Search This Blog

TODAY I MARIED MY BEST FRIEND - SYAMNURIEZMIL

TODAY I MARIED MY BEST FRIEND - SYAMNURIEZMIL
HARGA : RM20.00
BUKU : BARU

“Berdua dengan aku lebih baik kan?”

“Tapi ada syaitan kalau berdua.”

“Tu sebab aku nak ajak kau kahwin cepat-cepat. Boleh ke?”

Menganga mulut aku bila my best friend ajak aku kahwin. Yang aku risaukan… aku akan kehilangan kawan baik aku! Bayangkan, lelaki yang selama ini biasa aku melepak sama, merepek sama-sama, tiba-tiba… nak jadi kekasih aku? Uuuu… Tak ke janggal?

Lagi haru aku nak menolak, bila mak kata, dari dulu lagi dia dah dapat agak jodoh aku akan dengan Usyair tu. Nak mengadu kat Umairah pun tak ada guna sebab dia lagi buat aku terfikir yang abang dia tu memang ditakdirkan berjodoh dengan aku. Argh! Tak ada ke siapa-siapa boleh cakap yang aku dengan Usyair tu takkan boleh jadi kekasih, apatah lagi suami isteri?

Kenapa perjanjian kami dulu yang berjanji nak kawan sampai mati tapi tak boleh sampai kahwin tu terbubar pula? Dan dengan senang-senangnya Usyair buat perjanjian baru dan batalkan perjanjian lama, iaitu;

“Kita kawan sampai mati, tapi tak boleh sampai kahwin kecuali...”

“Kecuali apa?”

“Pada penghujung umur kita 27 tahun, kita tak ada sesiapa, yang ada hanya kau dan aku saja dalam hubungan kita ni, kita boleh kahwin sesama kita.”

“Errr…”

Aduhai... Perlu ke aku bersetuju? Lamaran Usyair itu tak salah sebab aku memang tak ada sebab untuk tolak dia. Tapi… sanggup ke aku kehilangan kawan baik aku sendiri? Nampaknya aku harus bertindak untuk membuktikan pada diri aku sendiri sama ada aku harus menerima Usyair ataupun menolaknya bulat-bulat.

“Aku ajak kau kahwin... sebab aku cintakan kau. Kalau kau cintakan aku, kau accept my proposal. Simple, Qis. Esok hari... tak ada siapa yang tahu. Hanya Tuhan yang tahu. So, kalau kau tanya, boleh ke tak boleh ke... aku tak ada jawapan untuk itu sebab itu Tuhan punya kerja. But I have faith on us. I trust us. Do you?”

RULE NOMBOR 1 - AZWIN ZULKAPLI

RULE NOMBOR 1 - AZWIN ZULKAPLI
HARGA : RM27.00
BUKU : BARU


Rule Number One, boss is always right. Rule Number Two, if the boss is wrong....see Rule Number One. – Hezree

Bekerja dengan lelaki seperti Hezree tak adalah susah sangat. Cuma hati nak kena tahan, nak kena ada karung besar untuk simpan rasa sakit yang kadang-kadang beratnya berpuluh kilo. 

“Awak tak ketuk pintu? Main terjah macam penyamun.” Hezree menyergah. Aduh ayat menanah telinga.
“Saya dah ketuk, encik tak dengar ke?”
“Ada saya suruh masuk?”
“Encik kata lepas siap sebut harga terus hantar pada encik.”
“Awak ni banyak cakap. Ingat Rule Number One.” Bosan betul. Sentiasa mencari salahku.

Tapi, bila bicara Hezree berubah rentak jadi manis bergula, hati Amanina pula bagai diserang penyakit gelabah. Semuanya jadi serba tak kena.

“Siapa suruh awak ambil hati saya?”- Hezree
“Saya tak pernah ambil hati sesiapa. Lain kali jangan bersusah-payah untuk saya. Saya tak akan berikan hati saya pada Encik.” – Amanina.
“Siapa yang minta hati awak? Saya cuma nak berikan hati saya pada awak.”- Hezree.

Dia mahu lari dari Hezree kerana jalan yang mereka lalui tidak sama. Hezree sudah bertunang dan dia juga akan jadi milik orang. Tapi,  masa yang sama dia sangat perlukan kerja tersebut. Dan masa yang sama juga, hati Hezree bagai magnet menarik hatinya.

“Kalau saya tanya, jawab!”
“Nak suruh jawab apa? Kalau tak sakit tak adalah pergi klinik. Saya patut minta doktor bagi ubat tahan sakit untuk hati sekali.”
“Kenapa pula awak yang sakit hati? Saya ni yang patutnya sakit hati. Seronok sangat berpeluk dengan lelaki tu.”

Apa yang akan berlaku bila mereka tahu sebuah kebenaran? Akan adakah sebuah magis untuk menukar rasa sakit di hati masing-masing menjadi bahagia yang diimpikan?

