Search This Blog

UNTUKMU TIADA NOKTAH - SYEENA HAMDAN

UNTUKMU TIADA NOKTAH - SYEENA HAMDAN

LIMITED EDITION

TIADA ULANG CETAK

HARGA TAWARAN : RM35.00

HARGA BELUM TERMASUK POS


Kerjaya itu, dia yang pilih. Tetapi, dia tidak memilih untuk menjadi buruan Doktor Naim dan dia juga bukan penghalang cinta Doktor Marina. Asyikin Hannah hanya mahu menjadi seorang jururawat, tak lebih dari itu.


“You nak suruh I jadi macam mana supaya you boleh terima I, Ikin?” - Doktor Naim.
"Please, doktor. Tolonglah faham. Saya tak boleh. T-A-K-B-O-L-E-H." - Asyikin Hannah



Munculnya Abrar Faris dalam pertemuan yang tak dirancang bagai penyelamat keadaan. Tapi, Asyikin bukan orangnya yang mudah menyerahkan hati pada lelaki. Abrar perlu berusaha keras.



"Harus jual mahal. Mana boleh jual murah." Asyikin ketawa-ketawa. Menutup rasa malu. 
"You jual murah ke jual mahal ke I sanggup beli, sayang." Abrar menoleh sekilas. Satu kenyitan diberi.
"Errr..." Asyikin merenung Abrar di sisi.
“You ni memang ada sindrom errr....ya?” Abrar jongket kening.
“Sindrom tu wujud sebab you. Takkanlah you tak tahu?” Asyikin angkat keningnya.



Tapi, saat hatinya sudah terjatuh suka, kisah silam Abrar datang menggugat. Untuk mengundur, rasanya sudah terlewat. Tapi, ‘berlawan’ dengan Afiqah Dato’ Azman buatkan dia penat. Penat hati dan juga perasaan.



Haruskah dia melepaskan Abrar demi Afiqah sedangkan lelaki itu sudah menjadi haknya yang sah? Siapakah sebenarnya Afiqah pada Abrar?

LAIN DUNIA - PENA KAYU


LAIN DUNIA - PENA KAYU

LIMITED EDITION

TIADA ULANG CETAK

Di awal perkahwinan lagi, hati Anggriani sudah sentap. Apa taknya, dia diminta menjadi ‘isteri patung’ oleh Rayhan.

“Saya nak awak jadi isteri yang seperti patung, Anggriani. Bernyawa, tapi tak punya perasaan. Kaku, tapi boleh berfikir.” - Rayhan

Tanyalah isteri seluruh dunia. Mana ada yang mahu jadi isteri yang seperti patung. Jadi Rayhan, jangan jadi lelaki tidak logik! Nanti karma.

Ya! Karma itu wujud. Kerana selepas itu, Rayhan bagai dihukum bicara sendiri. Walau berusaha keras menafikan, dia juga lelaki yang punya nafsu.

"Awak jangan fikir saya cemburu pula, Anggriani. Saya buat semua ni sebab saya tak nak ada gosip antara awak dengan si dayus tu." - Rayhan
"Saya tahu awak takkan cemburu. Saya ni cuma isteri patung. Tak perlu awak jelaskan berkali-kali.” - Aggriani

Tapi, ‘pesanan’ Rayhan tetap Aggriani pegang. Dia harus menjadi ‘isteri patung’.

"Jangan pandang saya," mohon Anggriani sambil mengesat-ngesat hujung mata.
"Pandang saja tak cukup, Anggriani. Awak yang menangis sekarang hanya buat saya jadi gatal nak cium awak."
Kalau tadi guguran air mata Anggriani telah mulai terhenti, kini lebat semula.
"Usahlah menangis lagi. Air mata tu tak sesuai untuk masa sekarang."
Guguran air mata Anggriani tetap juga berleluasa.
"Air mata awak ni, sama degil macam awak juga," keluh Rayhan.

Mampukah seorang Rayhan yang ego dan sering menyakitkan itu berubah menjadi suami yang mendamaikan? Hanya Anggriani saja yang mampu menjawabnya
. 


TERSUKA TANPA SENGAJA - PENA KAYU



TERSUKA TANPA SENGAJA - PENA KAYU
HARGA : RM26.00
BUKU : BARU

Kali pertama mereka bertemu, Farhah dituduh mahu mencalarkan kereta Syed Arif. Tak cukup dengan itu, identitinya dicurigai.

“You pandang apa?” sergah Farhah. Dia juga sudah menutup bahagian dadanya mengunakan tangan.

Syed Arif membeliakkan mata, tidak percaya dengan tindakan perempuan gedoboh tersebut.

“I tak selera pun nak pandang you. I’m just shocked that you are actually a girl dressed up like a boy.”

​Kali kedua bertemu, Farhah berdress meleret dengan high heel bagai. Tapi, encik Doktor tetap kutuk juga.

“You tanpa mekap sangat pucat. I boleh nampak hidung you ni agak kembang. Mata pun agak sepet.” – Doktor Syed Arif.

Sebab itu bila tiba-tiba Syed Arif ajak dia kahwin, Farhah memang tak percaya. Syed Arif tu kacak bukan main, mana nak sepadan dengan dia yang gedoboh itu. Walau di hatinya terbersit rasa indah tapi, dia harus sedar diri. Dia tak cantik dan kisah hidupnya tak seindah mana.

"I lebih suka lelaki yang nak kahwin dengan I sebab dia suka I, bukan sebab yang lain.” - Farhah

"Then.. make me fall in love with you. Seduce me.” – Doktor Syed Arif

Goda Syed Arif? Ingat itu kerja senang ke? Farhah tak pandai nak jadi perempuan gedik apatah lagi nak buat lelaki itu jatuh cinta.

