Search This Blog

AWAS! BILA HATI DAH SAYANG - TINTA BIRU


AWAS! BILA HATI DAH SAYANG
HARGA BUKU : RM23.00
BUKU : BARU


Cinta hadir tanpa diundang. Sekeras mana pun kita cuba menolak namun perasaan itu tetap hadir dalam diri. Ikram nekad tidak mahu jatuh cinta lagi setelah kecewa dengan cinta pertamanya. Kehadiran Syafiqah berjaya membuka hatinya, namun ego membatasi segalanya. Dalam diam dia jatuh cinta, namun sukar melafazkan kata indah itu. Hanya gurauan menjadi pembual bicara.

“Duduk dalam bilik aircond pun rasa panas ke? Ni kulit orang ke kulit buaya ni? Pelik betul. Macamlah kau sorang je yang putih. Aku pun putih juga tapi tak ada merah macam kau pun. Orang kata, kalau muka kita tiba-tiba merah bila berdepan dengan seseorang, tu tandanya kita sukakan orang tu. Itu kata oranglah, aku tak kata. Kau suka kat aku ke?” - Ikram

Gurauan demi gurauan membuatkan hati wanita Syafiqah sering terusik. Dia turut mempunyai rasa yang sama namun cuba menepisnya. Bagi Syafiqah, cintanya hanya milik Khairil, teman sewaktu zaman persekolahannya meskipun Khairil sedikitpun tidak mempunyai perasaan terhadapnya.

Keadaan semakin keruh dengan kehadiran Amalina, bekas kekasih Ikram yang kembali menagih cintanya. Begitu juga dengan kehadiran Khairil yang mula menyimpan perasaan pada Syafiqah. Sedangkan itulah gadis yang amat dibencinya pada suatu ketika dahulu.

“Bakal isteri!!! Baru bakal isteri tapi kau dah nak berlagak. Kalau dia bini kau sekalipun bro, aku tetap akan rampas dia dari kau. Aku tak pernah jatuh cinta, dan sekali aku jatuh cinta selamanya aku akan menyintai dia!!!” - Khairil.

Perasaan cemburu dan syak wasangka seringkali menjadi permainan. Pelbagai konflik mula timbul dan menjadi rencah dalam kehidupan mereka. Apakah kesudahan cinta mereka? Berjayakah Amalina memiliki semula Ikram? Dapatkah Khairil memikat hati Syafiqah? Dan apakah pengakhiran hubungan Ikram dan Syafiqah?

CIK BUNGA DAN ENCIK SOMBONG - AIRISZ



CIK BUNGA DAN ENCIK SOMBONG
HARGA BUKU : RM22.00
BUKU : BARU


Aku? Aku INTAN ASNIDAR. Mana cantik pun. Kulit pun ala-ala hangit. Kerja di kedai bunga dengan gaji cukup-cukup makan. Tak ada apa-apa yang istimewa tentang aku melainkan aku ada sebuah keluarga yang sangat bahagia.

Dia? Dia memang segak. Nama dia pun sedap, HARRIS ISQANDAR. Kalau sekali pandang mesti tak nak lepas. Kulit dia putih amat sampai mak ingat aku dah bawa balik orang Belanda masa aku bawa dia datang kampung aku buat kali pertamanya. Tapi tak kisahlah semua tu, tak penting sangat. Kemudian-kemudian nanti, rupa paras tu bakal duduk tempat keempat atau kelima.

Asal-asalnya, dia suruh aku jadi tunang terkejut dia sebabnya gadis yang sepatutnya jadi tunang dia pada hari tu sudah lari. Okeylah sebab satu hari saja, kira aku tolong orang dalam darurat. Tapi paling terkejut bila dia cakap,

“Okey Intan, mulai sekarang, awak adalah tunang dan bakal isteri saya. Sekiranya ada sesiapa kacau awak, tolong jangan berahsia dengan saya sebab kita bakal menjadi suami isteri. Suami isteri tidak boleh ada sebarang rahsia.”