TANGISAN KEMARAU CINTA - NUR BALQIS

TANGISAN KEMARAU CINTA - NUR BALQIS
HARGA : RM25.00
BUKU : BARU

Mahligai mereka dipacak bersaksikan cinta. Mereka bahagia sehinggalah mahligai yang dibina tiba-tiba direntap rakus. “Makin aku benci tengok muka kau, makin kerap kau muncul depan aku!.” – Puan Shuhada Baru dia tahu tahap mana kebencian seorang ibu mertua. Walau dia pernah menjadi penyelamat keadaan, Sarina yang dulunya pernah menconteng arang di muka keluarga mereka juga yang disanjung, dipuji. Kerana syurga sang suami ada pada ibunya, Aliyah cuba reda. Tapi, dugaan lain yang datang bertimpa-timpa buat dia hampir rebah. Rupanya, Komplot merobohkan istana cinta mereka dilakar hebat. “Siapa pula kali ni? Tak cukup adik ipar sendiri, rembat jantan lain pulak?” – Sarina. Saat jiwa wanitanya dihunus oleh belati tak bermata, sang suami pula bagai hilang kata percaya. Cinta yang diungkap bagaikan semakin berkemarau di dinding hati! “Tak boleh ke mengalah sikit dengan ibu tu? Pasal anak-anak pun nak bertekak ke?- Ihsan Sehingga satu detik, relung hati wanita bernama Aliyah seakan sudah tandus dengan perasaan yang bernama cinta dari seorang suami. “Buat apa Aliyah nak balik kalau hati Aliyah kena tusuk tanpa rasa bersalah?” – Aliyah Sampai bila jiwanya akan disalai sedang sebagai isteri, dia sangat perlukan kasih seorang suami. Apakah Ihsan akan sedar, semua yang terlakar di depan mata itu hanyalah satu fitnah untuk merobohkan istana cinta mereka?

J & J - SUZANA SULAIMAN

J & J - SUZANA SULAIMAN
HARGA : RM26.00
BUKU : BARU


Terkejut.Terkedu.Terkesima. Itulah perasaan Nur Jannah Zahraa ketika 'dilamar' oleh seorang lelaki yang baru sahaja dikenali.

"Saya nak jadi yang istimewa dalam hidup awak, Jannah," akui Jihad jujur. Memandang tepat ke dalam mata Jannah.

"Kenapa?" berkerut dahi Jannah.

"Saya tak ada jawapan untuk soalan tu."

"Mustahil!"

"Yang saya tahu, jantung saya berdetak hebat apabila saya dekat dengan awak."

"Ayat player tu, Jihad," Jannah ketawa sinis.

"Saya bukan player, Jannah. Saya tak bohong."

"Then, you must be crazy. You don't even know me."

"Love is kinda crazy."

Ya! Cinta itu gila, sama gila dengan encik lawyer yang bernama Jihad Mikhael. Sekuat mana Jannah menolak, sekuat itu juga takdir merapatkan mereka sehingga akhirnya Jannah mengalah.

"Jihad Mikhael, will you take me as your wife? Jannah membuka mata dan memandang tepat wajah lelaki itu.

Pandangan mereka bertaut lama. Seperti ada sesuatu yang menghalang mereka mengalih pandang.

"Can...can you say that again?" Jihad bagai tak percaya. Sungguh dia tidak sangka! Jannah melamarnya!

Adakah perkahwinan mereka merupakan titik sebuah bahagia? Bagi Jihad, dia memang sudah lama bersedia. Cuma Jannah yang masih ragu-ragu. Trauma hidup penuh keperitan masa lalunya buat dia rasa rendah diri.

"Bagaimana kalau saya tak dapat membahagiakan awak, Jihad?"

"Kebahagiaan itu telah jadi milik saya di saat awak melamar saya, Jannah. You made me a happy man since then."

SEPTEMBER - FARAH HUSAIN

SEPTEMBER - FARAH HUSAIN
HARGA : RM25.00
BUKU : BARU


Niat Nur Jazleen hanya mahu membantu temannya tapi, siapa menduga dia ditemukan kembali dengan kisah silamnya, Zayn Akmal. Namun, Zayn hari ini bukan lagi Zayn yang dikenali dulu. Kelembutan bicaranya sudah hilang dan tiada lagi siar cinta di matanya. “Jauhkan diri kau dari adik aku, Jazleen. Kalau tak..” – Zayn Akmal “Kalau tak, awak nak buat apa?” – Nur Jazleen “I’ll make your life a living hell. Mark my words, Jazleen.” – Zayn Akmal Tiga tahun dahulu, mereka bertemu dan jatuh cinta pandang pertama. Bagi Zayn, Jaz adalah adalah segalanya. Apa saja dia sanggup lakukan dengan kebahagiaan Jaz. Tapi ada sesuatu yang ‘menghalang’ Jaz untuk menerima cinta Zayn. Dan.. bermulalah penipuan demi penipuan sehingga Zayn jadi kecewa. Kini, takdir menemukan mereka kembali. Masing-masing cuba menafikan rasa yang masih wujud di hati. Namun, makin mereka cuba menjauh, makin takdir mendekatkan mereka. Dan kehadiran si dia bernama Ariq menambahkan lagi kusut keadaan. "I hate that I hate you, Jaz." – Zayn Akmal “So what do you suggest we do, Zayn?” – Nur Jazleen September menyaksikan dua hati bertemu, berpisah dan bertemu kembali. Mampukah peluang kedua ini menukar kesudahan kisah mereka seperti yang diinginkan hati? Atau kisah ini akan terus luruh bersama waktu?

