Search This Blog

ADUHAI SUAMI - MUHAMAD MAT YAKIM


Aduhai Suami (Edisi Baharu)
Muhamad Mat YakimHarga: RM 22.00
BUKU : BARU

Kalau ditanya orang bagaimana rupanya cinta, jawablah ia serupa hantu. Tidak dapat dipandang, tidak dapat dipegang, tetapi kehadirannya dapat dirasa. Ada kalanya meremang bulu roma. 

Cinta juga begitu. Nikmatnya cinta hanya kita yang rasa. Indahnya cinta hanya kita yang tahu...

Aduhai Suami bukanlah buku cerita hantu walaupun ada kisah suami jadi ‘hantu’. Ini koleksi artikel pilihan mengenai rencah kehidupan seharian kaum Adam. Pelbagai telatah dan ragam suami dirungkai dengan kisah-kisah yang mencuit hati. Ada ketikanya gelagat mereka sukar diduga dan dijangka.

Aduhai suami... sukarkah memahami mereka?

Semoga kisah yang dipaparkan dapat memberi ilham baru untuk lebih mengenali sifat semula jadi lelaki dan seterusnya memahami mereka.

Raikan cinta anda agar rumah tangga lebih bahagia!

BICARA HATI 2 - DAMYA HANNA


BICARA HATI 2 - DAMYA HANNA
HARGA : RM26.00
BUKU : BARU

Sinopsis
“SETIA ke akhir hayat!”
Itulah ikrar Zahlia dan Tengku Syahran sejak mereka jatuh cinta selepas nikah. Setiap saat, mereka berdoa agar kasih sayang itu terus mekar.

Namun, setelah hampir lima tahun menyulam bahagia, rumah tangga Tengku Syahran dan Zahlia diuji lagi. Badai yang melanda melukakan dua hati. Zahlia menderita. Tengku Syahran pula merana. Biarpun pahit untuk ditelan, mereka pasrah menerima segala yang telah tersurat. 

Bagi Zahlia, sungguhpun mengaku reda, hatinya tak pernah ikhlas. Dia sering menyalahkan diri sendiri. Lantaran itu, rumah tangganya mulai goyah. Warna-warna ceria yang selama ini menghiasi hidupnya, sekelip mata menjadi suram.

Tengku Syahran memendam rasa. Gelisah di jiwanya tiada siapa yang mengerti. Sebagai suami, salahkah jika dia mahu meminta hak dan perhatian daripada seorang isteri?

DIA SEBELUM AKU - CIK D


DIA SEBELUM AKU - CIK D
Harga: RM 27.00(SEM) / 30.00(SS)
BUKU : BARU

Kerana kasihan dan tawaran yang lumayan, Ainan terima tugas menjaga Adawiyah yang sakit. Tapi, di hari pertama bekerja, dia dipinang oleh Adawiyah agar turut ‘menjaga’ suaminya dalam ikatan yang halal. "Ainan...jangan fikirkan kakak, dik. Apalah sangat hati orang yang dah nak mati seperti kakak ni. Terimalah abang dan bahagiakan dia ya dik?" - Adawiyah 
Permintaan Adawiyah terlalu berat tapi Ainan terdesak dan terpaksa akur. Terima Nazim sebagai suami dan jadi isteri kedua dalam erti kata yang berbeza. 
Tapi, mampukah dia suntikkan bahagia ke hati Nazim sedang dia tahu hati lelaki itu hanya untuk Adawiyah? Layanan Nazim yang berbeza buat Ainan terfikir, benarkah Nazim mengahwininya hanya kerana permintaan Adawiyah? 
“Saya tak nak sakit. Sakit sebab percaya yang abang betul-betul sayangkan saya.” – Ainan 
“Apa selama ni Ainan fikir abang buat semuanya demi penuhi nafsu semata-mata? Tak dapat kakak, abang cari Ainan, macam tu? Dan benih dalam rahim Ainan tu, kalau bukan hasil dari rasa sayang abang, Ainan nak anggap dia sebagai apa? Anak hasil rogol suami sendiri!?” – Nazim 
Hubungan yang pada mulanya rukun, menjadi berantakan saat hati Adawiyah mula celaru. Mengelak diri dari bersama Nazim kerana mahu mengalah tapi, sebenarnya dia mula dihantui cemburu. 
Mampukah Nazim membawa Ainan turut sama merasai cintanya? Akan kekalkah bahagia Ainan andai ada lagi satu hati yang mengharapkan bahagia itu? Mampukah Nazim bertahan dengan dua isteri yang suka memendam rasa? Dan mampukah Adawiyah bertahan dengan sakit berganda yang dicipta sendiri sebelum dijemput Ilahi?