Terkejut amat aku. Tapi sebelum tu mak dia, Datin Nora ada beri amaran kepadaku, “Jangan mimpi nak jadi menantu saya!”

Ah! Aku pun tak nak jadi menantu dia. Tak berminat langsung. Tapi sungguhlah kata orang, kalau sudah jodoh, tentu saja tak ke mana. Tinggal lagi, lama manakah rumah tangga tersebut bakal bertahan atau benarkah INTAN ASNIDAR itu hak milik kekal HARRIS ISQANDAR?

MAAFKAN ABANG - EYLA HIME


MAAFKAN ABANG - EYLA HIME
HARGA BUKU : RM22.00
BUKU : BARU

 
Tengku Ariff Hazimi, lelaki yang telah berjaya menambat hati Atikah Hatrisya dalam diam. Namun, rasa itu sedikit pun tidak pernah diakui oleh Hatrisya. Bagi Hatrisya, rasa itu hanya rasa senang yang timbul terhadap Hazimi. Tidak lebih daripada itu. Tapi, Hatrisya lupa, dia bukan siapa-siapa yang boleh tentukan rasa itu apa. Ada yang lebih arif dalam segala hal. Dan saat Hatrisya menyedarinya, dia tahu ada kekurangan pada dirinya untuk digandingkan dengan Hazimi. Keputusan menjauhkan diri diambil Hatrisya, membuatkan Hazimi tertanya sendiri.

Jodoh. Biar sejauh mana menghindar, biar hati sudah diberikan kepada yang lain, jodoh tetap jodoh. Hatrisya dan Hazimi dipertemukan. Peluang ini diambil Hazimi untuk kembali rapat dengan Hatrisya. Namun, saat hubungan kembali pulih, ada satu perkara menimpa mereka berdua. Dan niat Hazimi untuk menjernihkan lagi perhubungan, telah menjadi api kebencian.

“Kenapa kau tak mampus aje dari dunia ni? Patutnya kau pergi jahanam sekali dengan ibu bapa kau masa kau sekolah dulu! Kaulah yang bawak sial kat dalam keluarga kami!”

Hatrisya mula membulatkan keputusan. Keputusan yang akan menentukan hala tujunya dan Hazimi. Dan tika ini, Hazimi mula sedar akan sesuatu. Hazimi mula mengejar bayang Hatrisya. Namun, dibiar sepi oleh Hatrisya.

Mampukah Hatrisya terus menidakkan perasaan yang dirasanya? Kejadian apa yang membuatkan Hazimi membenci Hatrisya? Mampukah Hatrisya menjayakan keputusan yang telah diambil? Berjayakah Hazimi melembutkan kembali hati Hatrisya? Apakah dengan kata maaf, keadaan akan kembali seperti sedia kala?

KAU, AKU , KITA - ORKID EDYLIYNE

DRAMA ADAPTASI TERBARU YANG BAKAL DI TAYANGKAN
DI TV3
SEBELUM MENONTON..DAPATKAN BUKU BESTSELLER KAU, AKU , KITA 
SEBELUM KEHABISAN


PELAKON KAU, AKU, KITA
SYAHRUL RIDZWAN DAN JANNA NICK (HEROIN SYURGA NUR)




KAU, AKU , KITA - ORKID EDYLIYNE
HARGA BUKU : RM18.00

BUKU : BARU

“Kau silaplah, bro... jangan nak perasan. Iman Firdaus tu, aku, bukan kau. Ke kau pun nama Iman Firdaus juga?”
Itulah permulaan dua Iman Firdaus. Seorang lelaki, seorang perempuan. Dua nama yang sama, manusia yang berbeza, boleh ke mereka hidup bersama? Tapi itulah yang jadi. Iman Firdaus aka Iman Aus, pelakon yang terkenal dan ada nama, tapi tak pula dikenali atau digilai Iman Firdaus aka Iman. Sebabnya mudah—rumah dia tak ada TV untuk dia kenal Iman Aus.