J.A.D (JIWAKU ADA DIRIMU) - WAWA TAUFIK

J.A.D (JIWAKU ADA DIRIMU) - WAWA TAUFIK
HARGA : RM25.00
BUKU : BARU

Berkahwin dengan Jad Jazman? Tak pernah terfikir oleh kotak fikiran Nur Alena. Jad itu hanyalah sekadar kawan yang boleh dijadikan tempat meminta pertolongan. Tapi, demi keselamatan diri, demi mahu lari dari Khan yang psiko, Alena terima cadangan keluarga untuk mengahwini lelaki itu. Kerana dia tahu, dia akan selamat bersama Jad. Lelaki itu mana pernah ada hati pada perempuan. “Kau pergi kelab gay kan tadi?” - Alena “Kau tanya lagi macam tadi, siap kau!” - Jad Hidup sebumbung, tapi haluan asing-asing sebab antara mereka tak pernah wujud perkataan cinta. Tapi, bila keadaan memaksa untuk mereka tinggal berjauhan, ada rasa lain pula yang muncul. “Datang sini.” Jad bersuara lembut. “Bila?” “Hujung minggu...” “Hmm...” “Please.... Sekejap pun tak apa. Aku rindukan kau.” Bila jauh, rasa rindu mula menggebu, rasa sayang mula bercambah. Masa dekat, semua tu tak pernah pula muncul. Tapi, benarkah Jad rindukan dia? Sedang dia tahu, si suami yang berada nun jauh di sana sudah ada Zeki, ‘teman tapi mesranya’ di sisi. “Susah kan, nak bukti yang aku sayangkan kau? Payah kan, untuk kau rasa yang aku ikhlas sayangkan kau? Sebab kita bukan bermula sebagai kekasih. Sebab aku bukan Khan.”- Jad Bila nada cemburu mula berirama, ada yang menuntut penjelasan. Khan yang sudah berubah dan Zeki yang sentiasa ada antara mereka, mana satu yang menjadi puncanya.



BAYAR BALIK CINTA AKU - AJA

*Kesinambungan dari Novel yang pertama, Semanis Cinta Red Velvet.

BAYAR BALIK CINTA AKU - AJA
HARGA : RM29.00
BUKU : BARU

Ira Maiziera merupakan seorang pensyarah muda yang baru sahaja memulakan kerjayanya setelah menamatkan pengajian pada peringkat master. Berumur 27 tahun, sudah tentu ‘berkahwin' akan menjadi keutamaan dalam hidupnya. Tambahan pula apabila rakan baiknya, Olfayanis tiba-tiba membuat keputusan untuk menamatkan zaman bujang.

Tersepit dengan dilema perasaan sendiri di antara dua lelaki, Izzul dan Ejam. Ira cuba untuk tidak mengendahkan desakan daripada orang tuanya untuk berkahwin dengan mana-mana anak teruna kenalan mereka.

“Yang mama suruh dia buat blind date dengan lelaki miang anak kawan dia sampai dua kali kenapa pulak? Kan dah kena gangguan seksual secara percuma!”

Terdesak untuk menyelamatkan maruah diri, dia meminta bantuan daripada GG, seorang lelaki yang anehnya muncul dalam hidupnya berkali-kali secara kebetulan dan menjadi penyelamatnya. Namun, ada bayaran yang perlu dibayar untuk mendapatkan bantuan lelaki asing itu. Demi memenuhi janji yang telah dibuat dengan Olfayanis, dia harus melamar lelaki itu.

“Kenapa GG bersetuju bila dia pergi buat lamaran terdesak tu hah? Dahlah masa tu awek GG ada sekali. Free-free minah tu melopong. Apa motif lelaki itu?”

Kenapalah misi pencarian calon suami Ira Maiziera perlu melibatkan lamaran perkahwinan berkali-kali yang terpaksa ditolak daripada Ejam, desakan perkahwinan berkali-kali yang dibuat kepada Izzul dan lamaran yang terpaksa dibuat kepada lelaki asing bernama GG? Siapakah jodoh Ira sebenarnya? Bayar Balik Cinta Aku! Cinta siapa yang perlu dibayarnya? Izzul, Ejam atau GG? Hanya Ira Maiziera yang ada jawapannya.


SEMANIS CINTA RED VELVET - AJA

SEMANIS CINTA RED VELVET - AJA
HARGA : RM26.00
BUKU : BARU

Tak sangka si pembunuh kucing yang berhati kering rupa-rupanya berjiwa lembut juga. Kalau tak, takkanlah rumput di belakang taman rumah mereka habis punah digali si dia. Oh… dah buat kubur untuk si 'jenazah' rupa-rupanya ya?

Terima kasih kepada 'arwah' yang pergi meninggalkan dunia, perjanjian yang terbina di antara mereka telah pun dilanggar secara tidak rela. Kenalnya dia akan sisi ‘positif' isteri bagaikan satu behaviour shock yang terlampau mengejutkan.

"Aku? Dengan manusia gasar tu? Dah terfeeling? Come on la, Yoyo! It was just a mere cat."

Ini checklist terhadap Ofa. Ofa yang pemalas, cuai, kasar, perasan, biadap, pengotor, dingin, selalu bangun lambat, selalu tidur lewat, menyakitkan hati, pandai menjawab, kuat makan dan tak lupa juga seorang yang licik.

Kalau Yoyo ada checklist pasal dia, dia pun ada jugaklah! Tapi dua perkara ajelah. Yoyo yang gila kerja! Yoyo yang ramai perempuan!

"Saya tahu saya bukan suami yang sempurna, saya tak reti nak romantik-romantik dengan awak. Jauh lagi nak memuji sesuatu yang tak logik, awak masak teruk sangat sayang, saya rasa awak pun terlebih tahu."

"Saya tahu saya seorang isteri yang cantik. Mana-mana perempuan yang berkenan dengan awak takkan mampu nak menandingi saya. Tapi lagi sekali saya tahu awak langgar kontrak kita, tolong anggap kita dah bercerai secara rasmi!"

Semanis Cinta Red Velvet, dalam benci ada sayangnya.

MENGGAMIT KASIH TERAGUNG - QIS ZAKIRAH

MENGGAMIT KASIH TERAGUNG - QIS ZAKIRAH
HARGA : RM27.00
BUKU : BARU


“Apakah cinta dan rasa kasih itu hanya untuk orang kaya, orang cantik, berpangkat dan berharta? Apakah orang miskin, orang susah dan hodoh tidak layak untuk menyintai dan dicintai? Mengapa perasaan itu harus dibezakan?”

Air mata Widya semakin laju berhamburan di pipinya. Dia tidak pernah menyangka rupanya Rizky memandangnya sebegitu tinggi sedangkan selama ini tidak sudah-sudah dirinya dihina dengan bermacam gelaran dan celaan.

