Showing posts with label NOVEL SERAM. Show all posts
Showing posts with label NOVEL SERAM. Show all posts

MAYA - IMAN FADIA


MAYA - IMAN FADIA

HARGA BUKU : RM 24.00

WHATSAPP : 0177342366

ADI, seorang wartawan jenayah yang sering membuat liputan dan melaporkan berita jenayah telah terjebak dalam dunia penyiasatan setelah berlakunya kes bunuh diri satu demi satu. Setiap mangsa bunuh diri telah meninggalkan satu tanda pada lengan. Mangsa dikatakan telah mengalami rasukan dan diganggu satu makhluk hitam yang menyebut nama MAYA sebelum membunuh diri dengan cara yang cukup ngeri.
"Cuba kau tengok betul-betul. Toreban tu macam membentuk satu huruf. Aku pada mulanya memang tak ambil port pasal ni." - ADI
Dengan bantuan JOHAN, rakan satu universiti, Adi mendapat tahu yang adiknya, AMZAR adalah bakal mangsa bunuh diri yang terakhir dan semua itu ada kaitan dengan satu rahsia yang disimpan kukuho leh Amzar dan tiga kawan rapatnya dulu.
"Adi, aku rasa, kau kena tanya Am. Kenapa dia dan kawan dia jadi mangsa. Kau kena paksa Am cerita! Kalau dapat tahu sebabnya, senang kau nak selesaikan hal ni." - JOHAN
"Aku dapat rasa giliran aku akan datang bial-bila masa. Aku tak nak masuk hospital gila! Aku tak gila! Tangan aku sendiri yang cuba nak cederakan aku." - AMZAR
SYA, sorang penulis novel yang obsess dengan genre misteri thriller menjadikan kes bunuh diri itu sebagai satu durian runtuh untuknya menyiapkan manuskrip terbaharunya. Satu e-mel misteri yang diterima daripada Maya telah membawanya berhubung semula dengan kawan lamanya, Adi. Dengan penyiasatan Adi dan keterujaan Sya menyiapkan manuskripnya, sedikit demi sedikit membawa kepada pembongkaran identiti NOI, rakan serumah Sya sendiri.
"Kau pandai berlakon, Noi. Kalau benarlah kau adalah Maya, balaslah ikut undang-undang bukan dengan sihir!" - SYA
"Orang macam mereka tu tak layak hidup! Baik mampus saja!" - NOI
Dapatkah Adi menyelamatkan Amzar daripada mati bunuh diri? Siapa pula MAYA? Rahsia semalam akan terjawab hari ini!

POHON - JEMAAH SERAM


POHON - JEMAAH SERAM

HARGA BUKU : RM 20.00

WHATSAPP : 0177342366

PUAKA BERINGIN-ILYA ABDULLAH
Banglo yang dikatakan berhantu itu telah menarik perhatian seorang novelis seram bernama Hadif. Hadif menyewa banglo terbabit untuk merasai keseraman yang lebih realiti bagi idea manuskripnya. Berhampiran banglo itu terdapat sebatang pokok beringin. Di sebalik pokok beringin itu ada yang sedang memerhati Hadif.
LAMBAIAN ARA-NURHAN YUSOF
"Dia sukakan kamu. Itu sebab kamu nampak lambaian Ara." Bisik moyang Murkina. Alia yang masih lemah kembali menggeletar di dalam keretanya kerana ternampak wanita berkebaya hijau itu.
POKOK DURIAN BERDARAH-ASRAF SHAARI
Empat sekawan iaitu Ramli, Lokman, Mamat dan Zamri merancang untuk tidur di kebun milik atuk Mamat sambil menikmati buah durian. Keceluparan mulut Rahim memakan diri apabila dia tiba-tiba diganggu dengan penampakan kepala manusia yang tergantung di atas pokok durian. Misteri terjawab dengan terbongkarnya satu rahsia yang tidak pernah diduga mereka.
HARUM BAKAWALI-SUHANA MAT LAZIM
Khir mengalami mimpi pelik dan pelbagai kejadian misteri bermual pada hari ke empat setelah membeli pokok bakawali beberapa hari lalu. Bukan itu sahaja, dia mula mempersoalkan kenapa bakawali miliknya itu masih lagi tidak menunjukkan tanda-tanda untuk berkembang dan sehingga hari ke-6 pelbagai kejadian aneh berlaku.
SAKAT-ZAIF AB
Hafizul yang dikenali dengan kaki pancing telah memancing disuatu tempat. Ketika disana beliau telah menemui sepohon pokok sakat yang amat menarik minatnya. Lalu pokok tersebut dibawa pulang untuk dijadikan hiasan. Sejak memelihara pokok tersebut keluarnya telah diganggu kejadian aneh.
Antara karya-karya lain:
POKOK-ELLA AFFANDI
MISTERI POKOK UBI KAYU-ACIK ZAZA
TEKSI TERAKHIR-ZAIF AB
LU SUDAH KENA MAIN-ZAIF AB
JANTUNG-ALISSA ALEE
PATIN TEMPOYAK DAUN CEMUMUR-BALQIS JAZ


