Showing posts with label LILY HASLINA NASIR. Show all posts
Showing posts with label LILY HASLINA NASIR. Show all posts

LELAKI LINGKUNGAN CINTA - LILY HASLINA NASIR


PBAKL ..... PBAKL.....PBAKL

  HANYA TERDAPAT DI PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR  

JADILAH ORANG YANG PERTAMA MEMILIKI NYA !



LELAKI LINGKUNGAN CINTA - LILY HASLINA NASIR

HARGA BUKU : RM26.00 (SM) / RM29.00 (SS)

UPAH RUNNER PBAKL RM3.00

POSTAGE : RM8.00 (SEM) / RM12.00(SS)

BAYARAN AKHIR : 4HB MEI

PENGHANTARAN SELEPAS TAMAT PESTA BUKU

WHATSAPP : 0177342366

Antara redup wajah itu, aku menumpang cinta. Antara kekar tangan ini, engkau aku pimpin. Nakal. Itu perkataan yang paling sinonim dengan Adib. Semenjak di kolej sehingga ke universiti, Adib sangat terkenal. Bukan terkenal kerana kecemerlangannya tapi terkenal kerana kenakalannya. Semua pernah Adib lakukan termasuklah membuat ‘dajal’ kepada Esya. Bagi Esya, Adib adalah musuh nombor satunya. Kerana Adib dia didenda. Kerana Adib habis pakaiannya rosak. Kerana Adib dia terkenal di kolej.  Saya mungkin tak romantik, saya mungkin tak kacak, tak kaya... Tapi percayalah, hati saya melimpah kasih untuk Esya. - Adib Mahligai cinta terbina ketika masing-masing masih bergelar pelajar. Esya pada awalnya tidak begitu yakin dengan Adib yang sangat nakal itu. Sikap Adib yang berlainan ketika bersama dia akhirnya menambat hati Esya. Bahagia yang dibina menerbitkan hasad dalam diri Zamri. Zamri berusaha memisahkan pasangan muda itu. Alasannya? Hanya dia yang tahu. Adib! Kau jangan jadi bodoh sangatlah. Si Esya tu memang terhegeh-hegeh ikut aku. – Zamri “Orang tak datang beli kalau Esya tak menjual! Memang dasar keturunan menjalang memang macam ni agaknya!” – Adib “Sampai hati Adib tuduh Esya macam tu. Esya benci Adib!” – Esya. Retak menanti belah. Rumah tangga Esya dan Adib bergolak kerana mulut Zamri sehingga Adib mengungkit tentang asal usul isterinya. Itu yang Zamri mahukan! Galau hati Esya. Dia nekad dengan keputusan untuk menjauhi Adib. Kerana pulut santan binasa, kerana mulut santan binasa. Adib nanar sendirian tanpa Esya di sisi. Ujian datang bertimpa-timpa. Esya tetap dengan rajuknya. Akan tersingkapkah kebenaran yang mampu menyatukan mereka kembali? Atau hubungan Adib dan Esya berakhir hanya kerana status hidup seorang Esya?


PILIHAN NOVEL PTS

AKUKAH CINDERELLA - LILY HASLINA NASIR
LILY HASLINA NASIR
HARGA :  RM17.00

Lisa adalah gadis biasa. Tiada istimewa pada dirinya. Dia hanya punya angan-angan dan doa. Dia mahu jadi cinderella yang sentiasa punya pari-pari membantunya tatkala dia berada dalam kesusahan. Namun, Lisa tahu itu mustahil. Kuasa tuhan mengatasi segala keajaiban di muka bumi.
Tuhan mendengar doa Lisa. Berkat kejujurannya tatkala bekerja sambilan, dia diberi ganjaran menyambung pengajian di Kolej Universiti Malaysia. Di sana sgala-galanya bermula. Hidup Lisa diduga.
Dia dihambat dan dibuli seorang jejaka yang dipanggil 'anak raksasa'! Mengapa Farid dipanggil anak raksasa? Mengapa pula Farid menggelar Lisa sebagai 'nenek kebayan'?



AKU, DIA DAN COKLAT
LILY HASLINA NASIR
HARGA : RM16.00

Kata Puteri Rania, coklat itu menggemukkan! Nasihat Khadijah, kalau mahu badan cantik jangan makan coklat.Tapi bagi Zaza, bukankah coklat itu lambang cinta! Coklat itu ubat untuk awet muda.
Sang jejaka idaman, Si Fariz hadir di kolej menjadi jejaka pujaan ramai. Zaza jatuh cinta! Sanggupkah Zaza makan hanya dua sudu nasi dan mengunyah tomato atau epal setiap hari semata-mata untuk Fariz? Bukankah selama ini Zaza makan coklat hingga lima kali sendawa.
Hatinya mahu coklat! Tapi jiwanya mahu memiliki Fariz. Maliz dan Asyikin, racun dalam hidup Zaza, tiba-tiba merancang sesuatu. Hidup Zaza bagai di neraka seketika. Siapa menang dalam pertarungan merebut perhatian Fariz? Apa terjadi apabila Zaza terbaca komen dan catatan di blog ibu Fariz, Puan Faridah? Antara coklat dan Fariz, yang mana raja di hati Zaza?



