Search This Blog

LELAKI KIRIMAN TUHAN - UMIE NADZIMAH



LELAKI KIRIMAN TUHAN - UMIE NADZIMAH

HARGA BUKU : RM22.00 (SM)
WHATSAPP : 0177342366

DUA jam berlalu. Naira relaks-relaks sahaja. Dia mula menumpukan perhatian pada rutin tugas hariannya. Memastikan perkhidmatan dan layanan pekerja-pekerja di Resort Abah ini berjalan dengan baik. Dia membuat pemerhatian di segenap sudut resort. Ini sahajalah harta peninggalan abahnya yang mendatangkan hasil. Dia harus pastikan resort ini terus maju. “Cik Naira! Cik Naira!” Naira dalam perjalanan menuju ke Kafe Nyaman pabila terdengar namanya dipanggil. Dia berhenti dan menoleh ke belakang. “Ada apa Sarah?” Tanyanya pada pekerja yang bertugas di bahagian receptionist pagi ini. Sarah kelihatan tercungap-cungap berlari mengejar Naira. “Guest bilik 308 tu…” Ujar Sarah. Allah… nombor bilik orang serabut tu. Matilanak aku. Gumam Naira dalam hati. “Kenapa dengan guest tu?” Wajah Naira penuh tanda tanya. “Dia mengamuk sakan!” “Apa yang dia nak?” Soal Naira , tegas . Saspen sangat dah . “Nak Cik Naira. Dengan kita orang semua dia tak nak deal. Dia jerit-jerit nak dengan Cik Naira juga.” Jawab Sarah teragak-agak. Sikit takut. Pertama dia memang takut tetamu bilik 308 tu. Bahasanya tajam bebenar. Kedua, sebab Cik Naira ni boleh tahan garangnya. Tak kena gaya dan mood Cik Naira… boleh terpelanting dia nanti kena jerit. Naira tak kata apa-apa dah pada pekerjanya. Langkah diatur laju ke kaunter resepsi. Telefon di atas meja terus dicapai dan dia tekan nombor bilik lelaki tersebut. Cepat sahaja panggilannya disambut. Tak sampai beberapa saat. Bermakna lelaki itu memang sedang menunggu.  Apa lagi hal nya ni? Barang sudah dipulangkan dengan jujurnya. Satu sen pun tak luak. Apa lagi yang dia tak puas hati? Atau dia nak buat helah , mana tahu boleh dapat lagi seribu dua ribu. Kalau dasar penyangak dan jahat tu, memang akan terus jahat, hatinya akan terus jadi hitam! “Helo… encik perlukan bantuan apa-apa ?” Sapa Naira serius , dalam satu nafas. Tak buang masa dah. Straight to the point. “Saya dah kata , tak nak cakap dengan siapa-siapa melainkan dengan perempuan yang bernama Naira tu.”  Tegas , serius dan satu nafas juga Naira dengar jawapan dari manusia semak di sebelah sana. Kemain ya berlagak. “Naira speaking!” “Hah ada pun… berjam-jam saya tunggu. Ingatkan dah nak lesap!” Tempelak Iqbal Raid sinis. “ Maksud encik? Saya tak faham!” Naira dah mula panas hati. “Awak curi barang saya!” “Jangan tuduh sebarangan tanpa bukti encik!” Naira menafikan. Seharusnya la kan.Dia memang tak buat, memang tak ambil apa-apa pun. “Siapa kata saya tak ada bukti. Ingat saya ni buta ke? Mengaku sajalah yang awak dah ambil barang saya!” “Encik jangan nak tipu saya! Kalau saya tak buat kenapa saya mesti mengaku? Saya ni bukan heroin sadis dalam drama melayu yang nak menanggung kesalahan hero yang saya tak buat!” Nada suara Naira semain meninggi. Selari dengan tahap kemarahannya yang semakin meningkat. Jeda seketika. Reaksi Naira tidak disambut pantas oleh Si Semak di atas sana. Agaknya dia tengah menghadam kata-kata yang dilontar Naira. Habis heroin drama melayu diheret masuk sekali dalam pertengkaran ini. “Hurm … heroin drama melayu memang klise…. tambah-tambah yang waktu maghrib tu...saya pun fed up . Tapi awak lain, selamba ambil barang orang yang tak kenal...” “Heh…saya tak ambil lah . Tak hingin saya ambil duit tak halal!” Tengking Naira kuat. Pucat muka Sarah dan seorang lagi rakannya yang berada di hadapan bos mereka. Kecut beb…  Naira lupa sudah polisi hotel yang selalu dia tekankan pada pekerjanya. Pelanggan hotel tu raja, jadi kena layan dengan baik, lemah lembut dan sopan-santun. Kali ini kesabaran Naira benar-benar tercabar, hingga dia sendiri break the rules. Pantang sungguh bila orang menuduh dia menjadi pencuri. Walaupun pada asalnya dia ada niat juga.  Lihatlah… kalau kita ada niat jahat, walaupun sekadar niat yang tak jadi buat, tetap dikurniakan pengajarannya. Maka inilah pengajaran untuk dia kali ini. Lain kali jangan cuba-cuba untuk berniat serong atau jahat. “Awak ambil barang saya!” “Saya tak ambil!” “Awak ambil!” “Heh… pergi meninggal lah kalau tak percaya!” Pap!  