“I tak akan sia-siakan you. Janganlah you fikir I ni macam hero-hero dalam novel. Asal kahwin tanpa rela saja, si isteri disia-siakan.” – Doktor Syed Arif.

Boleh percaya ke? Lebih-lebih lagi bila kekasih lama Syed Arif muncul kembali. Katrina Datuk Ahmad Alias tu cantiknya luar biasa. Kuat ke iman tuan doktor?

“Sebab dia, you curang, kan? Sebab dia, you lupakan I, kan? Memang dia ni perampas!” – Katrina.

“Farhah bukan perampas. I yang lamar Farhah jadi isteri I”- Doktor Syed Arif.

Mampukah Farhah tepis ‘langau’ tercantik abad ini dalam memenangi hati suami sendiri? Sedang dalam keluarga pun dia kalah dengan Katrina, inikan pula dengan ‘suami tanpa cinta’ itu.
 


MAGISNYA CINTA - SYAMNURIEZMIL

HARGA PROMOSI TERMASUK POS
RM31.00(SEM) / RM34 (S/S)

MAGISNYA CINTA - SYAMNURIEZMIL
HARGA : RM29.00
BUKU : BARU

Bisa buat benci tinggal seinci
Cinta itu seperti magis. Sihirnya boleh membuat seseorang yang waras boleh jadi gila, hilang boleh cari, hati boleh diganti dan benci... boleh tinggal seinci. Ya, cinta itu magis. Hebat kuasa yang ada pada cinta, yang hanya bermula daripada rasa
Kerana cinta, Adib Haiman sanggup melepaskan orang yang dicintai. Kerana cinta, Rose Khadeeja mengikut kata hati. Kerana cinta, Natasha Erynna sanggup berdendam. Kerana cinta, Megat Razeen sanggup mengambil kesempatan. Kerana cinta, Megat Waiz Yafiq sanggup pasrah dan reda. Kerana cinta, Cinta Alana sanggup mengikut kehendak orang tua. Kerana cinta, semuanya sanggup berbuat apa saja.
Namun...
Adakah semua kesanggupan itu ada nilainya? Akankah mereka bertemu dengan cinta sejati?
Semuanya bermula pada satu rancangan yang dibuat oleh Rose. Kononnya mahu menegakkan keadilan ke atas percintaan kawan baiknya, Natasha yang kecundang dengan Adib. Namun akhirnya, hati Rose pula yang tersangkut. Itulah, magisnya cinta buat benci bertukar sayang. Rupa-rupanya, Adib turut mempunyai perasaan yang sama terhadap Rose.
Saya cintakan awak kerana Allah S.W.T. Saya lepaskan awak, juga kerana Allah S.W.T. Kalau awak kembali kepada saya kerana Allah S.W.T, saya akan terima awak kerana Allah S.W.T. – Adib Haiman
Namun rasa cinta itu terpaksa dilupakan kerana Megat Waiz mencintai Rose. Megat Waiz mencintai Rose sejak daripada kecil lagi sama seperti Natasha mencintai Adib. Rupa-rupanya itu semua hanyalah cinta bertepuk sebelah tangan. Akhirnya, Megat Waiz membawa diri. Sewaktu balik ke Malaysia, dia bertemu dengan Cinta. Dengan Cinta, Megat Waiz menemui harapan baru. Tetapi, nampaknya harapan itu hanyalah harapan semata-mata kerana Cinta ada tanggungjawab lain.
I like you, the moment I met you, Ci. – Cinta Alana
I like you too, Waiz. But the problem is, kita dah berjanji dengan ayah-ayah kita. Saya tak naklah kalau sebab saya, ayah saya jatuh sakit lagi. – Megat Waiz
Sewaktu majlis pernikahan Adib dan Rose, Natasha kemalangan, lalu hilang ingatan. Megat Razeen muncul dan membuat Natasha jatuh cinta. Tetapi, kesempatan itu hanya seketika, apabila di suatu kejadian, Natasha... ingat semula.
Adib? Mana dia? Cari dia. Cari dia, sekarang! – Natasha Erynna
Mampukah magis yang ada pada cinta itu, menyatukan cinta Adib dan Rose, cinta Megat Waiz dan Cinta dan juga cinta Megat Razeen dan Natasha? Atau sebenarnya, magis itu... masih terserah pada takdir yang tidak menyebelahi mereka.
Peluang kedua itu magis. Cinta itu datang sebagai bonus. Hanya yang beruntung yang menemui keduanya.