MENUNGGU CINTA TUHAN - LILY HASLINA NASIR
LILY HASLINA NASIR
HARGA : RM18.00

Khalida Atikah jiwanya bening lagi putih mengalir kalau berbicara tentang roh Islam. Dia mungkin tidak punya cinta tapi tetap punya cita-cita. Impiannya cuma satu. Biar apa jua keadaannya, Islam tetap nur di jiwa. Dia juga ada ketika terkeliru dan celaru. Dunia surat khabar ada ketika memaksanya jadi zalim. Mampukah dia? “Alamak... macam mana nak tulis gosip? Nanti aku fitnah orang?”
Azrul Rasyid.. dia lelaki keras, kasar lagi lantang. Kata-katanya penuh luka, bibirnya penuh duri. Cintanya hanya pada diri, tulisannya penuh menyakitkan hati. “Hah?! Budak Khalida jadi anak buah aku?” “Bertudung, lurus bendul, aliran agama... Apa Khalida tahu tentang hiburan dan artis?” “Menulis di ruangan hiburan pun macam beri kuliah subuh!”
Cinta Tuhan tidak perlu ditunggu. Cinta Tuhan tidak perlu dinanti. Kasih sayang dan manis rindu pada Tuhan seharusnya menjadi nafas kita setiap saat. Di antara Khalida Atikah, Azrul Rasyid dan Nureen siapa yang lebih luhur lagi putih untuk disapa cinta PenciptaNya?


TUHAN MASIH MENCINTAIKU - LILY HASLINA NASIR 
(sambungan Menunggu Cinta Tuhan)
HARGA : RM21.50

Rasyid, Khalida dan rakan lain sudah membuat tim baru. Mereka menyelongkar kisah getir masyarakat yang lebih menginsafkan.
Hidup peribadi Azrul Rasyid juga tertekan apabila kisah sejarah hitam ibunya menjadi buah mulut ramai. Baru kini Azrul memahami betapa sakitnya diri apabila difitnah dan dijadikan bahan gosip. Dia akhirnya mendapat tahu dia bukan anak kandung orang tuanya. Dia adalah anak yang tidak diingini. Ibunya satu ketika dahulu dirogol oleh bekas kekasih biarpun sudah bergelar isteri orang. Masalah bertambah sukar apabila yang kenangan bersama arwah Nureen sering menganggu tidurnya. Dosa silam tidak terbasuh dengan air mata biarpun saban malam dia menekur di sejadah memohon ampun. Cik Latifah yang sudah keluar dari wad sakit jiwa kembali mengganas. Dendamnya sampai mati!Hanya kekuatan iman dan ketabahan yang luar biasa membantu Azrul Rasyid bangkit dari puing-puing luka cerita lama.


SEMANIS TART CERI - MASLINA NGADIMAN
HARGA : RM19.50

Iman Selina, pengurus jelita merangkap chef.
Norli Sarasi pelayan yang bercita-cita ke universiti.
Rehana si penjaga kaunter yang terpelajar.
Zizi si pelayan yang muncul di kafe bak Chipsmore.
Khairul si pelayan penuh muslihat.
Namun, keceriaan mereka bertukar menjadi 'mimpi ngeri' dengan kehadiran putera bak 'model iklan syampu' berwajah dingin yang merampas takhta pengurus di Kafe Ceri.
Bagi Hakim Aiman, arahan bekerja di Kafe Ceri adalah paksaan yang tidak dapat dielakkan.
Mampukah Kafe Ceri berjalan lancar dengan adanya pengurus baharu itu?


PLANET-PLANET CINTA-MARIA KAJIWA
HARGA : RM25.00

Sebuah kisah cinta yang tidak terbendung luasnya cakerawala.
Hidup Puteri Elara mula berubah sejak kali pertama mengenali seorang jejaka dari Bumi, Prof. Ananke. Namun, Ratu Jupiter mahu menyatukan sang puteri dengan Putera Andrastea, anak pemimpin tertinggi suku Andala.


LELAKI BERKASUT MERAH - BAHARUDDIN BEKRI
HARGA : RM20.00

Jamal bin Lomo lelaki yang punyai masa silam yang gelap, memiliki sebuah kotak hitam yang rahsia dan dia mencari kerana di sini hanya ada kisah manusia-manusia yang biasa. Lelaki berkasut merah yang penuh rahsia, anak muda yang berwajah dingin, perempuan serba hitam yang tidak pernah gusar, perempuan berseragam hijau yang penuh prihatin, dan watak-watak lainnya yang berwarna seperti pelangi.
Kita akan menemukan lelaki berkasut merah yang punyai masa silam yang penuh rahsia. Tidak ada siapa tahu berkenaan rahsianya selain seorang tok imam tua.
 Sebelum itu, kita juga akan menemukan seorang anak muda yang berwajah dingin, yang gemar merenung tajam, dan tidak mungkin dibantah katanya.
 Kedua-dua mereka punyai misi yang sama atas sebab yang berbeza. Mereka berdua mencari manusia-manusia yang . Pada waktu yang sama, mereka juga dicari oleha manusia-manusia yang punya agenda rahsia.


