Showing posts with label FATRIM SYAH. Show all posts
Showing posts with label FATRIM SYAH. Show all posts

BUNGA TERAKHIR - FATRIM SYAH


BUNGA TERAKHIR - FATRIM SYAH
HARGA BUKU : RM24.00
BUKU : BARU

Dua kisah.
Dua sahabat.
Dua rumahtangga.
 Dua dugaan.
 
Bazli yang menduda di usia muda dipertemukan dengan cinta keduanya Juwita manakala Adam Lee seorang mualaf berkahwin dengan Dahlia cinta hatinya namun ia bukan mudah bila kebencian keluarga menjadi penghalang.
 
“Berilah abang hak untuk bahagia macam orang lain, abang nak rasa sempurna macam orang lain.” - Bazli
 
“Tapi umi, hinakah seorang mualaf macam Adam ni umi? Salah Adam ke kami tak ada anak sendiri?” - Adam Lee
 
Namun, kebahagiaan yang mereka cari merupakan satu titik permulaan kepada sebuah dugaan. Adakah Bazli benar-benar mendapat sebuah cinta sejati?
 
“Ya. Juwita tidak mahu jadi anak derhaka bang. Sebab abang, hati Juwita ni sakit, Juwita terpaksa hadapi semuanya dalam pura-pura!”- Juwita
 
Adam Lee yang selama ini bertahan dengan kebencian keluarganya sendiri dan ibu mertuanya cuba mempertahankan rumahtangganya bersama Dahlia tapi sampai bila?
 
 ‘Maafkan Dahlia bang, bukan pinta Dahlia sebegini, tapi lebih baik abang tak tahu apa yang berlaku. Cukuplah apa yang abang hadapi selama ni,’ - Dahlia
 
            Di sebalik kisah rumahtangga dua sahabat, ada wanita yang menyimpan hati dalam diam. Kasih yang mencari-cari erti sebuah cinta sebenar muncul dalam hidup Bazli.
 
“Hensem juga dia ni, agak-agak bujang lagi tak. Baik pula tu, ada jodoh kot aku atas kapal terbang ni, sekali kahwin dalam kapal kan ke best.” – Kasih
 
Wani, sahabat baik Adam Lee cuba memahami keadaan sahabatnya tapi akhirnya terperangkap dalam satu insiden besar bersama Adam Lee.
 
 ‘Mungkin kau tak nampak aku lagi Adam, tapi aku akan tunggu masanya...’ - Wani
 
          Tapi, soal jodoh pertemuan yang diatur Tuhan tiada siapa yang dapat menduga pengakhirannya. Percayalah, Tuhan akan memberikan ujian semampunya yang boleh ditanggung oleh hambanya yang memunculkan bunga kebahagiaan pada akhirnya yang diberi nama Bunga Terakhir.