SUAMI AKU USTAZ - HANNAH DHANIYAH

NOVEL BESTSELLER YANG DI CARI..!!



SUAMI AKU USTAZ - HANNAH DHANIYAH
HARGA BUKU : RM22.00
SABAH /SERAWAK : RM25.00
BUKU : BARU 
PENGHANTARAN : PERCUMA

Alisa bukanlah anak gadis yang nakal mana pun. Tapi bila mak dengan ayah sudah mula tidak percayakan diri dia, apa lagi yang dia boleh buat?

“Kami nak satukan kamu dengan Hafiz sebelum kami bertolak ke Mekah.”

Yang menjadi masalah buat Alisa apabila ‘TIDAK’ bukan salah satu pilihan jawapan yang dia ada. Dan dia pula tidaklah pernah terfikir hendak melarikan diri daripada keluarga. Senakal-nakal Alisa, kasih sayang mak dengan ayah masih mampu membuatkan dia mengikut kata mereka. Tapi macam mana pula dengan cita-cita dia?

“Dia itulah ustaz di sekolah aku. Ustaz yang popular pula tu sebab masih belum berpunya. Hendak dikatakan handsome, semestinya tidak. Pada aku, dia bukanlah tergolong di dalam lelaki idaman aku. Tetapi, kalau sudah ramai yang mahu mengisi borang untuk masuk ‘Kelab Peminat Ustaz Hafiz’ sekiranya kelab itu wujud, mestilah dia tu ada rupa, ya tak? Aduh! Tidak fasal-fasal dia menjadi kepunyaan aku pula.”

Macam mana agaknya apabila Alisa yang berperangai gila-gila terpaksa hidup dengan Hafiz yang hidupnya skema? Tapi skema ke Hafiz kalau perangainya suka menyakat Alisa sejak lahir sehinggalah besar?

“Cuma aku harap, kahwin ni bukan bermakna hidup aku berakhir. Well, kau tahulah kan. Cita-cita aku ni tinggi. Pada aku umur baya kita ni sebenarnya hidup kita baru bermula. Mana nak belajar, nak kerja. Aku harap, everything is going to be well.”

Alisa. Cita-citanya setinggi langit, cintanya masih belum pernah berputik. Akan wujudkah cinta buat si suami dan bertahankah jodoh mereka berdua? Perlukah salah seorang berkorban hanya untuk membuatkan cita-citanya kesampaian?

14 comments:

  1. Salam.. ctr ni mmg best la.. sgt2 best.. huhu
    sya siap repeat bca 2x lg..hihi
    trlbh truja plk..hihi

    ReplyDelete
  2. salam, buku nie ada lagi x?
    sya nak satuu saya dok area penang
    campur dgn post. how much?

    ReplyDelete
  3. wa'alaikumussalam..
    izzati tolong email saya ye..

    fadzcoklat@gmail.com

    ReplyDelete
  4. Cerita ni bukn shj mnrik malah mmpunyai unsur Islam yg boleh djdkn tekadan.bgus kpd yg mmbcnyer krn ia bkn shj dpt mnmbhkn ilmu bahkn dpt mnghiburkn hati.cerita yg pnuh dgn ilmu dan pngajaran.semoga akak dpt mnulis cerita sebgini lg di tulisn yg lain.Tahniah!!

    ReplyDelete
  5. ade lg x buku ni??

    ReplyDelete
  6. cerita ni best..mempunyai unsur islamik..

    ReplyDelete
  7. ya cerita ni best saya baru habis baca minggu lepas

    ReplyDelete
  8. Saya nak beli novel ni... ada lagi ke?

    ReplyDelete
  9. ada stock lagi x? sy nak beli..

    ReplyDelete
  10. Nak beli satu boleh?

    ReplyDelete
  11. Macam mana nak order..ade lagi x?saya nak sebuah

    ReplyDelete
  12. Sukenyerr saya bace...Novel yg bagus dan ada pengisiannya...susah nak cari novel yg mcm ni...terbaiklah....selepas ayat-ayat cinta:habiburrahman. Semoga lepas ni makin banyak terbit novel sebegini...tahniah penulis

    ReplyDelete
  13. superb.. wlpn bcaannya santai tapi diterapkan juga unsur2 keagamaan, kasih syg.. orang yg bgsa sperti saya yg mals nak bca bku agama ni, mmg kena sgat..

    ReplyDelete
  14. novel ni memang terbaik...!!! ada nilai2 murni, islamik, kasih sayang antara muslims, relationship dgn ibubapa, suami isteri dan kawan2.. saya tak dapat tahan ketawa, senyum saya bila baca novel ni.. macam boleh nampak senyuman ustaz (gambaran Adi Putra) dalam setiap bait2 yg dibaca... tahniah HANNAH..!!!

    ReplyDelete