ANARKIS-KHAIRUL NIZAM KHAIRANI
HARGA : RM29.00 


Sarjan Awai Anak Gamung, seorang penembak hendap Gerup Gerak Khas membiarkan dirinya dipenjarakan selama lima tahun di wilayah Balkan. Baginya, tiada pengampunan atas dosa yang dilakukannya di wilayah bergolak itu. Sehinggalah pihak Angkatan Tentera Malaysia menjumpainya dan membawanya pulang.Di Malaysia, dia sedari yang dia tidak punya apa-apa. Anak dan isteri telah meninggalkannya. Dan, bagai bayang-bayang hitam, dosa lalu tidak pernah meninggalkannya. Dia dikaitkan dengan kematian diplomat Britain, Sir  Sir Anthony Morse dan peguam belanya sendiri,  Jagjit Kaur. Keadaan mula menekan, dan dia terpaksa melarikan diri.
Kota raya Kuala Lumpur berubah menjadi medan pertempuran apabila sekumpulan tentera upahan misteri mula menjalankan operasi memburunya. Misi mereka: Sarjan Awai mesti mati!
Apabila nyawa keluarganya terancam, dia berhenti berlari. Daripada seorang yang diburu, dia menjadi pemburu. Kemusnahan mengikut setiap langkahnya. Tiada undang-undang dapat menghalangnya. Dia menjadi...

ANARKIS!



BAHARUDDIN BEKRI
HARGA : RM8.00 (RM9.90
m/s 160
Mengisahkan Idlan Rayyan (bukan nama sebenar) yang berhadapan dengan kesukaran hidup sebagai mat despatch yang mencuba nasib menjadi editor freelance di sebuah syarikat penerbitan. 
Mat despatch ni adalah lelaki biasa yg mudah jatuh hati. Kisah hariannya dihiasi kehadiran wanita2 yg dipujanya dalam diam tapi dia sendiri tidak tahu apakah itu cinta. Kawan2 dan orang2 yg ditemuinya turut memberi nasihat mengenai wanita. Susah juga bagi lelaki biasa sepertinya utk memahami wanita2 yg kompleks. Kisah biasa yg membuat kita berfikir tanpa kita sedari.


credit : http://gengkicap.blogspot.com/2010/06/review-diari-mat-despatch-by-bahruddin.html
http://novelcinta.multiply.com/reviews/item/513




SEPERTI KEJU DAN COKLAT- ROSE HARISSA
HARGA : RM16.00


Siapa sangka keju dan coklat dapat 'bersatu' dalam hidangan pisang? Begitulah kisah Aqil dan Raisya. Safiy Aqil yang pernah menghidap Sindrom Asperger menuntut di UTM. Dia suka memencilkan diri dan tidak bergaul dengan sesiapa. Siapa sangka, abang tirinya, Rafa'e belajar di tempat yang sama, dalam jurusan yang sama. Rafa'e bukan sahaja menabur fitnah terhadap Aqil di hadapan Raisya malah di hadapan ayah mereka, Dato' Hamdan sehingga Dato' Hamdan membenci Aqil sekeluarga. Pada semester ini, sudah tiga kali Aqil mengulang subjek yang sama. Pada semester ini juga, dia 'terpaksa' berkenalan dengan Raisya.
Raisya berjaya mengubah Aqil, dari seorang yang pendiam dan lokek senyuman, kini Raisya berjaya membuatkan Aqil menguntum senyuman. Aqil juga kembali bersemangat untuk menamatkan pengajiannya. Siapa sangka, hujan di tengah hari. Ada seseorang mengoyak lukisan AutoCad Raisya pada hari penilaian. Lukisan Aqil turut sama dikoyak. Angkara siapakah ini?


 MARDIHAH ADAM
HARGA : RM14.50 (RM17.50)

Hatinya sentiasa mahu tenang mengharungi cita-cita dan cabaran berganda. Nur Aisya binti Mohd Jamil mengharungi impian dengan ternakan ikan air tawarnya. Gadis cekal yang mengalunkan cerita dengan pengertian maqam takwa, kasih sayang seorang anak dan kisah hatinya bersama cinta yang terus-terusan mendatang.
 Musim-musim ciptaan Tuhan lantas berlalu dengan nyaman. Sehingga Tuhan mendatangkan cabaran dan dia akhirnya mencari diri. Cinta, cita-cita dan kasih dalam kisah hidupnya dibawa supaya segala ketenangan dan musim mendatang Tuhan ciptakan keajaiban. Gerimis tidak akan berhenti dan sentiasa mendatang sehari-hari.