Showing posts with label BUKU AGAMA. Show all posts
Showing posts with label BUKU AGAMA. Show all posts

101 DOA JAMPI MUJARAB ULAMA PONDOK: PENYEMBUH DAN PERISAI

101 DOA JAMPI MUJARAB ULAMA PONDOK:
PENYEMBUH DAN PERISAI
HARGA : RM32.00
BUKU : BARU

Buku 101 Doa Jampi Mujarab Ulama Pondok: Penyembuh & Perisai mengajak pembaca untuk membaca amalan dan khasiat daripada ayat-ayat tertentu dalam al-Quran yang telah teruji keberkesanannya oleh orang soleh pada zaman dahulu dan sangat bermanfaat untuk Mukmin pada masa sekarang.

TARBIAH SENTAP - ADNIN ROSLAN

TARBIAH SENTAP - ADNIN ROSLAN
HARGA BUKU  : RM 25.00
HARGA BUKU TERMASUK POS :
RM30.00(SEM)/RM35.00 (S/S)
PEMBELIAN BUKU ; WHATSAPP 0177342366

" kadang kadang ummah hari ini perlu diberi SENTAPAN untuk mereka mereka yang lalai dan terlalu selesa dibuai mimpi, kembali bangkit menjadi singa !"


HENSHIN - AIMAN BANNA



#HENSHIN - AIMAN BANNA 
(From jahiliah to jannah)
HARGA BUKU : RM25.00
HARGA BUKU TERMASUK POS 
: RM30.00 (SEM) / RM35.00(S/S)
PEMBELIAN BUKU ; WHATSAPP : 0177342366 

Henshin? Apakah itu...?
Henshin = Hijrah, berubah.

Buku ini mengenai apa?

Sebuah manual untuk perjalanan keluar daripada jahiliah melalui proses henshin lalu menuju ke jannah.

"Ramai orang mahu berubah tapi mereka tidak tahu apa yang perlu diubah dan bagaimana cara hendak berubah.

Buku #Henshin ini bagi saya adalah satu buku yang mampu untuk menjawab segala persoalan dan kekeliruan anda!

Buku ini menggunakan bahasa yang santai, menyentuh perasaan pembacanya dan ada gaya yang tersendiri.

Saya yakin siapa sahaja yang membaca pasti akan tersentuh hati dan dapat mencetus diri untuk berubah, inshaAllah.


Henshin!" - Bro Adnin Roslan, Pengasas Tarbiah Sentap

MASA DALAM KEHIDUPAN - DR. YUSUF AL-QARADHAWI


MASA DALAM KEHIDUPAN - DR. YUSUF AL-QARADHAWI
BUKU : BARU
HARGA : RM15.00

"Wahai orang yang beriman, janganlah kamu dilalaikan oleh harta benda kamu dan anak-pinak kamu daripada mengingati Allah. Dan (ingatlah), sesiapa yang melakukan demikian, maka mereka itu adalah orang yang rugi.
Dan belanjakanlah sebahagian daripada rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang daripada kamu sampai ajal maut kepadanya. (Surah Al-Munafiqun, ayat 9 hingga ayat 10)

KAEDAH MERAWAT SANTAU-DATO' DR HARON DIN,TUAN HJ. MOKHTAR KASSAN


KAEDAH MERAWAT SANTAU
PENULIS : DATO' DR HARON DIN
                               : TUAN HJ. MOKHTAR KASSAN
BUKU : BARU
HARGA : RM17.00

antau adalah amalan sihir yang sering menghantui masyarakat khususnya di Malaysia. Walaupun teknologi berubah dan semakin canggih, gejala santau masih berleluasa. Masyarakat pula menjadi keliruapabila mahu mendapatkan penyembuhan, antara berjumpa dengan bomoh, ataupun pengamal perubatan alternatif yang mengikut landasan syariat. 
Saban tahun, semakin ramai pesakit datang bertamu, dan seiring dengan itu juga, semakin bertambah pengamal perubatan yang diiktiraf. Buku ini terhasil berdasarkan ilmu dan amalan para penulis dalam merawat penyakit-penyakit yang disebabkan santau, sejak tahun 1980-an. Darussyifa' sendiri terkenal sebagai antara pelopor perubatan alternatif di Malaysia. 
Buku Kaedah Merawat Santau ini adalah ikhtiar yang dilakukan demi membantu pesakit bagi menghadapinya. Sesungguhnya Allah s.w.t. juga menyembuhkan setiap penyakit para hamba-Nya, seperti ucapan Nabi Ibrahim a.s. dalam surah As-Syu'arak ayat 80 yang bermaksud, "Dan apabila aku sakit, maka Dialah yang menyembuhkan penyakitku."

