Search This Blog

KEIMANAN CINTA - MUNIE ASRA


KEIMANAN CINTA - MUNIE ASRA
HARGA ASAL : RM18.00
DISKAUN 10%
HARGA JUAL : RM16.20
STOK : ORDER

“Cinta kepada isteri kamu tidak seharusnya melebihi cinta kepada Allah dan Rasul.” 
Mendengar kata-kata Tan Sri Koh, Alan tersedar. Dia lupa menyandarkan harapan hanya kepada Allah. Alan beristighfar, moga Allah tidak menarik kembali keimanan cinta kepada-Nya. 

Fazura, seorang novelis muda memenuhi masa lapang di Rumah Anak Yatim Baiduri. Di situ, dia berkenalan dengan seorang lelaki Cina tua. Fazura tidak menyedari bahawa lelaki itu adalah Tan Sri Koh, seorang hartawan Malaysia. 
Alan Koh, cucu Tan Sri Koh dipaksa berkahwin dengan Fazura. Sekiranya dia ingkar, datuknya mengugut untuk menarik kembali harta dan perniagaannya. Fazura menghidap leukemia tetapi merahsiakan penyakitnya daripada pengetahuan Alan kerana dia tidak inginkan cinta yang lahir dari simpati. 
Pada saat Fazura dan Alan mula rapat, muncul Andy Azman, seorang pemuda yang Islam hanya pada nama, menaruh perasaan pada Fazura. Adakah Alan akan melepaskan cintanya? Mampukah Fazura bertahan dengan penyakit leukemianya? Mampukah Andy menghadapi ujian cinta dari-Nya?

USAI...AKU TERIMA NIKAHNYA - UMIE NADZIMAH


USAI...AKU TERIMA NIKAHNYA - UMIE NADZIMAH
HARGA BUKU : RM19.00
BUKU : BARU

Puteri Nur Aina, tidak pernah mengharapkan kehidupan indah di atas pernikahan terpaksanya dengan Iskandar hafiz. Baginya perkahwinan ini adalah penyelamat kepada dirinya yang derita dan dikongkong oleh keluarga angkatnya. Takdir telah menentukan mereka suami isteri telah jatuh cinta dan melalui fasa bahagia alam rumah tangga.

Namun, episod gembira cinta mereka tidak disenangi oleh beberapa pihak yang menyebabkan Iskandar Hafiz amat tertekan. Lalu keputusan yang diambilnya secara tidak sengaja telah menyebabkan Puteri Nur Aina sedih lagi terluka.

Dalam masa yang sama muncul sahabat baik Iskandar Hafiz, Megat Khalif yang telah jatuh cinta pada Puteri Nur Aina pada pandangan pertama lagi, dan sanggup berkorban apa sahaja demi melihat 'puterinya' tersenyum bahagia semula.

Dia tidak berputus asa menunggu sehingga Puteri Nur Aina dapat melupakan Iskandar Hafiz dan menerimanya dengan sepenuh hati. Malangnya, apabila Puteri Nur Aina mula menerimanya, Iskandar Hafiz kembali menagih kasih....

Puteri : "Hadirmu bagaikan seorang wira, menyelamatkan aku dari lembah sengsara, yang mengajar apa itu rasa cinta dan erti perasaan. Namun, yang seorang lagi cukup sempurna, setia mengubati lukaku, sentiasa ada saat aku memerlukan. Tanpamu aku lelah..."

Abang Is : "Kau bukannya yang pertama di hati, namun kaulah perempuan pertama aku nikahi, sehingga lidahku menjadi kelu untuk menyebut nama yang lain, menjadikan hanya dirimu perempuan terakhirku..."

Khalif : " Rasa cinta padamu tidak pernah pudar, walaupun nyawa bercerai dengan badan. Apa yang kuinginkan, hanyalah kebahagiaan dirimu, Puteriku...."

Apakah kesudahan kemelut kisah cinta mereka? Temui jawapan akhirnya dalam Usai.... Aku Terima Nikahnya

AWAK SUKA SAYA TAK? - MELUR JELITA


AWAK SUKA SAYA TAK? - MELUR JELITA
HARGA BUKU : RM35.00
BUKU : BARU


Kisah kasih sayang di antara Hilman Yong kacukan Korea - American - Cina dan Intan Zulaikha. Mereka sangat berbeza tetapi kerana perbezaan itulah mereka berjodoh. Malangnya, kesampaiankah jodoh mereka apabila Hilman Yong seorang yang baru mengenali Islam lebih mencintai Islam dari Intan Zulaikha yang sememangnya dilahirkan Islam dari keturunan lagi berselisih faham kerana ego seorang Intan.

