MAGISNYA CINTA - SYAMNURIEZMIL

HARGA PROMOSI TERMASUK POS
RM31.00(SEM) / RM34 (S/S)

MAGISNYA CINTA - SYAMNURIEZMIL
HARGA : RM29.00
BUKU : BARU

Bisa buat benci tinggal seinci
Cinta itu seperti magis. Sihirnya boleh membuat seseorang yang waras boleh jadi gila, hilang boleh cari, hati boleh diganti dan benci... boleh tinggal seinci. Ya, cinta itu magis. Hebat kuasa yang ada pada cinta, yang hanya bermula daripada rasa
Kerana cinta, Adib Haiman sanggup melepaskan orang yang dicintai. Kerana cinta, Rose Khadeeja mengikut kata hati. Kerana cinta, Natasha Erynna sanggup berdendam. Kerana cinta, Megat Razeen sanggup mengambil kesempatan. Kerana cinta, Megat Waiz Yafiq sanggup pasrah dan reda. Kerana cinta, Cinta Alana sanggup mengikut kehendak orang tua. Kerana cinta, semuanya sanggup berbuat apa saja.
Namun...
Adakah semua kesanggupan itu ada nilainya? Akankah mereka bertemu dengan cinta sejati?
Semuanya bermula pada satu rancangan yang dibuat oleh Rose. Kononnya mahu menegakkan keadilan ke atas percintaan kawan baiknya, Natasha yang kecundang dengan Adib. Namun akhirnya, hati Rose pula yang tersangkut. Itulah, magisnya cinta buat benci bertukar sayang. Rupa-rupanya, Adib turut mempunyai perasaan yang sama terhadap Rose.
Saya cintakan awak kerana Allah S.W.T. Saya lepaskan awak, juga kerana Allah S.W.T. Kalau awak kembali kepada saya kerana Allah S.W.T, saya akan terima awak kerana Allah S.W.T. – Adib Haiman
Namun rasa cinta itu terpaksa dilupakan kerana Megat Waiz mencintai Rose. Megat Waiz mencintai Rose sejak daripada kecil lagi sama seperti Natasha mencintai Adib. Rupa-rupanya itu semua hanyalah cinta bertepuk sebelah tangan. Akhirnya, Megat Waiz membawa diri. Sewaktu balik ke Malaysia, dia bertemu dengan Cinta. Dengan Cinta, Megat Waiz menemui harapan baru. Tetapi, nampaknya harapan itu hanyalah harapan semata-mata kerana Cinta ada tanggungjawab lain.
I like you, the moment I met you, Ci. – Cinta Alana
I like you too, Waiz. But the problem is, kita dah berjanji dengan ayah-ayah kita. Saya tak naklah kalau sebab saya, ayah saya jatuh sakit lagi. – Megat Waiz
Sewaktu majlis pernikahan Adib dan Rose, Natasha kemalangan, lalu hilang ingatan. Megat Razeen muncul dan membuat Natasha jatuh cinta. Tetapi, kesempatan itu hanya seketika, apabila di suatu kejadian, Natasha... ingat semula.
Adib? Mana dia? Cari dia. Cari dia, sekarang! – Natasha Erynna
Mampukah magis yang ada pada cinta itu, menyatukan cinta Adib dan Rose, cinta Megat Waiz dan Cinta dan juga cinta Megat Razeen dan Natasha? Atau sebenarnya, magis itu... masih terserah pada takdir yang tidak menyebelahi mereka.
Peluang kedua itu magis. Cinta itu datang sebagai bonus. Hanya yang beruntung yang menemui keduanya.

No comments:

Post a Comment