAN APRIL
Sinopsis:

“Kalau nak aku terus tinggal dekat sini, aku nak bilik lain. Aku tak suka bilik ni. Dan aku benci warna ni. Dan aku juga paling benci kalau orang nak buat baik dengan aku.” – NUR AYUNI BALQIS

“Mungkin kau dah hilang ingatan. Sekarang ni aku nak ingatkan balik. Sejak dua hari lepas aku Fariz Iskandar Leo dah menjadi suami yang sah kepada Nur Ayuni Balqis, jadi mulai saat ini sama ada kau suka atau tak, kau kena bagitau aku ke mana saja kau nak pergi. Kalau aku izinkan baru kau pergi.” – FARIZ ISKANDAR LEO

“Yuni kenapa hati Yuni sekeras ini. Papa minta maaf, apa yang dah papa lakukan pada Yuni. Papa buat semua ni untuk Yuni. Dan papa yakin Fariz boleh bahagiakan anak papa ni.”

Ayuni mencebik. Dua wajah yang masih kekal memandangnya itu langsung tak dihiraukan.
“Bahagia? Perkataan tu dah lama hilang. Dan jangan ingat saya ikut semua percaturan Dato ni maknanya saya nak bahagia. Saya buat sebab saya nak tengok Dato dan perempuan ni menderita! Selamanya!” jerit Ayuni lagi. Entah kenapa ayat itu keluar daripada mulutnya. Dia sendiri tak dapat mengawalnya.

Di hujung tangga ada telinga yang dari tadi menjadi pendengar. Kaku. Soalan yang dulunya bermain di fikiran muncul kembali. Kenapa terlalu tebal rasa benci dalam hati Ayuni? Kenapa?

Ayuni melangkah keluar meninggalkan Teratak Kasih. Dia perlu bernafas. Ketika ini dia terasa nak gila! Ya memang dia akan gila. “Jangan mencari-Nya kerana inginkan jawapan. Carilah Dia kerana kita tahu bahawa Dialah jawapan pada semua persoalan.”