“Minta maaf? Mudahnya kau orang nak minta maaf setelah apa yang kau orang lakukan pada aku. Kau orang buat aku macam aku ni tak ada perasaan. Tak ada maruah! Kau orang buat aku tak ubah macam binatang!

Masa kau orang serang aku, ada kau orang fikir tentang hati dan perasaan aku? Maruah aku dipijak dengan begitu hina! Rayuan aku tak dipedulikan. Kau orang caci aku macam-macam. Sekarang senang-senang kau orang nak minta maaf?”

Widya telah jauh berubah. Saat ini Widya sangat kuat pegangan agamanya. Malah dia pernah berjanji untuk mengabdikan dirinya kepada Allah di sepanjang hayatnya.

Dia tidak mahu berpaling lagi daripada landasan taubat yang telah dipilihnya. Dia ingin terus meniti kehidupannya di atas jalan yang lurus bersama keredhaan Allah sehingga ke nafasnya yang terakhir.

Namun tidak semudah itu dia mampu melaluinya. Berkali-kali dia dihina, berkali-kali maruahnya dicalar. Dan yang paling menyedihkan apabila dirinya diaibkan sehingga satu dunia mencaci dan meludah kepadanya. Masjid Al-Insan meninggalkan sejarah suka dan duka di antara Widya dan Rizky hingga terpahat kuat di dalam ingatan mereka. Menggamit Kasih Teragung, hanya pada Yang Maha Esa mereka menyerahkan segalanya.


KONSPIRASI SUAMI - MAYA IRIS

SEKUEL KEPADA NOVEL 'MAHAR CINTA CINDERELLA'

KONSPIRASI SUAMI - MAYA IRIS
HARGA : RM25.00
BUKU : BARU


Dia terlupa cintanya. Yang dalam fikiran cuma kekasih lama, dan sang suami yang lebih berhak hanya mampu memendam rasa. 

Dia juga lupa suaminya seorang pejuang-pejuang yang akan mendapatkan kembali cintanya.
"Sebagai suami, saya boleh anggap dia nusyuz. Tetapi adakah menduakannya balasan yang setimpal di atas perbuatannya? Balasan begitu tidak diajar dalam Islam. Islam menyuruh kita meninggalkan bilik tidur jika isteri nusyuz. Bukannya memasuki bilik tidur perempuan lain." - Dr. Ehsan.



SUDI JADI ISTERI SAYA? - MAYA ADIRA

SUDI JADI ISTERI SAYA? - MAYA ADIRA
HARGA : RM27.00
BUKU : BARU

Salahkah jika dia tidak lagi percayakan cinta? Berdosakah dia, menidakkan cinta yang dihulur barisan perawan yang ada. Huh, cinta! Bagi Irfad Haji Muzir, cinta adalah penipuan. Cinta adalah permainan. Maaf, dia tidak lagi percayakan perkataan itu. Ya, dia pernah mencintai dengan setulus hati lelakinya. Namun, baru ingin dipetik sebagai suri, cinta itu terbang pergi.

Permainan waktu menemukan mereka. Hatinya remuk, hancur diinjak sang tunang dan sahabat baiknya, dua insan paling disayanginya. Dia mengalah untuk tidak mahu bernafas lagi. Apa gunanya? Aflah tekad, dia mesti pergi. Kenapa mesti dia diselamatkan? Dia mahu mati!

Mulut kata jauh, hati kata datang. Otak kata benci, rindu khabar sayang. Kasih hampir bertaut. Namun belum sempat diikat, Nadya yang dipuja Irfad pula datang. Nadya yang menyesali tindakannya. Perkahwinannya tidak bahagia, terdera katanya. Hati Irfad mula goyah. Cinta lama yang masih bersisa atau kasih baru yang mahu bertaut?

Aflah menjauh, tersiksa dalam kerinduan. Nadya kian dekat, mahu cinta kembali berulang. Ada rahsia yang disimpan, petunjuk isteri pilihan.


KALAU SAYANG JANGAN MARAH - EAST DIANI

KALAU SAYANG JANGAN MARAH - EAST DIANI
HARGA : RM27.00 / RM30.00(S/S)
PROMOSI : FREE POS

Ramai yang ingin menghulurkan cinta kepadanya tapi hatinya terkunci rapat. Dia hidup sendiri dengan kenangan yang masih tersimpan rapi. Namun, pertemuan pertama dengan Naqib sudah membuatkan hatinya berdetik tidak tenang. Apatah lagi, ada pertemuan seterusnya yang tidak dijangka. Sikap Naqib membuatkan Yani sesak. Naqib suka menakluki dirinya menjadikan Yani bertambah benci padanya. Lelaki perasan bagus!

"Berani kau tampar aku?" - Naqib

"Beranilah. Dah awak tu gatal. Saya dah tolong awak tadi dah cukup bagus tau. Orang dah tolong, boleh pula nak ambil kesempatan. Saya tak suka, awak tahu tak?"- Yani

Naqib selalu membuat tindakan tanpa diduga oleh akal fikirannya. Hingga mereka berdua terikat sebagai suami isteri. Segalanya Naqib aturkan sendiri dengan tindakan segeranya.

"Nanti kita kongsilah. Mak kau akan jadi mak aku juga. Mummy aku, jadi mummy kau juga"- Naqib

"Tak kuasa!"- Yani

"Aku kuasa nak jadi suami kau. Jom kita kahwin! Seronok juga kalau dapat kahwin dengan perempuan macam kau. Kasar… Garang… Aku suka!- Naqib

Hari kedua perkahwinan mereka, Yani dikejutkan dengan kisah sebenar yang disimpan oleh Naqib selama ini. Hatinya bagai diragut sekelip mata. Kerana dendam, Naqib sanggup memperjudikan cinta Yani. Dia mahu Yani menangis sepertimana dia menangis. Dia berjanji akan membuatkan Yani merana. Tetapi, telatah dan sikap Yani yang tidak rebah dengan layanannya membuatkan Naqib pula yang sakit kepala. Dirinya pula digoda oleh si isteri. Ada sahaja sikap Yani yang sengal-sengal ubi buatnya terkena kembali.