KUPIKAT JANDAKU - ANA SOFIYA


KUPIKAT JANDAKU - ANA SOFIYA
Harga: RM 26.00(SEM) / 29.00(SS)
BUKU : BARU

Tiga tahun berlalu, Izyan yang polos sudah menjadi Izyan yang berbeza. Cuma satu yang masih sama, dia kekal sebagai janda. Menyandang gelaran itu tanpa dia tahu apa salah dan silapnya. Raif yang ego muncul kembali dengan versi yang berbeza. 
Cuma yang masih sama, dia tetap mahukan Izyan kembali sebagai isterinya. Melepaskan Izyan dulu adalah satu kesilapan yang tidak sepatutnya dia lakukan. 
“Aku nak mengurat kau. Nak pikat janda aku ni balik. Boleh kan?” – Raif Sufyan 
“Saya dah serik dengan awak.” – Izyan Memang Izyan serik. 
Dulu dia bodoh. Kerana cinta yang buta, dia terima lamaran Raif walau baru seminggu perkenalan mereka. Kerana cinta, dia terima apa saja perlakuan Raif walau dilukai berkali-kali. Tapi hari ini, dia sudah jadi Izyan yang baru. Izyan yang tidak mudah diperkotak katikkan sesuka hati. Apatah lagi, dia sudah punya seseorang yang lebih baik dari Raif.
 “Saya suka awak, Yan. Sangat-sangat suka. Awak tahu, kan?” – Zahin 
Tapi masalahnya, kenapa rasa hatinya terhadap Zahin tidak sama seperti apa yang dia rasa saat bertemu Raif? Adakah cintanya pada Raif masih bersisa? Siapakah yang akan dipilih Izyan? 
Si duda yang sering buat jantung dia tidak tentu hala rasa atau si teruna yang sayangkan dia separuh mati?

MAIN-MAIN CINTA - HANA EFRIENA


MAIN-MAIN CINTA

Penulis : HANA EFRIENA

Harga: RM 25.00 (SEM) / 28.00 (SS)


Mulanya, sekadar main-main. Lama-lama, hati terasa lain. Memenuhi permintaan seorang sahabat untuk menundukkan player terhebat, akhirnya Shazia Thahirah terjerat. Kata Qalsum Annur, Raed Zayaz a.k.a sepupunya dan juga merangkap bakal pensyarah ganti mereka adalah buaya darat yang harus diajar agar lebih menghargai wanita. 
Tapi persoalannya, puas Shazia cari dari mana datang perwatakan buaya darat itu pada Raed Zayaz, namun tidak ditemui. Yang dia nampak hanyalah seorang lelaki Melayu-Arab yang selalu bikin dia hilang punca. 
“Dr. Raed nak beli apa?”- Shazia “Beli hati you, boleh tak macam tu?” – Raed 
Mengenali Raed, banyak budi yang lelaki itu hulurkan. Terasa diri dijaga rapi bak puteri. Cumanya, Raed Zayaz itu sangat perahsia orangnya dan penuh kejutan. 
“Kan I tak benarkan?” - Raed “Dr. Raed bukan suami saya. Jadi, Dr. Raed tak ada hak nak arahkan saya macam tu.” - Shazia “Jadi, beri I hak tu. Boleh kan? I nak jadi suami you. Bukan sebab I nakkan hak tu aje. Tapi, sebab I nak jaga you.”- Raed “Untuk kali ke-6, I nak lamar you jadi isteri I.” - Raed 
Terlalu banyak andaian muncul di benak Shazia. Benarkah apa yang Qalsum khabarkan padanya selama ini? Kalau benar, kenapa dia rasa seperti dia yang sedang dipermainkan? Bila ditanya, jawapan Qalsum sangat mudah, semuanya kerana sebuah rancangan. Tapi, hati Shazia kata ada sesuatu yang aneh. Apa sebenarnya rancangan Qalsum? Dan benarkah lamarann Raed yang kononnya kali ke-6 itu bukan sekadar mainan?