Muncul pula Damien Yong yang sentiasa menyesakkan dada Intan Zulaikha dengan aksinya yang daring, sexy, nakal dan menggoda. Intan terpaksa bersabar dengan Damien semata-mata untuk mendapatkan semula Hilmannya…seorang hamba Allah yang penuh kesabaran dan kesopanan.

Hilmanku…sifuku…kekasihku…Kembalilah…

" Saya tak pernah tinggalkan awak. Walaupun awak jauh, saya dapat melihat awak. Walaupun awak jauh, saya dapat merasa kehadiran awak. Walau pun awak jauh, saya dapat mendengar awak. Saya sentiasa di sisi awak. Awak sentiasa di sisi saya, di sini…" Hilman Yong

" Don’t worry, I won’t kiss you. Saya tak cium sembarangan gadis. Saya tak ada selera dengan gadis biadab dan sombong seperti awak. Cik Zulaikha….saya nampak kehampaan di wajah awak. You really want me to kiss you. I can feel it. I can see it. From your eyes… your lips. Tetapi seperti saya cakap tadi, saya tak selera dengan orang biadab. Ciuman saya tidak semurah itu. Hanya untuk gadis yang bertuah dan terpilih saja." Damien Yong

" Saya akui saya gembira bersama Mr Damien..saya tak boleh menyembunyikan perasaan saya……tetapi perasaan saya terhadap Mr Damien sepertimana kita bersentuhan di malam itu. Boleh saling melihat, saling bersentuh, saling bercium…..tetapi hanya di dinding kaca….ada batas dan sekatan. Yang tidak boleh dipecahkan……walau cuba dipecahkan…pasti kita akan cedera..ditusuk atau dihiris . Itulah Islam. Yang menjaga maruah dan kesucian sesuatu hubungan. Hanya hubungan halal yang boleh melenyapkannya." Intan Zulaikha



KELAT-KELAT SAYANG - IZZUL IZZATI


KELAT-KELAT SAYANG - IZZUL IZZATI
HARGA ASAL : RM24.90
BUKU : BARU


Wajah manis Salina pasti bertukar warna hijau kelat setiap kali bersua muka dengan insan yang bernama Aizam Zafran. Panggilan nama yang tidak tercatat di dalam surat beranak menyemarakkan lagi api kemarahan di jiwa Salina. Sekelat-kelat wajah Salina namun tetap manis di mata Aizam dan membangkitkankan rasa sayang di hati. Namun sikap Aizam yang menyakitkan hati Salina menenggelamkan perasaan cinta sejati Aizam. Apatah lagi Salina dipertemukan kembali dengan cinta yang terlondeh di tengah jalan sepuluh tahun yang lalu

KEMILAU MENTARI - ZURAIDAH OTHMAN


KOMPILASI 3 NOVEL
KEMILAU MENTARI - ZURAIDAH OTHMAN
- kaulah segalanya
- kasih seimbas pandang
- jangan ada benci

HARGA BUKU : RM19.90


Ah... cinta! Apa ada pada cinta? Hanya kesengsaraan! Hatinya menjerit menidakkan segalanya. Dendam yang menyala cuba memadamkan perasaan cintanya. Tak guna aku mengecap bahagia bercinta jika derita Kak Zati tidak kubalas.
Kakinya terus merapati Fatin. Dia sudah nekad. Gadis itu akan dijadikan mangsa. Biar keluarganya kucar-kacir... biar ibunya berendam air mata... biar abangnya menanggung sengsara dan biar ayahnya mati!

GULAI PISANG IKAN MASIN - SZALIES


GULAI PISANG IKAN MASIN - SZALIES


“Memang dasar lembiklah kau ni! Macam pondan... itu pun dah nak nangis, cubalah tahan sikit!”
“Mana ada budak jantan yang nak kawan dengan dia. Itu fasallah dia pun lembik macam perempuan!” kata Leman Kemek sambil ketawa.