"Dia jodoh istikharah aku. Aku yakin dengan ketentuan Tuhan. Jika dia sudah dijodohkan dengan aku, aku akan buat dia tunduk pada aku. Tak kisah dikatakan perigi cari timba. Aku akan buat dia jatuh cinta pada aku" - Yani

Demi cinta yang mula mekar di hatinya, Yani berdiri dengan senyuman paling manis. Halangan dan dugaan tidak dapat menafikan dia sebagai pemilik cinta Naqib. Demi mematikan sebuah janji, Yani bangkit. Apa yang dilakukan Naqib, sesekali tidak membuatkannya putus semangat. Yani percaya ada cinta yang mewangi dalam hati Naqib. Lalu, bermulalah misi mengejar cinta suami. Mampukah Yani mencuri hati suaminya? Atau Naqib akan terus menyalahkan dirinya dan korbankan cinta itu? Bagi Yani, kalau benci lepaskanlah. Kalau diam siapa yang tahu. Tapi kalau sayang jangan marah!
 


ABANG SAYANG ADIK MANIS - AILAH DIELA


ABANG SAYANG ADIK MANIS - AILAH DIELA
HARGA : RM27.00 / RM30.00 (S/S)
PROMOSI : FREE POS 
“Qaseh. You know what. The truth is you don’t need a boyfriend to be happy. But you need me. Your future husband. Trust me!” – Meor

Bercinta dengan orang lain. Tapi berkahwin dengan orang lain. Memang ada yang terjadi. Contoh terdekat adalah Qaseh Daria. Tak ada angin, tak ada ribut tiba-tiba saja lelaki tu ajak dia kahwin.

Tak nak! Dia dah ada Zakuan sebagai kekasih hati.
Tapi kalau dah jodoh tu kuat, kahwin juga mereka akhirnya. Itupun dengan seribu satu janji yang dia buat dengan kekasih hati.

Cuma...

Bila dah kahwin, dia ada masalah besar. Suami dia super duper sweet! Manis melekit hingga ke dasar hati. Jatuh cintakah dia? Tambah lagi bila kekasih hati mula buat hal. Mulalah dia rasa nak bubarkan semua janji-janji bodoh sebelum kahwin tu.

Ye! Dia dah sayang tahap tak boleh dikira pada Meor Baihaqie. Hidup dia memang untuk Meor sahaja. Zakuan? Tolak tepi. Tapi, bila bunga sakura sudah pun memenuhi hatinya, Zakuan datang kembali menuntut janji.

“Lepas ni sila pulangkan Daria pada aku. Aku tak kisah nak ambil bekas kau” - Zakuan

“Sekali aku dah pakai, aku memang tak ada niat nak bagi orang lain rasa. Maaf, salah tempat nak cari barang terpakai.” – Meor

Meor memang suami yang terbaik. Tak pernah sekalipun cuba melepaskan dirinya walaupun diri sendiri dah terluka. Dia pulak macam mana? Walaupun mulut memaksa diri untuk pergi tapi hatinya menjerit sendiri. Hati Meor adalah hatinya. Cinta Meor juga adalah cintanya. Sanggupkah terus-terusan menyakiti hati lelaki sebaik Meor? Sanggupkah dia membuatkan hati Meor tercalar sendiri?

“Tinggalkan Qaseh, abang!” – Qaseh

“Abang tak ada sebab untuk tinggalkan Qaseh. Tapi abang banyak sebab untuk terus bersama Qaseh. Qaseh Daria memang dilahirkan untuk Meor Baihaqie. Abang tak pernah rasa sedih sejak kehadiran Qaseh dalam hidup abang. Apapun yang jadi abang terima. Tapi permintaan Qaseh ni buat hati abang sakit, pedih. Abang tak boleh, sayang” – Meor Baihaqie

Apa yang akan berlaku pada rumahtangga yang dia bina atas kebodohan diri sendiri. Sejauh manakah dia untuk mengenali cintanya? Dan seteguh manakah cintanya untuk membenarkan Meor Baihaqie berada di carta teratas hatinya? Pada Meor, dia ingin kekal sebagai abang sayang kepada adik manisnya.

Kerana dia adalah pereka cinta mereka!
 


TERCIPTA UNTUKKU - MARISSA

TERCIPTA UNTUKKU - MARISSA
HARGA : RM25/RM28 (S/S)
HARGA PROMOSI TERMASUK POSLAJU : RM27/RM30(S/S)
BUKU : BARU


Tiga kali mereka dipertemukan dengan cara yang tidak diduga. Tanpa sedar, ketiga-tiga pertemuan itu rupa-rupanya pembuka jalan untuk mereka saling mengenali. Namun, bukan mudah membina kemesraan.

Adil merasakan seperti ada yang tidak kena dengan Thia. Serupa minah senget pun ada. Pelik sungguh, tapi gadis itulah yang membuatkan dia tersenyum dan teringat selalu. Melalui anak saudaranya, Alif yang merupakan salah seorang anak murid Thia, Adil mendekati Thia.

“Tadi Teacher Thia kirim salam kat Unckedil.”
“Lah, apa pasal baru sekarang Alif nak cakap?”
“Lupa…”
“Ngeee, muda-muda dah lupa.”
“Tapi kenapa tiba-tiba Teacher Thia kirim salam kat Unckedil?”
“Sebab Alif cakap Unckedil kirim salam kat Teacher Thia.”
Habis!