MELODI CINTA 2

HARGA PROMOSI RM22.00 (SEM) / RM25 (S/S)
TERMASUK POS

MELODI CINTA 2 
HARGA : RM20.00
BUKU : BARU
Cinta Yang Pergi - Mardihah
“Kau tak sembahyang ke? Aku tengok kau macam tak ikut Aleeya sembahyang aje. Eh, Asmidar. Kau kena solat, baru hati kau tenang dan aman tau.”
Daim – Aliesha Kirana
“Nama saya, Daim.”
“Hah, Daim? Macam coklat Daim tu?”
“Ya. Daim. Macam coklat Daim.”
Surat Untuk Bakal Isteri- Hanan Az-Zahra
Salam perkenalanku hulurkan buat bakal isteriku, Nur Qaisara Irdina. Aku hanya ingin memperkenalkan diriku yang aku bakal suamimu, dan kau bakal isteriku.
Topeng – Hannah Ezaty
Kau boleh menyakitiku dengan kebenaran tetapi jangan pernah membahagiakan aku dengan kebohongan.
Dan Dia Jodohku – Nurul Ain Syuhada
“Nak atau tak nak, kau akan jadi milik aku suatu hari nanti!”
“Dan kalau saya jadi milik awak, saya yakin... Saya ialah gadis yang paling malang sekali!”
Bukan Tak Mahu- Ilmar Imia
Belum pun sampai pukul tujuh malam, sekali lagi isterinya mengadu lapar dan nak makan piza pula.
Isterinya ada bela apa-apa ke? Mana tahu kalau yang makan tu bukan isterinya, tapi belaannya?
Qasidah Buat Khadijah - Hana Ilhami
Kalau Tijah rasa saya tak sesuai untuk Tijah, saya tak paksa.
Dahlah hidung besar macam gorila, panggil kita Tijah pula. Eee... Tak suka!
Salam Cinta Satu Malam – S.N. Hidayah Haron
“Nurul, awak keluar dengan saya ini boyfriend awak tak marah ke?”
“Awak dah bawa saya sampai ke sini, tempat jin bertendang dan kemudian baru awak nak tanya soalan bodoh itu dekat saya? Apa kes?”
Demam Cinta Misi Noora – Ummi Hafiy
Noora menepuk pipinya berkali-kali. Penyakit gilanya ini sudah datang kembali. Sejak sekolah menengah lagi dia sudah dapat penyakit begini. Dia akan terkejut beruk dan teruja apabila memandang lelaki kacak.
Jadikanku Wanita Syurga – Izzah Haneefa
“Kewajipan menutup aurat adalah salah satu cara Allah mengangkat martabat wanita. Tapi, kenapa masih memilih untuk merendahkan martabat diri sendiri?”
Gadis Bersubang Bintang – Kejora Mawaddah
“Itu padi tak menjadi, hujan tak turun dah hampir dua minggu. Ini semua sial Si Gadis, datang-datang bawa kemarau!”
Zahrin – Luna Adresia
Dia kemudian ketawa geli hati. Tak sangka gadis itu begitu senang diperbodohkan dan jatuh cinta kepadanya hingga sanggup menawarkan diri.
Seindah Takdir – Cahaya Najihah (Adaptasi ke Telefilem)
Assalamualaikum wahai insan yang bergelar suami. Waktu kita berdua mungkin tidak lama. Terima kasih kerana sudi menerima insan sepertiku menjadi bidadari hatimu. Hanya satu hati ini ingin berkata. Teruskan hidupmu. Allah selalu di sampingmu. 


SAYANG AWAK IRHAM DANIEL - CAHAYA AINN

SAYANG AWAK IRHAM DANIEL - CAHAYA AINN
HARGA : RM33.00
BUKU : BARU

Untuk pertama kali dalam hidup ini, insan bernama Irham Daniel telah membuatkan seorang Irine jatuh cinta.
Dalam diam Irine mula jatuh cinta pada Irham, namun keadaan memisahkan mereka. Masing-masing ego untuk mengaku sayang. Namun, jika sudah jodoh, lari kemana pun tetap akan bersatu. Akhirnya mereka ditunangkan. Tetapi di sangka panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari.


SWEET VENDETTA - SERA ELYA

 SWEET VENDETTA - SERA ELYA
HARGA : RM26.00
BUKU : BARU

Sebuah persahabatan....

"Hi...Abby Qistina." Gadis bertocang dua macam Usagi Sailormoon tu hulur tangan kat pelajar yang  nampak macam Ichigo Kurosaki.

"Qisya Qistina." Muka Qisya nampak terkejut sambil sambut tangan Abby. Bun head? What the heck!

Satu dendam....

“Kahwin tu macam seronok. I nak cuba...best  ke tak. Kalau tak best, kita cerai, okey?” ~ Raess Haider

“You ni gila, tau tak? Harap muka aje hensem. Tapi psiko.” ~ Qisya Qistina

Takdir mereka....

 “Abang jangan buat lawak la...Arranged marriage won’t happen to me!” ~ Lorna Humayra

“Awak kata awak ni thrill seeker. Abang rasa tak ada yang lebih thrill  lagi melainkan kahwin tanpa cinta atau tanpa kenal bakal orang  yang dikahwini. Pasti thrill.” ~ Redza Adzhar Azlan

Cinta yang saling bertautan....

 “We can fix each other...Rumah tangga ni macam dacing. Kena seimbang. I salah, you tegur. You salah, I tegur. Kita tak sempurna, Redz. Kita  saling melengkapi!” ~ Qisya Qistina

“I sendiri tak betul, Ina. Bagaimana I nak betulkan you...betulkan Humayra?”  ~ Redza Adzhar Azlan
“I dah tak nak test lagi, Qish. I nak buat betul-betul. This time around I am serious. I want to marry you...”  ~ Raess Haider

Sebuah VENDETTA menemukan takdir mereka, membuatkan hati mereka JUMP dan akhirnya bersimpul dalam satu ULTIMATUM.

KHAIRIZAL : A LOVE STORY - NURAQILAH SYUHADA

KESINAMBUNGAN KISAH 'ABANG KHAI TOMBOY'

KHAIRIZAL : A LOVE STORY - NURAQILAH SYUHADA
HARGA : RM22.00
BUKU : BARU

“Abang, mana abang pergi selama ni? Rina rindu abang... Rindu sangat-sangat...”

Selepas  kehilangan insan yang tersayang, Khai berubah menjadi dirinya yang dulu, iaitu seorang tomboi. Baginya, lebih baik dia mencari punca kehilangan suaminya meskipun terpaksa bertindak sendirian! Ya, Khai berani melakukannya. Demi menuntut kebenaran yang tiada siapa dapat merungkaikannya.

