CALON SUAMI BUAT NOVELIS - ELIZA AB


CALON SUAMI BUAT NOVELIS - ELIZA AB

HARGA BUKU : RM 27.00 (SEM)

WHATSAPP : 0177342366

Nak cari calon suami bukan semudah ABC. Bukan macam pilih sayur di pasar. Kenalah pilih yang betul-betul sesuai dan kena dengan jiwa. Begitulah yang terjadi kepada Qaira Nur Imani. Cadangan Puan Noraini memperkenalkan dia dengan beberapa calon suami membuatkan dia rasa sesak nafas.
Qaira Nur Imani, seorang novelis yang serik untuk jatuh cinta lagi. Cukuplah tiga kali dia kecewa kerana bertepuk sebelah tangan. Lantaran itu, pintu hatinya ditutup buat insan yang bergelar lelaki. Namun, perkara itu tidak menghalang Puan Noriani mencari calon suami untuk anaknya itu.
“Selagi Aira tak bawa calon untuk ibu, selagi itu ibu akan kacau hidup Aira!” - Puan Noraini
Bagi Qaira, nak cari calon suami bukan semudah ABC. Kenalah pilih yang betul-betul sesuai dan kena dengan jiwa serta dapat menggetarkan naluri perempuannya. Kalau boleh, dia menginginkan seorang suami sama seperti hero-hero dalam novelnya.
Pertemuan dengan jejaka kacak Hadif Asyraf merubah hidup Qaira. Hadif yang juga mempunyai masalah yang sama dengan Qaira melamar Qaira walaupun mereka baru berkenalan. Bagi Hadif, dia yakin dengan prinsip 5B ciptaannya. Berkenalan, berkawan, bercinta, berkahwindan bahagia.
“Aku nak melamar kau jadi isteri aku. Kita kahwin?” - Hadif
“Memang kita dah berkenalan.Kita pun dah berkawan. Tapi kitabelum bercinta. Mana boleh berkahwin terus?” - Qaira
“Kalau macam tu, kita kahwin kemudian kitabercinta.Aku nak jadi hero kau selama-lamanya.”

- Hadif Qaira dalam dilema. Calon sudah ada tapi mampukah Hadif menjadi calon suami buatnya seperti yang diidamkan? Mampukah dia membuka pintu hatinya buat Hadif Asyraf buat kesekian kalinya?

No comments:

Post a Comment