Search This Blog

Showing posts with label RAYSHA RIZROSE. Show all posts
Showing posts with label RAYSHA RIZROSE. Show all posts

DIA MENANTU RAHSIA - INDAH HAIRANI



DIA MENANTU RAHSIA - INDAH HAIRANI

HARGA BUKU : RM 27.00

WHATSAPP : 0177342366

Cinta tidak perlu membohongi dan dibohongi. Tidak perlu juga disembunyikan.
PERTUNANGAN antara Zamer dengan Doktor Suraya telah merobek hati Melissa. Apatah lagi pertunangan itu atas permintaan emak Zamer sendiri. Kerana mahu merawat hati yang kecewa, Melissa membawa diri ke Kuala Lumpur.
Pertemuan antara Melissa dengan Syakir di Kuala Lumpur telah mengubah keseluruhan hidup mereka. Semuanya bermula dengan permintaan tidak diduga daripada Syakir. Lamaran daripada Syakir, akhirnya diterima Melissa semata-mata mahu melarikan diri daripada Zamer yang terus mengejar cintanya. Malahan Engku Kamelia juga turut mendambakan cinta Syakir.
Tujuan mereka mahu berkahwin tidak diketahui sesiapa. Malahan perkahwinan itu juga tanpa rasa cinta di hati masing-masing. Mampukah perkahwinan itu menyelesaikan masalah mereka? Selama manakah mereka mampu bertahan hidup di alam perkahwinan itu?
“Saya tak percaya pada lelaki. Semua lelaki curang, tak ada perasaan.” – MELISSA
“Apa yang you merapu ni Mila? I tak pernah sentuh you. Macam mana you boleh kata you mengandung? Are you crazy?” – SYAKIR
“Kau jangan nak berlakon depan aku. Tak perlulah kau nak jadi bidadari, kalau dah memang kau syaitan!”  – PUAN SARAH