Tidak sangka, hubungan antara Adil dan Thia berubah sama sekali selepas itu. Namun, ketika bunga-bunga kemesraan sedang berputik, mereka harus terima hakikat ada sesuatu yang menghalang hubungan mereka untuk ke fasa seterusnya.
Tapi orang kata, kalau sudah cinta, peduli apa dengan setiap cabaran yang mendatang.

Berjayakah mereka mengatasi cabaran tersebut? Akan tabahkah Adil dan Thia meneruskan percintaan mereka?
Dan sesungguhnya, benarkah mereka benar-benar sudah tercipta untuk antara satu sama lain? 


SAYANG ANAK MAK! - NOJIE

SAYANG ANAK MAK! - NOJIE
HARGA : RM28 / RM31
HARGA PROMOSI TERMASUK POSLAJU : RM30/RM33(S/S)
BUKU : BARU


“Patutnya abah bersyukur sebab Amani tak habiskan masa dengan teman lelaki. Bercouple tu kan haram.” – AMANI.

Amani menggelabah dengan permintaan karut Encik Bakarudin. Permintaan itu tak pernah dibuat dek abah orang lain. Nak kenalkan macam mana, kalau Amani tak ada teman lelaki? Yalah, Amani ni perempuan jenis kasar, berani dan hobinya pula merempit. Sudahnya, dilantik anak mak itu sebagai hero untuk drama sebabak pakwe makwe yang akan diarahkan dan dilakonkan sendiri.

“Saya kan ada? Saya boleh kahwin dengan Amani!” – HAFIEY.

Dek lafaz janji spontan Hafiey, drama sebabak pakwe-makwe dengan Amani sudah menjadi realiti yang tiada tamat tempoh. Mereka berdua diikat dalam ikatan yang direstui oleh keluarga sampai hujung nyawa, walaupun perkahwinan tiada rasa cinta. Malam pertama, Hafiey dah kena denda. Itu la! Siapa suruh memandai yang bukan-bukan dengan Amani, anak si askar pencen tu.

Anak mak bukan sebarang anak mak. Anak mak ni berani mengakui perasaan sendiri. Tak seperti lelaki lain kat luar sana. Hafiey mengaku suka dan sayang kepada Amani. Tapi, apabila masuk soalan seterusnya, anak mak ni dah jadi bingung sekejap.

“Kau cintakan aku?” – AMANI.
“Cinta. Apa maksudnya, ya? Mak tak pernah ajar pulak pasal cinta.” – HAFIEY.

Apabila Hafiey melancarkan kempen memikat, Amani dah menggelabah. Senyuman Hafiey dirasakan lagi manis daripada gula. Risau! Kalau dibiarkan, Amani pasti akan terkena penyakit diabetes cinta Si Hafiey. Tapi, Hafiey tak pernah mengalah. Dia menantu askar pencen. Jadi, harus la berjuang sebelum mengaku kalah!

Baru saja perasaan cinta hendak berputik, rumah tangga mereka diuji. Muncul pula Fatin a.k.a kekasih Harraz dalam misi merebut semula Hafiey yang sepatutnya menjadi miliknya. Bercinta dengan si abang, tetapi dalam hatinya hanya ada si adik.

Mampukah cinta Hafiey dan Amani yang baru berputik itu melawan anasir luar yang mahu merosakkan rumah tangga mereka? Bolehkah rumah tangga dibina bertahan, andai dalam hati ada rasa curiga terhadap keikhlasan pasangan?


ALERGI MAMAT ROMANTIK - EZZA MYSARA

ALERGI MAMAT ROMANTIK - EZZA MYSARA
HARGA : RM27 / RM30(S/S)
HARGA PROMOSI TERMASUK POSLAJU : RM29 / RM32(S/S)
BUKU : BARU

Kerjaya sebagai penulis novel separuh masa secara rahsia, hal ini membuatkan dunia Nurul Kaisara bergelumang dengan ayat-ayat bergula. Pembaca kata, hero kena sweet, barulah cerita jadi best! Tapi bagi Kaisara cukuplah jika bakal imamnya memenuhi dua kriteria.

1. Bukan kawan baik. (Pernah bercinta separuh jalan dengan kawan baik.)

2. Bukan lelaki romantik. (Lelaki mulut manis biasanya kaki perempuan.)

Lalu muncul pula peguam baru di ofis Kaisara. Habis dibangkang kriteria lelaki idaman Kaisara yang langsung tak masuk akal.

“Mazhab mana yang ajar kawan baik tak boleh kahwin? Lagi satu... Bukan ke perempuan idamkan lelaki romantik? Perlu ke saya ragui jantina awak sekarang?” – Arjuna.

“Eh… Calon suami saya, kan? Ikut suka hati sayalah nak letak kriteria apa pun!” – Kaisara.

Satu insiden telah terjadi. Rupa-rupanya Arjuna ni adalah peminat novel-novel Kaisara. Notis ugutan dilayang. Kaisara kena ajar Arjuna untuk jadi lelaki romantik macam hero-hero novelnya kerana kononnya Arjuna nak jadi romantik untuk kekasihnya yang sedang belajar di luar negara. Jika Kaisara menolak, identiti sebagai penulis akan dibocorkan. Takut rahsianya terbongkar, tawaran untuk mengajar subjek ‘romantik’ diterima tanpa rela.

“Saya tengok hati awak macam kosong.” – Arjuna.

“So?” - Nurul Kaisara

“Bolehlah saya duduk dalam tu?” – Arjuna.

“What?!” – Kaisara.