Kenangan II

“Oiii… lembam, kau cari apa tu?” tanya Atan Gemuk sambil mengunyah tebu.
“Amboi, ko tengok tu! Bukan main sombong lagi labi-labi sekor ni. Aku tanya pun tak nak jawab!” Leman Kemek menongkat basikalnya.
“Ipin!” Mereka menjerit nama Ipin serentak.
“Adoiii!!!” jerit Ipin kuat; sambil menyapu mukanya yang berlumur 'krim' betik.
Ipin atau Ariffin, sentiasa dibuli oleh Leman Kemek, Jemair, Pejai dan Atan Gemuk. Salmah, Hanim dan Latifahlah menjadi heroin yang selalu menyelamatkannya. Hidup dia sentiasa diuji. Dia kehilangan emaknya ketika berusia 12 tahun. Dia terpaksa berhenti sekolah kerana menjaga ayahnya yang dikatakan gila. Bagaimana Ipin dapat menghadapi liku-liku hidup yang penuh dengan ujian ini sehingga dewasa?
Oh ya, macam mana pula akhir kisah cintanya dengan heroin Kampung Sempadan Hulu, Cik Tipah Loyar tu? Amboi, tak padan dengan lurus bendul, ada hati dengan anak ketua kampung!

AKHIRNYA AKU KAHWIN - HERNA DIANA


AKHIRNYA AKU KAHWIN - HERNA DIANA
HARGA BUKU : RM19.90
BUKU : BARU

Sinopsis

Didi - gadis comel yang periang. Dia tidak pernah kisah dengan pandangan orang lain yang sering memperlekehkannya. Baginya, dia tidak peduli semua itu asalkan tidak menyusahkan orang. Sebagai seorang insan, dia punya keinginan untuk mencinta dan dicintai. Dia tidak pernah jemu menanti cinta sejati walau hatinya sering dipermainkan.

Kemunculan Syafizi, menghuru-harakan hidupnya. Katakata ibarat bom nuklear yang keluar daripada mulut lelaki itu menyebabkan darjah kebenciannya pada Syafizi di tahap takat didih. Sesuka hati saja memanggilnya Debab. Berhadapan dengan lelaki itu, dia tidak mahu kalah. Setiap ayat nuklear lelaki itu dibalas dengan ayat ala bom atom. Pesan orang tua, jangan terlalu membenci. Bimbang nanti benci bertukar menjadi sayang. Ya ke? Takkanlah Syafizi yang selalu cari pasal suka padanya. Mustahil! Daripada dia melayan lelaki mulut nuklear itu, lebih baik berchatting dengan Terhangat Di Pasaran. Walaupun mereka saling mengutuk, jejaka itu sudi berkongsi suka duka dengannya. Mungkin jodohnya dengan rakan chattingnya itu. Siapa tahu?

INGAT JANJI KITA - MURNI AQILA

 
INGAT JANJI KITA - MURNI AQILA
HARGA BUKU : RM21.00
STOK : ORDER
BUKU : BARU

Sinopsis

Menggelabah Raimi apabila Tok Jalal mahu menjodohkan dia dengan gadis yang tidak dikenali. Kalau dibantah, mengamuk pula datuknya itu. Terpaksalah dia mencipta helah untuk melepaskan diri. Idea gila datang tiba-tiba. Sahabatnya disuruh menjadi perempuan. Nak tak nak, Adi turutkan jua permintaan Raimi untuk menjadi ‘makwe’nya. 

Apabila tiba masanya...
“Eh... sesuai ke? Orang tak cam aku ke? Aku rasa kekok ni.” 
“Sesuai lagi secocok. Tak mungkin dia orang boleh cam kau ni jantan. Aku sendiri macam nak gugur jantung tengok rupa kau. Sebiji rupa perempuan. Mantap gitu.” Raimi menyentuh dada Adi dengan kedua-dua tangannya. Bagaikan terkena kejutan elektrik, spontan Adi menepis kasar hingga membuatkan Raimi terpinga-pinga. Tanpa pengetahuan Raimi, Adi ada banyak rahsia yang disimpan. Dan Adi terpaksa berbohong kepada semua. Mungkinkah seumur hidupnya dia terpaksa memendam nalurinya?