Search This Blog

SETELAH KUDIMILIKI - ZAZA QRY




SETELAH KUDIMILIKI - ZAZA QRY

HARGA BUKU : RM 25.00

WHATSAPP : 0177342366

Sarrafia terkejut selepas kali pertama diperkenalkan dengan lelaki yang bernama Adriz itu. Lelaki yang buat tak tahu meskipun sudah melihat wajahnya. Pelik. Lantaklah, kalau tak kenal, lagi bagus. Lebih mudah. Dia pun bukan lagi perempuan terhegeh-hegeh serupa dulu.
“Saya tak pernah jumpa awak. Ini kali pertama saya jumpa awak. Tapi pelik sebab awak nampak tak sukakan saya.” - Adriz
Sarrafia naik menyampah apabila Adriz kerap mengekorinya. Kalau tak kenal sudahlah, yang nak mengekor tu apa hal. Gila! Pula tu selalu Adriz cakap dia berasa tak tenang. Lagi gila, sudah dia tak tenang nak ajak orang lain tak tenang juga.
“Saya nak tebus apa yang berlaku antara kita dulu.” - Adriz
“Gila! Nak tebus apanya. Guna duit atau nak guna badan saya sekali lagi?”- Sarrafia
Kedegilan Adriz membuatkan Sarrafia menerima apa yang mahu ditebus oleh Adriz. Walaupun dalam hatinya tetap ada rasa yang sukar untuk difahaminya sendiri. Sarrafia tidak mahu bahagia, tetapi dalam hatinya penuh dengan cinta untuk Adriz. 
Bahagia ataupun tidak biarlah masa yang menentukannya...

*Credit to admya.blogspot.com