Hilang nak mengajar, hati Kaisara pula yang belajar untuk jatuh suka. Tapi takkan dia jatuh cinta dengan kekasih orang? Mamat romantik pula tu!

“Itulah kau… Kau ingat cinta tu macam traffic light? Ada merah tanda jangan. Ada hijau tanda jalan atau ada kuning tanda waswas?” – Bakhtiar.

Kaisara lupa. Cinta itu tak ada pagar. Kaisara ni sejenis spesies ikut dan langgar aje. Manalah dia tahu yang di situ kawasan larangan untuk jatuh cinta? Apa yang Kaisara kena buat sekarang? Kalau dia boleh langgar kriteria kedua, mungkin dia pun boleh langgar kriteria pertama. Perlu ke dia lamar Bakhtiar untuk mengubati kekecewaan dia kerana Arjuna?

Aku ingat kau ni tak cerdik tapi cerdik juga. Betul. Kau tu bukan sesiapa, cuma backup cinta saja. Kalau aku tak nak guna, aku buang aje. - Shahrul Haikal

Apakah pengakhiran buat tiga hati ini? Masihkah hati Shahrul yang bak batu tu masih setia inginkan Diana atau berubah milik? Antara Diana dan backup cintanya, Isha, siapakah yang menjadi pilihan?


BACKUP CINTA - IEYA SYA

BACKUP CINTA - IEYA SYA
HARGA : RM23 / RM26( S/S)
HARGA PROMOSI TERMASUK POSLAJU : RM25 / RM28(S/S)
BUKU : BARU


Kau hanya backup bagiku,
Namun kau juga yang menyedarkan aku,
Lelaki seperti aku masih juga mampu mencintai.

Isha Humaira, sekali pandang hatinya sudah tertawan. Lelaki itu hadir saat jiwanya hampir mati, namun raut wajah itu mengembalikan senyumannya. Biarpun orang akan kata dia gila sebab tenang melihat muka bengis bak harimau kelaparan itu, hatinya masih lagi tertarik.

Shahrul Haikal, kerana kecewa dia membawa diri jauh dari Malaysia. Dia gigih membina kerjaya sendiri dan buktikan dia masih boleh berdiri dengan kaki sendiri. Kerana jiwanya yang pedih, dia berubah menjadi lelaki yang angkuh, sombong dan pentingkan diri sendiri. Dibenci oleh adik-adik sendiri, membuatkan sikapnya semakin dingin.

Pertemuannya dengan Diana Humaira saat pulang ke tanah air, membuatkan dia mengambil satu keputusan dalam hidupnya. Wanita itu ialah perempuan paling layak untuk menjadi isterinya walaupun tanpa cinta.

Diana Humaira, kisah semalam membuatkan dia bertegas melindungi diri sendiri. Usah bicara tentang cinta kerana cinta itu hanya kosong baginya. Hanya menyakitkan! Kehadiran Shahrul yang sering kali mendesaknya membuatkan dia bengang. Cinta? Itu bukan dirinya!

Kerana satu salah faham, Isha, Shahrul dan Diana terperangkap dalam permainan yang mereka ciptakan sendiri. Diana egois, Shahrul selfish dan Isha yang positif.

Will you marry me? - Shahrul Haikal
Penipu! Siapa yang awak cinta sebenarnya? - Diana Humaira

SEHANGAT MATAHARI - TINTA ANA

SEHANGAT MATAHARI - TINTA ANA
HARGA  : RM20 / RM23(S/S)
HARGA PROMOSI TERMASUK POSLAJU : RM22/ RM25(S/S)
BUKU : BARU

Cinta dan cita- cita, mampukah digapai kedua-duanya? Percintaan Wirda dengan Razif Firman semakin hari semakin hambar apabila lelaki itu semakin berjaya dalam kerjayanya. Nak berjumpa pun kena buat janji temu.

“Kerja saya bukan macam kerja awak.”

“Setakat makan- makan tu, bila- bila pun boleh.”

“Sudahlah saya sibuk ni.” – RAZIF FIRMAN

Dalam masa yang sama, dalam pertemuan yang tidak dijangka mempertemukan Wirda dengan Adam Haikal.

“Jangan sesekali cakap awak menyusahkan saya sebab saya tak pernah rasa macam tu. Saya seronok dan ikhlas kalau dapat tolong awak walaupun untuk hal yang awak rasa tak penting.” -ADAM

“Tapi kenapa awak nak buat semua tu?” - WIRDA

“Sebab saya suka…pipi awak yang bulat!” - ADAM

Kemelut melanda satu per satu selepas Wirda menubuhkan Matahari. Adam setia di sisi, manakala Razif sibuk membina kerjayanya. Saat terlihat seorang wanita bersama Razif, Wirda masih tabah hingga akhirnya…

Kalau macam ni perangai awak, baik kita putus saja!” - RAZIF FIRMAN

Kecewa cinta pertamanya dengan mudah pilih untuk berpisah, Wirda akur.

“Kami dah putus. Esok saya nak pergi cari boyfriend baru.” - Wirda

“Mana boleh!” – Adam

“Kenapa?” – Wirda

“Saya nak jadi kekasih awak.” – Adam

Mampukah Adam menggantikan Razif dalam hati Wirda? Dan apabila muncul Razif menuntut kembali cinta Wirda, adakah masih ada harapan buat Adam?

Wirda perlu memilih antara Razif yang dikasihi sekian lama atau Adam yang mengasihinya tanpa mengharap balasan. Siapakah pilihan hati si pemilik Matahari ini?

peluang kedua buat dirinya untuk menebus segala kesalahannya terhadap Arina.