Namun, tak mungkin Khairul dan Azman akan membiarkan Khai bertindak sendirian. Dengan bantuan mereka, Khai semakin menghampiri kepada kebenaran. Sehinggalah, mereka terjumpa ‘seseorang’ yang menyebabkan agenda mereka terkendala. Kehadiran Alif menyebabkan mereka musykil. Agenda mereka terutamanya Khai jadi terpesong semenjak hadirnya lelaki itu.

“Aku perasan sesuatulah, Khai.”

“Apa dia?”

“Muka kau macam perempuan. Kalau rambut kau panjang sikit mesti kau dah jadi perempuan.”

Kehadiran Alif membuatkan hati Khai yang sedang berduka, terubat sedikit rasa kerinduan terhadap suaminya. Adakah Alif mampu menggantikan Rizal dalam hatinya? Atau kehadiran Alif harus disembunyikan daripada pengetahuan sesiapapun agar lelaki itu tidak menjadi mangsa sepertimana Rizal menjadi mangsa?

“Aku cintakan kau! Hati aku jadi tak keruan sejak pertama kali aku pandang kau dekat kampung. Walaupun masa tu aku belum tahu kau perempuan. Aku tak pernah ada perasaan macam ni pada sesiapa pun.”

ERTI SEBUAH JANJI - ALISYA SYAFINA


ERTI SEBUAH JANJI - ALISYA SYAFINA
HARGA : RM22.00
BUKU : BARU

ERTI SEBUAH JANJI - ALISYA SYAFINA
Peristiwa lalu menyebabkan sehelai sapu tangan menjadi saksi sekaligus menjadi janji kepada hati Auni. Dan tanpa Auni ketahui, ia juga menjadi sebuah janji kepada diri empunya sapu tangan itu.

Namun Auni kecewa apabila mengetahui pemilik sapu tangan itu sudah berpunya lalu membawa hati yang lara dengan meninggalkan Malaysia.

“Auni dapat bunga lagi?”
“Auni takut. Yalah, Auni tak tahu siapa yang hadiahkan bunga ni.”

Auni runsing. Sejak pulang dari luar negara, dia sering menerima tiga kuntum bunga ros berserta kad ucapan. Namun tiada pula nama pengirim yang tertulis pada kad tersebut. Dia tidak dapat mengagak gerangan yang selalu mengirimkan bunga-bunga itu kerana hatinya tidak pernah terbuka untuk mana-mana lelaki selain ‘dia’ yang kekal bertakhta dalam hati.

“Awak??? Apa awak buat kat sini?”

“Cantik kan baju ni, saya nak belilah.”

“Tapi saya yang tengok dulu baju ni.”

Muncul pula lelaki bernama Aeryl. Auni naik rimas dengan lelaki yang bernama Aeryl itu. Ke mana saja dia pergi, pasti mereka akan bertembung. Dan apabila bertembung pasti ada sahaja perkara yang akan membuatkan mereka bertekak.

Bagaimanakah pengakhiran kisah ini? Sebuah janji telah membuatkan Auni nekad untuk tidak menghiraukan lelaki yang silih berganti datang mengetuk pintu hatinya. Lantas, jalan manakah yang perlu Auni pilih supaya hatinya yang terluka dapat diubati?

“Saya suka, sayang dan cinta awak. Sudi tak awak jadi special girlfriend saya?”


TODAY I MARIED MY BEST FRIEND - SYAMNURIEZMIL

TODAY I MARIED MY BEST FRIEND - SYAMNURIEZMIL
HARGA : RM20.00
BUKU : BARU

“Berdua dengan aku lebih baik kan?”

“Tapi ada syaitan kalau berdua.”

“Tu sebab aku nak ajak kau kahwin cepat-cepat. Boleh ke?”

Menganga mulut aku bila my best friend ajak aku kahwin. Yang aku risaukan… aku akan kehilangan kawan baik aku! Bayangkan, lelaki yang selama ini biasa aku melepak sama, merepek sama-sama, tiba-tiba… nak jadi kekasih aku? Uuuu… Tak ke janggal?

Lagi haru aku nak menolak, bila mak kata, dari dulu lagi dia dah dapat agak jodoh aku akan dengan Usyair tu. Nak mengadu kat Umairah pun tak ada guna sebab dia lagi buat aku terfikir yang abang dia tu memang ditakdirkan berjodoh dengan aku. Argh! Tak ada ke siapa-siapa boleh cakap yang aku dengan Usyair tu takkan boleh jadi kekasih, apatah lagi suami isteri?

Kenapa perjanjian kami dulu yang berjanji nak kawan sampai mati tapi tak boleh sampai kahwin tu terbubar pula? Dan dengan senang-senangnya Usyair buat perjanjian baru dan batalkan perjanjian lama, iaitu;

“Kita kawan sampai mati, tapi tak boleh sampai kahwin kecuali...”

“Kecuali apa?”

“Pada penghujung umur kita 27 tahun, kita tak ada sesiapa, yang ada hanya kau dan aku saja dalam hubungan kita ni, kita boleh kahwin sesama kita.”

“Errr…”

Aduhai... Perlu ke aku bersetuju? Lamaran Usyair itu tak salah sebab aku memang tak ada sebab untuk tolak dia. Tapi… sanggup ke aku kehilangan kawan baik aku sendiri? Nampaknya aku harus bertindak untuk membuktikan pada diri aku sendiri sama ada aku harus menerima Usyair ataupun menolaknya bulat-bulat.

