MUNGKINKAH? - HANNI RAMSUL



MUNGKINKAH? - HANNI RAMSUL

HARGA BUKU : RM32.00
BUKU : BARU


Arisa mencintai Radhi sepenuh hati tetapi, cintanya hanya membawa sengsara. Menjadi isteri kepada seorang lelaki yang tidak bertanggungjawab, membuat dia serik untuk jatuh cinta lagi. Dengan payah, dia meminta meminta perpisahan.

Zariff pula seorang lelaki yang tidak pernah percaya pada cinta. Kesukaannya, berpelesiran dengan wanita-wanita cantik. Bukan cinta yang dicari tetapi keseronokan menghabiskan masa bersama si jelita yang manja.

Pertemuan secara tidak sengaja dengan Arisa, tanpa dia sedari telah mengubah keseluruhan gaya hidupnya. Beberapa pertemuan yang tidak disengajakan berakhir apabila Arisa menjadi calon yang mencuba nasib mencari rezeki di syarikatnya. Menolak semua calon yang lain, dia nekad memilih Arisa sebagai pembantu peribadinya. Rasa tertarik pada Arisa dan rasa geram sering ditolak oleh Arisa membuat Zariff tercabar. Akhirnya mereka berkahwin kerana kepentingan bersama. Perkahwinan mereka sama-sama dirahsiakan. Pada Arisa, perkahwinan itu tidak lebih untuk menghalalkan apa yang haram sebelumnya.

Tetapi, untuk Zariff, perkahwinan itu secara perlahan-lahan telah mengajarnya tentang kehidupan yang lebih baik. Belajar untuk menjadi ketua keluarga mengajarnya erti tanggungjawab dan dia mula membuka hati untuk menerima perkahwinan itu sebagai satu ikatan yang suci.

Malangnya cara Zariff mendapatkan Arisa, membuat Arisa tidak yakin langsung dengan perubahan Zariff. Lebih-lebih lagi, pada masa yang sama, ibu Zariff sibuk mahu menjodohkan Zariff dengan Nabila. 

Apakah penamat hubungan di antara Zariff, Arisa dan Nabila? Mampukah Zariff menggapai cintanya? Terus matikah perasaan Arisa kerana duka semalam? Dan, mungkinkah Nabila cinta yang betul-betul layak buat Zariff?

“Mungkinkah hati yang mati, ‘kan bernafas kembali?
“Mungkinkah rasa yang hilang, ‘kan mencari jalan pulang?
“Mungkinkah asa yang runtuh, ‘kan kembali teguh?”




DIA IMAMKU - NAJWA RAHMAN


DIA IMAMKU - NAJWA RAHMAN
HARGA : RM21.00
BUKU  : BARU

 Bila mama Insyirah mengusulkan untuk perkahwinannya dengan Naufal, dia bersetuju tanpa ragu-ragu kerana gambaran Naufal sama seperti gambaran lelaki misteri dalam mimpi-mimpinya. Tetapi, saat dia mula mengenali lelaki itu, hatinya dibalut sebal dan geram. Lelaki itu tak seperti yang dia gambarkan. Naufal seorang yang sinis, dingin, beku dan lain-lain lagi. Tetapi sesudah mereka diijabkabulkan, Naufal bukanlah dingin mana. Si kelat-kelat masam ni pun lelaki biasa. Bisa bertukar menjadi si manis-manis gula yang buat Insyirah terkena kencing manis setiap masa.

Saat bahagia meraja jiwa, mereka harus terpisah dek cita-cita sang suami. Ketika itu, hadirnya ‘si dendeng' yang mengocak hubungan bahagia itu. Mampukah mereka bertahan dengan hanya kasih sayang mereka? Atau, ikatan suci yang dicipta kerana keluarga bakal terlerai begitu saja?

“Abang janji pada Insyirah, cinta abang hanya untuk Insyirah sorang dan hanya abang yang akan jadi imam Insyirah. Tiada lain, insya-Allah.” - Naufal.

“Dia memang sudah ditakdirkan untuk menjadi imamku sedari awal, cuma aku tidak menyedarinya.” -Insyirah.