Search This Blog

Showing posts with label CIK D. Show all posts
Showing posts with label CIK D. Show all posts

BILA PAPA JATUH CINTA - CIK D


BILA PAPA JATUH CINTA - CIK D
HARGA BUKU : RM26 / RM29
BUKU : BARU

*************************


Sinopsis : BILA PAPA JATUH CINTA 💖💟💝

Lebih empat tahun dia mengelak, pertemuan tanpa sengaja itu buat hati Adinie Syifa kembali dilanda gelombang. Rupanya, dia tak pernah mampu lupakan lelaki itu.
Bagi duda kacak bernama Ahmad Dhani pula, ditemukan semula dengan Dinie buat hatinya kembali ‘hidup’. Memang cintanya pada anak bekas pekerjanya itu tak pernah pudar.
Tapi, misi untuk meraih cinta si gadis bukan mudah. Dia yang sentiasa tenang dalam bicara dan tingkah, harus berubah watak menjadi lelaki yang menjengkelkan.
"Macam mana encik tahu kereta Dinie pancit?" Pinggang Dinie cekak, di 
bawah sinaran mentari begini, tubuhnya cepat saja hangat nak bangkit marah.
"Lelaki sekacak saya sentiasa bersiap bersedia dengan sebarang keadaan." Dhani senyum. Ada sesuatu yang cuba diselindungkan.
Kalau hati dah kata mahu, apa cara sekali pun dia sanggup. Walau harga yang mahal harus dia bayar untuk mengangkat Dinie menjadi isterinya.
Pun begitu, kisah mereka tidak tamat setelah bergelar suami isteri. Rupanya, Dinie tak pernah belajar dari silapnya sendiri. Kerana satu perkataan curiga, semuanya berantakan.
“Sayang, salah ke kalau abang dan Juliana..."
"Tak salah?” Dinie memintas. 
“Tak salah abang kata?" Dinie ulang tanya. 
"Dinie rasa elok abang pergi sekarang. Tak perlu jelaskan apa-apa. Dinie dah tak nak dengar semua alasan abang!" Suaranya meninggi.
Dhani tergamam. Separuh jiwanya pergi bila dia diingatkan sekali lagi untuk pergi. Seperti biasa, dia mengalah. Kalah dengan air mata si isteri.
"Sayang..."
"Pergi! Dinie tak nak tengok muka abang lagi!"
Apa sebenarnya kisah antara Dhani dan bestfriend forevernya yang bernama Juliana itu yang buatkan hati Dinie membara? Dan apa akan jadi jika Dhani benar-benar pergi meninggalkan si isteri?



DIA SEBELUM AKU - CIK D


DIA SEBELUM AKU - CIK D
Harga: RM 27.00(SEM) / 30.00(SS)
BUKU : BARU

Kerana kasihan dan tawaran yang lumayan, Ainan terima tugas menjaga Adawiyah yang sakit. Tapi, di hari pertama bekerja, dia dipinang oleh Adawiyah agar turut ‘menjaga’ suaminya dalam ikatan yang halal. "Ainan...jangan fikirkan kakak, dik. Apalah sangat hati orang yang dah nak mati seperti kakak ni. Terimalah abang dan bahagiakan dia ya dik?" - Adawiyah 
Permintaan Adawiyah terlalu berat tapi Ainan terdesak dan terpaksa akur. Terima Nazim sebagai suami dan jadi isteri kedua dalam erti kata yang berbeza. 
Tapi, mampukah dia suntikkan bahagia ke hati Nazim sedang dia tahu hati lelaki itu hanya untuk Adawiyah? Layanan Nazim yang berbeza buat Ainan terfikir, benarkah Nazim mengahwininya hanya kerana permintaan Adawiyah? 
“Saya tak nak sakit. Sakit sebab percaya yang abang betul-betul sayangkan saya.” – Ainan 
“Apa selama ni Ainan fikir abang buat semuanya demi penuhi nafsu semata-mata? Tak dapat kakak, abang cari Ainan, macam tu? Dan benih dalam rahim Ainan tu, kalau bukan hasil dari rasa sayang abang, Ainan nak anggap dia sebagai apa? Anak hasil rogol suami sendiri!?” – Nazim 
Hubungan yang pada mulanya rukun, menjadi berantakan saat hati Adawiyah mula celaru. Mengelak diri dari bersama Nazim kerana mahu mengalah tapi, sebenarnya dia mula dihantui cemburu. 
Mampukah Nazim membawa Ainan turut sama merasai cintanya? Akan kekalkah bahagia Ainan andai ada lagi satu hati yang mengharapkan bahagia itu? Mampukah Nazim bertahan dengan dua isteri yang suka memendam rasa? Dan mampukah Adawiyah bertahan dengan sakit berganda yang dicipta sendiri sebelum dijemput Ilahi?