“Aku ajak kau kahwin... sebab aku cintakan kau. Kalau kau cintakan aku, kau accept my proposal. Simple, Qis. Esok hari... tak ada siapa yang tahu. Hanya Tuhan yang tahu. So, kalau kau tanya, boleh ke tak boleh ke... aku tak ada jawapan untuk itu sebab itu Tuhan punya kerja. But I have faith on us. I trust us. Do you?”

RULE NOMBOR 1 - AZWIN ZULKAPLI

RULE NOMBOR 1 - AZWIN ZULKAPLI
HARGA : RM27.00
BUKU : BARU


Rule Number One, boss is always right. Rule Number Two, if the boss is wrong....see Rule Number One. – Hezree

Bekerja dengan lelaki seperti Hezree tak adalah susah sangat. Cuma hati nak kena tahan, nak kena ada karung besar untuk simpan rasa sakit yang kadang-kadang beratnya berpuluh kilo. 

“Awak tak ketuk pintu? Main terjah macam penyamun.” Hezree menyergah. Aduh ayat menanah telinga.
“Saya dah ketuk, encik tak dengar ke?”
“Ada saya suruh masuk?”
“Encik kata lepas siap sebut harga terus hantar pada encik.”
“Awak ni banyak cakap. Ingat Rule Number One.” Bosan betul. Sentiasa mencari salahku.

Tapi, bila bicara Hezree berubah rentak jadi manis bergula, hati Amanina pula bagai diserang penyakit gelabah. Semuanya jadi serba tak kena.

“Siapa suruh awak ambil hati saya?”- Hezree
“Saya tak pernah ambil hati sesiapa. Lain kali jangan bersusah-payah untuk saya. Saya tak akan berikan hati saya pada Encik.” – Amanina.
“Siapa yang minta hati awak? Saya cuma nak berikan hati saya pada awak.”- Hezree.

Dia mahu lari dari Hezree kerana jalan yang mereka lalui tidak sama. Hezree sudah bertunang dan dia juga akan jadi milik orang. Tapi,  masa yang sama dia sangat perlukan kerja tersebut. Dan masa yang sama juga, hati Hezree bagai magnet menarik hatinya.

“Kalau saya tanya, jawab!”
“Nak suruh jawab apa? Kalau tak sakit tak adalah pergi klinik. Saya patut minta doktor bagi ubat tahan sakit untuk hati sekali.”
“Kenapa pula awak yang sakit hati? Saya ni yang patutnya sakit hati. Seronok sangat berpeluk dengan lelaki tu.”

Apa yang akan berlaku bila mereka tahu sebuah kebenaran? Akan adakah sebuah magis untuk menukar rasa sakit di hati masing-masing menjadi bahagia yang diimpikan?

TANGISAN KEMARAU CINTA - NUR BALQIS

TANGISAN KEMARAU CINTA - NUR BALQIS
HARGA : RM25.00
BUKU : BARU

Mahligai mereka dipacak bersaksikan cinta. Mereka bahagia sehinggalah mahligai yang dibina tiba-tiba direntap rakus. “Makin aku benci tengok muka kau, makin kerap kau muncul depan aku!.” – Puan Shuhada Baru dia tahu tahap mana kebencian seorang ibu mertua. Walau dia pernah menjadi penyelamat keadaan, Sarina yang dulunya pernah menconteng arang di muka keluarga mereka juga yang disanjung, dipuji. Kerana syurga sang suami ada pada ibunya, Aliyah cuba reda. Tapi, dugaan lain yang datang bertimpa-timpa buat dia hampir rebah. Rupanya, Komplot merobohkan istana cinta mereka dilakar hebat. “Siapa pula kali ni? Tak cukup adik ipar sendiri, rembat jantan lain pulak?” – Sarina. Saat jiwa wanitanya dihunus oleh belati tak bermata, sang suami pula bagai hilang kata percaya. Cinta yang diungkap bagaikan semakin berkemarau di dinding hati! “Tak boleh ke mengalah sikit dengan ibu tu? Pasal anak-anak pun nak bertekak ke?- Ihsan Sehingga satu detik, relung hati wanita bernama Aliyah seakan sudah tandus dengan perasaan yang bernama cinta dari seorang suami. “Buat apa Aliyah nak balik kalau hati Aliyah kena tusuk tanpa rasa bersalah?” – Aliyah Sampai bila jiwanya akan disalai sedang sebagai isteri, dia sangat perlukan kasih seorang suami. Apakah Ihsan akan sedar, semua yang terlakar di depan mata itu hanyalah satu fitnah untuk merobohkan istana cinta mereka?

J & J - SUZANA SULAIMAN

J & J - SUZANA SULAIMAN
HARGA : RM26.00
BUKU : BARU


Terkejut.Terkedu.Terkesima. Itulah perasaan Nur Jannah Zahraa ketika 'dilamar' oleh seorang lelaki yang baru sahaja dikenali.

"Saya nak jadi yang istimewa dalam hidup awak, Jannah," akui Jihad jujur. Memandang tepat ke dalam mata Jannah.

"Kenapa?" berkerut dahi Jannah.

"Saya tak ada jawapan untuk soalan tu."

"Mustahil!"

"Yang saya tahu, jantung saya berdetak hebat apabila saya dekat dengan awak."

"Ayat player tu, Jihad," Jannah ketawa sinis.

"Saya bukan player, Jannah. Saya tak bohong."

"Then, you must be crazy. You don't even know me."

"Love is kinda crazy."