Naira hempas gagang telefon ke tempatnya. “Tak faham bahasa punya manusia, sesuka hati nak menuduh orang macam-macam…” Rungut Naira sendirian. Dia menghayun langkah pergi dari situ. Sarah dan rakan sekerjanya, Tina saling berpandangan dan masing-masing mengangkat bahu. “Baru kena buku dengan ruas…”Bisik Sarah. “Tulaah… cengei sangat dengan kita. Sekali Tuhan balas la dekat dia.” Bisik Tina balik. “Kannn …” Kedua-duanya gelak-gelak . Hilang sudah kecut perut sebab bos dah pergi dari situ. Malangnya , sekejap cuma kegembiraan mereka, sebab selepas itu berdering-dering telefon dari lelaki yang sama. Dia nak juga bercakap dengan Cik Naira . Tidak ada toleransi dah. “Awak pergi cari bos awak sekarang sekarang! Saya tak nak cakap dengan awak, suara tak sedap! Kejap lagi saya call balik! Jika tak ada dia saya turun mengamuk di bawah . Awak nak ke?”  Ugut lelaki itu pada Sarah. Gagang telefon diletak sebelum Sarah beri alasan apa-apa. Cemberut muka Sarah. Hilang sudah gelak ketawanya sebentar tadi. “Wei… dia nak cakap dengan Cik Nam tu jugak-jugak… macam mana ni Tina?” “Hang pergilah cari bos lagi!” Suruh Tina. “Apa pula aku… kaulah pulak. Tadi aku dah pi panggil bos dah!” “Aku?” Mata Tina sudah terbelalak. “Aku tak berapa berani sangat. Hang lagi lama kerja sini… aku baru lagi…Ketaq aku!”  Telefon berbunyi lagi. Sarah angkat. “Ada? Saya bagi beberapa minit lagi….jika tak ada ada jugak bos awak, saya turun pakai spender menari tiger kat depan kaunter . Saya tak malu… tapi saya tau awaklah yang akan malu!” Pap! Gagang diletak.  Sarah garu-garu kepalanya. “Gila la orang ni... Ada ke dia nak turun sini pakai spender aje… takut aku weh!” “Isk… jom la kita cari bos! Tak lalu aku tengok orang jantan pakai seluar seluaq kecik berlegar kat sini. Tersemboi semacam had depan tu. Kalau Mat Saleh …orang putih takpa la, putih… ni had yang macam belakang kuali nak tayang! Geli aku! ” Tina buat badan gaya geli geleman. “Tulah… aku pun tak lalu nak tengok wayang macam tu . Tapi nak cari mampus pergi berdua? Kaunter ni mana boleh tinggal! Bukan tak tau Cik Nam yang cengei tu, kalau dia nampak sini tak berorang , mengamuk sakan la dia… ” Balas Sarah. “Hmm….” Dua-dua gadis menoleh. Ck Naira sudah tercegat di hadapan mereka. “Riuh mensyuarat? Dah tak ada kerja nak buat?” Tegur Naira ,masam. “Ad…ada Cik Naira. Guest tu asyik ugut kami kalau Cik Naira tak call dia balik, dia nak buat tiger show depan ni. Bogel… eh bukan , pakai tutup kain macam tarzan tu ajer … !” Adu Sarah takut-takut, tapi boleh lagi nokok nambah cerita.  Naira merengus dengar. Geram. Gagang telefon lalu dicapai semula. “Helo… awak nak apa sebenarnya?” Tanya dia lantang setelah gagang sebelah sana diangkat. “Boleh awak naik bilik saya sekarang? Kita bincang!” “Awak jamin tak apa-apakan saya?” Tanya Naira tegas. “ Kalau awak tak datang… saya akan apa-apakan awak. Kalau datang… awak akan selamat!” Lelaki tu kasi kata dua. “Huh… saya naik! ” Naira membuat keputusan. “Good. Saya tunggu!” “Cepatlah awak meninggal… Menyusahkan sungguh!” “Tak boleh meninggal selagi tak jumpa awak, settlekan hutang. Lepas tu boleh la saya pejamkan mata dengan aman!” “Huh!” Naira merengus. “Now! Naik sekarang! Kalau tak saya tiger show di bawah, dengan spender merah ang ang.” “Like I care?” “You have to …. Sebab pasangan dance saya tentunya awak!” “Awak jangan macam-macam! Saya buat police report !” “Saya tak kesah masuk lokap… yang penting saya dah tiger dance dengan awak…. Now!” “Gila!” “Now!” Lelaki semak memutuskan talian terlebih dahulu. Naira mengeluh. Dia pandang pada Sarah yang pemerhati sejak tadi. “Kasi saya gunting dalam laci tu Sarah.” Sarah akur. “Err… Cik Naira nak naik ke?” Teragak-agak Sarah tanya. “Iyalah. Selagi saya tak selesaikan dengan dia… selagi itulah dia melarat-larat merapu.” Balas Naira sambil masukkan gunting sederhana besar ke dalam kocek jaket luarnya. “Cik Naira tak takut ke? Saya temankan?” “Tak apalah Sarah. Biar saya selesaikan sendiri. Awak buatlah kerja awak di bawah ni. Lagipun saya tak nak libatkan awak dengan orang yang merbahaya. Kasihan emak bapak awak kalau jadi apa-apa.” “Tapi Cik Naira yang dalam bahaya, takkan saya nak biarkan…” “Tak apa Sarah…saya dah biasa jumpa orang macam ni…” Sebaik saja berhenti cakap ,Naira terus hentak-hentak kakinya menuju tangga. Terkebil-kebil Sarah dan Tina . “Beraninya Cik Naira tu ya…” Komen Tina.  Sarah sekadar mengangguk perlahan. Bimbang juga dia. Segarang-garang Cik Naira, dalam hatinya penuh kasih sayang pada setiap kaki tangannya. Secara zahirnya ,ramai pekerja suka mengumpat Cik Naira, namun Sarah tahu hampir kesemuanya mengharap rezeki hidup di resort Cik Naira. Dan tanpa Cik Naira yang tegas dan garang itu…tak mungkin tempat ini akan maju. Garang Cik Naira , bukan sebarang garang, garang bersebab!