Arina, don’t forget that you are still my wife. Nurul Arina masih isteri kepada Haris Iskandar. Remember that, my dear. – Haris Iskandar

Arina makin keliru dengan dirinya. Antara status diri atau perasaan yang menjadi keutamaan. Dapatkah Haris Iskandar menawan hati Nurul Arina sepenuhnya atau terpaksa melepaskan Arina untuk menjadi milik orang lain… Siapakah yang akan Arina pilih? Haris, lelaki yang pernah merosakkan hidupnya dulu atau Carliff, lelaki yang semakin hari semakin rapat dengannya.

SAYANGKU MIA - UNA UNEE


SAYANGKU MIA - UNA UNEE
HARGA : RM30 / RM33(S/S)
HARGA PROMOSI TERMASUK POS  : RM32 / RM35 (S/S)
BUKU : BARU
Hidup Tengku Zharif Iskandar a.k.a buaya darat Malaya dikelilingi dengan ramai perempuan. Istilah cinta sudah lama terpadam dari kamus hidupnya. Yang tinggal hanyalah dendam semata-mata.

“Aku belum jumpa perempuan yang mampu buat jantung aku berdegup kencang, hati aku ni pula berdebar-debar setiap kali berhadapan dengan dia, mampu buat aku tak lupakan dia walau sesaat dan dia akan menyebabkan aku makan tak kenyang, mandi tak basah dan tidur tak lena.” – Tengku Zharif Iskandar

Namun, kehadiran seorang gadis telah mengubah segala-galanya. Cinta yang telah lama terpadam kini kembali dalam hatinya. Dari buaya bertukar menjadi burung peliharaan.

“Awak yang buat saya gila, Mia. Saya tergila-gilakan awak. Orang cakap kalau nak anak, kena tackle mama dan papa dia dulu. Sekarang ni saya tengah tackle hati papa dan mama mentua saya la.” – Tengku Zharif Iskandar

“Helo, Encik Iskandar. Saya tak kesahlah siapa awak. Buaya darat ke, buaya tembaga ke ataupun buaya emas. Saya sikit pun tak hairan lelaki macam awak ni. Sekali saya petik seribu yang datang. Yang pasti, mereka bukan buaya macam awak. Lagi satu, jangan berani nak sentuh saya lagi,” – Damia Qalisya

Kehadiran Tengku Iskandar telah menyebabkan hidup Damia Qalisya menjadi porak-peranda. Dia bencikan lelaki buaya itu. Namun, kerana kasih kepada papanya, dia rela menerima lelaki itu dalam hidupnya. Hampir lapan bulan mereka hidup bersama barulah terbit rasa cinta buat suaminya. Cinta itu datang tanpa diduga tapi belum sempat dia mengecap bahagia, pelbagai dugaan datang menimpa.

“Jangan sentuh aku. Aku jijik, faham tak? Aku tak rela tangan perempuan yang kotor macam kau sentuh aku.” – Tengku Zharif Iskandar

Damia Qalisya dihukum tanpa sebab. Dia langsung tidak diberi peluang untuk menjelaskan perkara sebenar. Mampukah Damia Qalisya mempertahankan cintanya? Adakah benar Tengku Iskandar telah tercipta untuknya?


HANYA UNTUK DIA...AIN NURAINA - SOPHILEA

HANYA UNTUK DIA...AIN NURAINA - SOPHILEA
HARGA : RM26 / RM29(S/S)
BUKU : BARU



IA kisah Zhafran Haikal, seorang pensyarah yang jatuh cinta dengan pelajarnya. Ia kisah Zhafran Haikal yang tak tahu nak memikat namun apabila cinta datang, perkara gila pun dia sanggup buat.

Mengekori Ain hingga sanggup menaiki bas dan memastikan dia duduk di sebelah Ain sepanjang perjalanan dari Penang ke Perak.

Melamar Ain setelah melekehkan gadis itu tidak pandai masak dan malas di hadapan pelajar-pelajar lain.
Mengherdik di dalam kelas, halau dari kelas, jirus air ke muka ketika Ain tertidur dalam kelas…

MELAMAR tanpa ada klu langsung untuk berkenalan!

Ain Nuraina membencinya. Ain Nuraina anggap dia pensyarah sewel, tak ada sivik, psiko, gila! Ain jadi lemas, dingin bagai bongkah ais kerana Zhafran lelaki yang dianggap kejam dan ambil kesempatan mengguna kuasa lantaran dia tidak melayan.

RIMAS! Zhafran sentiasa mengejarnya. Ayat-ayat manis diluah saat berdua-duaan…

“Yang sakit bukannya tangan saya. Setakat nak suap nasi masuk mulut tak ada masalah pun.” – Ain Nuraina
“Saya tahu tangan Ain tak sakit. Tapi kalau Ain nak tangan saya yang suapkan, insya-Allah jari saya kuat untuk angkat sudu tu.” – Zhafran Haikal

DINGINNYA Ain Nuraina buat Zhafran sanggup lakukan lebih lagi…

“Saya mengharapkan orang lain untuk jadi suami saya. Saya mengharapkan lelaki lain untuk menjadi imam saya. Sampai bila-bila saya tak suka doktor.” Suara Ain tidak setinggi tadi. Bertoleransi barangkali.
“Ain, kita tidak tentukan apa yang akan terjadi esok lusa dan hari-hari yang seterusnya. Allah yang tentukan.”
Ain pandang Zhafran.
“Apa salah saya pada doktor sampai doktor buat saya macam ni? Apa khilaf saya pada doktor?” Suara Ain separuh sebak.
“Silap Ain cuma satu...khilaf Ain kerana...kerana saya jatuh cinta pada Ain.”

BAHAGIAKAH pasangan ini apabila ego Ain melangit hingga dia tidak nampak sekelumit pun kejujuran dalam diri Zhafran terutama saat muncul Dr. Dania dan Irma yang jatuh hati terhadap Zhafran Haikal.