Ya! Cinta itu gila, sama gila dengan encik lawyer yang bernama Jihad Mikhael. Sekuat mana Jannah menolak, sekuat itu juga takdir merapatkan mereka sehingga akhirnya Jannah mengalah.

"Jihad Mikhael, will you take me as your wife? Jannah membuka mata dan memandang tepat wajah lelaki itu.

Pandangan mereka bertaut lama. Seperti ada sesuatu yang menghalang mereka mengalih pandang.

"Can...can you say that again?" Jihad bagai tak percaya. Sungguh dia tidak sangka! Jannah melamarnya!

Adakah perkahwinan mereka merupakan titik sebuah bahagia? Bagi Jihad, dia memang sudah lama bersedia. Cuma Jannah yang masih ragu-ragu. Trauma hidup penuh keperitan masa lalunya buat dia rasa rendah diri.

"Bagaimana kalau saya tak dapat membahagiakan awak, Jihad?"

"Kebahagiaan itu telah jadi milik saya di saat awak melamar saya, Jannah. You made me a happy man since then."

SEPTEMBER - FARAH HUSAIN

SEPTEMBER - FARAH HUSAIN
HARGA : RM25.00
BUKU : BARU


Niat Nur Jazleen hanya mahu membantu temannya tapi, siapa menduga dia ditemukan kembali dengan kisah silamnya, Zayn Akmal. Namun, Zayn hari ini bukan lagi Zayn yang dikenali dulu. Kelembutan bicaranya sudah hilang dan tiada lagi siar cinta di matanya. “Jauhkan diri kau dari adik aku, Jazleen. Kalau tak..” – Zayn Akmal “Kalau tak, awak nak buat apa?” – Nur Jazleen “I’ll make your life a living hell. Mark my words, Jazleen.” – Zayn Akmal Tiga tahun dahulu, mereka bertemu dan jatuh cinta pandang pertama. Bagi Zayn, Jaz adalah adalah segalanya. Apa saja dia sanggup lakukan dengan kebahagiaan Jaz. Tapi ada sesuatu yang ‘menghalang’ Jaz untuk menerima cinta Zayn. Dan.. bermulalah penipuan demi penipuan sehingga Zayn jadi kecewa. Kini, takdir menemukan mereka kembali. Masing-masing cuba menafikan rasa yang masih wujud di hati. Namun, makin mereka cuba menjauh, makin takdir mendekatkan mereka. Dan kehadiran si dia bernama Ariq menambahkan lagi kusut keadaan. "I hate that I hate you, Jaz." – Zayn Akmal “So what do you suggest we do, Zayn?” – Nur Jazleen September menyaksikan dua hati bertemu, berpisah dan bertemu kembali. Mampukah peluang kedua ini menukar kesudahan kisah mereka seperti yang diinginkan hati? Atau kisah ini akan terus luruh bersama waktu?

J.A.D (JIWAKU ADA DIRIMU) - WAWA TAUFIK

J.A.D (JIWAKU ADA DIRIMU) - WAWA TAUFIK
HARGA : RM25.00
BUKU : BARU

Berkahwin dengan Jad Jazman? Tak pernah terfikir oleh kotak fikiran Nur Alena. Jad itu hanyalah sekadar kawan yang boleh dijadikan tempat meminta pertolongan. Tapi, demi keselamatan diri, demi mahu lari dari Khan yang psiko, Alena terima cadangan keluarga untuk mengahwini lelaki itu. Kerana dia tahu, dia akan selamat bersama Jad. Lelaki itu mana pernah ada hati pada perempuan. “Kau pergi kelab gay kan tadi?” - Alena “Kau tanya lagi macam tadi, siap kau!” - Jad Hidup sebumbung, tapi haluan asing-asing sebab antara mereka tak pernah wujud perkataan cinta. Tapi, bila keadaan memaksa untuk mereka tinggal berjauhan, ada rasa lain pula yang muncul. “Datang sini.” Jad bersuara lembut. “Bila?” “Hujung minggu...” “Hmm...” “Please.... Sekejap pun tak apa. Aku rindukan kau.” Bila jauh, rasa rindu mula menggebu, rasa sayang mula bercambah. Masa dekat, semua tu tak pernah pula muncul. Tapi, benarkah Jad rindukan dia? Sedang dia tahu, si suami yang berada nun jauh di sana sudah ada Zeki, ‘teman tapi mesranya’ di sisi. “Susah kan, nak bukti yang aku sayangkan kau? Payah kan, untuk kau rasa yang aku ikhlas sayangkan kau? Sebab kita bukan bermula sebagai kekasih. Sebab aku bukan Khan.”- Jad Bila nada cemburu mula berirama, ada yang menuntut penjelasan. Khan yang sudah berubah dan Zeki yang sentiasa ada antara mereka, mana satu yang menjadi puncanya.



BAYAR BALIK CINTA AKU - AJA

*Kesinambungan dari Novel yang pertama, Semanis Cinta Red Velvet.

BAYAR BALIK CINTA AKU - AJA
HARGA : RM29.00
BUKU : BARU

Ira Maiziera merupakan seorang pensyarah muda yang baru sahaja memulakan kerjayanya setelah menamatkan pengajian pada peringkat master. Berumur 27 tahun, sudah tentu ‘berkahwin' akan menjadi keutamaan dalam hidupnya. Tambahan pula apabila rakan baiknya, Olfayanis tiba-tiba membuat keputusan untuk menamatkan zaman bujang.

Tersepit dengan dilema perasaan sendiri di antara dua lelaki, Izzul dan Ejam. Ira cuba untuk tidak mengendahkan desakan daripada orang tuanya untuk berkahwin dengan mana-mana anak teruna kenalan mereka.