IMAM IMAM YANG BENAR - ABDUL LATIP TALIB

IMAM IMAM YANG BENAR
PENULIS : ABDUL LATIP TALIB
HARGA ASAL : RM55.00
HARGA JUAL : DISKAUN 10%
BUKU : BARU
STOK : ORDER

Kisah empat imam yang menjadi pendiri empat mazhab Ahli Sunnah Waljamaah. Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam Syafie dan Imam Ahmad bin Hanbal. Inilah kisah mereka sedari kecil sehingga mereka meninggal dunia. Kisah pembelajaran mereka, kisah keistimewaan mereka, kisah kesengsaraan mereka, dan kisah mereka menentang kebatilan. Dituliskan dalam bahasa yang sesuai untuk semua peringkat umur.

ENSIKLOPEDIA SOLAT - PENULIS : PELBAGAI PENULIS

ENSIKLOPEDIA SOLAT
PENULIS : PELBAGAI PENULIS
HARGA ASAL : RM100.00
HARGA JUAL : DISKAUN 10%
BUKU : BARU
STOK : ORDER

  1. Maklumat dan ilmu yang berkaitan dengan solat.
  2. Keistimewaan ensiklopedia ini berbanding dengan ensiklopedia lain yang ada dalam pasaran kerana mengandungi pelbagai keterangan daripada aspek, fiqah, falsafah, sejarah dan saintifik.
  3. Setiap entri disampaikan dengan mengintegrasikan semua aspek ilmu supaya sesuai untuk rujukan kontemporari.
  4. Disusun mengikut pendekatan mesra pembaca.
  5. Disertakan dengan ilustrasi, foto, gambar rajah, peta minda dan jadual.
  6. Semua hadis yang digunakan mempunyai matan, sanad dan no. hadis untuk memudahkan para pembaca membuat rujukan.

INDAHNYA HIDUP BERSYARIAT - DATO' ISMAIL KAMUS



Isi buku INDAHNYA HIDUP BERSYARIAT ini merupakan panduan untuk diri sendiri (fardu ain), seisi keluarga, masyarakat dan umat sejagat (fardu kifayah). Ia merangkumi syariat ketika kelahiran, fardu ain kanak-kanak, penekanan pendidikan remaja, hukum-hakam muamalat (jual beli), munakahat (nikah kahwin dan rumah tangga) serta amalan zikir, doa dan adab. Semua ilmu bersumberkan al-Quran dan hadis sahih. Teknik penyampaian buku ini ringkas dan tepat dalam bentuk carta, jadual dan rajah.
Penulis 
Dato' Ismail Kamus
: Mohd Azrul Azlen Ab. Hamid
Harga 
: Semenanjung M'sia - RM55.00
Diskaun : 15%

Furu' Al-Masa'il - Datuk Hassan Din


Furu’ Al-Masa’il merupakan sebuah karya terjemahan dari kitab asal yang ditulis oleh ulama’ nusantara terkenal Syeikh Daud al-Fathani yang disampaikan dalam bentuk soal jawab menyentuh soal-soal syariat yang merangkumi aspek-aspek ibadat, munakahat, muamalat dan jinayat. Menurut Datuk Hassan Din, penyusun semula buku ini, “saya lebih berminat untuk terus melayari lembaran kitab Furu‘ Almasa’il setiap kali saya berhadapan dengan masalah fiqah. Akhirnya dengan kehendak Allah jua, terdetik persoalan di hati saya, kenapa kitab yang seindah itu, disimpan hanya untuk menjadi tatapan dan rujukan golongan tertentu sahaja. Alangkah baiknya sekiranya kitab yang bermutu seperti itu dapat dimanfaatkan oleh generasi masa kini. Khazanah ilmu yang terkandung di dalamnya dapat dikongsi dan ditatap bersama. Akhirnya, timbullah keinginan saya untuk menyusun semula kitab tersebut dengan gaya bahasa masa kini untuk memudahkan generasi hari ini membaca dan memahaminya, khususnya bagi mereka yang dahagakan ilmu.”
Penulis : Datuk Abu Hassan Din Al-Hafiz

Harga Asal : RM75.00
Diskaun : 15%