MISS YOU MR. ARROGANT - ALIESHA KIRANA


MISS YOU MR. ARROGANT - ALIESHA KIRANA
Semenanjung : RM23 / Sabah/Sarawak : RM26
HARGA TERMASUK POS : RM25 (SEM) / RM28
BUKU : BARU
ZAFRIEL IRHAM seorang lelaki yang berlagak dan berhati dingin. Walaupun setelah mengahwini Zaara, sikapnya itu masih tidak berubah kerana Zaara boleh menerima dia seadanya dan tidak kesah dia kekal sebegitu. Hidup mereka bahagia sahaja seperti kisah cinta yang lain, namun segalanya berubah sebaik MARWAN NAKHAIE muncul dalam hidup mereka.
MARWAN NAKHAIE... Lelaki sempurna yang punya pakej lengkap itu ibarat ancaman kepada perkahwinan mereka. Irham tahu bapa saudaranya yang hampir sebaya dengannya itu mampu berbuat apa sahaja demi mendapatkan cinta seorang wanita waima wanita itu isteri anak saudaranya sendiri. Buaya darat yang terkenal dengan mulut manis dan pesona romantisnya mampu mencairkan hati mana-mana gadis. Irham bimbang Zaara tertawan.
“Awak jangan cuba nak rapat sangat dengan dia. Dia tu kasanova, playbuaya semua, ada tahu?” -IRHAM
“Isy, tak baik awak cakap macam tu. Awak tak percayakan pak su awak ke? Awak ingat sanggup ke pak su awak nak goda isteri anak saudara dia sendiri?” – ZAARA
“Saya bukan tak percayakan dia. Saya tak percayakan awak.” – IRHAM
Maka misi mengikat hati isterinya harus dilaksanakan demi menyelamatkan rumah tangganya walau dia terpaksa membuang segala egonya jauh ke dalam lombong. Dia harus mengubah dirinya daripada seorang mr. arrogant menjadi mr. gentleman. Ya, dia nekad!
“Bunga tadi awak yang hantar?” – ZAARA “Of course.” – IRHAM
“Awak mister arrogant, bukan mister gentleman.” – ZAARA

“Saya dah jadi mister gentleman sekarang ni. Jangan nak panggil saya mister arrogant lagi.” –IRHAM
ZAARA AMIRAH bukanlah seperti seorang isteri tipikal lain yang mendambakan suami yang romantis. Dia benar-benar tidak kesah bersuamikan mr. arrogant itu tetapi sejak kemunculan Marwan, suaminya sudah berubah menjadi seorang yang pelik. Lelaki berhati kering itu boleh juga menjadi romantik, ya? Tapi kenapa dia rasa rindu pada Irham yang dahulu? Yang tidak punya perasaan dan sering membulinya? Adakah dia sudah tidak betul kerana lama bersuamikan lelaki berlagak itu? Ah, sungguh dia rindu kepada mr. arrogant! 

LAYAKKAH AKU? - AZURA RASIDDIN


LAYAKKAH AKU? - AZURA RASIDDIN
Semenanjung : RM36  /  Sabah/Sarawak : RM39
HARGA TERMASUK POS : RM38.00 (SEM) / RM41
BUKU : BARU

26 tahun Farra Hani hidup dalam kebenciaan ibu kandungnya. Dia bukan sahaja dibenci oleh ibu kandungnya, malah dia juga dibenci oleh Mikail Amsyar. Lelaki yang berjaya mengetuk pintu hatinya. Sedar dirinya dibenci, Farra Hani cuba menahan diri daripada terbuai dengan layanan mesra Mikail Amsyar yang tidak tahu identiti sebenarnya.
“We have another date then.” – Mikail Amsyar

“Errr, it is not a date. It is a normal dinner.” – Farra Hani

“Tapi bagi I, it is a date. So, see you tomorrow, sayang.” – Mikail Amsyar
Semakin dia cuba larikan diri, semakin dekat lelaki itu dengannya. Puas berlari, Farra Hani memutuskan untuk menerima lelaki itu selagi identitinya tidak diketahui. Di Cameron Highlands, Mikail Amsyar melamar Farra Hani untuk menjadi suri dalam hatinya dan di Cameron Highlands juga identiti Farra Hani terbongkar.
“Eh, perempuan! Kau sedar tak selama ni aku benci kau? Boleh pula kau tayang wajah tak bersalah kau kepada aku. Kau boleh selamba aje dengar aku cerita pasal perasaan benci aku kepada perempuan yang dah hancurkan hidup adik aku masa kat Cameron. Dasar perempuan tak tahu malu. Tak ada maruah. Aku benci tengok kau. Aku benci tengok lakonan kau. Aku benci tengok kepura-puraan kau!” – Mikail Amsyar
Dalam kebencian, akhirnya Mikail Amsyar dan Farra Hani disatukan jua. Farra Hani tuduh Mikail Amsyar memerangkapnya. Mikail Amsyar pula menuduh Farra Hani. Mereka saling tuduh- menuduh. Kalau bukan mereka, siapa pula yang memerangkap mereka?
Setelah memastikan sesuatu, Farra Hani mula sedar siapa yang memerangkap mereka. Farra Hani reda dengan pernikahannya. Meskipun dia rasa bersalah kerana mengheret Mikail Amsyar dalam masalahnya, dia bersyukur kerana dia diperangkap dengan Mikail Amsyar. Bukan lelaki lain. Dia ikhlas menjadi isteri Mikail Amsyar.
Namun, ikhlaskah Mikail Amsyar untuk menerima Farra Hani sebagai isterinya? Bisakah dia memaafkan Farra Hani setelah apa yang gadis itu lakukan kepada keluarganya? Layakkah Farra Hani untuk memiliki cintanya?