“Yang mama suruh dia buat blind date dengan lelaki miang anak kawan dia sampai dua kali kenapa pulak? Kan dah kena gangguan seksual secara percuma!”

Terdesak untuk menyelamatkan maruah diri, dia meminta bantuan daripada GG, seorang lelaki yang anehnya muncul dalam hidupnya berkali-kali secara kebetulan dan menjadi penyelamatnya. Namun, ada bayaran yang perlu dibayar untuk mendapatkan bantuan lelaki asing itu. Demi memenuhi janji yang telah dibuat dengan Olfayanis, dia harus melamar lelaki itu.

“Kenapa GG bersetuju bila dia pergi buat lamaran terdesak tu hah? Dahlah masa tu awek GG ada sekali. Free-free minah tu melopong. Apa motif lelaki itu?”

Kenapalah misi pencarian calon suami Ira Maiziera perlu melibatkan lamaran perkahwinan berkali-kali yang terpaksa ditolak daripada Ejam, desakan perkahwinan berkali-kali yang dibuat kepada Izzul dan lamaran yang terpaksa dibuat kepada lelaki asing bernama GG? Siapakah jodoh Ira sebenarnya? Bayar Balik Cinta Aku! Cinta siapa yang perlu dibayarnya? Izzul, Ejam atau GG? Hanya Ira Maiziera yang ada jawapannya.


SEMANIS CINTA RED VELVET - AJA

SEMANIS CINTA RED VELVET - AJA
HARGA : RM26.00
BUKU : BARU

Tak sangka si pembunuh kucing yang berhati kering rupa-rupanya berjiwa lembut juga. Kalau tak, takkanlah rumput di belakang taman rumah mereka habis punah digali si dia. Oh… dah buat kubur untuk si 'jenazah' rupa-rupanya ya?

Terima kasih kepada 'arwah' yang pergi meninggalkan dunia, perjanjian yang terbina di antara mereka telah pun dilanggar secara tidak rela. Kenalnya dia akan sisi ‘positif' isteri bagaikan satu behaviour shock yang terlampau mengejutkan.

"Aku? Dengan manusia gasar tu? Dah terfeeling? Come on la, Yoyo! It was just a mere cat."

Ini checklist terhadap Ofa. Ofa yang pemalas, cuai, kasar, perasan, biadap, pengotor, dingin, selalu bangun lambat, selalu tidur lewat, menyakitkan hati, pandai menjawab, kuat makan dan tak lupa juga seorang yang licik.

Kalau Yoyo ada checklist pasal dia, dia pun ada jugaklah! Tapi dua perkara ajelah. Yoyo yang gila kerja! Yoyo yang ramai perempuan!

"Saya tahu saya bukan suami yang sempurna, saya tak reti nak romantik-romantik dengan awak. Jauh lagi nak memuji sesuatu yang tak logik, awak masak teruk sangat sayang, saya rasa awak pun terlebih tahu."

"Saya tahu saya seorang isteri yang cantik. Mana-mana perempuan yang berkenan dengan awak takkan mampu nak menandingi saya. Tapi lagi sekali saya tahu awak langgar kontrak kita, tolong anggap kita dah bercerai secara rasmi!"

Semanis Cinta Red Velvet, dalam benci ada sayangnya.

MENGGAMIT KASIH TERAGUNG - QIS ZAKIRAH

MENGGAMIT KASIH TERAGUNG - QIS ZAKIRAH
HARGA : RM27.00
BUKU : BARU


“Apakah cinta dan rasa kasih itu hanya untuk orang kaya, orang cantik, berpangkat dan berharta? Apakah orang miskin, orang susah dan hodoh tidak layak untuk menyintai dan dicintai? Mengapa perasaan itu harus dibezakan?”

Air mata Widya semakin laju berhamburan di pipinya. Dia tidak pernah menyangka rupanya Rizky memandangnya sebegitu tinggi sedangkan selama ini tidak sudah-sudah dirinya dihina dengan bermacam gelaran dan celaan.

“Minta maaf? Mudahnya kau orang nak minta maaf setelah apa yang kau orang lakukan pada aku. Kau orang buat aku macam aku ni tak ada perasaan. Tak ada maruah! Kau orang buat aku tak ubah macam binatang!

Masa kau orang serang aku, ada kau orang fikir tentang hati dan perasaan aku? Maruah aku dipijak dengan begitu hina! Rayuan aku tak dipedulikan. Kau orang caci aku macam-macam. Sekarang senang-senang kau orang nak minta maaf?”

Widya telah jauh berubah. Saat ini Widya sangat kuat pegangan agamanya. Malah dia pernah berjanji untuk mengabdikan dirinya kepada Allah di sepanjang hayatnya.

Dia tidak mahu berpaling lagi daripada landasan taubat yang telah dipilihnya. Dia ingin terus meniti kehidupannya di atas jalan yang lurus bersama keredhaan Allah sehingga ke nafasnya yang terakhir.

Namun tidak semudah itu dia mampu melaluinya. Berkali-kali dia dihina, berkali-kali maruahnya dicalar. Dan yang paling menyedihkan apabila dirinya diaibkan sehingga satu dunia mencaci dan meludah kepadanya. Masjid Al-Insan meninggalkan sejarah suka dan duka di antara Widya dan Rizky hingga terpahat kuat di dalam ingatan mereka. Menggamit Kasih Teragung, hanya pada Yang Maha Esa mereka menyerahkan segalanya.