TOPENG BERDARAH - SAIDEE NOR AZAM


TOPENG BERDARAH - SAIDEE NOR AZAM

HARGA BUKU : RM 28.00

WHATSAPP : 0177342366

Semangat topeng... semangat syaitan... Hazwadi seorang pelukis psikik yang membantu pihak polis, sering melihat bayangan ngeri pembunuhan yang dilakukan oleh Si Topeng Berdarah melalui mimpinya. Kematian demi kematian seolah-olah benar-benar terjadi di hadapan matanya. Anehnya Hazwadi bukan seorang yang pandai berlawan, apatah lagi membunuh makhluk bernyawa. Apakah kaitan Hazwadi dengan Topeng Berdarah? Siapakah Topeng Berdarah itu sebenarnya? “Aku akan bunuh semua manusia pendosa! Semua manusia curang! Jika tidak jangan panggil aku Algojo!” ~ ALGOJO “Aku takut selepas ni aku pulak yang akan disembelih dan jantung aku dihancur-hancurkannya. Entah-entah segala organ dalam tubuh aku dikeluarkan hidup-hidup! Aku tak mahu mati!” ~ HAZWADI “Wadi, sebenarnya ada berita terbaru. Algojo sudah berjaya membunuh satu-satunya saksi yang terselamat ketika serangannya dahulu.” ~ INSPEKTOR REMY

PROJEK SERAM TREN - ZYRA SAFIYA, AZIAH ZAINAL, SUFI ABQARI


PROJEK SERAM TREN - ZYRA SAFIYA, AZIAH ZAINAL, SUFI ABQARI

HARGA BUKU : RM 23.00 (SM)

WHATSAPP : 0177342366


Hassan seorang anggota polis yang amat berdedikasi. Pada suatu hari dia terjebak dalam satu kes yang luar biasa. Kes tiga perompak yang melarikan wang tebusan dengan kereta api menjadi rumit apabila ketiga-tiganya hilang tanpa dikesan di Stesen Keretapi Lama secara tiba-tiba. Apakah yang terjadi kepada mereka? Adakah ada yang terkorban akibat kemarahan roh tidak tenteram yang mengganggu tiga perompak itu?

Jangan turun sebelum kau sampai ke destinasi! / GHAIB / AZIAH ZAINAL

Kematian berlaku kepada penumpang tren yang menuju ke Munsan. Kemudian diikuti kes bunuh diri yang mana seorang gadis meluru ke hadapan kereta api yang sedang bergerak menyebabkan stesen tren itu dikatakan berhantu. Stesen itu terlalu penting untuk mereka di Munsan, terutama sekali kepada Jong Kook yang berasal dari kampung misteri yang bernama Panmunjeom. Tanpa disedari, segala tragedi di stesen tren itu berhubungkait dengan penduduk kampungnya.
Dunia kita tidak sama… / MASA UNTUK PULANG / ZYRA SAFIYA

Suri, gadis gemuk dan berbau busuk. Walaupun disisih keluarga dan kawan-kawan, tidak pernah dia berniat untuk membalas dendam. Genap tujuh belas tahun, rasa tersisih mula membara. Suri nekad. Dia menanti komuter hantu demi meminta hajat untuk berteman dan tidak mahu disakiti lagi. Satu per satu mahu menjadi teman Suri setelah memakan epal merah yang muncul secara tiba-tiba. Namun, satu per satu pula mengakhiri hidup mereka setelah berteman dengan Suri. Kenapa semua ini boleh terjadi? Dan apa kaitannya dengan epal merah dan komuter?
Aku hanya mahu berteman… / EPAL MERAH DAN KOMUTER HANTU/ SUFI ABQARI

DENDAM ADUKA - FAIZUL RAHIM

DENDAM ADUKA - FAIZUL RAHIM

HARGA BUKU : RM 30.00 (SM)

WHATSAPP : 0177342366


Janji terpateri, jangan pernah didustai!

Hanya kerana terkhilaf dalam memilih kawan, Syafa terheret dalam kancah sebuah dendam yang tersimpan puluhan tahun lampau. Tidur malamnya yang sering didatangi oleh mimpi-mimpi seorang wanita bernama Suraya, cukup membingungkannya. Rupa-rupanya, mimpi-mimpi itu telah membuka pekung sebuah kisah lampau yang sengaja dipadamkan daripada memori kehidupan Syafa oleh ‘seseorang’. 

Ammar, rakan baik Syafa menyedari perubahan Syafa. Dia cuba membantu. Tetapi, entah di mana silapnya. Semakin dia mencuba, semakin Syafa menjauh daripadanya. Kemunculan Nizam semakin meruncingkan lagi kedinginan hubungan antara Syafa dan Ammar. 

Dalam diam, dendam mula bersemai mekar dalam hati. Ada hati yang terluka dalam diam. Permainan bermula. Aduka hanya memerhati ‘drama’ yang sedang dimainkan. Dia tahu, kini tugasnya perlu diselesaikan segera. Dia yakin, sejauh manapun ‘pendusta’ itu melarikan diri, akhirnya pasti tersungkur bersujud memohon ‘keampunan’ daripadanya. 

Antara sahabat dan janji, Syafa hampir-hampir tewas. Apa kaitan Syafa dengan Aduka? Mengapa pula Ammar mengkhianati sahabat baiknya sendiri?

“Jangan sentuh akulah! Apa salah aku pada kau? Sampai sekarang, kau masih ganggu hidup aku. Pergilah kau dari sini! Aku rayu pada kau. Tolonglah!” - Syafa

“Pasti kau kenal siapa Suraya, kan? Aku yang bantu keluarganya dan membatalkan perjanjian mengarut dengan keluarga kau. Kerana mereka berdua iblis. Dan begitu jugak dengan kau. Manusia tak seharusnya bersekutu dengan iblis.” - Fateh

“Kita tak boleh biarkan ayah macam tu aje, long. Sampai bila? Ayah tu Imah tengok dah macam mayat hidup.” - Fatimah