Tapi, Iman Aus si pelakon kegilaan ramai itu tiba-tiba buat idea gila dengan mengajak Iman kahwin.

Kahwin! Dah Iman terkejut, tambah terkejut pula Iman apabila Aus sanggup ‘berkahwin’ sama dengan lima adik lelakinya: Iman Adrian, Iman Fazril, Iman Haris, Iman Razif dan Iman Asri.

Lalu, bermulalah kisah dua Iman Firdaus, satu suami, satu isteri, hidup sebumbung dan bersama sebagai pasangan dalam dunia lakonan nyata. Sebab, Aus hendakkan isteri kerana daddy Aus nak dia kahwin manakala Iman berkahwin dengan Aus sebab Aus janji akan senangkan hidup adik-adiknya. Jadi, perkahwinan yang bermula dengan agenda yang sebab begini, akankah kekal untuk selamanya? Tambah bila ada syarat begini:

“Kalau aku dah jatuh cinta dengan kau, aku takkan ceraikan kau. Macam tu juga sebaliknya. Aku takkan lepaskan kau, kalau kau dah jatuh cinta dengan aku. Tapi kau janganlah melebih nak goda aku pula.”

Jadi, dua nama yang sama, manusia yang berbeza, boleh ke mereka hidup bersama? Dua Iman Firdaus ini, agaknya bolehkah hidup bersama?

LEBIH KURANG - QASEH QAISARA


LEBIH KURANG - QASEH QAISARA
HARGA BUKU : RM17.00
BUKU : BARU


“Hidup siapa lagi orang nak susahkan kalau bukan hidup isteri orang…”

Mereka tinggal di rumah yang sama dan belajar di kolej yang sama. Namun kepala tak pernah sama. Zackhwan suka benar mencari pasal, Azrina pula mangsa utama.

“Kita dah jadi pasangan suami isteri di alam Facebook, jadi tak ada alasan untuk orang ceraikan awak. Orang betul sayangkan awak. Sayang sangat-sangat!”

Setiap kali terkena, Azrina hanya bersabar dan terus bersabar bersama perasaan benci yang membuak. Dia akan bertahan selagi boleh. Dari hari ke sehari, Azrina dapat menerima si wayar putus dengan perasaan senang. Tahulah Azrina, Zackhwan itu tidaklah senakal mana, hanya perangai semula jadinya yang suka melihat Azrina marah-marah. Comel sangat, kata Zackhwan.

Zackhwan pula sebenarnya bukan niat hendak mengena. Mungkin itulah caranya dia meluahkan kasih sayang terhadap Azrina. Kasih sayang yang berputik sejak mereka pernah bermain layang-layang bersama di zaman kanak-kanak. Semua kasih sayang itu Zackhwan simpan agar suatu hari menjadi kenyataan.

Namun cinta mereka hanya di alam kolej sajakah atau hingga ke akhirnya mereka akan bersama?

SESUCI KASIH SEORANG ISTERI - DZIE TYEA

 SESUCI KASIH SEORANG ISTERI - DZIE TYEA
HARGA BUKU : RM19.00 
BUKU : BARU
 

Dia bukan lelaki yang terbaik, dia sendiri mengakuinya namun entah mengapa Dia Yang Maha Kuasa sudi juga menganugerahkannya isteri semulia dan sesempurna Alishah. Sungguh dia bahagia didampingi bidadari dunia itu. Cintanya mendalam bersama janji setia hanya mahu bersama si dia hingga hujung nyawa namun takdir Tuhan siapalah yang tahu. Cintanya diuji dengan kehadiran insan ketiga yang langsung tidak pernah mendapat cintanya. Ya Allah Ya Rabb, dugaan apakah ini?
Isha,
Walau apa pun yang terjadi, cinta abang hanya untuk sayang. Ampunkan abang kerana menduakanmu. Sesungguhnya manusia cuma mampu merancang, Dia jualah menentukan segalanya.
Sofea,
Hadirmu bukan pintaku. Tolonglah, jelaskanlah segalanya padaku, mengapa kau sanggup memburu cintaku walau kita tidak pernah saling mengenal. Siapa aku sebenarnya padamu?