KONSPIRASI SUAMI - MAYA IRIS

SEKUEL KEPADA NOVEL 'MAHAR CINTA CINDERELLA'

KONSPIRASI SUAMI - MAYA IRIS
HARGA : RM25.00
BUKU : BARU


Dia terlupa cintanya. Yang dalam fikiran cuma kekasih lama, dan sang suami yang lebih berhak hanya mampu memendam rasa. 

Dia juga lupa suaminya seorang pejuang-pejuang yang akan mendapatkan kembali cintanya.
"Sebagai suami, saya boleh anggap dia nusyuz. Tetapi adakah menduakannya balasan yang setimpal di atas perbuatannya? Balasan begitu tidak diajar dalam Islam. Islam menyuruh kita meninggalkan bilik tidur jika isteri nusyuz. Bukannya memasuki bilik tidur perempuan lain." - Dr. Ehsan.



SUDI JADI ISTERI SAYA? - MAYA ADIRA

SUDI JADI ISTERI SAYA? - MAYA ADIRA
HARGA : RM27.00
BUKU : BARU

Salahkah jika dia tidak lagi percayakan cinta? Berdosakah dia, menidakkan cinta yang dihulur barisan perawan yang ada. Huh, cinta! Bagi Irfad Haji Muzir, cinta adalah penipuan. Cinta adalah permainan. Maaf, dia tidak lagi percayakan perkataan itu. Ya, dia pernah mencintai dengan setulus hati lelakinya. Namun, baru ingin dipetik sebagai suri, cinta itu terbang pergi.

Permainan waktu menemukan mereka. Hatinya remuk, hancur diinjak sang tunang dan sahabat baiknya, dua insan paling disayanginya. Dia mengalah untuk tidak mahu bernafas lagi. Apa gunanya? Aflah tekad, dia mesti pergi. Kenapa mesti dia diselamatkan? Dia mahu mati!

Mulut kata jauh, hati kata datang. Otak kata benci, rindu khabar sayang. Kasih hampir bertaut. Namun belum sempat diikat, Nadya yang dipuja Irfad pula datang. Nadya yang menyesali tindakannya. Perkahwinannya tidak bahagia, terdera katanya. Hati Irfad mula goyah. Cinta lama yang masih bersisa atau kasih baru yang mahu bertaut?

Aflah menjauh, tersiksa dalam kerinduan. Nadya kian dekat, mahu cinta kembali berulang. Ada rahsia yang disimpan, petunjuk isteri pilihan.


KALAU SAYANG JANGAN MARAH - EAST DIANI

KALAU SAYANG JANGAN MARAH - EAST DIANI
HARGA : RM27.00 / RM30.00(S/S)
PROMOSI : FREE POS

Ramai yang ingin menghulurkan cinta kepadanya tapi hatinya terkunci rapat. Dia hidup sendiri dengan kenangan yang masih tersimpan rapi. Namun, pertemuan pertama dengan Naqib sudah membuatkan hatinya berdetik tidak tenang. Apatah lagi, ada pertemuan seterusnya yang tidak dijangka. Sikap Naqib membuatkan Yani sesak. Naqib suka menakluki dirinya menjadikan Yani bertambah benci padanya. Lelaki perasan bagus!

"Berani kau tampar aku?" - Naqib

"Beranilah. Dah awak tu gatal. Saya dah tolong awak tadi dah cukup bagus tau. Orang dah tolong, boleh pula nak ambil kesempatan. Saya tak suka, awak tahu tak?"- Yani

Naqib selalu membuat tindakan tanpa diduga oleh akal fikirannya. Hingga mereka berdua terikat sebagai suami isteri. Segalanya Naqib aturkan sendiri dengan tindakan segeranya.

"Nanti kita kongsilah. Mak kau akan jadi mak aku juga. Mummy aku, jadi mummy kau juga"- Naqib

"Tak kuasa!"- Yani

"Aku kuasa nak jadi suami kau. Jom kita kahwin! Seronok juga kalau dapat kahwin dengan perempuan macam kau. Kasar… Garang… Aku suka!- Naqib

Hari kedua perkahwinan mereka, Yani dikejutkan dengan kisah sebenar yang disimpan oleh Naqib selama ini. Hatinya bagai diragut sekelip mata. Kerana dendam, Naqib sanggup memperjudikan cinta Yani. Dia mahu Yani menangis sepertimana dia menangis. Dia berjanji akan membuatkan Yani merana. Tetapi, telatah dan sikap Yani yang tidak rebah dengan layanannya membuatkan Naqib pula yang sakit kepala. Dirinya pula digoda oleh si isteri. Ada sahaja sikap Yani yang sengal-sengal ubi buatnya terkena kembali.

"Dia jodoh istikharah aku. Aku yakin dengan ketentuan Tuhan. Jika dia sudah dijodohkan dengan aku, aku akan buat dia tunduk pada aku. Tak kisah dikatakan perigi cari timba. Aku akan buat dia jatuh cinta pada aku" - Yani

Demi cinta yang mula mekar di hatinya, Yani berdiri dengan senyuman paling manis. Halangan dan dugaan tidak dapat menafikan dia sebagai pemilik cinta Naqib. Demi mematikan sebuah janji, Yani bangkit. Apa yang dilakukan Naqib, sesekali tidak membuatkannya putus semangat. Yani percaya ada cinta yang mewangi dalam hati Naqib. Lalu, bermulalah misi mengejar cinta suami. Mampukah Yani mencuri hati suaminya? Atau Naqib akan terus menyalahkan dirinya dan korbankan cinta itu? Bagi Yani, kalau benci lepaskanlah. Kalau diam siapa yang tahu. Tapi kalau sayang jangan marah!