Search This Blog

ANTHEM-HLOVATE



ANTHEM-HLOVATE

SOLD

Silam:
Westernized.
Memang bukan budak perempuan biasa. Nur Dania Dashrin. Bukan dipanggil Nur, bukan dipanggil Dania. Hatta bukan dipanggil Dashrin pun. Jika ditanya tentang asal-usulnya dan rumahnya di mana, jawapannya mungkin Belgium, Romania, Austria, Perancis, Amerika atau India.

Selepas Silam:
Dulu, ‘segalanya’ yang mahu ditinggalkan tu ialah dunia canggung yang serba menyesakkan dan melemaskan. Dunia di mana pertembungan kepercayaan, prinsip, budaya, definisi dan erti langsung buat dia rasa dirinya salah sentiasa dan tak ada harga. 
Sekarang, ‘segalanya’ yang bertanda gelap itu kini mahu dia ubahkan warnanya. 

Kini:
Kedegilan Dash untuk membuktikan bahawa dia berhak
untuk menjadi dirinya sendiri
tanpa mengikut acuan tipikal masyarakat keliling, membawa kepada satu perjalanan panjang yang merentas benua dari Malaysia, ke India, ke Scotland, dan tanah antara ketiga-tiganya.

***
HLOVATE kembali mencuit hati dan menyentuh jiwa dalam Anthem, dengan gaya bahasanya yang selamba dan ilmu yang dikongsi.