BUAT YANG TERAKHIR - SABARIAH ARAUR

TELAH DIJUAL

TERPAKAI
BUAT YANG TERAKHIR - SABARIAH ARAUR
HARGA BUKU : RM34.90

Dalam dingin musim salji...tawa ria kita bagai pesta.  Persahabatan dirantauan , pertemuan yg tidak dirancang, menjadikan aku serba salah mengenalmu.  Sekilas pandang, kerlingan matamu menyatakan segalanya.  Sahabat, dalam derai putih salji aku cuba menikmati manisnya bulan madu kami.  Namun tergamaknya kau menodaiku, isteri sahabat baikmu.  Lalu bulan maduku menjadi racun...dan zuriat ini buktinya..Segalanya persis wajahmu...

RIBUTNYA CINTA - PHIDOT


RIBUTNYA CINTA - PHIDOT
HARGA ASAL : RM24.90
BUKU : BARU

Melanjutkan pelajaran ke Park Choi College membuka tirai kehidupan yang sebenar, buat Edasha Hanie. Status cucu jutawan di sembunyikan, penampilan biasa menjadi ejekan di kalangan pelajar-pelajar golongan elit di kolejnya.

‘Prince No Smile’ gelaran yang diberi pada jejaka tampan bernama Tengku Eismael Malik. Wajahnya beku, tiada senyuman yang terlakar dibibirnya itu. Pertemuan Tengku Esmael Malik dengan Edasha Hanie telah mengenalkan erti senyuman pada dirinya. Cinta hadir tanpa d
ipinta. Namun belum sempat dia meluahkan perasaan, takdir telah memisahkan mereka.

Edasha Hanie bingung, mengapa Tengku Eismael Malik bagaikan tidak mengenali dirinya? Adakah tempoh lima tahun itu telah melenyapkan terus namanya di kotak ingatan lelaki ini?Kini Edasha Hanie akur, cinta Tengku Eismael Malik bukan lagi untuknya, jika sudah tersurat ketentuan Yang Maha Esa, dia reda menerimanya. Tetapi bukan semudah itu dia akan mengalah dengan lelaki yang perasan ‘macho’ ini.

JODOH ITU MILIK KITA-ANA AISHA


JODOH ITU MILIK KITA-ANA AISHA
HARGA BUKU : RM26.00
STOK : 1
BUKU : BARU

“Kita tidak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai kerana kita akan berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah telah tetapkan sejak azali…”

SIAPA sangka itulah yang tersurat buat Dahlia dan Aariz Danial. Ikatan suci yang tercipta antara mereka bukanlah kerana cinta yang menggebu dalam hati, mahupun kasih yang membara. Tetapi kerana sikap mementingkan diri seorang manusia bernama Syafiq.

“Janganlah suka sangat kacau saya, Aariz. Tak larat saya nak layan perangai awak tu, tau. Nakalnya, ya ampun!!” – Dahlia

“Okeylah, okeylah. Just kidding. Dahlia Darius bukan isteri baru yang saya beli. She’s a gift. Hadiah paling istimewa yang dihadiahkan Allah untuk saya. Puas hati?” - Aariz Danial

“Aku takkan biarkan kau bahagia, Aariz Danial! Kebahagian yang bernama Dahlia itu… akan aku rampas sekejam mungkin!” – Syafiq

Tatkala persoalan demi persoalan mula timbul di sebalik tulusnya seorang lelaki bernama Aariz Danial, mampukah Dahlia terus teguh berdiri mempertahankan cinta buat suami sendiri? Atau mungkinkah mahligai bahagia mereka rebah menyembah bumi sebelum ianya sempat bermula? Apakah akhirnya Syafiq yang akan tersenyum puas tatkala melihat kehancuran seorang lelaki yang paling dibenci… iaitu abangnya sendiri?